74 , 75, 76

Romance Completed 8558

Semua ahli keluarga berkumpul di hospital malam itu. Alex mundar mandir di hadapan Unit Rawatan Rapi ( ICU ). Doktor masih belum keluar sejak sejam yang lalu. Pintu dibuka. Alex orang pertama menerpa ke arah doktor. “ Macam mana doktor?” Soalnya tidak sabar.
Doktor itu mengangguk lega. “ Alhamdullillah, pesakit selamat. Nasib baik dibawa dengan cepat ke sini. Bisa berjaya dilkeluarkan cuma pesakit masih belum sedarkan diri. Kalau nak melawat, jangan beramai-ramai. Saya minta diri dulu.” Katanya.
Alex mengangguk. “ Thanks doctor.” Katanya lega.
Ahli keluarga yang lain mengucap syukur dengan keadaan stabil Myra.

Myra membuka mata perlahan-lahan. Dia teringat kejadian yang menimpanya tadi apabila melihat kawasan yang serba putih. Perasaan takut kembali menyelubungi diri.
“ Myra.” Ujar Alex dengan lega apabila gadis itu membuka matanya. Dia mengelus pipi Myra dengan penuh kasih.
Myra mulai menangis. “ Alex, Myra takut. Alex pergi mana? Dalam bilik itu ada ular.” katanya dengan teresak-esak.
Alex segera memeluk Myra dengan erat. “ Alex di sini sayang.” Katanya menenangkan Myra yang menangis ketakutan.
Puan Sri Nor masuk dengan cemas. Dia menuju ke arah Myra. “ Sayang.”
Myra menolak tubuh Alex. Puan Sri Nor lantas memeluk Myra dengan erat. “ Aunty. Myra takut.” dia menangis dalam pelukan Puan Sri Nor.
Alex menahan marah yang terbuku di hatinya. Penumbuk dikepal kemas. Saat dia ingin keluar, langkahnya ditahan oleh Tan Sri Halim.
“ Sabar Alex. Jangan nak bertindak yang bukan-bukan. Kawal marah itu.” Kata papanya tegas. Dia kenal Alex. Memang pantang baginya apabila orang kesayangannya diapa-apakan.
Alex menarik nafas perlahan dan mengangguk. “ Tak papa. Alex nak keluar saja.”

Alex merenung wajah yang sedang nyenyak tidur itu. Tangan Myra disentuh perlahan. Myra memang tak suka kalau dia menyentuh Myra. “ Bangunlah, Alex nak Myra yang ceria, happy. Bukan Myra yang terbaring lemah begini.” Bisik Alex lembut. Kepalanya ditekupkan di birai katil.
Myra membuka matanya. Dia melihat Alex sedang menyembamkan wajahnya di birai katil dengan tangannya digenggam. “ Alex.” Serunya perlahan.
Dengan pantas Alex mengangkat wajahnya.
Myra terkejut. “ Alex nangis eh?” Soalnya lucu. Dia rasa penat sangat hari ini. Mental dan fizikal.
Alex menjeling. “ Mana ada.” Nafinya. Dia berpura-pura mengesat wajahnya dengan belakang tangannya.
Myra tersengih. “ Nak menipu lagi. Dah sah-sah mata merah. Eh, ini tangan Myra basah. Memang Alex nangislah itu.” usiknya nakal.
“ Itu air liur Alex.” Ujarnya selamba.
Myra mengetap giginya dan mengesat tangannya di selimut. “ Tak sukalah Alex Nie.” marahnya.
Alex ketawa kecil sebelum dia meraih tangan lembut Myra dan digenggam eratnya. “ Maafkan Alex sebab lambat datang bila Myra perlukan Alex.” katanya meminta maaf, seakan dia gagal menjaga Myra.
Myra senyum melihat Alex. “ Myra sayang Alex tapi itu bukan tiket untuk Alex senang-senang je nak sentuh Myra.” Sindir Myra dengan jelingan tajam. Dia menarik tanganya dengan pantas.
Alex mengangkat kening. “ Eleh, yang tadi Myra peluk boleh pula, sentuh juga itu.” Balasnya selamba.
Pipi Myra terasa hangat. Dia peluk Alex, dia tak sedar pun.
Alex tersengih nakal. “ Lupalah tu.”
Myra menjeling tajam. Alex tersenyum lebar.
“ Alex tak salah pun. Siapa cakap Alex lambat datang bila Myra perlukan Alex, tengok sekarang Myra masih hidup lagikan, Allah datangkan Alex bantu Myra bila Myra sakit. So, Allah bagi Myra peluang hidup sebab nak balas jasa Alex.” Kata Myra tenang.
Alex tersengih nakal. “ Betul juga itu. So Myra perlu balas jasa Alex.”
Myra mengangguk. “ In Sha Allah, kalau Myra mampu.”
Alex mendekati Myra. “ Kita kahwin secepat mungkin. Benda baik tak perlu dilambatkan, kita kahwin bulan depan.” Katanya dengan yakin.
Myra terkejut. “ Bulan depan?” Soalnya tidak percaya.
Alex mengangguk. “ Kita nikah bulan depan, sanding itu bila-bila saja. Setuju? Okey setuju.” Katanya serius.
Pakk! Kepala Alex dihempuk dengan bantal. “ Pandai-pandai dia saja nak buat keputusan. Nak kahwin, kahwin sendirilah begitu.”
Alex ketawa nakal. Tangan Myra dicapai lagi.
Myra mencuba menarik tangannya tetapi genggaman Alex sangat erat. “ Alex, kan Myra dah kata.”
“ Sebab itu Alex nak kahwin cepat. Alex takut nanti kita terbabas jauh. Ingat senang ke nak tahan godaan Umyra Ukasya.” Katanya nakal.
Myra tersipu malu sebelum menarik tangannya semula. “ Mana ada Myra goda Alex.” Marahnya manja.
Alex tersengih merenung wajah Myra yang kemerahan menahan malu. “ Apa saja yang Myra buat menggoda Alex. Apa lagi bila kita berdua begini.” Bisiknya romantis.
Myra menolak wajah Alex yang mendekat. “ Janganlah.”
“ Tambah lagi bila tengok Myra versi malu-malu, buat Alex tak senang duduk. Rasanya nak saja cium-cium pipi Myra.” Katanya menggoda.
Myra menolak wajah Alex dengan bantalnya.
Alex tersengih dan menyentuh wajahnya. “ Wangi.” Bisiknya lagi.
Myra menyembunyikan wajahnya bawah selimut. “ Tak nak cakap dengan Alex lagi.” Marahnya daripada bawah selimut. “ Keluar Alex.” Arahnya geram.
Alex ketawa. Dia bangun daripada kerusi. “ Yelah, Alex keluarlah ini. Kesian tengok muka Myra yang dah macam sotong kena bakar saja. Sampai Alex pun rasa bahangnya. Kalaulah kita sah, Alex dah masuk dalam selimut sekali. Apa agaknya kita buat bawah selimut eh?” Soalnya senjaga.
Myra lantas mencengkam kuat selimut tersebut. Takut, taubat tak nak usik Alex lagi.

Suasana Masjid Al-Fateh meriah walaupun hanya majis akad nikah yang dijalankan. Alex dah ready nampaknya. Dia segak dengan penampilannya yang memakai baju selangor putih gading yang ditempah khas daripada pereka tanah air Rizman Ruzaini. Disebelahnya Firman, Adi, Noah dan Fariz serta Akim. Ramai ahli keluarga yang lain juga datang meraikan majlis akad nikah Alex dan Myra.
“ Menyampahnya tengok abang ini. Macam dia seorang saja yang nak kahwin.” Sindir Firman.
Alex mencebik. Dia berlagak tenang sebenarnya dadanya bergoncang hebat. Semalaman dia berlatih menjawab akad nikah.
Firman tersengih. “ Rilekslah abang. Biasalah first time memang begitu, nanti abang biasalah itu.”
Alex mencerlung matanya kepada Firman. “ Ingat aku nak kahwin berkali-kali ke, aku setia pada yang satu.” Katanya serius.
Tan Sri Halim hanya mengeleng saja. Masa-masa begini pun nak bergaduh juga. Dia bersyukur sangat Alex dipertemukan jodoh dengan Myra, gadis itu banyak mendatangkan cahaya dalam keluarganya, alhamdullilah.
Sejurus tok kadi tiba, mereka pun memulakan majlis akad nikah. “ Amboi, sejuk tangan nampaknya.” Usik tok kadi.
Alex tersengih malu. Dia hanya ketawa sopan.

Myra tersentak, kedengaran semua orang mengaminkan sesuatu. Myra terpinga-pinga apabila dia dipeluk Umi dengan erat. “ Tahniah, anak Umi dah jadi isteri orang.” Ujarnya dengan linangan air mata gembira.
Myra seakan tidak percaya. Dia dah jadi isteri Alex? Sebak mulai menguasai diri apabila mengenangkan tanggungjawabnya selepas ini. “ Umi.” Bisiknya sayu. Selepas ini, dia tak boleh dah nak manja dengan umi, kena fikirkan suami. Terasa berat tanggungjawab sebagai isteri.
Kemudian, Puan Sri Nor memeluk Myra erat. “ Terima kasih sudi terima Alex sebagai suami.” Ujarnya perlahan di telinga Myra.

Alex mengucap syukur dalam hatinya.
Firman memeluk abangnya. “ Tahniah abang, akhirnya dah jadi suami.” Ucapnya sebak.
Alex menyeke kepala Firman. “ Dia pula yang emosi bagai. Tepi, aku nak solat kejap.” Sindir Alex.
Alex mencuba berlagak tenang biarpun dia sebenarnya sebak.
Tan Sri Halim memeluk Alex erat sambil menepuk-nepuk belakang Alex. “ Alex dah jadi suami orang, ingat jadi suami yang baik, bimbing isteri dengan baik, laksanakan perintah Allah, jadi imam untuk keluarga Alex, kalau ada masalah jangan mudah melatah.” Pesan Tan Sri Halim.
Alex mengangguk. Dia mengesat hujung matanya yang berair.
Firman mencebik. “ Kata air mata dia mahal sangat.” Ejeknya.
Alex menjelir lidah ke arah Firman sebelum dia bangun menuju ruang solat. Sempat dia menjeling isterinya, Myra yang cantik dengan persalinan serba putih sedondon seperti dia.

BAB 75

Suasana nyaman waktu petang begini membuatkan Myra terasa sangat nyaman dan selesa. Senyuman tidak henti-henti diukirkan walau tiada yang berada di sisinya. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya. Dia gembira kerana akhirnya dapat bersatu dengan cinta hatinya, Alexander.
“ Jauhnya termenung? Ingat siapa itu sayang?” Soal Alex lembut.
Myra tersentak.
Alex melabuhkan punggung di sebelah Myra. Senyuman juga terukir di bibirnya tanpa henti seperti Myra. Jarak mereka dirapatkan sehingga Myra terpaksa mengengsot ke hujung kerusi namun Alex tetap bergerak mendekati Myra.
“ Sempitlah Alex.” Marah Myra geram.
Alex hanya tersengih. Dia buat tidak peduli dan senjaga memeluk Myra dengan erat.
Myra menepis lembut. “ Behave. Orang nampak.” Bisik Myra. Mereka di pantai bukan di bilik. Perbuatan Alex boleh mengundang fitnah orang walaupun mereka suami isteri.
“ Biarlah. Bukan salah pun.” Katanya tidak peduli. Kepala dilentokkan di bahu Myra. Nyaman hatinya sekarang.

Mata ditahan agar tidak terkatup. Azamnya tinggi untuk menghabiskan wayang tersebut malam ini juga. Myra menahan matanya sedaya upaya.
Pintu bilik di buka daripada dalam. Keluar Alex dengan berkain pelikat merah.
“ Sayang tak tidur lagi?” Soalnya pelik sebaik saja Alex duduk sebelah myra di sofa.
Myra mengeleng. “ Nak tengok wayang ini sampai tamat. Nak tahu juga apa ending dia.”
Alex merebahkan diri di paha Myra. Dia memejamkan mata erat
Fokus Myra lari kepada Alex.
“ Lama lagi ke sayang?” Soal Alex tiba-tiba dengan suara yang lemah.
Kening Myra ternaik. Automatik tanganya membelai rambut kecoklatan milik suaminya. “ Kalau Alex mengantuk, pergilah tidur dulu.” Kata Myra perlahan. Bukan dia tidak faham akan maksud suaminya namun keadaan betul-betul tidak mengizinkan.
Alex membuka mata. “ Abang.”
Myra merenung anak mata Alex. “ Abang?”
Alex mengangguk dan dia bangun. “ Abang. You call me abang and I call you sayang.”
Myra senyum dan mengangguk. Dia juga menanti untuk memanggil Alex abang, gelaran yang lebih dekat dan membawa maksud yang mendalam untuk Myra. Abang, dia rasa dilindungi pabila memanggil Alex begitu cuma saja dia agak kekok untuk menggunakan panggilan tersebut.
Alex senyum dan mencium sekilas pipi Myra.
Wajah Myra memerah dalam sekelip mata saja.
Alex senyum senget dan merapati Myra. Wajah merah itu menarik minat dia. “ Sayang, sayang, sayang.” Panggilnya mendayu-dayu.
Myra meneguk air liur. Berdekatan dengan Alex membuat dia ingin putus nafas.
“ Lama lagi?” Soal Alex lagi walaupun dia sudah bertanya soalan yang sama pada Myra tadi.
“ Apa yang sebenarnya lama ini abang?” Soal Myra hairan. Dia bingung pula antara ‘perkara itu’ atau wayang di hadapan mereka.
Bukan jawapan yang diberikan tetapi Alex meraih pinggang Myra mendekat dia sehingga mereka bercantum erat.
Myra terkebil-kebil menahan debar. Wah, inikah debaran malam pertama ke? Maklumlah, malam pertama mereka Myra period pula, mana taknya sang suami monyok saja sepanjang minggu.
Alex merapatkan wajah mereka perlahan-lahan. Myra memejamkan mata menanti apa yang akan terjadi. Alex tersenyum apabila dia senjaga memberhentikan perbuatan. Lucu melihat wajah sang isteri yang memejamkan mata sekuatnya sehingga berkerut-kerut dahinya.
“ Open your eyes dear.” Panggil Alex lembut.
Myra menurut juga. Wajah Alex sangat rapat dengan dia sehingga nafas hangatnya menampar-nampar wajah Myra. “ Kenapa?” Soal Myra tiba-tiba. Dia fikir suaminya akan bertindak lebih jauh tadi.
Alex hairan. “ Apa yang kenapa?”
Myra menolak Alex sehingga dia terbaring.
Alex sungguh terkejut. “ Sayang..”
Senyuman terukir di bibir merah itu.
Alex menelan air liur. Myra seakan ingin menggoda dia saja lagaknya. Dia mahu saja membalas namun takut dia kecewa di tengah jalan.
“ Sayang..Ab.”
Myra merengkuh kepala Alex dengan mengejut.
Alex terkejut. Bibir Myra menyapu hangat bibir Alex. Lama. Dan dia hanya kaku dan beku.
Myra melepaskan tautan bibir mereka. Senyuman dia terukir lebar. My first kiss.. “ I already give the answer abang. What are you waiting for?” Soal Myra seakan mencabar Alex.
Alex nyata masih bingung.
Myra senyum sinis. “ Abang nak ke..”
Myra terdorong ke lengan sofa akibat ditolak Alex secara mengejut. Alex merangkul Myra.
Mata yang terpejam terbuka.
Alex merenung wajah yang semakin menggoda dia. “ It is yes?”
Myra senyum. Dia merenung Alex tanpa suara. Tangannya dilingkar di leher Alex.
Alex senyum lebar dan bangun.
Myra mengeluh. Suaminya ini faham atau tidak maksud dia. Dia dah bagi izin.
Sebuah jeritan kecil terlepas daripada mulut Myra apabila dia dikendong Alex tanpa amaran. Renungan tajam Alex mendebarkan hatinya. “ Asalamualaikum.”
Kening Myra bertaut. Dia bagi salam kenapa?
Alex membawa Myra masuk ke bilik mereka. “ Asalamualaikum.” ujarnya lagi.
Myra didudukkan di atas katil. Apa yang dimaksudkan oleh suaminya ini?
“ Abang bagi salam sayang, jawablah.” Ujar Alex yang berdiri di hadapan Myra. Senyuman dia bukan main lebar dan manis.
“ Walaikumusalam. “ Jawab Myra dan serentak itu lampu mati.

Wangian Dunhill Blue memenuhi ruangan bilik tidur mereka. Myra menghirup aroma tersebut dengan tenang. Dia sangat sukakan bau perfume Alex. Damai saja di rongga hidungnya. Hari ini bulan kedua mereka berumahtangga. Myra lantas menuju ke tingkat bawah. Niat dia hendak menyediakan sesuatu yang istimewa untuk Alex. Dengan senang hati dia masuk ke dapur. “ Masak favourite Alex.”
Baru saja Myra hendak menyediakan barang-barang masakan, loceng rumah berbunyi kuat. “ Siapa pula yang datang ini?” Myra menanggal apron dan menuju ke ruang utama. Kamera dilihat seketika. Lisa? Dia menuju ke pintu dan segera dibuka. Wajah Lisa menyapa matanya.
“ Asalamualaikum Myra.” Lisa mengukir senyuman manis.
“ Walaikumusalam Lisa.” jawab Myra dengan perlahan.
Mereka agak janggal antara satu sama lain. Myra tidak senang duduk dan dia memang tak selesa kerana di hadapan dia ini wanita yang pernah disayangi oleh Alex. Entah kenapa dia rasa tergugat dengan Lisa. Kerana dia sangat cantik dibandingkan Myra.
“ Saya minta maaf kerana datang secara mengejut. Nek Biah nak saya hantarkan barang ini untuk Adi tapi saya tak ada simpan number Adi. Saya hanya ingat number Alex.” Katanya dengan lemah lembut.
Myra merenung bakul kertas merah itu. Dia hanya ingat number Alex saja? Begitu pentingkah Alex pada Lisa? Senyuman diukir nipis. “ Tak apa.”
Lisa kelihatan serba salah hendak berkata hanya jemarinya saja yang digenggam erat.
“ Awak nak cakap sesuatu ke?” Soal Myra perlahan.
Lisa menatap wajah Myra dengan pandangan berharap. “ Boleh saya tumpang tidur sini satu malam saja? Kalau saya nak balik, bas dah tak ada.” Katanya agak teragak-agak.
Myra terkedu. Lisa nak tidur sini?
Lisa senyum. “ Tak apalah kalau awak keberatan, saya bertanya saja.” Katanya lemah.
Myra mengeleng laju. “ Sekejap eh saya tanya suami saya dulu.” Kata Myra dan bangun menuju ke tingkat atas.
Handphone dicapai di atas meja katil. Tidak sampai dua saat panggilan dia dijawab oleh Alex. “ Hello sayang.” Ujarnya ceria.
Myra senyum. “ Asalamualaikum abang.”
Alex ketawa kecil di talian. “ Sorry, walaikumusalam sayang.” Ujarnya semula.
Myra senyum saja. “ Abang, Lisa datang rumah.” katanya perlahan. Saja nak tengok reaksi suaminya.
“ What?!” Suaranya melengking kuat sehingga Myra terpaksa menjauhkan phone daripada telingannya. Terkejut sungguh dia dibuatnya.
“ Sorry sayang. Abang tak senjaga.” Ujar Alex gelabah.
Myra menarik nafas perlahan. “ Abang ini kenapa?” Soal Myra geram.
Terdengar Alex mengeluh. “ Apa lagi yang dia nak?” soalnya dingin.
“ Lisa nak hantar barang pesanan Nek Biah untuk Adi tapi dia tak ada number Adi so Lisa singgah sini supaya dia boleh bagi abang barang itu terus kepada Adi.” Ujar Myra panjang lebar.
“ Mustahillah dia tak ada number Adi.” Marah Alex.
“ Aikk,, abang marah Myra ke ini?” geram pula Myra dibuatnya.
“ Sayang, sorry okay.” Bisik Alex.

BAB 76

Siapa sangka kehadiran Lisa pada hari tersebut telah membawa kepada perubahan kepada hubungan antara Myra dan Alex. Myra hanya mampu menahan rasa apabila Lisa bukan hanya perlu menumpang rumah mereka untuk hari itu tetapi juga sehingga ke detik ini. Lydia, wanita yang mendendami keluarga Alex telah cuba menculik Syira tetapi berjaya di tangkas oleh orang-orang Alex. Dan kini Syira tinggal bersama mereka.
Namun bukan hanya Syira yang terlibat kerana Lisa juga sama. Sebab itu juga mereka berdua tinggal bersama. Pada mulanya Myra mencuba menerima kehadiran Lisa namun perlahan-lahan hatinya rasa sesuatu. Dia rasakan Lisa bagaikan ingin memikat kembali Alex. Bila dia utarakan rasa itu kepada Alex, Alex tidak peduli langsung dengan kata-kata Myra.

“ Sayang jangan layan sangat perasaan itu boleh tak? Abang tak ada perasaan apa-apa lagi pada Lisa. She was my past and your are my future! Full stop, abang tak nak dengar tentang hal ini lagi.” Bentak Alex marah dan dia melangkah keluar daripada rumah. Kusut kepalanya memikirkan perkara Lisa dan Syira ditambah lagi dengan Myra.
Myra menahan sebak. Salahkan dia mencuba mempertahankan rumahtangga dia. Salahkah dia jika dia rasa tergugat dengan kehadiran wanita lain yang mencuba untuk memikat suaminya sendiri. Dia tidak salah dengan naluri dia. Dia juga perempuan, hanya wanita yang faham seorang wanita lain. Dia tahu Lisa masih sayangkan Alex.

Alex berlari menuju ke rumah usang tersebut selepas menerima panggilan daripada Lydia. Manusia tak guna, getus hatinya. Alex merempuh tangkas pintu kayu yang sudah dimakan anai-anai itu.
Sementara itu, Myra dan Lisa yang berjaya melarikan diri mereka menuju ke kawasan hutan belakang rumah kayu buruk tersebut. Syira dan Tony masih lagi di dalam rumah tersebut. Lydia telah menculik Syira dan Lisa saat mereka menuju ke shopping mall kebetulan Myra sedar dan mengekori kereta merah itu daripada belakang. Mereka berjaya keluar daripada rumah buruk tersebut setelah Myra memukul belakang Lydia dengan kayu.
“ Saya takut. Syira macam mana?” Soal Lisa dengan tangisannya.
Myra mencuba menenangkan Lisa. “ Apa kata awak bertenang dulu, jangan buat bising, nanti mereka sedar kita disini.” Bisik Myra. Hatinya berdegup kencang apatah lagi mendengar bunyi daun yang dipijak orang. Myra ternampak sebatang kayu berdekatan mereka. Perlahan-lahan dia mencapai kayu itu dan bergerak keluar daripada tempat semak mereka bersembunyi.
“ Syira!” Kata Myra lega. Rupanya yang datang itu Syira dan Tony. Myra menarik nafas lega.
Syira memeluk Myra dengan tangisannya. “ Kakak.”
Tiba-tiba Lisa menjerit. “ Awas.”
Seorang lelaki upahan Lydia muncul tiba-tiba. Myra menerpa ke arah Tony dan menolak dia jatuh.
Bukk! Kayu itu tepat mengenai tengkuk Myra dengan kuat.
Tony segera mengambil kayu yang dipegang oleh lelaki tersebut dan memukul kepala lelaki tersebut. Sekali hentakan lelaki itu terus pengsan.
Myra terduduk lemah. Kepalanya terasa berpinar.
Tony meraih lengan Myra. “ Are you okay girl?” Soalnya cemas.
Myra hanya mengangguk kecil. Syira dan Lisa memapah Myra yang mulai tidak stabil berjalan menuju ke kawasan yang lebih selamat. Tony pula mengawasi kawasan sekitar walaupun dia agak susah untuk melangkah.

Alex mencari di segenap penjuru rumah tersebut tetapi dia tak jumpa sesiapa. “ Lydia, kau keluar sekarang!” Jerit Alex tegang. Tangannya mengenggam kuat kayu tersebut. Risaunya bukan sedikit, kelibat Lisa dan Syira tak ada di situ.
Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Dengan pantas Alex menyambut call tersebut. “ Hello? Myra nak apa lagi?” Soalnya marah. Kenapa Myra tak faham-faham ke dia sedang risau dengan Syira dan Lisa.
“ Nanti saja kalau Myra nak marah ke cemburu ke, boleh tak Myra jangan nak fikirkan diri sendiri sekarang? Alex tak ada masa nak layan benda mengarut ini.” Ujarnya marah.
Myra terkedu.
Syira mengoncang tangan Myra. “ Kakak, dapat tak?” Soalnya tidak sabar.
Myra menyerahkan handphone kepada Syira. Hilang moodnya ditengking begitu.
Syira menyambut handphone dengan laju. “ Hello, abang. Syira ini.”
Alex terkejut. “ Syira, Syira dekat mana ini?” Soal Alex cemas.
Syira mulai menangis. “ Abang, Syira di hutan belakang rumah tadi. Abang dekat mana? Syira takut.”
“ Syira sabar okey. Abang datang sekarang.” Katanya dan berlari ke luar rumah.
“ Cepat eh abang. Kak Myra cedera. Cepatlah bang.” Kata Syira sebelum talian mati.
Alex terkejut sebelum talian mati. Myra? Barannya menaik. Kurang ajar kau Lydia. Kawasan hutan dituju dengan marah.

“ Kita perlu daripada sini.” Kata Lisa.
Myra memejam mata. “ Kita nak pergi mana lagi? Dah gelap, tak nampak.” Ujar Myra lemah.
Tony menemankan Syira di pokok yang agak terlindung sedikit.
“ Saya tak peduli. Yang penting kita dapat keluar daripada sini.” Marahnya.
Myra memejamkan mata. Sakit kepalanya tambah lagi dengan suara Lisa yang melengking menambahkan sakit kepalanya. “ Okey.”
Tiba-tiba, satu suara menjerit. “ Mana korang nak lari huh!” Jerit Lydia.
Myra terkaku dengan kemunculan Lydia di hadapan mereka. Lisa segera bersembunyi di belakang Myra.
Pistol dihalakan tepat ke wajah Myra yang pucat.
“ Sekarang nak lari kemana?” Soalnya sinis. Dia melangkah mendekati mereka.
“ Tony!” Jerit Lydia garang. Dia melihat sekeliling.” Lebih baik kau keluar sekarang atau mereka aku bunuh.” Ugut Lydia.
“ Jangan keluar.” Kata Myra dengan kuat. Dia sendiri terkejut dengan keberanian dia bersuara.
Lydia mendekatkan muncung pistol di dahi Myra. “ Kau jangan masuk campur. Kau sepatutnya mati daripada dulu lagi.!” Marah Lydia.
Myra menelan air liur.
Lisa dengan berani merentap pistol di tangan Lydia. Terjadi pergelutan antara Lydia, Lisa dan Myra. Lisa melepaskan tembakan dan terkena perut Lydia.
Darah merah basah membasahi baju Lydia. Pistol di tangan Lisa jatuh bersama tubuh Lydia. Lisa lari menuju ke arah Syira dan Tony yang tergamam. Myra masih tegak berdiri di hadapan Lydia.

Bang! Bang! Dua das tembakan dilepaskan dalam masa dua saat kemudian.
Myra terduduk. Lydia tersenyum puas. “ Sekurang-kurangnya aku tak akan pergi sendiri. Keluarga Tony perlu rasakan kehilangan seperti aku kehilangan segalanya.” Ujar Lydia dengan sinis sebelum dia terbatuk darah.
Myra menahan kesakitan di bahunya. Sebutir peluru menusuk ke dagingnya. Lydia berjaya mencapai pistol dan menembak bahu Myra.
Pandangan Myra mula berbalam-balam. Kesakitan yang dirasainya seakan menyerang seluruh badannya. Myra menoleh ke belakang dan matanya menangkap kelibat Alex yang sedang memeluk Lisa. Dia peluk Lisa? Hatinya terasa terhiris dengan kejadian itu. Kenapa dia tak datang dekat aku? Bisik hati Myra yang kecewa. Perlahan-lahan air matanya menitis laju. Sakit sangat yang dia rasakan sekarang tetapi tak sesakit apabila suaminya yang dicintai memeluk wanita lain di hadapannya saat dia memerlukan pelukan. Matanya mulai tertutup dengan perasaanya yang terluka.

“ Myra, tunggulah.” Panggil Alex.
Myra tersenyum. “ Cepatlah Alex. Lambat sangat.” Katanya geram.
Alex berlari mendapatkan Myra dan mereka ketawa bahagia. “ Myra nak main-mainkan Alex eh, rasakan ini.” Katanya dan mengeletak pinggang Myra.
Myra menepis dengan wajah masam. “ Alex jahat! Myra benci Alex.” Jeritnya marah sebelum menolak tubuh Alex dan menghilang.
Alex terpinga-pinga. “ Myra!” Jeritnya. Dia terbangun daripada pembaringan dengan wajah dan badannya dipenuhi peluh. Matanya meliar melihat sekeliling. “ Myra.” Panggil Alex dengan cemas. Selimut ditolak dan dia bingkas bangun. Segenap ruangan biliknya dia mencari Myra tetapi lansung kelibat tiada. “ Myra, keluarlah.” Marah Alex. Dia tak suka Myra main sembunyi-sembunyi dengan dia. Tiba-tiba Alex melorot jatuh di atas permaidani tebal di lantai. Myra mana? Soal hatinya perlahan. Foto Myra yang tersenyum manis saat hari pernikahan mereka dipandang dengan perasaan rindu yang membuak. Kenapa tinggalkan Alex? Remote televisyen dicapai dan dibaling kuat ke cermin meja solek sebelum dia teresak-esak menangis.

“ Abang, cepatlah.” Gesa Puan Sri Nor.
Tan Sri Halim mengangguk. “ Awak sabarlah. Saya pun nak masuk juga.” Ujar Tan Sri Halim. Dia berjaya membuka kunci pintu Alex. Dah sebulan Alex tak keluar-keluar daripada biliknya. Asyik berkurung dalam bilik.
“ Alex.” Jerit Puan Sri Nor sebaik saja pintu terbuka. Dia menerpa ke arah Alex dan memeluk erat Alex yang tidak terurus itu. Dia menahan tangis melihat tangan Alex yang berdarah. Fahamlah dia bunyi tadi itu cermin pecah kerana Alex.
“ Sabar sayang. Ingat Allah.” Pujuk Puan Sri Nor sambil menenangkan Alex yang masih menangis.
“ Alex tak kuat mama. It’s hurt me so much. I miss her so badly.” Esak Alex dalam pelukan Puan Sri Nor.
Tan Sri Halim meraup mukanya dengan perlahan.

Alex menuju ke kereta dengan laju. Terdengar seseorang menjerit-jerit namanya tetapi dia tidak peduli. Pintu kereta dbuka kasar.
“ Alex.” Panggil Lisa sebaik saja dia berjaya sampai di hadapan Alex.
Alex tidak peduli dan ingin masuk tetapi lengannya dipegang kuat Lisa.
“ Sekejap Alex. Dengar dulu apa yang Lisa nak cakap.” Rayunya.
Alex mendengus. Lengannya direntap kasar daripada pegangan Lisa. “ Aku tak nak dengar apa-apa.” rimas dia dibuatnya.
“ Please Alex. Lisa merayu. Bagi Lisa peluang. Lisa janji akan bahagiakan Alex macam dulu. Lisa hanya nak Alex. Lisa dah tunggu Alex lama. Lisa akan buat Alex bahagia semula.” Katanya keras.
Alex tertawa sinis. “ Tak. Kau tak boleh buat aku bahagia. Sebab aku tahu bahagia apa yang hati aku nak, berhenti berusaha dan lupakan aku, Lisa. Aku tak perlu dua tiga bahagia. Hanya satu bahagia yang aku nak, Myra.”
Lisa membentak. “ Tapi Myra dah mati.”
Alex memegang lengan Lisa dengan kasar. “ Dia masih hidup dalam hati aku, dalam hidup aku. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Hei, kau pun sama macam semua orang.” Bentak Alex. Dia masuk ke dalam kereta dengan marah. Pintu dihempas kuat.
Lisa menahan gerun apabila melihat wajah berang Alex. Kereta Alex menderum pergi.

Sebuah kereta jenama mewah Rolls-Royce Silver Wraith berhenti di hadapan Axel School. Alex melangkah keluar daripada keretanya dan menuju ke pintu pagar Axel School. Sekolah yang banyak menyimpan kenangan dalam hidupnya. Dia datang kerana ada urusan. Kelihatan ramai yang sedang berbaris menunggu kedatangannya. Mereka tenaga pengajar Axel School. Semua menunduk hormat kepada Alex, empunya sekolah tersebut.
Alex terus berjalan tanpa menoleh kiri kanan lagi.
“ Myra.” Sepotong nama itu tiba-tiba terdengar di telinganya membuatkan kakinya terhenti. Kemudian dia menoleh ke belakang dengan degupan jantung yang laju.
“ Tuan.” Tegur Encik Salleh.
Alex diam.
“ Tuan.” Panggil Encik Salleh sekali lagi. Dia mencuit bahu Alex perlahan membuatkan Alex tersentak.
“ Kenapa?” Soal Alex yang terpinga-pinga.
Encik Salleh tersenyum. “ Tuan berhenti, kenapa?” Soalnya prihatin.
Alex mengeleng dan terus berjalan semula.

Suraya mengurut dadanya perlahan. Dia menyiku lengan Umyra. “ Kau okeykan?” Soalnya risau.
Myra mengangguk perlahan. Dua tiga hari ini kepalanya asyik berdenyut saja.
“ Jomlah aku hantar kau balik.” Ujar Suraya.
Myra mengeleng. “ Aku okey. Masih boleh lagi, lagipun takkan aku nak balik kalau big boss datang melawat hari ini.”
“ Sure? Sampai petang?” Soalnya lagi.
Myra mengangguk dan memeluk lengan Suraya dengan manja. “ In Sha Allah, aku okey. Sayang kau, beruntung aku dapat kawan macam kau.”

Myra membuka pintu rumah. Kepalanya semakin berat.
“ Myra. Myra kenapa?” Soal Umi tiba-tiba.
Myra mendapatkan Uminya dan menarik Umi ke sofa lantas merebahkan kepalanya di pangkuan Umi. “ Umi, kepala Myra sakit sangat.” Rengeknya.
Umi mengelus lembut kepala Myra. “ Makan ubat sayang.” Pujuk Umi.
Myra mengeleng manja. “ Tak nak, Myra dah bosan makan ubat.” Bantahnya.
Umi menepuk perlahan pipi Myra. “ Kalau begitu, sayang berehat okey.” Kata Umi.
Myra mengangguk dan bangun pergi ke biliknya.

Selepas makan malam. Puan Sari duduk bersama suaminya di ruang tamu. Membicarakan hal tentang Myra. Puan Sari berrbual mengenai kesihatan Myra. “ Myra meracau lagi, bang.” Kata Puan Sari dengan risau.
Encik Rahman mengeluh berat. Kata-kata isterinya merungsingkan dia.
“ Macam mana ini bang?” Soal Puan Sari dengan risau.
Encik Rahman mengeluh lagi. “ Tapi sebelum ini Myra okeykan. Kenapa sakit kepala itu datang balik?” Dia risau dengan keadaan Myra. Peristiwa dua bulan lepas terbayang di fikirannya. Cepat-cepat Encik Rahman menguburkan perasaan bersalah itu.
“ Abang.” Panggil Puan Sari dengan nada kuat.
Encik Rahman tersentak. Segera dia melihat Puan Sari yang kelihatan resah itu. “ Awak ini kenapa?” Soalnya pelik.
Puan Sari merenung mata suaminya dengan gelisah. “ Alex.”
Sepotong nama itu lantas membuatkan duduk Encik Rahman tidak menentu. “ Kenapa dengan Alex?” jantungnya mula berdegup laju.
Puan Sari menelan air liur. “ Suraya bagitahu saya Alex pemilik sekolah Myra mengajar,”
Kata-kata Puan Sari mengejutkan Encik Rahman. Kebetulan atau takdir ini, Ya Allah, bisik hati Encik Rahman.

Myra berlari anak bersama Suraya menuju ke lobi Axel School. Hujan mulai turun dengan lebat sebaik saja mereka tiba di pagar sekolah.
“ Make up aku.” Jerit Suraya cemas. Dia lantas mengeluarkan cermin kecil yang dibawanya dalam begnya.
“ Myra, okey tak make up aku? Aku..”
Myra menoleh melihat Suraya. “ Okey. Cuma maskara kau dah cair. Itulah aku dah cakap jangan beli maskara murah, kau tak nak dengar.” Bebel Myra tetapi Suraya hanya diam dengan wajah pucatnya.
Dia berpaling ke belakang. “ Sorry.” Ujar Myra dan merapati Suraya apabila menyedari seseorang sedang berdiri melihat mereka.
Lelaki itu masih tercegat kaku. Wajahnya pucat seperti Suraya.
“ Su, jomlah masuk. Lelaki ini menakutkan.” Bisik Myra. Myra melarikan matanya apabila dia bertembung dengan anak mata lelaki itu.
Lelaki itu melangkah setapak mendekati mereka.
Segera Myra berundur. Takut dia dengan pandangan tajam lelaki itu tambahan lagi kepalanya mulai berdenyut-denyut. Genggaman pada lengan Suraya dikuatkan.
Suraya mengangguk masih dalam keadaan pucat. Mereka ingin melangkah pergi tiba-tiba lengan Myra direntap kuat sehingga dia terdorong dalam pelukan lelaki asing tersebut dan pandangannya mulai gelap.

“ Explain to me now!” Suara Alex melengking kuat di luar bilik VVIP.
Suraya tersentak. Jantungnya berdegup laju. Takkan dia nak menipu. Teringat janjinya kepada Puan Sari dan Encik Rahman. Tetapi di hadapannya ini big boss, tempat dia mencari rezeki.
“ Cakap!” Jerkah Alex. Kesabarannya semakin menipis. Saat dia ingin mendekati Suraya, satu suara menghentikan dia.
Myra menarik Suraya menjauhi lelaki yang memarahi Suraya.
Alex terkedu lagi.
“ Encik siapa? Kenapa Encik marah-marah kawan saya?” Soal Myra tegang. Dia membalas tatapan mata Alex.
Suraya gelabah apalagi bila mata Alex merenung dia tajam.
“ Myra, aku ada hal nak bincang dengan dia. Boleh tak kalau kau tunggu dekat bilik kau? Sekejap saja.” Rayunya.
Myra keberatan. “ Tapi..” berat hatinya nak meninggalkan Suraya.
Suraya menolak Myra masuk ke dalam biliknya semula.
“ Myra hilang ingatan tuan. ” Ujar Suraya perlahan.
Alex terasa lututnya goyah. Myra hilang ingatan? Dia tidak percaya. Myra lupa dia ke? Kepala digeleng. “ Kau tipu. Kau senjaga nak tipu akukan. Mustahilah!” Ujar Alex dengan suara yang bergetar.
Suraya menahan sebak melihat keadaan bos dia. “ Saya tak tahu apa-apa tuan. Lebih baik tuan tanya sendiri keluarga Myra. Tapi tolong jangan bagitahu apa-apa dekat Myra dulu. Saya takut dia bertambah rungsing.”
Alex mendengus. “ Kau tak berhak nak pinta aku apa-apa. Aku tahu apa yang aku nak buat.” Bentaknya. Dia terus menonong pergi.

Pakk!!
Handphone jenama Apple Iphone 6s Plus yang berharga Rm 3199 itu pecah berderai dibaling Alex ke dinding.
Jimmy berdiri kaku.
Alex menarik nafas. Peristiwa semalam masih segar di kepalanya. Ditambah dengan berita yang dibawa oleh anak buah Jimmy membuat dia tergaman. “ Betul ke apa yang anak buah kau cakap?” Soal Alex tegang.
Jimmy mengangguk. “ Yes boss. Mereka yang rancang semuanya. Termasuk pemalsuan kematian itu.”
Alex mencapai pasu bunga antik yang terletak cantik di atas meja kopi. Otaknya bagaikan tidak dapat berfikir waras masa ini.
Jimmy melihat dengan wajah pucat.
Alex mundar mandir dengan pasu yang dilambung-lambung di tangannya. “ Apa kau rasa kalau aku baling pasu ini dekat kau?’
Jimmy berundur setapak.
Alex ketawa dan membaling pasu itu dengan selamba.
Dengan pantas Jimmy menyambutnya. “ Nasib baik.” Keluhnya lega.
Alex ketawa. “ Kau memang bernasib baik. Jangan risau aku takkan bunuh kau. Kau masih banyak gunanya kepada aku, besides kau orang terbaik Daddykan.” Ujarnya dan pergi.
Jimmy menarik nafas lega. “ Gila betul anak Tony ini. Syukur aku masih ada nyawa.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience