bab 15

Romance Completed 8557

Tiba-tiba, penggera keselamatan berbunyi nyaring menyejutkan Myra.
Alex menghentak kepala Pak Mat dengan menggunakan kayu besbol yang dibawanya. Myra terkedu dengan situasi tersebut.
Pak Mat rebah ke lantai selepas dihentak oleh kayu besbol Alex. Alex melangkah laju kearah Myra. “ Kau okey Myra?” Soalnya cemas.
Myra menganguk laju dan segera berdiri tetapi Myra terduduk semula apabila belakangnya terasa sakit yang mencucuk-cucuk. Dia teringat sesuatu!

“ Apa lagi yang kau nak buat ini, Myra?” Marah Alex apabila melihat Myra tidak mengikut dia keluar sebaliknya hendak menuju ke kawasan lain.
“ Tolong dia Alex.” Ujarnya cemas. Dia menunjuk ke arah kawasan tirai.
Alex mendengus marah dan menuju ke kawasan tersebut. Langkahnya terhenti. Myra bangun sedaya upaya dan menuju ke arah Alex dan perempuan itu.
“ Tak payahlah kau nak tengok lagi. Lebih baik kau pergi.” Marah Alex apabila Myra datang mendekati.
“ Kejap, aku nak tengoklah.” Marah Myra pula apabila Alex menghalang jalannya. Tetapi Alex tidak berganjak sekalipun Myra menolaknya sehabis mungkin. “ Tepilah Alex.” Marahnya kuat.
Alex mendengus dan memberikan laluan kepada aku. Segera Myra memangku kepala wanita tersebut. “ Lily?”

“ Biarkan dia rehat dulu.” kata Miss Lia sewaktu kami memerhatikan Lily yang sedang tidur di bilik kesihatan. Myra mengangguk faham.
“ You tak nak dapatkan rawatan?” Soal Miss Lia kepada Myra.
“ Tak perlulah Miss. I’m okay.” Katanya perlahan. Sebenarnya dia masih bingung dengan apa yang berlaku. Apa maksud kata-kata Pak Mat tadi. Seriau pula dia mengenangkan kelakuan Pak Mat tadi.
“ Are you okay Alex?” Soal Miss Lia sekaligus menyentakkan lamunan dia. Myra juga ikut menoleh ke belakang melihat Alex yang berdiri tegak di belakang Myra.
“ I’m okay Miss.” Katanya selamba. Myra memerhatikan wajah Alex lama. Sungguh Myra tak sangka dia datang. Pak Mat sudah dihantar ke Balai Polis oleh Cikgu Fazri, ketua guru disiplin Axel School. Miss Lia melangkah pergi meninggalkan kami berdua dihadapan wad Lily.
“ Bagaimana kau boleh datang tepat pada masanya?” Soalnya kepada Alex.
Alex diam. Myra mendekati Alex dan memerhatikan dia dengan tajam. “ Kau tahu sesuatu yang aku tak tahu ke Alex?” Soal Myra lagi tetapi Alex tetap tidak bereaksi.
“ Kau ada skandal dengan Lily eh ?” Wajah Alex terus berubah serius dan marah.
“ Kau memang suka fitnah akukan. Tak semestinya aku ada di sana sebab nak berjumpa dia. Kau memang suka tuduh-tuduh aku. Hari itu kau fitnah aku yang cuba rosakan brek skuter kau tapi bukan akulah, Lily yang plan semua itu.” Kata Alex dengan nada yang tinggi.
Myra terkedu.
Alex mengetap gigi apabila menyedari dia sudah terlepas kata. “ Bukan, sebenarnya aku..”
Myra menatap wajah Alex dengan perasaan bersalah yang menebal. “ Aku minta maaf Alex. Aku dah salah sangka dengan kau.” Katanya perlahan. Malu untuk menatap wajah Alex.
“ Memang pun. Semua salah kau.” Kata Alex. Dengan geram dia mencubit tangannya sendiri.
Wajah Myra bertambah mendung. Alex mendengus geram dan lantas berlalu pergi. Malas dia nak memikirkan mengenai perkara tersebut. Myra mengetap gigi melihat pemergian Alex. Dalam hatinya, segunung rasa kesal kerana berprasangka terhadap Alex. Bukan semua orang teruklah Myra, marah hatinya sendiri.

“ You dah sediakan peralatan secukupnyakan Myra?” Soal Madam Sue.
Myra mengangguk. “ Dah Madam. Saya dah check 5 kali.” Ujarnya laju. Madam Sue mengangguk dan melangkah menuju ke arah Putra yang sedang memberikan taklimat keselamatan kepada pelajar Company Eagle hari ini. Company Ninja menganjurkan satu aktiviti bersama Company Eagle iaitu latihan kecemasan di laut.
“ Zatie, temankan aku pergi ambil dua lagi pelampung. Tak cukuplah.” Katanya sambil mengajak Zatie menemankan Myra ke kereta Madam Sue.
“ Jom.” Ujar Zatie.
Kami berdua menuju ke kereta Madam Sue yang terletak agak jauh daripada kawasan pantai. Maklumlah, hujung minggu begini agak ramai sikit yang berkunjung ke pantai so parking kereta pun penuh.

“Arrgh! Janganlah!” Jerit Pika yang berdiri dikelilingi oleh beberapa orang lelaki yang ketawa nakal.
“ Ayoyo. Tak perlu jerit-jerit. Tak akan ada orang yang nak dengar.” Katanya. Zatie menarik Myra mendekati tempat tersebut dan bersembunyi di sebalik barisan kereta.
“ Hei, aku tak minat dekat koranglah. Tak ada taste langsung!” Marahnya sambil menepis jemari nakal yang hinggap di pipinya.
Mereka hanya ketawa.
“ Hei, siapa itu?!” Teriak seorang lelaki yang berbadan gempal apabila kepalanya terkena ranting kayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience