50

Romance Completed 8558

Myra melangkah mendekati sebuah rumah banglo 3 tingkat yang terletak di Taman Petaling Jaya. “ Betul ke ini alamatnya?”
Alamat itu dilihat sekali lagi oleh Myra. Ya, dia rasa inilah. Sekali lagi dia berhenti di hadapan pintu pagar rumah banglo tersebut yang setinggi gate sekolah KLES.
Seorang security mendekati Myra. “ Ada apa-apa yang boleh saya bantu Cik?” Soalnya tegas.
Myra senyum. “ Saya nak berjumpa dengan Datin Salina.” Katanya.
Security itu mengangguk dan menuju ke pondok pengawal yang sederhana besar di sebelah kiri pintu pagar.
Tidak lama kemudian Myra dibenarkan masuk setelah ditunjukkan jalan menuju ke ruangan utama pintu hadapan masuk ke halaman rumah. “ Cik tunggu dekat sini sekejap.” Kata Security itu sebelum dia memasuki satu ruang yang menuju ke dalam rumah majikannya.
Myra menunggu lagi. Sempat dia memerhatikan kawasan banglo tersebut. Rasanya banglo Aunty Nor tidaklah sebesar ini.
“ Asalamualaikum.” ucap satu suara daripada belakang Myra.
Myra menoleh. “ Walaikumussalam.”
Di hadapan Myra berdiri seorang wanita yang bertudung hijau zamrud tersenyum manis ke arah Myra.
Myra membalas senyumannya. Tangan dihulur. “ Saya Cikgu Myra. Mengajar di KLES.”
Wanita itu mengangguk. “ Saya tahu. Saya dah tengok gambar Cikgu dekat whatsapp Kak Khadijah, Pengetua Cikgu.”
Myra mengangguk faham. “ Puan Datin Salina ke?” Soal Myra ingin tahu.
Wanita itu ketawa. “ Maaf, saya belum kenalkan diri lagi. Saya Datin Salina, Ibu Puteri Nuraisya.” Katanya lembut.

Pembantu rumah Datin Salina mempersilakan Myra duduk di ruang tamu. Mata ditahan agar tidak terlalu asyik memerhatikan hiasan dalaman yang sangat cantik. Rekaan dalaman yang unik dan terbaru. Susunan perabot yang terletak cantik serta penggunaan warna dan kertas dinding yang menampilkan penghuninya sangat bercitarasa tinggi.
Datin Salina senyum.. “ Tak perlu Datin bagai. Cukup Aunty Sal saja.”
Myra terkedu seketika. Nama itu seperti pernah dia dengar.
“ Mama.” Tegur seorang gadis yang baru keluar daripada dapur dengan manja.
Myra juga melihat gadis itu apabila dia memeluk Datin Salina erat. “ Siapa ini mama?” Soalnya dan menghulurkan senyuman kepada Myra.
Datin Salina senyum sambil mengelus pipi anaknya. “ Ini Cikgu Puteri. Dia datang nak jumpa Puteri.”
Wajah gadis itu masam apabila mendengar kata-kata Datin Salina. “ Budak itukan tak habis-habis. Malas Lila nak dengar dia asyik menjerit saja.” Katanya dengan sebal.
Datin Salina berdehem kecil. “ Maaf Cikgu. Ini Dalila. Anak sulung saya. Puteri anak bongsu saya.”
Dalila mencebik. “ Maaf. Tapi dia bukan adik Lila.” Datin Salina mencubit perlahan lengan Dalila.
“ Apa ini mama.” Katanya dengan wajah berkerut sambil menggosok lengannya.
Baru Myra teringat siapa Aunty Sal. Dia terdengar sewaktu Myra makan tengah hari di rumah Alex. Mungkin Aunty Sal kawan Aunty Nor.
Prang!!
Satu bunyi daripada tingkat atas kedengaran kuat.
Dalila mencebik. “ Budak itu dah datang gila dia balik.”
Datin Salina membuntangkan mata. Dalila buat tidak peduli dan melangkah pergi.
Datin Salina hanya mengeluh. “ Jomlah kita naik atas Cikgu.” Ajaknya dengan cemas.
Myra mengikuti langkah Datin Salina menaiki anak tangga. Perasaan ingin tahu yang sangat berkobar-kobar dalam hatinya.
“ Puteri, kenapa ini sayang?” Tegur Datin Salina sebaik saja mereka tiba di tingkat atas.
Myra melihat seorang gadis yang sedang duduk di atas kerusi roda. Lantai pula kelihatan kotor dengan pinggan yang pecah serta nasi yang bertaburan. Seorang pembantu wanita sedang terkulat-kulat berdiri segera membersihkan dan mengutip kaca pinggang pecah yang berselerak.
“ Puteri tak nak makanlah. Orang dah cakap tak nak. Tak naklah! Nak juga paksa-paksa orang makan.” Marahnya kepada pembantu wanita ittu.
Datin Salina mengeluh dan merapati gadis itu.“ Sayang, kalau sayang tak makan, macam mana nak ada tenaga?” Pujuk Datin Salina tetapi dibalas sinis oleh Puteri Nuraisya.
“ Tak payah nak berlagak baiklah, datin. Semak kepala saya nak dengar.”
Myra terkejut.
Puteri menolak kerusi rodanya menuju kebiliknya tetapi dia perlu melalui Myra sebelum itu. “ Tepilah!” Jeritnya kepada Myra.
Myra tersentak lagi.
“ Sayang, ini Cikgu Myra. Cikgu Puteri.” kata Datin Salina dengan lembut.
Puteri melihat Myra dengan pandangan yang menjengkelkan. “ Orang tak nak tahu dan kenal siapa pun.” Katanya sombong.
Myra geram. Tercabar dia mendengar kata-kata Puteri Nuraisya. Apabila puteri nak bergerak ke hadapan, Myra hanya statik tidak bergerak.
Puteri mengetap gigi. “ Tepilah, tak dengar ke apa orang cakap? Dah pekak?!”
Datin Salina mengisyaratkan Myra ketepi dengan isyarat mata.
Myra melihat wajah Puteri dengan selamba. Langusng tak takut dengan jeritan gadis itu.
“ Hei.” Dia menjerit lagi.
Myra tersenyum sinis. “ Awak manusia ke?” Soal Myra tiba-tiba.
“ Saya tak nak dengar apa-apa.” Katanya marah dan mencuba menolak Myra tetapi tolakannya belum cukup kuat untuk mengalihkan kedudukan Myra.
Kening Myra terangkat. “ Tak ada tenaga nampaknya ya?” Sindir Myra.
Datin Salina terkejut melihat Myra.
“ Aku tak perlu pertolongan kau. Sekarang kau ke tepi.” Wah, dia semakin berkasar nampak. Kini panggilan juga sudah berubah, aku-kau bukan lagi saya-awak.
Myra pun tak nak kalah. “ Ada saya cakap nak tolong awak?” Soal Myra sinis.
Puteri menatap Myra lama.
“ Sebagai tanda perkenalan kita. Tak salahkan saya nak beramah mesra dengan awak Puteri Nuraisya yang rupanya seorang gadis yang kurang ajar.” Ujar Myra senjaga.
Datin Salina segera menarik tangan Myra menjauhi Puteri apabila dia ingin mencapai pasu bunga antik yang kecil untuk dilemparkan ke arah Myra.
“ Berambus kau daripada rumah aku! Aku benci kau! Aku benci semua orang!” Jeritnya marah dan serentak itu pasu bunga itu berkecai.
Datin Salina hanya mampu menahan rasa kecewa apabila pasu bunga kesayangannya sudah berderai hancur.
Myra menahan geram dan marah yang mendalam terhadap gadis itu. Perlahan-lahan nafas ditarik perlahan. Wajah yang kemerahan kerana marah itu dia tatap selamba. “ Saya nak balik dululah Aunty. Saya minta maaf sebab saya pasu Aunty hancur.” Kata Myra dengan nada bersalah.
Datin Salina mengangguk dan memegang tangan Myra.” Tak apa Cikgu. Hanya pasu, boleh dibeli lagi.”
“ Hei, nak balik itu balik sajalah. Tak perlu nak mesra bagai. Jijik aku.” Kata Puteri.
Myra mengangkat kening. Datin Salina hanya mengeleng perlahan.
“ Sorry, saya tak sedar ada manusia lain dekat sini. Kenapa nak marah? Awak nak masuk bilik tadikan, so apa yang awak tunggu lagi? Oh, saya tahu. Awak cemburu eh sebab Aunty layan saya dengan baik. Awak pun nak kena layan jugakan. Awak mungkin tak tahu dan tak akan tahu betapa bahagianya bila dilayan dengan baik terutama layanan seoorang ibu sebab daripada perangai awak sekarang saya tak rasa awak pernah mendapat sentuhan seorang ibu.” Kata Myra dengan dingin.
Wajah Puteri berubah kelat.
“ Am I right?”
Puteri Nuraisya terus berlalu ke dalam biliknya sebelum pintu biliknya dihempas kuat. Perlahan-lahan air mata Puteri menitis dengan deras. Kata-kata Cikgu Myra menyentak tangkai hatinya. “ Ibu.” Dia menyebut nama itu.
” Layakkah dia dipanggil Ibu kalau sanggup buang anak kerana kebahagiaan sendiri?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience