41

Romance Completed 8557

Petang itu, Myra dan yang lain bergotong-royong menyiapkan hidangan makan malam. Suara memberi salam kedengaran di luar rumah. Myra menawarkan diri untuk melihat siapa yang datang. Sebaik saja pintu dibuka. Seorang wanita cantik tersenyum sedang berdiri. Myra membalas senyumannya.
“ Walaikumussalam.” Jawap Myra.
“ Nek Biah ada?” Soalnya dengan lembut.
Myra mengangguk. “ Ada. Nak saya panggilkan?”
Dia mengeleng. Tangannya menghulurkan mangkuk tingkat kepada Myra. “ Nanti tolong bagi dekat Nek Biah. Saya tak tahu ada tetamu yang datang. Cakap saja Lisa yang datang. Saya balik dulu, asalamualaikum.”
Myra terkedu. Dia Lisa? Cantiknya, bertambah cantik daripada dulu. Subhanallah. Patutlah Alex dan Akim bergaduh lama. Eh, dia tak kenal aku, getus hatinya. Siapa pula gadis yang temankan Alex hari itu?
Bertembung pula dengan Alex. Myra menanti reaksi Alex berselisih dengan Lisa. Tapi Alex buat tidak peduli dan mara ke arah Myra dengan pandangan mata yang tajam. Cepat-cepat dia masuk ke dalam apabila melihat wajah serius Alex.

Kami makan malam dengan suasana yang meriah. Rupanya best makan ramai-ramai ini. Terkenang keluarga Myra. Myra hanya ada seorang adik tetapi kami tetap cukup gembira. Rasa sangat bersyukur boleh makan dengan gembira dan tenang. Alhamdulillah. Bahu Myra dicuit dan dia menoleh.
“ Kak Myra, ada orang nak jumpa dekat luar dapur.” Bisik Lina. Cucu Nek Biah, adik sepupu Adi. Lina temankan Nek Biah sempena cuti sekolah.
Myra bangun dan menuju ke luar dapur. Setibanya disana, lengannya ditarik tanpa amaran. Alex menatap wajah Myra dengan tajam. “Apa yang Lisa cakap dengan kau?” soalnya laju.
Myra mengerut dahi. “ Dia nak jumpa Nek Biah. Nak hantar makanan.”
Alex mendengus. “ Aku tak nak kau berbual dengan dia lagi.” katanya dengan tegas.
Myra tersenyum sinis. Wajah Alex ditatap geram. “ Kau siapa nak arah-arah aku?”
Dia mendekati Myra dengan wajah tegang. “ Susah sangat ke apa yang aku suruh untuk kau ikut?” soalnya dengan suara keras.
Myra menolak dada Alex yang mendekat. “ Masalahnya yang kau marah sangat kenapa?” soal Myra pula geram.
Dia senyum sinis. “ It’s not a necessary for me to answer you.” balasnya.
“ Then, same goes to me.” Balas Myra sinis.
Alex menarik tangan Myra geram. “ Kau ini degilkan?” bentaknya.
Myra menepis tangan Alex dengan kasar. “ So, give me the proper reason why you being like this? Aku rasakan kau seperti nak mengawal hidup aku. Kalau kau tak berubah jangan panggil aku kawan kau lagi.” ujar Myra sebelum dia berlalu masuk ke dalam.

Keesokkan harinya, kami mengemas baju dan sedikit bekalan makanan untuk dibawa ke Air Terjun Mata Puteri. Kami menuju ke kereta. Ada dua buah kereta yang akan digunakan saja. Satu van Pak Cik Ali dan kereta Noah.
Myra, Zatie, Sarah, Lina, Pak Cik Ali dan Mak Cik Diah naik van yang dipandu oleh Alex. Selebihnya ikut kereta Noah. Myra menyimpan beg di bonet van. Segera dia menepi apabila terasa ada orang di belakangnya. “ Sorry, sekejap eh.” Kata Myra dan meletak begnya cepat-cepat. Apabila dia menoleh, rupanya itu Alex yang memandang dia dengan dingin. Myra berlagak biasa dan pergi.
“ Myra, naik dengan akulah.” Ajak Akim.
Myra mengeleng. “ Tak nak. Kau pandu kereta membahayakan nyawa. Aku nak satu kereta dengan Alex.” Tolak Myra.
Dia menjeling dan pergi ke kereta Noah. Akim yang memandu sebab dia tahu jalan.
Myra hanya diam sepanjang perjalanan. Hanya Pak Cik Ali yang rancak bercerita. Myra pelik juga sebab kawan-kawannya tidak bertanya mengenai ketegangan dia dan Alex. Mungkin mereka dengar pertengkaran mereka berdua di luar dapur semalam.

Kami tiba di kawasan Pintu Gerbang Air Terjun Mata Puteri. Masing-masing mengeluarkan beg dan barang-barang untuk dibawa. Kami perlu menempuh perjalanan selama 2 jam berjalan kaki untuk sampai di Air Terjun Mata Puteri.
“ Kau nak aku bawakan beg kau?” Soal Akim.
Myra menolak. “ Aku boleh bawa lagi.”
Dia menuju ke arah Zatie pula. Myra tersenyum apabila pelawaan Akim ditolak kasar oleh Zatie yang masam wajahnya.
Sedang Myra terkial-kial nak menaiki anak bukit yang agak curam, tangan Myra ditarik kuat dengan sekali rentapan dia sudah berjaya naik anak bukit itu.
Alex melepaskan tangannya dan bergerak ke hadapan semula.
Myra terhenti seketika sebelum disiku oleh Zatie. “ Tak payahlah nak merajuk lama-lama.” Usik Zatie nakal.
Myra membuntangkan matanya.

Kami berhenti berehat di kawasan rehat yang disediakan. Lebih kurang 10 km lagi nak sampai di kawasan tersebut.
Myra menyeka peluh yang membasahi wajahnya.
“ Ini betul-betul mandi peluh.” Kata Zatie yang duduk disebelah Myra. Mata mencari kelibat Sarah tetapi dia rupanya sedang berbual dengan Akim. Mar dan Ema pula bersama boyfriend masing-masing.
Dia tak nampak kelibat Alex dan Pak Cik Ali. Mak Cik Diah dan Lina sedang melihat kawasan sekeliling. Kakak Lina, Yati yang temankan Nek Biah di rumah.
Tidak lama kemudian, muncul Alex dan Pak Cik Ali yang sedang mengangkat kotak dan plastik yang dipenuhi makanan dan minuman.
“ Kita makan dulu ya. Tenaga perlu sangat ini nak berjalan lagi 10 km.” Usik Pak Cik Ali.
Mereka semua membentuk bulatan besar untuk makan bersama-sama.
Myra mula menyuap nasi ke dalam mulut sebelum kepalanya tiba-tiba ditepuk seseorang. Myra mendongak. Alex tersengih-sengih dan duduk di hadapan Myra. Myra memalingkan wajahnya menghadap Zatie yang tersenyum nakal.
“ Myra.” Panggilnya dengan sengihan.
Myra memberikan fokus hanya pada makanannya.
Zatie tiba-tiba bangun dan duduk di sebelah Sarah.
“ Myra, aku tak ada seleralah nak makan.” Kata Alex dengan lemah.
Myra mengerut dahi tanpa melihat Alex. “ So?”
Alex cemberut. “ Selera aku hilang sebab kau tak nak tegur aku.”
Myra diam dan meneruskan makannya tanpa mempedulikan Alex.
Tiba-tiba Alex merampas bekas polisterin Myra dan memakan makanan Myra dengan selamba.
Terkejut Myra melihat perbuatan Alex. “ Hei.”
Alex diam dan makan dengan laju.
“ Aku nak makan apa?”
Alex menyerahkan bekas polisterinnya kepada Myra. “ Makanlah, aku tak nak.” ujarnya sebelum menyambung makan.
Myra terkedu. Terasa wajahnya tebal apabila Zatie dan yang lain tersenyum-senyum melihat kami berdua. Disebabkan dia masih perlukan tenaga makanan Alex dimakan dengan muka yang tebal.

Myra mencuci tangan yang sedikit kotor di paip yang disediakan oleh pihak kawasan rehat tersebut.
Alex berdiri di belakang Myra dan menghalang jalan keluar Myra. “ Apa lagi yang kau nak?” Soal Myra geram.
Alex tersenyum. “ Aku minta maaf tentang semalam.” Ujarnya perlahan.
“ Apa yang kau dah buat?” Soal Myra senjaga. Kemudian dia duduk disebelah Zatie. Alex juga ikut duduk di sebelah Myra.
“ Aku janji tak akan cuba atau mencuba untuk mengawal hidup kau.” katanya berikrar dengan tangan di dada.
Myra ketawa. Sebenarnya marah dia pun tak lama senjaga nak menyakat Alex. “ Okey, aku terima maaf kau.”
Zatie juga ikut ketawa melihat Alex.
Alex senyum lebar dan menyandar di tiang besar di tengah-tengah kawasan rehat tersebut. “ Aku tak boleh kalau marah-marah kau lama sangat. Tak lengkap hidup aku kalau tak bercakap dengan kau.” katanya selamba.
Myra mencebik. “ Gelilah aku. Nak muntah rasanya.”
Alex mendekat. “ Awalnya. Aku belum ready lagi nak jadi papa. Aku belum puas hidup berdua dengan kau.” katanya dengan nakal sebelum berlari pergi apabila Myra mencapai begnya hendak memukul kepala Alex.
Zatie terbahak-bahak ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience