chp 8

Romance Completed 8557

Jam 7: 30 pagi Myra sudah terpacak di hadapan sekolah. Hari ini, aktiviti sekolah agak kurang sikit memandangkan sekarang adalah waktu ulangkaji. Silibus mata pelajaran mereka sudah selesai bulan lepas. Myra melangkah menuju ke kantin.
Akim mengambil tempat di hujung meja yang Myra duduki. Langsung Akim tidak memandang Myra. Memanglah apa hal pula dia nak pandang Myra. Pada masa itu dia terpandang kelibat Pika dan Wani mendekati Akim.
“ Hai Akim.” Tegur mereka berdua serentak. Myra hanya menjeling daripada ekor mata.
“ Handsomenya you hari ini Akim.” Puji Wani tapi tiada pula Myra mendengar balasan daripada Akim.
Cepat-cepat dia menyudahkan suapan terakhirnya dan lantas bangun. Kalau 3 Sha’s yang ajak berbual lebih baik jangan layan takut tak akan berhenti-henti. 3 Sha’s mewakili Shapika, Shazwani dan Shayani. Terasa namanya seperti dipanggil seseorang lantas Myra berpaling. Akim yang memanggil dia dan Akim nampaknya sedang memegang botol air Myra rupanya. Dia terhenti.
“ Nah, careless betul kau ini.” Katanya dan berlalu pergi.
Myra tercengang-cengang tanpa sempat mengucapkan terima kasih tetapi dia sudah melangkah pergi.

Myra menuju ke bengkel belakang sekolah untuk mendapatkan bekalan bahan-bahan di stor untuk menyiapkan Projek dia iaitu Inovasi Sains peringkat Negeri Sabah. Langkahnya terhenti apabila terdengar seperti orang bergaduh. Myra mencari arah mana datangnya suara itu. Terkejut dia apabila melihat Akim sedang dibelasah oleh beberapa orang lelaki berpakaian hitam yang tidak dikenali. Segera Myra menghampiri Akim. Kini, kesemua mereka menumpukan perhatian kepada dia. Akim terus meninggalkan Myra apabila ada peluang.
Myra tak sangka Akim akan meninggalkan dia sendiri apabila Myra mencuba menolong dia. Mereka kini mengelilingi Myra. Empat lawan satu, memang tak adil. Nafas panjang dihela perlahan. Seni pertahanan diri yang dia pelajari belum tahap boleh berlawan lelaki sasa begini.
Namun, dia tak sangka dengan mudah dapat mengelak serangan bertubi-tubi mereka berempat. “ Kau boleh Myra,” getusnya dalam hati dan lantas dia mengelak laju apabila sebilah kayu sebesar lengan hampir sahaja mengenai kepala Myra. Kayu itu tepat menghentam kepala salah seorang lelaki sasa yang berada di sebelah kirinya. Cepat-cepat Myra menutup mulut menahan tawa apabila kawan lelaki itu sudah marah melihat dia. Tanpa sedar lelaki yang berada di belakang Myra berjaya memulas tangannya daripada arah belakang. Menjerit Myra kesakitan. “ Sakitlah!”
Tiba-tiba dua orang lelaki di hadapan Myra melarikan diri dengan tergesa-gesa. Rupa-rupanya Akim datang bawa geng dia. Segera mereka membelasah lelaki yang masih tersisa di situ. Myra menahan sakit bercampur marah serta geram. Pertanyaan Akim dibiar sepi dan terus berlalu pergi.

Sejak daripada peristiwa tersebut, Akim kini mula menunjukkan kelakuan yang baik kepada Myra, mungkin dia rasa terhutang budi. Satu pagi itu, selepas perhimpunan pagi kami menerima kemasukan pelajar Company Ninja tahap satu dalam senarai Company Axel School.
“ Mereka akan berkongsi Company dengan kamu kerana pihak pentadbiran berharap kehadiran mereka akan membantu untuk meningkatkan prestasi Company Ninja tahap dua.” Ujar Miss Alyn.
Kawan-kawan Myra mengangguk faham biarpun jelas riak tidak puas hati dalam kalangan kedua-dua Company Ninja. Meskipun kedua-dua Company terletak dalam kawasan yang sekolah yang sama tetapi jarak Company mereka berjauhan kerana tahap yang sedikit berbeza. Semua pelajar Company Ninja tahap satu hanya terdiri daripada 15 orang sahaja dan salah satunya termasuk Alex dan geng dia serta Lisa, girlfriend Alex yang merupakan gadis paling cantik dekat Axel School. Nama sebenarnya ialah Syarifah Alisa Syed Hairi. Dia merupakan anak salah seorang penyumbang syer terbesar di Axel School.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience