91 Final

Romance Completed 8558

Subhallah cantiknya!.” Ujar Myra kagum dengan pemandangan waktu malam di banglo mereka.
Alex senyum dan merangkul bahu Myra dengan erat. “ Tahu tak abang hampir nak jual banglo ini masa sayang tak ada dengan abang dulu.” Alex meletak kepalanya di bahu Myra. “ Mana-mana abang berada dalam rumah ini, bayang-bayang sayang selalu menjelma di hadapan abang. Abang tak boleh terima kehilangan sayang.” Bisiknya sayu.
Tiba-tiba..
“ Auww!!” Alex menjerit kesakitan apabila siku Myra tepat mengena perutnya..
Myra hanya mempamerkan wajah beku.
“ Tak sayang abang ke?” Soalnya cemberut.
“ Abanglah. Tak stop-stop nak cakap pasal benda yang sedih. Abang buat Myra nak tahu apa dah jadi pada Myra dulu. Myra penatlah nak sedih-sedih, orang nak happy saja.” Katanya dengan tersengih-sengih.
Alex hanya mengeleng sebelum kembali melabuhkan kepala di bahu isteri tersayang dia.
“ Okay sayang. Sorry. Now kita happy-happy okay.”
Myra mengangguk laju.
Tiba-tiba Alex mengangkat kepala melihat Myra. “ Oh, abang lupa! Sayang yang datang rumah Sofia dan terjun balkoni?”
Myra tersentak sebelum dia tersengih nakal. Kepala diangguk.
“ Apa yang sayang buat di sana?”
“ Malaslah nak cerita.”
Alex senyum saja. “ I won’t ask but terjun balkoni? Bahaya sayang, nasib baik tak patah kaki.” Ujarnya geram juga.
“ Orang dah takut, itu saja jalan yang ada.”
Alex mencium pipi Myra. “ Ada jalanlah sayang. Kalau sayang berterus terang masa itu, abang tak akan marah sayang.”
Myra mengeleng. “ Itu cari nahas jawabnya. Kalau phone mahal pun abang boleh hancurkan siapalah orang ini yang langsung tak ada apa-apa.” Ujar Myra perlahan.
Alex senyum. “ Dari mana lagi sayang dengar ini?”
“ Ratnalah.”
Alex memeluk bahu Myra. “ Abang tak akan baling sayanglah. I love you. Myra lagi berharga daripada phone itu.”
Mereka duduk berhadapan. Kolam renang menjadi latar mereka berdua. Air kolam yang berkilau sangat cantik.
“ Sofia macam mana?” Soal Myra tiba-tiba.
Alex senyum saja. “ Jangan Risau. Abang akan pastikan tak ada sesiapa pun akan ganggu kita lagi. Trust me.”
Myra merenung sekilas air kolam yang membiru itu. “ Ada perempuan lain lagi ke dalam hidup abang?” Soal Myra.
Alex diam.
Soalan Myra dibiar sepi. Myra melihat Alex yang termenung. “ Abang.” Panggilnya kuat.
Alex tersentak. Dia merapatkan jarak mereka berdua. Perlahan-lahan dia mengangguk kecil. “ Lisa.” Dia mencantumkan jemari mereka berdua.
Myra terkedu.
“ Lisa perempuan pertama yang abang suka tapi itu hanya cinta monyet. Selepas abang jumpa sayang, hanya sayang yang abang sayang. Sofia itu pula bekas tunang abang masa abang sekolah lagi.”
Lisa. Nama itu diulang-ulang berkali-kali. Entah kenapa debar di dada bertambah kuat apabila nama itu disebut. “ Lisa dimana sekarang abang?” Soal Myra ingin tahu.
Alex diam. Myra menanti jawapan Alex namun dia hanya diam.

“ Ding! Dong!” Loceng rumah ditekan berkali-kali.
Myra yang sedang mengemas di dapur terkocoh-kocoh berlari ke ruang utama. Sempat dia menjeling Alex yang lena tidur. Tidur mati suaminya ini. Myra lantas membuka pintu setelah melihat kelibat wanita berdiri membelakangi kamera. Pintu dibuka. Wanita itu berpaling.
Myra senyum. “ Asalamualaikum.” Ujarnya.
Wanita itu terduduk tiba-tiba. Matanya saja yang terbeliak merenung Myra .
Myra terkejut. “ Cik!” Myra lantas mendekati wanita itu tetapi tangan dia ditepis kuat.
Terkejut Myra dibuatnya.
“ Siapa awak? Apa awak buat di rumah Alex?!” Soalnya tinggi. Dia lantas bangun.
Myra mengerut dahi. “ Saya Myra. Ini rumah suami saya. Cik nak jumpa suami saya ke, kejap eh saya panggilkan.” Saat dia nak berpaling, lengannya dipegang kuat sehingga Myra terhenti.
Myra menoleh. “ Cik okeykan?” Soal Myra risau.
Wanita itu hanya merenung Myra.
“ Cik?” Panggil Myra lagi.
Dia mengeleng. “ Tak perlu panggil Alex? Awak Umyra Ukasya?” Soalnya kasar.
Myra mengangguk. Wajahnya ceria. “ Awak kenal saya? Awak kawan saya ke?” Soalnya teruja.
Wanita itu tetap diam sebelum dia mendekati Myra. “ Awak tak ingat saya?”
Myra merenung wajah itu. “ Cik ini siapa?”
Tiba-tiba senyuman wanita itu melebar.
Degupan jantung Myra bertambah laju. Dia tidak suka melihat senyuman itu.
“ Kirim salam sayang saya pada Alex. Cakap saya rindukan dia.” Bisik wanita itu dan dia pergi.
Myra terkedu. Sayang? Rindu? Alex? Apa maksudnya? Dia sudah mulai berfikir yang bukan-bukan. Hatinya sudah tidak keruan. Apa hubungan dia dengan Alex? Sakit kepalanya menyerang. Myra tetap berusaha mengingati dimana dia pernah melihat senyuman itu. Namun, usaha dia hanya membuat sakit kepala dia semakin mencengkam. Pandangannya mulai gelap sebelum dia langsung tak nampak apa-apa.

Bunyi tembakan jelas kedengaran di telinganya. Myra menyandar di pokok dengan nafas turun naik dengan laju. Dia takut. Suara jeritan di sana sini. “ Kita perlu keluar daripada sini!” suara itu memenuhi ruang fikirannya. Myra cuba bangun namun dia tidak boleh. Dia meronta-ronta hendak bangun. Bangun Myra! Bangun!
“ Myra, Myra. Bangun sayang.” Panggil Alex. Dia mengelap wajah Myra yang dibasahi peluh.
Myra membuka mata tiba-tiba. Dadanya turun naik laju. Wajah Alex pertama dilihatnya.
Alex terkejut. “ Sayang okay?” Soalnya cemas.
Myra tidak menjawab. Dia hendak bangun namun kepalanya berpusing. “ Umi dan Ayah mana? Myra dimana?” Soalnya cemas.
Alex tersentak. Kenapa dengan Myra? “ Umi dan Ayah di kampung sayang. Myra di rumah kita sekarang. Myra tak ingat?” Soalnya gementar.
Myra memegang bahunya. Tak ada luka pun. Okay.
Alex meraih tangan Myra kuat. Wajahnya pucat. “ Sayang okaykan? Sayang ingat abangkan?”
Myra mengalihkan mata melihat Alex sebelum dia tersenyum. “ Mestilah Myra ingat. Abangkan suami Myra.” Ujarnya perlahan.
Alex mengeluh lega dan lantas memeluk Myra erat. “ Alhamdullillah.”

Myra sedang duduk di ruang tamu melihat television. Tiba-tiba, Alex berdiri di hadapan Myra dan mematikan television. Wajahnya serius.
Myra mengerut dahi. “ Abang kenapa?”
Alex duduk sebelah Myra. “ Kenapa Myra tak bagitahu abang?” suaranya juga naik.
“ Bagitahu apa?” Soal Myra pelik.
“ Dah tiga hari berlalu, kenapa Myra tak bagitahu yang datang itu Lisa?” Soalnya tegang.
Myra terkejut. Lisa?! Wanita cantik yang datang itu Lisa?
Alex memegang bahu Myra. “ Kenapa sayang tak bagitahu abang? Kalau abang tak check CCTV sampai bila-bila abang tak akan tahu. Jangan-jangan dia yang buat sakit kepala Myra datang balik.” Katanya marah.
Myra masih terkelu.
Alex menahan geram. “ Myra boleh tak jangan diam begini.” Bentak Alex. Geram soalan dia dibiar sepi sedangkan dia terlalu inginkan jawapan.
Myra tersenyum kecil. Mata Alex ditatap penuh kasih.. “ Myra pengsan sebab sakit kepala bukan sebab Lisa.” Kata Myra namun tak ada balaasan daripada Alex. Merajuk pula suami manja dia ini. Lengan Alex dipeluk manja. “ Lisa itu cantikkan bang?” Pancing Myra dengan nakal. Betul jangkaan Myra apabila sekelip mata saja riak wajah Alex berubah masam.
“ Apa yang Myra nak cakap ini? I’m curious. Apa yang Lisa cakap sampai sayang pengsan? Tell me.”
Myra mengeleng. “ Tak ada apa-apalah.” Katanya berdalih lagi. Malas nak mengulang apa yang telah dicakapkan oleh Lisa.
Alex tidak puas hati. “ Mana boleh tak ada.”
“ Betul.” jawabnya malas.
“ Abang tak percaya. Please sayang, tell me. Apa yang dia cakap pada sayang?” Pinta Alex lagi tidak berputus asa.
Geram dibuatnya Myra. “ Tak ada apa-apaalah. Dia just nak jumpa abang. Dia rindu abang. Puas hati?!”
Alex senyum sinis. “ Kata tak ada apa-apa.” Sindir Alex.
Mata Myra terbuntang sebelum dia bangun. Sakit hatinya dengan Alex. Belum sempat dia naik tangga pertama, tubuhnya terasa melayang. Alex mencempung dia dan menaiki anak tangga ke atas.
Myra memalingkan wajah daripada melihat Alex.
Alex senyum dan mengucup pipi Myra lembut. “ Sorry sayang. Abang tak rindu dia langsung. Dia cuma masa lalu dan sayang masa depan abang. Jangan dengar apa yang dia cakap.” Pujuk Alex.
Myra diam. Perlahan-lahan tangan Myra menjalar di leher Alex. Wajah Alex ditatap lama. “ Myra pun minta maaf abang.” Bisiknya manja.
Alex senyum.

reka. “ Tapi Lisa cintakan Alex.”
BAB 87

Mama dan Papa mengadakan kenduri doa selamat sempena kepulangan Myra semula. Disinilah Myra mulai mengingati setiap insan yang pernah hadir dalam hidup dia sebelum dia hilang ingatan. Lisa juga ada dijemput ke majlis itu. Meskipun dia tidak suka tapi kehadiran Lisa memang dia sangat hargai. Myra tidak tahu apa kaitan Lisa dengan dia namun kehadiran Lisa membuat dia mampu mengingati setiap perkara baru yang datang.
“ Apa khabar Myra?” Tegur satu suara di belakang Myra.
Myra berpaling. Seorang lelaki berdiri melihat dia dengan senyuman manis.
“ Aku tahu kau tak ingat siapa akukan? Let me introduce myself.” Katanya ceria dan duduk sebelah Myra.
Myra hanya mellihat dia pelik.
“ Aku Akim. Kawan baik kau. Sepupu Alex paling tersayang.”
Myra blur. Dia langsung tak ingat..
Akim ketawa. “ Cute.” Dia senjaga mendekatkan wajahnya kearah Myra namun sekelip mata Akim ditolak seseorang menjauhi Myra.
“ Kau nak makan penumbuk aku ke?” Bentak Alex geram.
Akim hanya ketawa tak kisah dengan amaran Alex. “ Alah, Myra kenal aku kot dulu daripada kau.” ujarnya.“ Chill lah alex. Aku rindu dekat Myra ini, biarlah aku melepaskan rindu dendam sekejap.”
Alex membuntangkan mata. “ Hei, nak rindu orang lainlah.”
“ Hai sayang.” Tegur satu suara manja di hadapan mereka. Lisa tersenyum manis melihat Alex.
“ Hai sayangku Lisa.” Ujar Akim nakal namun dia hanya dibiar sepi sebaliknya Lisa mendekati Alex dengan sepinggan nasi berlaukkan ayam masak merah di tangannya. “ Lisa ada bawa makanan kesukaan Alex. Makanlah.”
Alex hanya memandang sepi. Dia duduk sebelah Myra. Kerusi dirapatkan sebelah bersentuhan dengan paha Myra.
Lisa duduk di hadapan Alex. Pinggan dihulurkan dekat Akim. “ Makanlah.”
“ Tak payah. Aku boleh makan dengan isteri aku.” Balas Alex dingin. Pinggan Myra ditarik perlahan.
Lisa tersenyum lebar.
Dan Myra tak suka senyuman dia. Misteri dan kejam.
“ Awak tak makan udang Alex. Ayam masak merah kesukaan awak.”
Terkejut Myra dibuatnya. Alex alergik ke?
Lisa menatap wajah Myra. “ Awak tak ingat ke Myra?” Soal Lisa.
Myra diam. Dia rasa rendah diri. Tak akan perkara itu pun dia tak mampu ingat.
Alex mengenggam tangannya. “ Aku tak kisah makan apa saja yang Myra makan. Tak bagi aku mati pun.” Katanya marah.
Lisa senyum. “ Jangan menyusahkan diri sendiri Alex. Awak tahu tak Myra, Alex alergik seafood. Dia pernah dimasukkan ke hospital kerana alergik. Saya yang temankan dia masa itu. Manja sangat sampai saya nak balik rumah pun dia tak bagi. ” Ujarnya dengan tawa kecil.
Berubah riak wajah Alex. Myra mengetap gigi. Akim sudah mengeleng.
“ Jangan merepeklah Lisa! Perkara dah lama.” Marah Alex. Dengan kasar dia mencapai sudu.
Myra menahan tangan Alex. Wajahnya dingin. “ Tak perlu abang.. Betul kata Lisa. Nanti abang masuk hospital. Bukankah itu hanya akan menyusahkan abang.” Katanya selamba. Myra mengukir senyuman. Dia tak boleh tunjukkan dia lemah.
Alex mengetap gigi. Geramnya pada Lisa memuncak-muncak.
Lisa tersenyum lebar.
Akim mengeluh melihat Lisa. Apa nak jadilah dekat perempuan ini.
Myra senyum pada Lisa. “ Terima kasih Lisa sebab bagitahu saya, ada guna juga awak ini.”
Lisa hanya merenung Myra dengan angkuh.
“ Awak boleh jadi isteri kedua Alex, Lisa. Saya boleh rujuk semuanya pada awak.” Kata Myra yang mengejutkan semua orang yang berdekatan dengan mereka.
“ Sayang!” Alex terkejut.
Mata Lisa bercahaya.
Myra tersenyum sinis. “ Itupun kalau Alex terima awak, saya sendiri yang akan sign borang poligami.” Ujar Myra tegas dan dia bangun lantas pergi. Sakit hatinya semakin dalam.

Belum sempat dia mencapai tombol pintu bilik Alex, badannya sudah ditarik masuk dan pintu dikunci oleh Alex. Myra masih mempamerkan wajah dingin walaupun dia terkejut dengan kemunculan Alex yang mengejut. Myra duduk di birai katil.
Alex merenung Myra dengan tajam. Dia masih tidak puas hati dengan Myra. “ Kenapa Myra cakap begitu?” Soalnya tegas.
“ Dia tidak akan putus asa dapatkan abang. Dia lebih tahu semua tentang abang daripada Myra.” Kata Myra sambil menundukkan wajah.
Alex mengeluh dan melutut di hadapan Myra. “ Sayang.” Serunya perlahan.
Myra mengeleng. “ Myra takut, takut satu hari nanti abang akan bosan dengan Myra. Abang akan tinggalkan Myra. Abang akan mengalah dengan Myra.” Ujarnya sebelum dia menangis teresak-esak.
Alex menarik Myra ke dalam pelukan. “ Myra tak perlu fikir semua itu. Abang tak peduli. Abang bukan mahukan Lisa, abang hanya mahukan Myra. Abang tak akan cari Myra, abang tak akan baling phone mahal kerana Myra.”
Papp! Alex menahan senyum apabila dadanya dipukul perlahan Myra sebaik saja dia menyentuh kembali mengenai phone yang dibalingnya. Alex mengusap kepala Myra yang ditutupi tudung. “ Sayang tak perlu fikir tentang dia lagi. Nanti dia penat dia stoplah. Sayang jangan nangis lagi eh, Myra yang abang kenal tak cengeng macam ini.”
Myra mengesat air matanya dan meleraikan pelukan. “ Myra yang abang kenal macam mana?” Soalnya dengan nada serak.
Alex senyum. “ Myra yang abang kenal itu sempoi, selamba, tak tahu malu dan suka menggoda abang.” Katanya nakal.
Myra mencubit perut Alex. “ Myra tak goda abanglah. Abang yang suka goda orang.” Marahnya.
Alex ketawa lucu sebelum dia terhenti.
Myra terkelu. Dia terlepas. Tudung dibetulkan. “ Jom kita keluar.” Katanya lantas bangun namun tangannya direntap lembut sehingga dia berhadapan dengan Alex yang merenung dia tajam. “ Sayang ingat?” Soalnya lembut.
Nada suara Alex membuat Myra tidak sampai hati nak sembunyikan lagi. Perlahan-lahan dia mengangguk.
Alex menarik Myra ke dalam pelukan dengan gembira.
“ Myra minta maaf sembunyikan daripada abang. Myra ingat namun bukan semua.” Bisik Myra perlahan. Dia tak nak berikan harapan palsu.
“ Perlahan-lahan sayang.” Balas Alex.
Disebabkan Alex takut Lisa akan cuba lakukan apa-apa yang buruk kepada Myra, dia mengupah bodyguard perempuan menjaga Myra. Walaupun Myra menolak berhabisan namun Alex tetap berdegil mahukan pengawal untuk Myra. Terpaksalah Myra mengalah apabila Alex menggunakan kuasa veto dia.
“ Thanks Ekin.” Ujar Myra apabila Ekin, bodyguard yang telah sebulan bersama dia menemani dia keluar jalan-jalan di Mall.
Ekin hanya mengangguk dan berjalan dua langkah di belakang Myra.
Myra berhenti. Ekin lantas berhenti. “ Kenapa Puan?” Soalnya cemas.
Myra merenung Ekin tajam. “ Awak.”
Ekin hairan. “ Kenapa dengan saya Puan?”
“ Awak jalan sebelah saya. Jangan jalan belakang saya.”
Ekin mengeleng. “ Puan bos saya. Nanti Tuan marah.”
Myra mengeluh. “ Tuan bos awak di pejabat tapi sekarang saya bos awak. Dengar kata-kata saya. Jalan sebelah saya. Ini arahan.” Kata Myra senjaga tegas.
Ekin mengangguk patuh.

Lisa menelefon dia hendak berjumpa. Sambil menangis-nangis dia merayu Myra supaya berjumpa dia di taman berdekatan perumahan Myra dan Alex. Terpaksalah Myra bersetuju juga.
“ Puan nak saya ikut sekali ke?” Soal Ekin.
Myra mengeleng. “ Awak tunggu saja di sini.”
Myra mendekati Lisa yang sedang duduk di bangku taman. “ Asalamualaikum.” Ucap Myra.
Lisa berpaling namun dia hanya diam.
“ Kenapa nak jumpa saya?” Soal Myra.
Lisa melihat Myra dan tiba-tiba dia melutut.
Myra refleks berundur terkejut. “ Apa yang awak buat ini?!” Marah Myra.
Lisa menunduk. “ Please, saya merayu awak Myra. Izinkan saya berkahwin dengan Alex. Saya cintakan dia.”
Myra mengeluh. Alex lagi. “ Lisa, saya juga mahu hidup dengan dia. “ Ujar Myra penat. Dia juga nak hidup bahagia.
Lisa lantas berdiri dengan wajah geram. “ Cinta Alex milik saya!”
Myra meraup muka kasar. Ya Allah! “ So sayalah yang harus berkorban untuk awak?” Bentaknya marah.
Lisa mengukir senyuman sinis. “ Mungkin awak lupa satu hal Myra. Alex selamatkan saya dahulu berbanding awak semasa peristiwa 6 bulan yang lepas. Alex tidak pedulikan awak pun, dia pergi dapatkan saya.” Bisiknya sinis.
Myra terkedu. “ Apa maksud awak Lisa?” Soal Myra bergetar.
Lisa berpeluk tubuh. “ Hari Lydia culik saya dan Syira, awak ditembak oleh Lydia sebelum dia mati. Alex selamatkan saya, orang yang dia peluk bukan awak tapi saya.”
Otak Myra mula memutar kembali tayangan peristiwa itu dan Myra mampu mengingati dengan jelas apa yang berlaku, sakit kepalanya langsung hilang tidak macam selalu apabila dia mencuba untuk ingat. Dia ditembak Lydia di bahu. Alex memeluk Lisa..lutut Myra mulai terasa lembik.
Lisa tersenyum lebar melihat wajah mendung tersebut. “ Bukankah itu sudah cukup membuktikan saya masih ada dalam hatinya?”
Myra mengeleng. “ Saya tak peduli! Alex suami saya.” Myra sudah ingat semuanya. Ingatannya sudah kembali, namun cukup perit untuk menerima hakikat untuk menerima bahawa Lisa dan Alex yang membuatkan dia sakit.
Lisa mengetap gigi. “ Stop Myra! Awak sanggup ke hidup dengan insan yang dah buat awak sakit? Yang hampir buat awak bunuh diri kerana kesakitan selepas awak sedar daripada koma?” Jerkah Lisa marah.
Terkejut Myra dibuatnya.
“ Saya sarankan awak tinggalkan Alex. Lebih baik awak cari kehidupan yang lebih bahagia tanpa Alex. Saya boleh tolong awak.”
Myra merenung rumput di tanah. Keluhan dilepaskan. “ Awak tak akan berhentikan Lisa?”
“ Dia cinta pertama saya.”
“ Apa bukti dia masih sayangkan awak?” Soal Myra tidak puas hati.
Lisa senyum. “ Alex akan datang pada saya bila saya perlukan dia.” Katanya yakin.
Myra mengetap gigi.
Lisa mengeluarkan phone dan mula mendail seseorang. “ Hello Alex.”
Myra terkejut.
“ Alex, tolong saya. Ada orang ekori saya, saya tak berani keluar daripada kereta.” Kata Lisa berpura-pura dalam ketakutan. “ Okay, cepat datang eh. Saya takut.” Katanya sebelum mematikan talian.
“ Awak main tipu!” Marah Myra.
Kening Lisa terangkat tinggi. “ Apa saya peduli.” Katanya selamba dan menuju ke keretanya.
Myra mengetap gigi marah sebelum dia menarik nafas. “ Stop.”
Lisa berhenti dan melihat Myra.

BAB 88

“ We make a deal. Samada Alex datang pada awak atau saya. Kalau dia dapatkan awak, saya akan mengalah namun kalau dia dapatkan saya dahulu, awak perlu pergi jauh daripada kami.” Kata Myra tegas.
“ We’ll see.”
Myra mengeluarkan phone dan menelefon Alex. Tidak lama kemudian panggilan dia terjawab. “ Asalamualaikum Sayang.” Kata Alex lembut.
“ Walaikumusalam Abang.” Jawab Myra dingin.
Lisa hanya merenung tajam wajah Myra.
“ Abang sibuk ke? Myra ada perkara nak bagitahu abang.”
“ Apa dia sayang?”
Myra menatap anak mata Lisa. “ Myra dah ingat semuanya.”
Alex terkejut.
Lisa terbuntang mata mendengar.
“ Alhamdulillah Sayang.” Kata Alex teruja.
“ Tapi, Myra kecewa dengan abang.” Nada Suara Myra berubah sayu.
Alex menelan air liur. “ sayang.”
“ Abang masih sayangkan Lisa.” Katanya sebak.
“ Tak! Sayang, dengar dulu. Sayang dimana? Abang datang sekarang!”
Tut! Tut! Tut!
Alex mengambil kotnya dan keluar. “ Fatimah, uruskan semua perbincangan dengan wakil dari Jepun itu dengan Adi. Saya ada hal.” Katanya laju. Sempat juga Alex meminta Jimmy mencari keberadaan Myra sekarang.
Jimmy menanti di hadapan kereta. “ Mereka di taman perumahan dekat rumah Tuan.”
Alex terus masuk ke dalam kereta meninggalkan Jimmy yang terkulat-kulat.

Myra melihat Lisa. Dia kelihatan marah. “ Alex akan datang pada saya!” Katanya dan pergi.
Myra tetap berdiri di situ bersama harapan yang tipis. Betapa dia berharap Alex akan datang pada dia. Hampir dia terjatuh kalau tidak dipaut oleh Ekin. “ Puan okey?” Soalnya risau.
Myra mengangguk dan duduk di bangku taman. “ Tinggalkan saya sendiri sekejap.” Pinta Myra.
Ekin mengangguk patuh dan kembali ke kereta.
Kata-kata Lisa kembali terbayang. Memang sebelum kejadian itu berlaku salah faham antara dia dengan Alex ditambah pula dengan perbuatan Alex.. dia memejamkan mata. Tak hairanlah dia ingat semuanya apabila berada berdekatan dengan Lisa kerana dia insan yang membuat jiwa dia hancur.

Alex meluru keluar daripada kereta sebaik saja dia tiba di taman tersebut. Matanya menangkap figura Myra sedang duduk di bangku taman membelakangi dia. Kaki dibawa laju.
“ Myra!” Panggilnya dengan nafas turun naik.
Myra terkejut. Alex!
Alex lantas memeluk Myra erat. “ Sayang, ..Sayang kena dengar kata-kata abang. Abang buat begitu kerana abang risaukan Lisa bukan sebab abang sayangkan dia. Abang hanya cintakan Myra seorang.” Ujarnya bertalu-talu.
Myra cuba melepaskan pelukan namun tidak boleh.
Alex mengeleng tak nak lepaskan Myra. “ Abang tak..”
Cupp! Sebuah kucupan hangat dihadiahkan di bibir sensual Alex.
Alex terkedu.
Myra senyum manis. “ Myra tahu. Myra acah je tadi..Myra gembira abang datang pada Myra.” Katanya dan memeluk Alex kuat.
Alex mengeluh lega dan membalas pelukan Myra. “ Alhamdulillah sayang. Umyra Ukasya abang dah kembali. Abang rindu sayang.”
Myra tersengih nakal. Tiba-tiba dia menolak Alex menjauh.
Alex terkejut. “ Sayang?”
“ Kalau rindu pun, ingat sikit le kita dekat public kot.” Sindir Myra.
Alex ketawa dan meraih tangan Myra ke dalam genggaman. “ Tadi dia juga yang cium kita.”
Myra ketawa manja.
“ Jom kita balik sayang.”
Mereka menuju ke kereta. Namun sempat juga Myra menoleh ke belakang melihat seseorang. Aku minta maaf Lisa, tapi kau perlu kotakan janji kita, bisik Myra dalam hati.
Lisa terduduk memerhatikan mereka berdua pergi. Dia tahu. Sangat tahu Alex tidak akan memandang dia lagi. Sebenarnya dia hanya membuat panggilan palsu saja. Alex sudah block number dia. So memang Lisa tak akan dapat call Alex lagi. “ Arrghh!!” Dia menjerit sekuat hati sebelum dia menangis teresak-esak.

Kegembiraan Myra dan Alex dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. Namun bukan semua menyukai. Nenek tetap dengan perasaan bencinya terhadap Myra. Kerana tidak dapat jodohkan Alex dengan Sofia, isu Myra belum mengandung menjadi persoalan hangat Nenek.
Myra hanya mampu mengeluh. Alex tetap setia menjadi penenang dia. “ Sayang sabar eh, biarkan saja Nenek itu.” Myra tahu tapi sampai bila.
“ Orang lain kahwin sebulan dua dah berisi, ini nak dekat setahun belum juga ada isinya. Memang pantang keturunan aku ada yang tak subur ini. Lebih baik cari yang baru. Boleh bagi zuriat.” Sindir Nenek.
Myra menarik nafas berat. Kepalanya sakit dengan apa yang dilaluinya sekarang. Desakan sana sini tetapi dia masih boleh bersabar namun dia tidak tahu tahap sabar dia semakin habis.
Tok! Tok! Tok! Cermin kereta Myra diketuk Alex.
Myra segera keluar daripada kereta.
Alex meraih Myra ke dalam pelukan. “ Ingat sayang dah pengsan dekat dalam.”
Myra senyum. “ Nak sayang pengsan ke?”
“ Boleh buat CPR.” Bisiknya nakal.
Myra mencubit pinggang Alex. “ Gatalnya dia. Jom masuk.”
Mereka berjalan masuk ke dalam rumah.
Tangan Alex menjalar di pinggang Myra sebaik saja mereka masuk. Keningnya berkerut.
“ Sayang semakin berisilah.” Dia membelek tubuh Myra atas bawah.
Myra mengerut dahi. “ Biasa saja pun.”
Alex mengangkat kening. “ Sayang tak takut gemuk ke?”
Myra mengeleng.“ Sayang okey ke ini?” soal Alex risau.
“ Okay.”
Alex senyum juga dan menarik Myra dalam pelukan. Namun dia kembali ketawa. “ Abang tak dapat peluk sayang kuat-kuatlah.” Katanya dan ketawa.
Myra senyum saja. Malas dia nak melayan suaminya ini. “ Tahulah orang dah gemuk, tak seksi lagi.” Katanya perlahan.
Alex menatap wajah Myra. “ Sayang, listen to me.”
Myra diam.
“ Abang kahwin dengan sayang bukan sebab seksi ke apa tapi sebab sayang, cinta, suka.” Katanya lembut dalam tegas.

Tertekan dengan pelbagai perasaan membuat Myra rasa sangat kacau bilau. Nenek asyik mendesak dia agar memujuk Alex berkahwin dengan Sofia atas alasan Myra tidak boleh melahirkan zuriat untuk keturunan Alex. Malah Nenek juga akan menerima Myra jika dia memujuk Alex mengahwini Sofia namun Myra bukanlah segila itu. Bukan hanya Nenek malah Lisa juga mengambil kesempatan merayu Myra supaya dia boleh kahwin dengan Alex.
“ Saya sanggup jadi isteri kedua Myra. Saya sanggup. Saya sanggup walaupun hanya tempat melahirkan zuriat Alex. Tolonglah Myra.” Rayu Lisa.
Myra mengetap gigi. Mata dipejam erat.
“ Nenek akan terima Myra jika Alex kahwin dengan Sofia.”
“ Please Myra, I nak kahwin dengan Alex. I love him so much.”
“ Please, tolonglah, saya merayu,..”

“ Aarghh!!”
Jeritan Myra memenuhi ruang fikirannya. Dia penat, sangat penat. Ya Allah, tolong hambamu. Alex pula bagaikan tidak mengerti rasanya. Dia asyik meminta agar Myra tidak mendengar semua itu. “ Sayang tak perlu dengar benda mengarut itu. Abang hanya cintakan sayang bukan orang lain.”

Myra duduk di batu besar di tepi pantai bersama Ekin. Myra meminta Ekin menemankan dia berkunjung ke Pantai Sentosa petang itu. Fikirannya kusut dan sesak. Keluhan dilepaskan kasar.
Ekin menoleh ke arah Puan Myra dengan pandangan pelik. Dia sedar dengan perubahan sikap Puan dia. Puan Myra bukan seorang yang pendiam tetapi sejak akhir-akhir ini dia lebih banyak mendiamkan diri dan termenung. “ Puan nampak penat sangat. Kenapa?” Soal Ekin.
Myra senyum saja. “ Saya Okey.”
Ekin mengerut dahi. “ Puan ada masalah ke?”
“ Manusia mana tak ada masalah.” Jawab Myra dengan riak kosong.
“ Puan boleh cerita dekat saya.” Ujar Ekin dengan senyumannya.
Myra senyum. “ Kau ini sweet juga rupanya.” Dia rasa dia perlukan seseorang untuk mendengar masalahnya.
Ekin mengangguk sendiri. Puan dia memang ada masalah sehingga kata ganti nama dia juga sudah bertukar. “ Saya rasa Puan memang tak okey sekarang.”
“ Mana awak tahu?” Soal Myra hairan.
“ Puan guna kata panggilan aku bukan saya. Puan tak begini selalu.”
Myra senyum. Dia tidak sangka Ekin boleh mengesan perubahan sikap dia. Saat itu dia terbayang suaminya. Kenapa Alex tak boleh faham hatinya? Kenapa harus orang lain yang faham dia? “ Awak boleh tolong saya tak?”
Ekin mengangguk. “ In Shaa Allah.”
Myra menarik nafas. “ Saya nak bersendiran. Tidak ada orang yang boleh tahu dimana saya. Tak ada desakan, tak ada sindiran, tak ada arahan dan rayuan lagi.”
Ekin terkejut. “ Apa maksud Puan?”
Myra menarik nafas sedalamnya. Dia perlukan sesuatu. “ Boleh awak uruskan tak? Saya perlu waktu untuk bertenang.”
“ Tapi, Tuan?” Soalnya risau. Ekin tahu sangat betapa Tuan Alex sayangkan Puan Myra.
“ Tak perlu risau. Kalau Tuan pecat awak saya akan bayar pampasan untuk awak.”
Ekin terdiam. Dia tahu masalah yang dihadapi Puan dia namun tidak sangka sebesar ini sehingga dia ingin memencilkan diri. Perlahan-lahan dia mengangguk. Budi Puan Myra terhadap dia lebih besar berbanding permintaan ini. “ Baiklah Puan. Saya akan uruskan.”

BAB 89

Entah apa yang Ekin lakukan. Tahu-tahu saja dia sudah berada di Cameron Highlands. Kampung halaman Ekin. “ Terima kasih Ekin.” Ucapnya sebaik saja mereka tiba di sini semalam. Myra betul-betul terhutang budi dengan pertolongan Ekin sehingga dia boleh meloloskan diri daripada semua perkara yang menyesak dia.
Dia mengangguk dengan senyuman manis. “ Saya buat demi jasa Puan.” Ujarnya walaupun dia tahu risiko apa yang bakal dia hadapi nanti.

Kelihatan Puan Airah tersenyum melihat Myra. Puan Airah Mak Cik saudara Ekin. Myra sekarang berada di rumah Puan Airah. Seminggu sudah Myra berada di sini.
“ Termenung jauh Myra?”
Myra tersentak. “ Mak Su.”
Puan Airah dia kenal kerana Myra pernah melawat Mak Su Ekin sewaktu dia dibedah kerana kanser payudara sebulan yang lepas. Myra yang membayar kos pembedahan tersebut sebab itu Ekin sangat terhutang budi dengan Myra yang menolong Mak Su dia yang satu-satunya saudara dia ada.
“ Kata nak tenangkan diri, tapi macam bertambah masalah saja.” Ujar Puan Airah.
Myra senyum saja. Dia gagal sembunyikan riak wajahnya. Sebenarnya dia risau. Risau dengan apa yang sedang terjadi. Marahkah Alex pada dia, marahkan semua orang pada dia namun dia yakin ada yang gembira dengan ‘ kehilangan ‘ dia. Ini peluang mereka nantikan selama ini.
“ Myra bukan memikirkan semua yang Myra tinggalkan di sanakan?” Soal Puan Airah dengan maksud yang mendalam.
Myra terdiam. Dia faham maksud pertanyaan Puan Airah. Sebenarnya hatinya mulai berbelah bahagi dengan semua perbuatan yang telah dia lakukan saat ini.
“ Mak Su faham perasaan Myra. Siapa yang tak sedih dan tertekan jika didesak untuk mengizinkan suami kahwin lain. Tapi Myra kena ingat sayang, Myra masih seorang isteri. Meninggalkan suami tanpa izin berdosa. Ingat Myra, syurga Myra ada pada Alex.”

Seminggu dia di sini menyedarkan Myra lari bukan menyelesaikan masalah. Dia perlu berjuang menyelamatkan dan mempertahankan rumahtanggannya. Jika tidak pasti mereka yang sedang menantikan kehancuran dia akan bersorak gembira. Dia membuat keputusan untuk balik ke Kuala Lumpur. Dia ada mencuba menghubungi Ekin namun tidak ada balasan malah gagal seolah nombor Ekin telah mati.
“ Myra balik dulu Mak Su. Terima kasih atas segalanya. Mak Su dah buka mata Myra untuk Myra berusaha mempertahankan milik Myra.” Kata Myra dan memeluk Puan Airah erat.
Puan Airah mengangguk dengan senyumannya. “ Sama-sama sayang. Jangan mudah putus asa. Minta maaf cepat-cepat pada suami.” Katanya sambil menggosok belakang Myra dengan lembut.
Myra mengangguk dan meleraikan pelukan. Senyuman dia terukir lebar. Rasanya ingin saja dia terbang mendapatkan sang suami dan meminta maaf.

BAB 90

Myra keluar daripada kereta apabila sebuah superbike berhenti di hadapan dia. Myra takut dan cemas. Alamak, kenapa dia cuai sangat sampai langgar motor ini. Cermin kereta dia diketuk. Terpaksalah Myra keluar. Dia menundukkan kepala tidak berani melihat wajah lelaki itu. “ Saya minta maaf Encik. Saya bayar, Encik katakan saja berapa. Ini memang salah saya.”
“ Call number ini dan selesaikan nanti.” Kata Lelaki itu dengan suara mendatar sebelum dia melangkah ke motor dia semula.
Myra tersentak. Laju kepala diangkat melihat siapa dia. Dia kenal suara itu, langkah dia berjalan.
“ Abang!” Jeritnya kuat namun Alex tidak berpaling, dia mencapai helmetnya.
“ Abang, Myra minta maaf!” Jerit Myra lagi. Air mata dia merembes keluar semahunya. Namun Alex tetap tidak berpaling.
“ Abang.” Myra tersandar di badan kereta dengan esak tangisnya. Motor Alex sudah bergerak pergi. “ Myra salah.” Dia menangis sendiri. Tiba-tiba, perutnya sakit. Myra cemas. Perutnya rasa senak. “ Baby, kenapa ini sayang?” Ujarnya cemas. Dia ingin masuk ke dalam kereta namun pandangannya mulai gelap sebelum Myra terkulai jatuh.

Mata dibuka perlahan-lahan.“ Aku dimana?” Hospital! Cepat-cepat dia menyentuh perutnya. Nafas dihembus lega.
“ Their fine. Our twins is fine.” ujar satu suara di sebelah kanan Myra.
Myra menoleh. Air liur ditelan kesat. Wajah Alex dipandang sekilas sebelum dia melarikan pandangan. Sungguh Alex nampak menakutkan saat ini.
“ Abang ini siapa?” Soal Alex dingin.
Myra diam.
Alex mendekati Myra. “ Who am I to you? I’am asking you right now!” Bentak Alex kuat sehingga Myra terkejut.
Air mata yang ingin keluar ditahan. “ My husband.” Jawabnya takut.
Alex ketawa sinis.
Myra menunduk.
“ Your husband? But you treat me like I am nothing! ” Tempiknya marah.
Myra menatap wajah Alex geram. “ Kalau abang benci Myra just leave me. Forget me for the rest of your life.” Katanya marah.
Prang!!
Alex membaling pasu bunga kaca yang terletak di meja kecil sebelah katil Myra tepat ke dinding sehingga berkecai.
Menggigil tangan Myra dibuatnya.
“ After what have you done to me, you are asking me to do what you ask for?”
“ Berhenti menengking Myra!”
Alex terbuntang melihat Myra. Dia sungguh tidak percaya dengan isterinya. Marahnya memuncak namun cuba disabarkan demi isteri kesayangan dia yang sudah melampau ini.“ Kenapa sayang buat keputusan sendiri? Sayang isteri dan abang suami. You should listen to me.” Katanya menahan sabar.
Myra diam. Panggilan Alex juga sudah berubah lembut sedikit.
Alex mengeluh. Ini yang dia lemah. Mendengar nada suara isteri dia yang sayu. Namun dia tetap perlu bertegas. “ Sayang tak fikir ke apa perasaan abang sayang pergi begitu saja? Atau sayang dah tak cintakan abang?” Tebak Alex.
Mata Myra terbuntang marah. “ Jadi ini salah Myra?”
Alex berpeluk tubuh dengan wajah yang sinis. “ Should I say yes if you already know the answer?”
Myra mengetap gigi. Air mata dia hendak keluar lagi. “ Please go. Myra nak rehat, Myra penat dan stress.”
Alex mengetap gigi. “ So sayang tak fikir ke abang juga penat dan stress dengan kerenah sayang? Sayang buat abang macam tunggul!”
Myra menunduk dan mengenggam kuat selimut. “ Pernah tak abang fikirkan apa yang Myra rasa selama ini? Myra terbeban dengan semua orang. Myra penat dengan permintaan Nenek yang asyik nak abang kahwin lain, Myra penat dengan Sofia yang asyik merayu Myra supaya izinkan abang kahwin dengan dia, Lisa pula dengan kerenah dia and I am tired with you. Ya, semua salah Myra. Sekarang, tolong pergi. I don’t want to see you face right now.” Kata Myra dingin.
Alex terkelu. “ Sayang.”
“ Get Out!” Marah Myra. Dia menarik selimut dan menyelubungi dirinya. Di bawah selimut, dia menangis sendiri. Sakitnya Ya Allah..Kenapa jalan untuk dia bahagia sebegini sukar..

Myra boikot tidak mahu bercakap dengan Alex. Marahnya masih menebal.
Alex juga tidak mahu kalah dalam memujuk isterinya semula.
Myra membawa langkah laju menuju ke bilik tetamu.. Dia tak nak tidur sebilik dengan Alex. Namun Alex lebih cepat bertindak dengan mengunci semua bilik yang ada kecuali bilik mereka berdua. Myra juga tidak mendengar apa-apa berita tentang Ekin. Entah apa yang terjadi pada Ekin.
“ Abang dah bagi pengajaran pada dia. Kerana dia Myra tinggalkan abang.” katanya tegas.
Terkejut Myra mendengar. “ Abang buat apa dengan Ekin?” Soalnya cemas.
Alex tersenyum sinis. Sangat sinis pada pandangan Myra.
“ Buat apa yang sepatutnya abang buat. Biar dia serik.” Katanya sambil berbaring di katil.
Myra terkaku di hujung katil. Rasa bersalah semakin menghimpit. Ini semua salah dia.
“ Jangan buat apa-apa pada Ekin bang. Ini salah Myra, abang kena hukum Myra bukan dia.” Ujar Myra.
Alex bingkas duduk dan merenung Myra dengan tajam. Wajahnya tegang. “ Ini yang abang tak suka dengan sayang. Boleh tak jangan nak fikirkan orang lain saja sampai diri sendiri yang merana!” Marah Alex.
Myra diam. Hanya mata dia saja yang merenung anak mata Alex. “ Hanya Ekin yang faham Myra.” Ujar Myra dingin dan dia berlalu keluar daripada bilik mereka meninggalkan Alex yang terkedu.

Myra terjaga daripada tidur pagi itu. Dia menjeling Alex yang masih nyenyak tidur. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 5 : 30 pagi. Biasanya Alex lebih awal bangun daripada dia. Selimut diselak dan dia bingkas bangun daripada katil. Phone yang berkelip-kelip dicapai. Dia terkejut. Nenek!

Alex terpisat-pisat bangun. Tangannya meraba sebelahnya namun kosong. Lantas dia bangun kerana terkejut. Awalnya isteri dia bangun. Alex meyelak selimut dan berdiri. “ Sayang.” Dia menuju ke bilik air tetapi kosong. Segera dia berlari ke bawah. Takut juga kalau-kalau isteri dia ini panjang kaki lagi. Hilang ke tiba-tiba, dia juga yang merana nanti. Ruang tamu kosong begitu juga dengan kawasan dapur.
Cepat-cepat Alex berlari melihat kasut Myra. Tiada! Dia sudah mulai cemas. Langkahnya terhenti apabila melihat sekeping note pad kecil melekat di pintu utama. Laju tangannya merentap note pad tersebut.

“ Myra minta maaf untuk semuanya. Abang,,”

Pintu rumah agam ditolak kasar oleh Alex. Wajahnya tegang sehingga rahangnya bergerak-gerak. “ Nenek!” panggil Alex kuat.
Nenek yang kebetulan baru turun daripada tingkat atas terkejut. “ Alex.”
Myra yang sedang duduk di taman bunga terkejut apabila mendengar jeritan di dalam rumah. Dia mengorak langkah masuk ke dalam.
“ Ini semua salah Nenek!” ujar Alex dengan tangisan.
Nenek hanya menunduk.
Alex sedang melutut dengan tangisan sayunya. Sedih memikirkan kehidupannya yang sudah tiada makna.
Myra kaku.
“ Nenek minta maaf Alex.” ujar nenek sebak. Rasa bersalah semakin menghimpit.
Alex mengeleng. “ Alex penat dengan Nenek. Penat dengar cakap Nenek, penat nak jaga hati Nenek sedangkan hati Alex hancur. Mulai sekarang, Alex yang akan tentukan hidup Alex sendiri. Nenek tak berhak masuk campur lagi. Alex dah hilang semuanya kerana Nenek.” katanya lemah. Dia menunduk memandang lantai. Sukar dia menerima yang Myra meninggalkan dia.
Nenek mengangkat wajah dan bertembung dengan Myra. Matanya memancarkan sinar kekesalan yang dalam. Myra mengukir senyuman ikhlas. Nenek naik ke atas meninggalkan Alex dan Myra.
Myra berjalan mendekati Alex perlahan-lahan. Alex tidak menyedari kedatangan Myra.
Rambut Alex diusap lembut.
Alex tersentak dan mendongak melihat Myra.
Myra senyum manis. “ Jangan nangislah abang. You cry like a kid.” Usik Myra.
Alex terus memeluk pinggang Myra dengan eratnya. Dia menangis lagi. “ Jangan tinggalkan abang sayang. I love you so much.”
Myra menolak Alex perlahan namun Alex tidak mahu melepaskan.
“ Abang, kesian baby kita.”
Alex segera melepaskan pelukan dan berdiri. Tangan Myra digenggam erat. “ Kita balik sayang.”
Myra mengangguk.

Majlis kenduri kesyukuran diadakan di rumah banglo keluarga Tan Sri Halim. Ramai ahli keluarga serta sahabat handai datang berkumpul. Ayah dan Umi serta Syukri juga turut datang ke menghadiri kenduri tersebut. Zatie dan yang lain juga datang berkumpul. Tak lain tak bukan nak bergosip dengan Myra. Perut yang memboyot menyukarkan sedikit pergerakan Myra. Pinggang dan betisnya sakit. Oleh itu dia hanya duduk terperap di dalam bilik sahaja. “ Twins, mama tak sabar nak tengok twins.” Ujarnya sendiri. Ya. Impian dia nak mendapat anak kembar bakal tercapai. Semoga dipermudahkan dia mendapat anak-anak yang sihat. Alex orang yang paling gembira apabila mendapat tahu yang Myra mengandung kembar.
Dalam kegembiraan yang dirasakannya saat ini terselit juga rasa kesian dia untuk Lisa. Bukan salah Lisa jika dia masih menyayangi Alex. Siapalah yang dapat melupakan cinta pertama mereka. Dia bukan insan yang baik sehingga sanggup berkongsi suami. Dia hanya insan kerdil yang begitu memerlukan seorang insan yang bernama suami dan dia bukan jenis suka berkongsi. Entah apa yang telah Alex lakukan sehingga kini Lisa tidak muncul lagi di hadapan mereka begitu juga dengan Sofia.
Tok, tok, tok..
Bunyi ketukan di pintu bilik mengejutkan Myra. Lantas dia segera bangun menuju ke pintu dengan susah payahnya. Kandungan dia sudah mencecah usia 7 bulan namun besarnya bagaikan sudah 9 bulan. Pintu dibuka perlahan.
Wajah yang sedang menatap Myra membuat Myra terpaku. Apa yang dia buat di sini? Jantungnya sudah berdegup laju selajunya.
Insan itu mengukir senyuman lebar untuk Myra.

“ Saya bukan insan yang baik Myra dan terima kasih kerana menyedarkan saya hakikat tersebut. Jika tidak saya tak tahu dan tidak akan tahu siapa diri saya yang sebenarnya.” Ujar Lisa perlahan sehingga Myra terpaksa mendekat untuk mendengar butir bicara Lisa.
Lisa menatap wajah Myra lama. “ Awak maafkan saya tak?”
Myra membalas renungan Lisa. “ Awak ingat sesenang itu saya nak maafkan awak?” Soal Myra sinis.
Lisa menunduk. Dia sudah tahu jawapan Myra. Dia memang tak layak untuk dimaafkan. Peruntuh masjid orang lain memang tidak layak mendapat kemaafkan. “ Saya betul-betul minta maaf. I am truly sorry for everything I did.” Ujarnya sebak.
Lisa bangun. Wajahnya dikesat dengan telapak tangan. Beg juga dicapai. “ Saya balik dulu. Saya memang tak patut datang sini. Tapi saya degil juga sebab nak meraih kemaafkan awak Myra. Saya pergi dulu.”
Namun saat Lisa ingin melangkah keluar daripada bilik tangannya ditahan oleh Myra.
Lisa terkejut.
“ Saya nak awak buktikan maaf awak pada saya.” Ujar Myra dengan wajah selamba.
Wajah Lisa berkerut. “ Apa maksud awak? Saya perlu buktikan macam mana lagi?”
Myra senyum. “ Jangan muncul depan kami lagi.”
Riak Lisa berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience