20

Romance Completed 8557

Hari ini Axel School ada aktiviti kemasyarakatan iaitu Larian Amal sempena mengumpul dana untuk mangsa perang di Palestine. Para pelajar akan menyertai larian tersebut sejauh 6 kilometer dari pintu gerbang sekolah sehingga Resort Indah. Myra mengikat tali kasutnya yang hampir terlerai tersebut. Tiba-tiba, dia terasa hujung tudungnya ditarik seseorang. Dengan pantas kaki yang sedang berdiri di hadapannya ditendang geram. Alex menghamburkan tawa apabila berjaya mengelak daripada tendangan Myra.
“ Jangan kacaulah.” Marahnya sambil membetulkan tudungnya.
Alex mencebik.” Nak berlari pun berlawa-lawa lagi. Kau nak pikat siapa? Lembu? Kambing?” Ejek Alex.
Myra tersenyum senget melihat Alex. “ Aku lawa ke?” Soalnya senjaga nak memanaskan hati Alex.
“ Perasaan.” Kata Alex geram.
“ Hai Myra, hai Alex.” Tegur satu suara daripada arah belakang mereka. Serentak kami berdua menoleh ke belakang. Rupanya Mike yang sedang tersengih dengan senyuman manisnya.
“ Oh. Hai Mike.” Balas Myra.
Alex hanya membuat reaksi seperti Mike tidak wujud.
“ Awak nampak comellah Myra.” Ujar Mike.
Myra tersipu malu mendengar pujian Mike. Alamak, ini yang buat dia goyang lutut.
Alex mencebik sambil membelakangkan Mike. “ Eh, Mike. Kery panggil kaulah.” Ujar Alex tiba-tiba. Mike senyum dan melangkah pergi.
Myra terkebil-kebil pelik sebab dia tak dengar pun suara Kery.
Alex ketawa jahat sebaik sahaja Mike hilang daripada pandangannya.
“ Kau ini penipu.” Marah Myra.
Alex ketawa saja.” Aku cuma nak selamatkan kau daripada buaya darat.” Katanya dengan tidak bersalah.
Kata-kata Alex mengundang tawa Myra. “ Terima kasihlah Alex. Bukan aku tak nak mengelak tapi senyuman dia buat aku kalah.” Balasnya selamba.
Cebikan terbit daripada mulut Alex. “ Kau sakit matakan Myra?”
Myra mengeleng sambil tersengih. “ Alex, Alex. Kadang-kadang muka tak handsome pun kalau hati sudah berkenaan kita nak tolak macam mana lagi.” Ujarnya selamba.
Alex mengerut dahi tidak setuju. “ Kau tengok muka aku sekarang.” Arah Alex.
“ Apanya lagi?” Soalnya malas.
Tiba-tiba, Alex mengukir senyuman manis sehingga terbit sepasang lesung pipit yang dalam di pipi kanan dia. Myra terpaku. Dia ada lesung pipit?
“ Myra, macam mana? Handsome tak aku?” Soalnya dengan nada bangga.
“ Alex. Eh, Zatie panggil akulah. Pergi dulu.” Katanya kelam-kabut dan berlari pergi meningalkan Alex yang terpinga-pinga.
Myra menyentuh dadanya yang berdegup laju. Kenapa dengan jantungnya? Tangannya yang menyentuh dadanya juga bergetar. Ini bukan degupan bila dia takut atau terkejut tapi degupan ini lain. “ Myra, bertenang dulu. Ini hanya kejutan otak sebab kau baru tahu dia ada Mr.dimple.” katanya sendiri lalu menuju kearah Zatie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience