23

Romance Completed 8557

Musim peperiksaan semakin menghampiri. Pelajar Company Ninja yang semakin tertekan dan peperiksaan penting menanti sekaligus masa kini lebih dihabiskan untuk ulangkaji dan aktiviti luar dikurangkan.
3’sha sudah fokus terhadap buku dan nota yang berlambak perlu dibaca dan dihafal manakala 4 boys pun begitu. Cuma yang unik mereka melekatkan nota di jaring badminton sambil mengelilingi gelanggang badminton. Myra dan kawan-kawannya hanya mengulangkaji seperti biasa. Tiada yang luar biasa seperti VROMANCE yang menjadikan nota mereka sebagai lirik lagu ataupun menampal kertas jawapan soalan di mana-mana saja mereka duduk.

Myra menoleh apabila terasa bahunya ditepuk dengan buku.
“ Apa kau buat dengan Alex?” Soal Noah dengan wajah yang pelik.
Myra mengangkat kening. “ Aku buat apa dekat dia?” Soalnya semula.
Noah mengeleng-geleng sambil bersandar di rak buku library. “ Dia nampak rajin dan bersungguh-sungguh nak belajar.”
Myra tersenyum simpul. Buku nota kimia dicapai. “ Itu pun kau nak hairankan. Baguslah daripada dia melepak tak tentu hal.” Kata Myra dan menuju ke meja berdekatan. Noah megikuti Myra. “ Kau mandrem dia eh?”
Myra mengangkat mukanya memandang Noah. “ Mana kau tahu?” Bisiknya dengan wajah yang berpura-pura terkejut.
Noah memberikan eksperisi wajah bengang. “ Ek Eleh minah ini.” Katanya geram dan berlalu pergi.
Myra melangkah menuju ke pintu perpustakaan.
“Psst.” Panggil Alex sebaik sahaja Myra menutup pintu bilik perpustakaan dan mengisyaratkan Myra mendekati dia.
“ Apa?” soal Myra ingin tahu.
“ Kau nak study dengan aku tak?” Soal Alex perlahan. Dia menyanndar di palang besi sambil melihat Myra.
Myra meletak buku di atas meja di luar perpustakaan dan duduk di hadapan Alex. “ Bila?”
“ Weekend?”
Myra mengeluh. “ Itu cuti akulah.” Weekend dia nak relaks.
“ Petang?”
Kepala Myra lantas mengeleng laju. “ Mengantuklah. I am sleepy head.” Tolak Myra.
Alex mendengus. “ Malam?” Katanya teruja. Matanya terkelip-kelip bagaikan budak kecil.
“ A big no.” Kataku tegas. Gila apa nak belajar saja. Siang malam nak menghadap buku.
“ So, bila lagi?” Alex sudah kebuntuan idea.
Myra menarik nafas perlahan. “ Ajaklah orang lain. Aku tak biasalah nak belajar dengan lelaki. Buat apa kau nak ajak aku. Best apa study sendiri.” kata Myra dengan kening teangkat.
Alex duduk dan mendongkat kepalanya di atas meja. “ Aku nak turunkan kepandaian aku kepada kau.” Katanya dengan bangga.
“ Wah, terharunya aku dengar.” kata Myra dengan teruja yang dibuat-buat.
“ Myra.” Panggil Kery tiba-tiba daripada arah belakang Myra.
Myra mendongak dan melihat Kery. “ Kenapa?” Soalnya.
“ Jom belajar sama-sama. Mike nak ajar kita ekonomi.” Katanya dengan gembira. Kery lantas menarik tangan Myra.
Belum sempat Myra membalas Alex sudah memotong. “ Tak payahlah Kery. Kau sajalah belajar dengan Mike. Biar Myra belajar dengan aku. Nanti Myra kacau kau dengan Mike saja dating.” kata Alex dengan selamba.
Myra menjegilkan matanya mendengar kata-kata Alex itu.
“ Alah, cakap sajalah kau tak nak Myra rapat dengan Mike.” Sindir Kery sebelum dia melangkah masuk perpustakaan.
Alex hanya ketawa terbahak-bahak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience