47

Romance Completed 8557

5 tahun kemudian….

Myra tersenyum melihat Dewan yang sudah dihias indah dengan perhiasan yang diimport daripada luar negara. Myra memang minat dengan hias menghias ini, disebabkan minat Myra sanggup mencari kerja part time sebagai penolong kepada kawan dia sendiri iaitu Syarifah Akira Syed Haydar. Sebenarnya Myra yang mencadangkan perniagaan tersebut kepada Akira sewaktu dia asyik bertanya kepada Myra apakah perniagaan yang patut dia lakukan memandangkan dia hanya tahu shopping, fashion, make up and cars.
Kami bekerjasama sebagai satu team yang akan menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan dalam birthday party dan acara lelongan. Eh, Myra lupa bagaimana dia boleh mengenali Syarifah Akira.

Flashback…
.
Myra menghulurkan kad undangan kepada seorang lelaki berkot hitam yang berdiri di pintu masuk Dream Hotel.
“ Cik boleh masuk.” Katanya serius.
Myra mengangguk dan melangkah masuk. Terhenti langkahnya apabila melihat majlis tersebut. “ Aku tak salah masuk majlis ke ini? Ini majlis tunang Pikakan?” Ujarnya bingung. Dah macam disko pun ada.
“ Myra!” Jerit seseorang daripada belakang Myra. Belum sempat dia berpaling, tubuhnya sudah dipeluk orang. Wangiannya menusuk kuat dalam hidungnya.
“ Myra long time no see.” Jeritnya gembira
Myra masih terpinga-pinga.
Dia tersenyum lebar melihat Myra. “ I lah, Pika. 3 ‘Sha’.
Myra melopong. Pika?? Biar betul? Jauh sangat dengan Pika dulu. Warna rambut juga turut berubah.
Pika ketawa. Pipi Myra ditepuk manja oleh Pika. “ Mesti you terkejutkan. Yang gambar itu dah lama sejak kita masih di Axel School lagi. Waktu I masih orang kampung lagi.” katanya dengan bangga. “ Jom I kenalkan you dengan tunang I.” katanya dengan manja.
Myra hanya mengikuti langkah Pika ke satu tempat. Sekumpulan lelaki yang sedang bergelak ketawa terhenti saat Pika datang.
“ Baby.” Panggil Pika dengan nada manja kepada seorang lelaki bertuxedo putih. Dia menoleh. “ Ya honey?”
Myra mengangkat wajah dan melihat lelaki tersebut. Wajah lelaki itu berubah pucat sebaik saja bertembung pandang dengan Myra.
Myra melihat lelaki itu dengan serius. Dia? Ya Allah, benci dia melihat wajahnya appabila teringat semula peristiwa dulu itu.
“ Baby, kenalkan ini kawan lama I. Myra.” Kata Pika sambil memeluk lengan Hairul dengan manja. Myra diam senyum pun tidak.
Hairul menelan air liur. Matanya tiba-tiba merayau memerhatikan sekeliling. Jantungnya berdegup kencang.
“ Myra, inilah Hairul, Baby I.” Katanya lagi.
Myra mengangguk saja. “ Aku tahu.” Jawapnya selamba.
Mata Hairul terbuntang melihat Myra.
Myra mengukir senyuman sinis.
Kening Pika ternaik. “ You kenal Hairul?”
“ Kan kau dah panggil baby. Confirmlah dia tunang kau.” Kata Myra dingin.
Pika ketawa dan mencubit geram pipi Myra. “ You inikan, senjaga.” Marahnya manja.
Myra meminta diri. Malas dia nak menghadap wajah itu, kalaulah dia tahu, Myra takkan menjejakkan kaki di sini.

Suasana yang sedia bingit bertambah bingit apabila tiba-tiba keadaan menjadi kecoh. Myra yang sedang berbual dengan Wani yang juga datang ke majlis itu terkejut dengan suara yang nyaring.
“ Kenapa itu?” Soal Myra pelik.
Kelihatan ramai tetamu mengelilingi satu kawasan.
Wani hanya ketawa sambil mengetik-ketik phonenya. “ Alah, perkara biasa.”
Myra melihat Wani bingung. Perkara biasa?
Wani menarik Myra mendekati tempat tersebut. Mereka berjaya menyusup masuk dalam kesesakan orang.
Myra melihat Pika dan seorang wanita sedang bertekak dekat pentas.
“ Perempuan pakai baju merah itu namanya Syarifah Akira. Dia minat gila dengan Hairul. Aku rasa tahap obses dah kot. Kononnya Hairul itu tunang dia sejak kecil lagi. Mungkin itu hanya taktik dia saja nak dapatkan Hairul.”
Myra mengangguk. Dia baru faham wanita itu marah sebab Pika bertunang dengan Hairul.
“ Hei, perempuan berhenti kacau tunang aku.!” Jerit Pika kuat.
Syarifah Akira menolak bahu Pika.“ Hei, kau yang rampas tunang aku.” Balas wanita itu marah.
Pika menampar pipi Syarifah Akira dengan kuat. “ Dah tak ada lelaki lain ke sampai tunang aku pun kau nak kebas?”
Myra terkejut dengan tindakan Pika yang berani menampar Syarifah Akira di hadapan semua orang.
Wani tersengih. “ Dah biasa dia buat begitu Myra. Pika sekarang dah berubah”
Myra mengerut dahi dengan wajah serius. “ Kau kawan dia kenapa tak tegur?”
Wani ketawa. “ Dia boleh fikir apa yang dia buat. Malaslah aku nak masuk campur.” katanya selamba.
Myra mendengar kata-kata Wani tidak percaya.
“ Arrgh!! Lepaslah perempuan gila!” Jerit Syarifah Akira dengan geram.
Myra menoleh. Pika sedang menarik rambut Syarifah Akira dengan kuat.
Wani menahan tangan Myra yang ingin meluru ke sana. “ Jangan Myra.” Larangnya.
Myra menolak tangan Wani. “ Dia dah melampau.” Kata Myra tegas.

“ Pika stop!” Henti Myra. Dia berdiri di antara mereka berdua.
Pika melihat wajah Myra dengan pandangan marah.
Myra menjauhkan Syarifah Akira daripada Pika.
“ Kau tahu tak siapa betina ini? Dia nak rampas Hairul daripada aku.” Jerit Pika.
“ Aku tahu, tapi tindakan kau dah melampau Pika, malulah orang tengok.” Katanya cuba menenangkan.
“ Aku tak peduli. Perempuan ini yang tak malu. Terhegeh-hegeh dekat tunang aku.” Sindir Pika.
Syarifah Akira mengetap giginya marah. Rambutnya sudah kusut masai. “ Hei perempuan, kau ingat Hairul nak ke dekat kau?” Jeritnya kuat.
Myra mengeleng. Ya Allah, apa nak jadi dengan perempuan sekarang.
“ Hei.” Pika terus menerpa kearah Syarifah Akira dan mereka mula bergelut.. Saling tarik menarik rambut, tampar menampar.
Myra terkedu seketika sebelum dia nampak kelibat Hairul. Myra melihat Hairul dengan pandangan marah. “ You better settle this.” arahnya.
Wajahnya pucat.
“ Sudahlah!” Kata Myra tiba-tiba dan menarik lengan Syarifah Akira menjauhi Pika. Tetamu yang lain hanya jadi penonton saja.
Pang!!
Semua terhenti.
Pipi disentuh perlahan.
Pika melihat terkedu sebelum ditarik oleh Hairul meningalkan tempat itu. Dia tak sanggup mencari nahas. Ugutan seseorang berlegar-legar di kepalanya.
Wani hanya mengeleng.
Myra melangkah pergi. Semua tetamu melihat dia dengan pandangan yang berbeza. Ada pandangan yang sinis, kesian dan mungkin pandangan kosong.

Myra duduk di kerusi taman. “ Kuatnya tamparan Pika.” Keluhnya sendiri. Dia melekapkan botol mineral sejuk ke pipinya untuk meredakan bengkak.
“ You okey?” Satu suara menegur Myra daripada sebelah kanannya.
Myra diam saja. Ingat minah itu dah balik sibuk pula mengekor dia sampai ke sini.
“ Baliklah. Apa lagi yang kau nak?”
Syarifah Akira duduk di sebelah Myra. Matanya merenung pipi putih yang sudah kemerahan itu.
“ I minta maaf.” Ujarnya perlahan.
Myra mengerut dahi. “ Kenapa kau nak minta maaf? Ini bukan salah kau pun. Aku sendiri yang masuk campur.” Katanya sinis.
Dia mengigit bibir. “ Tapi perempuan itu tampar you sebab I.”
Myra ketawa. “ Serius. Sepatutnya kau marah aku sebab kacau pergaduhan manja kau orang.”
“ Semua ini salah dia.” Katanya dengan suara tinggi. Dia menghentak tumit kasut tinggi dia dengan geram.
“ So kau tak salah?” soal Myra selamba.
Syarifah Akira menunduk. “ I sayang Hairul.”
“ Apalah yang korang tengok dekat lelaki itu? Dia itu baik sangat ke?” Myra mengeleng. “Please. Aku tak nak dengar nama dia. Tak nak tahu apa-apa tentang dia.” Kata Myra geram. Lantas dia bangun nak balik.
“ You nak pergi mana?”
Myra mendengus. “ Nak baliklah. Takkan nak tidur sini?” Soalan jenis apa yang dia tanya ini.
Dia juga bangun. “ You siapa nama? I Syarifah Akira. Just call me Akira.” katanya dengan teruja.
“ Myra.” Katanya pendek.
Dia menghalang jalan Myra. “ Kita kawan?” Pintanya dengan senyuman merayu.
Myra mengangkat kening. “ Kawan? Tapi Pika kawan aku?”
“ I tak kisah. Bukan you bestfriend dia pun.” Katanya selamba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience