19

Romance Completed 8557

Myra jangan makan berselang-seli dengan minum air nanti perut kau buncit.” Ejek Pika sewaktu kami sedang berehat di kantin pada waktu rehat perdana.
Myra hanya tersengih nakal. β€œ Tak apalah, nanti Alex boleh tolong kuruskan balik.” Katanya dengan selamba sebelum mencapai segelas air dan meneguknya rakus.
Serentak itu orang di barisan hujung meja kami tersedak kuat.
Myra ketawa. β€œ Oops, aku silap sebut namalah.” Katanya dengan senjaga.
Alex segera meneguk air dengan gelojoh. Perit anak tekaknya.
β€œ Kau okey bro?” Soal Noah. Adi dan Fariz hanya tersengih melihat pertama kali Alex dimalukan oleh perempuan.
β€œ Myra, rugilah kau tak datang semalam.” kata Pika.
β€œ Kenapa?” Soal Myra sambil mengunyah makanan.
β€œ Ada boy handsome datang melawat sekolah kitalah.” Katanya dengan teruja.
Myra tak hairan dengan Pika. Lelaki handsome memang makanan dia, macam kes Alex. Boleh-boleh dia kata yang dia sanggup mengalah dapatkan Alex semata-mata kerana Myra daripada Lisa.
β€œ Memang rugilah.” Jawap Myra selamba.
Pika mengangguk. β€œ Tapi tak apa sebab next week mungkin dia nak datang lagi.”
β€œ Nampaknya kita perlu datang setiap hari ini.” Tekad Myra.
Satu suara dari hujung menyampuk. β€œ Kita datang sekolah nak belajar bukan nak mengorat jantan.” Sindir Alex pedas.
Myra mencebik. β€œ Macamlah dia tak suka tengok perempuan cantik.” Balasnya semula.
Alex tersengih.” Lumrah lelaki. Barulah best hidup.” Katanya lalu ketawa dan disambut dengan tepukan gemuruh daripada kawan-kawannya.
β€œ Kami sokong!”Kata VROMANCE yang lain dengan gelak ketawa.
β€œ Sakit hati aku dengar. Kau tak sakit hati Pika?” Soalnya senjaga.
Pika menghentak meja dengan geram. β€œ Lelaki macam koranglah yang tak patut hidup. Menyusahkan orang perempuan sahaja.” Katanya dengan berapi.
Kery tersenyum dan berbisik dengan Myra. β€œ Dia patut dapat gelaran pembela kaum hawa penentang lelaki kasanova.” Katanya lucu.
Fariz tiba-tiba berdiri. β€œ Hei, kaum wanita yang meyusahkan kamilah. Asyik nak skandal saja.” Balasnya marah.
Pika menjegilkan matanya. β€œ Hei, you shut up. You yang mengatal dengan Rasya sampai I skandal dengan Izwan.” Balasnya marah juga.
Fariz mengetap gigi.
Kali ini Myra dan Alex berpandangan. Alamak! Masalah rumahtangga. Cepat-cepat Myra dan kery menarik Pika meninggalkan kantin.

Myra mengambil alih tugas Zatie sebagai ketua kelas hari ini sebab Zatie tak datang. Buku-buku latihan yang perlu dihantar Myra kira semula. Tak cukup!
Dia mendengus malas. Tahu siapa manusia bertuah itu. Langkah kaki diatur mendekat meja manusia itu. Liat betul nak menghantar latihan. Myra mengetuk meja perlahan. β€œ Sila hantar latihan Madam Sue sekarang juga”
Tapi manusia itu masih diam tak berkutik. β€œ Alexander. Jangan buat aku cakap seratus kali.” Ugutnya perlahan.
Pakk!
Buku dihempas kuat dihadapan Myra oleh Alex yang berwajah masam. Buku tersebut dia ambil dengan senyuman lebar. Sekarang Myra tahu apa kelemahan Alex. Dia tak suka nama penuhnya disebut.
β€œ Myra, aku hantar nanti sebelum pulang. Aku dah bagitahu Madam tadi.” Kata Adi. Myra mengangguk faham. β€œ Okey.”
β€œ Kau inikan pilih kasih.” Marah Alex. Geram apabila melihat Myra memberi kelonggaran kepada Adi.
Dia menoleh ke arahnya. β€œ Sejak bila aku berkasih dengan kau?” Soalnya sinis.
Alex mengetap gigi dengan geram. Myra mengangkat kening dengan rasa bangga. Sejak mereka mengisytiharkan persahabatan, bergaduh dan berperang mulut memang tradisi mereka berdua. Tapi, dia selesa begitu. Rasa lebih dekat dengan Alex. Ewah, Myra. Kau tak fikir lebih-lebihkan, soal hatinya.
β€œ Asalamualaikum.” Muncul seorang budak perempuan yang memakai necktie berwarna biru yang melambangkan Company Spider. Dia memegang sebuah kotak yang sederhana besar berbalut kertas yang cantik. β€œ Boleh saya berjumpa dengan ..?”
Alex segera menuju ke arah gadis tersebut. Tangannya ditadahkan selamba. Kami semua melihat kelakuan Alex yang pelik.
β€œ Bak sini hadiah itu. Untuk akukan, aku tahu, setiap hari aku terima hadiah sampai bosan aku dengan hadiah tak putus-putus.” Katanya selamba.
Myra terlongo mendengar kata-kata Alex.
Gadis itu tertawa kecil. Sambil tersipu malu, dia mengeleng perlahan. β€œ Hadiah ini untuk kak Myra.”
Wajah Alex bertukar kelat. Myra ketawa kecil lucu. Noah sudah menghamburkan tawanya yang tidak dapat ditahan lagi. Myra melangkah mendekati gadis tersebut. Dia menganbil huluran hadiah itu dengan perasaan pelik. β€œ Terima kasih. Siapa yang bagi ini?” Soalnya pelik, tak pernah-pernah dia menerima hadiah.
Gadis itu mengeleng perlahan. β€œ Saya tak tahu kak. Ada seorang perempuan cantik yang bagi saya tadi katanya untuk kak Myra.” Katanya lalu meminta diri untuk pulang ke Company Spider semula.
Tiba-tiba, hadiah di tangan Myra dirampas oleh Alex. Dia membelek sebelum dilempar kasar ke aras meja. Terbeliak Myra melihat perbuatan Alex.
β€œ Wei, kau nak mati ke? Itu hadiah akulah.” Marahnya.
Alex mencebik. β€œ Setakat hadiah kecik macam ini, hei aku pun boleh bagi yang lebih besarlah.”Katanya riak.
β€œ Walaupun kau nak bagi free aku tak nak terima hadiah kau.”Balas Myra geram.
Kery menarik tangan Myra menjauhi Alex apabila melihat Myra sudah mulai mencapai pen yang terdapat dalam pencil case milik Pika. Takutlah itu Myra akan bertindak ganas terhadap Alex. β€œ Dahlah itu Myra, janganlah layan Alex itu.”
β€œ Dia senjaga nak panaskan akulah Kery.” Marah dia masih. Alex hanya ketawa jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience