28

Romance Completed 8558

Myra rasa tubuhnya sejuk gila pagi itu. Mengigil badannya.
“ Myra, kau demam ke?” soal Sarah. Dia pelik sebab biasanya Myra akan sediakan sarapan pagi tapi hari ini meja kosong. Sarah tak ada kelas, Syila dan Zatie sudah awal pagi lagi hilang. Kelas mereka mula jam 7:30 pagi lagi.
Myra langsung tidak berkutik. Sarah meletakkan tangannya di dahi Myra. Terkejut dia dengan suhu yang terlampau panas itu. “ Myra, bangun eh. Kita pergi Hospital. Badan kau panas sangat ini.” kata Sarah dengan cemas.
Myra mengeleng. “ Aku tak larat bangun.” rengeknya. Perlahan-lahan air matanya mengalir keluar. Dia memang emosi sedikit apabila sakit.
“ Kita mesti pergi Hospital juga. Nanti melarat demam kau ini.” pujuknya.
Perlahan-lahan Sarah memapah Myra ke pintu rumah. Baru saja dia nak mengunci pintu, tubuh Myra sudah terjelepuk jatuh ke lantai. “ Myra!” jerit Sarah terkejut. Dia berlari memangku Myra. “ Bangunlah.” kata Sarah dengan suara bergetar takut.
“ Myra!” jerit satu suara yang tiba-tiba muncul. Sarah mendongak.
Seorang lelaki berlari merapati mereka. “ Kenapa ini?” soalnya dengan cemas. Dia meraih Myra dekat kepadanya.
Sarah terkedu seketika. “ Myra… Myra demam. Saya..Saya nak bawa dia ke Hospital tapi dia dah pengsan dulu.” kata Sarah dengan matanya tidak mampu lepas daripada melihat lelaki dihadapannya. Dia tak sangka akan berdepan dengan blogger terkenal di depan matanya sendiri.
Alex segera mencempung Myra menuju ke keretanya. “ Saya hantar dia ke Hospital. Awak nak ikut ke?” soal Alex laju.
Sarah mengangguk dan masuk kedalam Range Rover Alex. Alex memecut laju menuju ke Hospital milik Pak ciknya. Sarah pula yang kecut perut melihat pemanduan maut Alex.

Tekak yang haus dan kering memaksa Myra membuka matanya. Dia terasa pelik melihat sekitarnya yang agak asing pada matanya. “ Aku dimana ini?” soalnya sendiri. Dia bangun perlahan-lahan. Tubuhnya rasa lebih okey sikit. Bilik yang serba putih mengingatkan dia kepada Hospital. “ Aku di hospital ke?”
Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Alex masuk dengan senyuman dan membawa sesuatu di tangannya.
“ Bangun pun tuan puteri kita.” katanya lalu duduk di kerusi sebelah Myra. Myra melihat Alex dengan bingung.
Alex tersenyum dan merenung Myra.
Cepat-cepat Myra menutup muka apabila tersedar sesuatu. Alex mengerut dahi. “ Kau okey?” soal Alex hairan.
Myra menekup wajahnya di bantal sambil menyuruh Alex keluar tapi dia masih tidak faham-faham.
“ Kau keluar!” Jerit Myra dengan wajah masih melekap di bantal.
“ Apa dia?” tanya Alex dengan wajah pelik.
“ Keluar sekejap!” kata Myra lagi.
Alex menuju ke pintu. Sebaik sahaja Alex keluar, Myra bangun berlari mengunci pintu. Nafas ditarik lega. Kemudian dia menuju ke bilik air mencari sesuatu. “ Tak ada?!” Dia menyelongkar setiap ruangan dalam almari. Ya, plastik hitam tadi mungkin. Dia berlari mengambil plastik itu dan jumpa apa yang dicarinya. “ Aku sayang kau berus gigi.” kata Myra dengan gembira dan berlari ke bilik air semula.

Alex pula mundar-mandir di hadapan bilik Myra. Lamanya. Myra tak buka-buka pintu lagi. Dengan tidak sabar dia mengetuk pintu. “ Myra, bukalah.” panggil Alex kuat. Tangannya mengetuk tanpa henti tiba-tiba pintu dibuka daripada dalam sehingga dia terjatuh.
Myra mengangkat kening. “ Apa?” soalnya dengan nada tidak bersalah apalagi niat nak menolong hamba Allah yang sedang jatuh itu.
Alex perlahan-lahan bangun.
Myra kembali ke katil dan duduk bersila. Ada lagi perkara yang belum selesai.
Alex pula mengambil tempat duduk di sebelah Myra. “ Kenapa kau kunci pintu?”
Myra mencebik. “ Itu bukan urusan kau.”
Alex mengeluh. “ Kan aku dah minta maaf.” Keluhan dilepaskan apabila mendengar nada suara Myra yang dingin.
Myra menjeling saja sambil berpeluk tubuh. “ Kau nak aku maafkan kau?” soal Myra.
Kepala Alex mengangguk laju. “ Nak, kau cakap apa saja kau nak. Aku bagi.” katanya bersungguh.
Myra mengukir senyuman tipis. “ Apa-apa saja?”
Alex mengangguk.
“ Belikan aku makanan, lapar.” Alex mengangguk dan berlari keluar.

Suara ketawa dan berbual-bual yang agak kuat menyapa telinga Alex sebaik saja dia tiba di hadapan bilik Myra. Alex mengintai sedikit melalui pintu yang renggang. Kelihatan beberapa gadis sedang mengelilingi Myra sambil bergelak ketawa.
Langkah Alex terhenti apabila melihat wajah gembira Myra. Dia juga ikut tersenyum. Perlahan-lahan pintu ditolak. Kehadiran Alex menghentikan gelak ketawa mereka. Dia meletak makanan yang dibelinya di atas meja.
Sarah, Syaz dan Syila memerhatikan Alex dengan mata yang tidak berkelip.
Alex menggaru kepalanya. Myra memandang Alex redup. “ Boleh tinggalkan aku dengan kawan-kawan aku?” Pintanya.
Alex mengangguk dan melangkah keluar.
Sarah, Syaz dan Syila mengikuti langkah keluar Alex. Myra ketawa melihat mereka.
“ Amboi.”
Serentak ketiga-tiga gadis tersebut terkejut. Sarah terus menyiku lengan Myra. “ Siapa dia? Boyfriend kau eh?” soalnya.
Myra mencebik. “ Aku tak kenal pun.” Jawapnya selamba. Makanan yang dibawa oleh Sarah dibuka dengan laju. Perut memang tahap lapar gila. Dia sebenarnya tak sangka yang mereka akan datang melawat dia.
“ Kalau tak kenal, takkan dia tahu kau tinggal dekat mana, dia takkan angkat kau pergi hospital. Dia takkan bayar bil hospital kau yang mahal gila ini.” kata Sarah dengan kening terangkat.
Myra terkedu. Dia angkat aku?
Syaz tersengih. “ Dia takkan temankan kau kalau tak kenal kau siapa, malah sepanjang kau meracau dua malam ini dia yang temankan kau.” katanya dengan senyuman nakal.
Myra terasa kulit wajahnya mulai menebal.
“ Dan dia tak benarkan kami temankan kau di sini.” tambah Syila yang mengundang senyuman misteri mereka bertiga.
Myra termenung mengingatkan kata-kata kawan-kawan tadi. Betul ke Alex buat semua itu? Cepat-cepat Myra menarik selimut menutupi seluruh badan sebaik sahaja pintu bilik dibuka. Myra mencuba untuk bertenang dan mengawal pernafasannya agar tidak ketara dia berpura-pura tidur.
Alex menarik kerusi dengan perlahan. Dia baru saja nak berbual dengan Myra tapi nampaknya Myra sudah tidur. Hajatnya tidak kesampaian.
Selepas kawan-kawan Myra balik, datang pula Zatie. Mereka bercerita sehingga tamat waktu melawat.. sekarang Myra pula tidur. Terpaksalah dia menunggu Myra sedar semula. Alex meletak kepalanya di birai katil dan terlelap.
Myra membuka selimutnya apabila tidak mendengar apa-apa bunyi selain dengkuran halus. Myra melihat Alex sudah tertidur dengan berbantalkan lengannya sendiri. Dia bangun daripada katil dan menyelimuti Alex sebelum melangkah keluar.

Alex terpisat-pisat bangun. Matanya terasa segar apabila melihat katil kosong tanpa penghuni. “ Myra!” Lantas dia bangun dan menuju ke pintu dengan cemas.
Myra hampir terjatuh apabila tubuhnya dilanggar dengan kasar. Alex segera memaut lengan Myra dengan kejap. “ Myra!” kata Alex dengan terkejut.
Myra mengetap gigi. “ Apa lari-lari ini?” marahnya. Dia masuk ke bilik semula. Puas dia merayau seluruh kawasan hospital.
Alex mengikut langkah Myra. “ Kau pergi mana?”
Myra mencapai remote televisyen. Soalan Alex dibiar sepi. “ Baliklah Alex. Apa lagi yang kau tunggu?” senjaga dia tidak menjawab soalan Alex.
“ Tak bolehkah aku temankan kau?”
Siaran televisyen diubah-ubah. Tiada apa yang menarik perhatian dia sekarang. “ Aku dah ada kawan yang boleh temankan aku.” kata Myra selamba.
Alex mendengus dan mengambil remote di tangan Myra dan mematikan televisyen.
“ Setakat kawan serumah yang tiba-tiba kononnya prihatin itu kau panggil kawan. Cakap pula pasal bestfriend kau hanya muncul setelah dua hari kau dekat sini itu yang kau harapkan jadi kawan kau.!” marah Alex. Bengang dia dengan Myra.
Myra mendongak melihat Alex. “ Sekurang-kurangnya kawan aku tak tinggalkan aku tanpa berita langsung. Dia tak mungkir janji dengan aku.” kata Myra dengan nada yang dingin.
Alex terkedu.
Myra menarik selimut menutup badannya. “ Just go Alex.” katanya daripada dalam selimut. Air matanya menitis perlahan daripada bawah selimut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience