part 1

Romance Completed 8557

YEAH! Cuti sekolah datang lagi. Inilah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap orang yang bergelar pelajar. Kepalanya sudah mula membayangkan pelbagai rancangan television yang menarik hati dan menggoda sukma. Lagipun, Umi tersayang dia sudah memberikan pesanan penaja.“ Myra boleh buat apa sahaja yang Myra nak cuti sekolah ini tapi ulangkaji jangan dilupakan sebab Myra memang cuti tapi buku tak cuti. ” Kata Umi dengan tegas.
Beep! Beep! Nada dering handphone Myra yang sudah old school itu menyentakkannya daripada angan-angan. Myra dan angan-angan memang tidak boleh dipisahkan tetapi Myra masih tahu batas dalam berangan-angan sebab Ustaz dia yang comel dekat sekolah cakap angan-angan yang panjang itu tidak baik takut ianya akan melalaikan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW.
Beep! Beep! Sekali lagi Myra tersentak. Tengok, bukankah sudah membuktikan dia baru sahaja berangan-angan. Dengan pantas handphone lima tahun dia yang terletak elok di atas katil dicapai laju. Kery call, kenapa pula ini, soal hatinya sendiri.
“ Hello Kery.” Jawap Myra laju. Dengan cepat dia menjauhkan handphone tersebut daripada telinganya. Alamak!
“ Geram aku dengan kau ini Myra.” Marah Kery.“ Aku call kau dari tadi. Kau ini suka buat aku call beratus kali.” Katanya dengan nada suara yang mulai perlahan.
“ Sorry, kenapa call?”
Kali ini keluhan panjang pula yang keluar daripada mulut Kery. “ Kau nak atau tak nak ikut camping? ” Soalnya dengan geram
Myra tersengih sendiri.“ Mestilah nak. Aku dah sediakan barang-barang aku dengan selengkapnya. Kenapa tak jadi ke?” Soal Myra pelik.
“ Jadilah. Takut kau pula yang lupa. Itulah tujuan aku call kau. Esok jam 8 pagi Mimi ambil kau. Bangun awal tau. ” Katanya dengan tegas.
“ Baiklah, Kery sayang.” usik Myra dan mematikan panggilan.

“ Barang-barang semua sudah cukup?” Soal Umi atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Sari. Bukan Sari Yanti atau Sarimah Ibrahim, hanya Sari Binti Salim. Seorang wanita yang penyayang dan suka memberi ceramah percuma lebih-lebih lagi kepada adik Myra, Syukri. Bukan Syukri Yahya yang gila handsome itu tetapi hanya Syukri Syah Bin Rahman.
“ Myra. Apa lagi yang dimenungkan itu?” Soal ayah Myra. Encik Rahman Bin Dollah. Seorang guru Sejarah yang tegas tetapi penuh kelembutan apabila berbicara dengan anak-anaknya.
Myra hanya tersengih malu. “ Tiada apa-apa ayah.” Katanya sambil tersenyum kecil.
Syukri mencebik. “ Jangan-jangan kakak nak dating dengan boyfriend dia kot ayah.” Sindir Syukri.
Myra melihat dia dengan geram. “ Syukri buat cerita itu ayah.” Marahnya.
Syukri hanya ketawa sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Budak itu suka cari pasal dengan Myra. Menyakitkan hati sahaja. Manalah dia ada boyfriend. Dia bukan jenis yang suka bersosial biarpun dia kini bersekolah di sekolah elit.

Setibanya kami disana, Kery, Zatie, Mija, Kak Ina, suaminya Abang Zul serta Juan dan Izwan sudah tiba. Myra dan Mimi segera menuju ke tempat mereka.
“ Awalnya korang sampai.” kata Myra. Semangat betul kawan-kawannya ini.
Zatie mencebik dengan tangan di pinggang.“ Awal ke korang yang terlebih awal.” Sindirnya sinis.
Myra ketawa. “ Aku dah standby awal depan rumah cuma Mimi yang ambil aku terlebih awal.” Jawapnya selamba. Nyata sarcasm dia situ.
Kali ini Mimi pula yang masam mukanya. “ Well. Aku dah awal cuma faham-fahamlah kereta kesayangan ayah aku itu demam semalam. Then, pagi tadi nak start susah sikit lah.” Dia memberi alasan dengan selamba. Selamba betul budak itu menyalahkan kereta ayahnya. Nasib Pak Cik Jep tak ada kalau tak berasap telinga Mimi oleh ayahnya.

next.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience