chp 7

Romance Completed 8557

Pintu Perpustakaan Axel terbuka sebaik sahaja Myra menunjukkan kad pelajar yang dipakainya. Ini yang dia suka tentang Axel School. Cepat, pantas dan moden.
“ Lambatnya kau Myra.” Ujar Mimi sebaik Myra berdiri dihadapan mereka dengan nafas yang panjang. Sampai juga akhirnya.
“ Sorry. Aku tertidur sekejap.” Katanya sambil tersengih-sengih. Kami terus memulakan aktiviti belajar berkumpulan kami. Memandangkan Mimi berpotensi menjadi gabenor wang negara maka dia telah dijadikan guru matematik tambahan kami yang tidak bergaji.

Setelah berpisah dengan M.O.M, stands for master of mind. Myra menuju ke kawasan parkir motorsikal. Mereka yang lain diambil oleh bapa dan ibu yang menanti di kawasan tempat letak kereta jauh sedikit dari kawasan parkir motorsikal.
Alamak! Langkah kaki Myra terhenti. Akim and the gang melepak dekat situ. Myra segera menuju ke skuter dia dan memakai helmet dengan laju.“ Ya Allah, janganlah mereka tegur aku.” Doanya dalam hati. Selama ini dia tiada masalah bertembung dengan geng Akim. Entah apa nasib dia petang ini.
“ Myra.” Panggil satu suara dari belakang dia sehingga terlepas kunci skuter yang Myra pegang kerana terlalu terkejut dengan sergahan mereka. Nafas berat dihela kuat. “ Nasib tak menyebelahi aku.” Bisiknya sendiri. Mereka berempat mendekati Myra. Semua masih berpakaian sukan, mungkin baru sahaja selesai latihan badminton.
“ Comel betul skuter kau Myra.” Puji Zack. Dia menyerahkan kepada Myra kunci skuter yang terjatuh tadi dengan senyuman sengetnya. Zack ini player tersohor tapi dia tak mainlah pelajar sekolah sebab dia lebih prefer pelajar kolej sebab lagi banyak cantik mah.
Myra menghidupkan skuter. “ Terima kasih.” Ucapnya kelat.
Putra pula tiba-tiba mengetuk helmet Myra guna raket badminton. Dengan senjaga mereka menghalang perjalanan Myra yang hendak berundur.
“ Tepilah.” katanya dengan marah. Mereka berempat ketawa. Menganggu ketenteraman orang memang kesukaan 4 boys,
“ Tak takut, tak takut.” Ejek mereka selamba sebelum ketawa menghiasi kawasan parkir motorsikal tersebut.
Myra terus membunyikan hon dengan geram. Terkejut mereka sehingga terduduk. Myra menghamburkan tawa lucu. Myra hanya mengeleng-geleng melihat mereka dan lantas pergi. Sempat Myra mengangkat tangan kearah pengawal keselamatan yang bertugas petang itu.
“ Terkejut gila aku.” Ujar Carl dengan nafas laju.
Akim hanya tersengih-sengih.
Putra yang terduduk mengurut dadanya.“ Berani betul budak itu.”
Akim mengambil begnya dan menuju kearah keretanya. “ Dahlah jom balik.” Katanya dan mereka pun beransur pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience