50

Romance Completed 8558

Datin Salina dan Myra menuju ke taman bunga.
“ Sekali lagi saya minta maaf Aunty. Saya tak sangka pula dia akan pecahkan pasu Aunty.” Kata Myra sedih.
Datin Salina ketawa kecil. “ Lebih daripada itu dia pernah pecahkan. Walaupun Aunty kecewa tapi apa boleh buat?” Katanya.
Myra berdehem kecil. “ Kalau saya bertanya sesuatu, Aunty marah tak?”
Datin salina senyum dan menarik Myra mengikuti dia ke bangku taman. Mereka duduk di sana. “ Aunty tahu apa yang Myra nak tanya.”
Myra diam dan merenung wajah Datin Salina.
Datin Salina menarik nafas sedalamnya. “ Aunty isteri kedua Dato Daud. Dato kahwin dengan isteri pertama ibu Puteri Kak Ainur atas pilihan keluarga Dato. Tetapi mereka tak dikurniakan anak 3 tahun awal perkahwinan mereka. Ibu Dato mencadangkan dato berkahwin dengan Aunty. Kak Ainur setuju dan kami kahwin. Aunty melahirkan Dalila setelah setahun berkahwin. Tidak lama kemudian Kak Ainur juga mengandungkan Puteri. Kami bahagia masa itu walaupun hidup bermadu. Apabila Dalila dan Puteri besar sikit, Kak Ainur mula berubah. Dia jadi kasar, pemarah dan cemburu apabila Dato bersama Aunty walaupun itu giliran Aunty. Satu hari Aunty dan Dato datang nak menghantar Puteri balik ke rumah Kak Ainur. Sampai sana kami pelik sebab keadaan rumah berselerak dan bersepah. Kami cemas sebab fikir ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba muncul Kak Ainur turun daripada tingkat atas dengan seseorang. Mereka berpelukan dan menuju ke sofa. Kak Ainur tak sedar kehadiran kami sehinggalah mereka berdua..” Kata-kata Datin Salina terhenti. Dia menunduk.
“ Mereka bercium. Aunty sendiri nampak. Dato terus meluru ke arah kak Ainur. Aunty tak boleh lupa peristiwa itu. Dato gaduh besar dengan Kak Ainur dan akhirnya Kak Ainur minta cerai kerana nak bersama dengan kekasihnya.”
Datin Salina merenung jauh ke arah kolam ikan yang dikelilingi oleh batu-batu berwarna warni yang comel.
“ Aunty tak percaya Kak Ainur berubah sedrastik itu. Aunty tak sangka kekasih kak Ainur yang kami tangkap itu perempuan. Kami fikir dia lelaki disebabkan penampilan dia menyerupai lelaki. Dia pengkid. Dato terduduk. Puteri menerpa ke arah Kak Ainur tetapi dia ditolak. Kak Ainur tak nak Puteri dan cakap Puteri bukan anak dia lagi. Dato menceraikan kak Ainur di hadapan Puteri sendiri. Lepas itu Dato diserang sakit jantung tetapi Kak Ainur langsung tak tolong Dato. Puteri sendiri yang menyaksikan ibunya pergi bersama pengkid itu.
Myra menelan air liur. “ Apa yang terjadi lepas itu?”
Datin salina menunduk. “ Puteri berubah menjadi pendiam. Dia kurang bercakap dengan Aunty, papa dia dan Dalila. Puteri lebih suka berkurung dalam bilik dan menjadi pasif. Kami ada juga cuba membuat dia kembali ceria tetapi usaha kami gagal. Keadaan tersebut berlanjutan selama bertahun-tahun sehingga dia kemalangan. Puteri berubah menjadi seorang yang agresif. Kami sebenarnya tak tahu apa yang terjadi pada hari kemalangan itu.. Puteri langsung tak buka mulut. Hampir saja dia disaman kerana tidak memberi kerjasama dalam siasatan pihak polis.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience