24

Romance Completed 8557

4 tahun kemudian…

“ Myra.” Panggil Zatie daripada jauh dengan kuat. Myra tersentak.
Zatie berlari dengan sekuat hatinya menuju ke meja yang diduduki Myra. Myra hanya tersenyum lucu melihat Zatie. Baru balik jumpa boyfriendlah itu. Myra hanya mengeleng-geleng saja. Entah boyfriend dia yang ke berapa sekarang. Zatie kecewa sungguh selepas break up dengan Akim 4 tahun yang lalu.
Zatie tercungap-cungap seperti baru saja tamat larian marathon. “ Myra, aku penat dan haus gila.” Rengeknya.
“ Kau dari mana?” soal Myra pelik. Berpeluk sakan dia ini.
Zatie mengelap peluh yang menitis laju di wajahnya. “ Aku baru lepas hantar assingment dekat Mr. Badrul. Ingat dah cukup rupanya aku tertinggal form penting aku di rumah, then aku berlarilah balik.” katanya dengan sekali nafas.
Myra hanya mengeleng. “ Kan aku dah cakap semalam. Kau tak nak dengar, pentingkan sangat bolg Al’ My itu.” sindir Myra.
Zatie tertawa kecil. “ My’Al Myra.” Zatie membetulkan ayatnya.
“ What can I do then. Dia terlalu menggoda untuk aku biarkan.” Kata Zatie dengan wajah menggoda.
Myra hanya mencebik. Obses sangat dengan blog itu. Tiba-tiba, Zatie merampas key chain yang terletak cantik di pencil case Myra.
“ Seriously Myra, kau masih simpan lagi benda yang budak tak guna itu bagi?” kata Zatie dengan suara nyaring.
Myra mengerut dahinya. “Apa salahnya?” Malu pulak dia apabila suara Zatie menarik perhatian orang ramai.
Zatie mengenggam key chain itu dengan wajah kelat. “ Myra, buat apa kau nak simpan benda ini. Kau berhabis mengharap tapi adakah dia akan ingat kau ke kalau kau simpan benda ini dan tunjukkan ini? Tak!” marah Zatie.
Myra terdiam. Key chain itu dia renung lama. Pemberian Alex pada hari tamat peperiksaan MPC. Hari terakhir dia bertemu Alex. Dia tak ambil result yang keluar masa itu. Dengar khabar Alex terus terbang ke Jerman hari result SPM dan MPC keluar.
“ Kau sepatutnya buang benda ini. Tak ada gunanya langsung.” Kata Zatie dengan nada marah yang tak sudah-sudah. Myra tak faham sebenarnya kenapa Zatie nak marah sangat. Mungkin dia sudah bosan asyik tengok benda yang sama 4 tahun ini.
“ Myra, kau dengarkan apa yang aku cakap?” Marah Zatie apabila Myra mengkhayal.
“ Apa yang kau cakap?” Soal Myra perlahan. Dia mengambil semula key chain itu daripada Zatie.
Zatie mengeluh. “ Myra, sudahlah. Dia memang tak akan ingat kau, ingat kawan-kawan dia lagi. Kawan apa yang buat kawan dia tertunggu bertahun-tahun, hilang begitu saja. Dia tak layak jadi kawan kau.” Kata Zatie sambil mengenggam tangan Myra erat.
Myra merenung lama key chain itu. Dia sudah terlanjur sayang dengannya. 4 tahun bukan jangka masa yang pendek. Mungkinkah ini waktu untuk dia melupakan Alex.

Cepat-cepat Myra meletak begnya di atas meja Cafe. “ Nasib baik sempat.” Katanya sendiri. Mata Myra melihat kawasan Cafe yang agak lenggang. University sekarang sedang bercuti seminggu. Ramai pelajar yang balik. Mamak itu India muslim yang buka Cafe ini sejak 10 tahun yang lalu.
Myra menuju ke kaunter. “ Asalamualaikum, Mamak.” Panggil Myra. Tidak lama kemudiam muncul Mamak daripada sebalik tabir yang pisahkan dapur dan kaunter.
” Walakumusalam Myra.” Balasnya ceria.
Myra tersengih. “ Mamak, macam biasa ya.” Kata Myra dan kembali ke meja dia semula.
Mamak masuk ke dalam dapur dan keluar pula Cik Anith, isteri Mamak.
“ Asalamualaikum Cik Anith.” Tegur Myra.
“ Walaikumsalam Myra. Seorang saja hari ini, Zatie mana?” Soalnya pelik.
“ Zatie ada study group dekat library.” Jawab Myra padahal dia yakin sangat yang Zatie sedang dating.
Cik Anith mengelap permukaan kaunter yangs sedikit berminyak. “ Tak balik cuti ke?”
Myra mengeleng. “ Tak, cuti tak lama. Lagipun tiket mahal sangat.”
Tiba-tiba Cik Anith melangkah mendekati Myra dengana wajah teruja. “ Myra tak dengar apa-apa gosip tak?” Soalnya dengan teruja.
Myra mengerut dahi. “ Gosip apa Cik Anith?”
Dia tersenyum manis. “ Blogger terkenal Malaysia nak datang University Myra minggu depan. Dia akan jadi juri untuk pertandingan masterchef yang dibuat di sini.”
Myra tergelak kecil. “ Canggihnya Cik Anith. Myra tak tahu pun pasal itu.” Pujinya kepada Cik Anith.
Cik Anith tersipu malu. “ Itu blogger anak murid Mamak. Dia ada belajar dengan Mamak 5 tahun lepas.”
Keluar Mamak dengan dulang di tangan. Semerbak haruman mee goreng basah menusuk ke hidung. Sedapnya..
“ Terima kasih Mamak. Makan dulu.” kata Myra dengan gembira selepas membaca doa makan. Sambil makan, fikiran Myra melayang kepada seseorang yang sudah lama dirinduinya. Biasalah, apabila dia bersendirian memang fikiran Myra akan melayang mengingati seseorang. Berjuta soalan akan terlintas di fikirannya. Apa yang dia buat sekarang eh? Dia kerja atau belajar? Dia sambut tak birthday dia? Atau dia sudah kahwin dengan Lisa? Mee Myra suap dengan laju. Mungkin betul kata-kata Zatie. Dia perlu lupakan Alex. Kau cuma kawan dia selama setahun saja, bukan macam VROMANCE.

“ Myra. ” kejut Zatie.
Myra tersedak. Air yang diminumnya tersembur keluar.
“ Sorry.” kata Zatie dengan wajah bersalahnya.
Myra nenarik nafas perlahan. “ Jangan kejutkan aku begitulah.” marah Myra.
“ Sorry.” ujarnya tersengih-sengih dengan wajah meminta kasihan.
Zatie duduk di sebelah Myra sambil tersengih. “ Sebenarnya aku ada berita gembira.” katanya dengan teruja.
Myra mengangkat keningnya dengan bangga sebelum dia bertepuk tangan. Dia tahu zatie nak cakap pasal apa.“ Aku tahu kau nak cakap tentang apa.”
Wajah Zatie terlihat ceria. “ Apa dia?”
Myra tersenyum lebar dan mencapai sudu di pinggan. “ Temankan aku hujung minggu ini kalau aku betul.” kata Myra.
“ Apa dia? Cepatlah cakap.” gesa Zatie tidak sabar.
“ My’Al nak datang University kitakan.”
Zatie melopong. “ Serius? Memang betullah kan? Wei, gila aku tak sabar!” jeritnya gembira.
Myra tersenyum lebar. “ So, deal?” soal Myra menunggu response Zatie.
Tidak lama kemudian kelihatan wajah Zatie monyok. “ Kalau hujung minggu ini aku tak dapatlah nak temankan kau, aku ada date dengan Hairul. Aku dah janji dengan dia tau.” ujarnya dengan wajah kesian.
Myra mencuka mendengar jawapan Zatie. Sekali lagi?
Zatie mengenggam jemari Myra. “ Sorry eh Myra. Aku betul-betul tak boleh. Lain kali ya aku temankan kau.” katanya sebelum meminta diri ke toilet.
Myra hanya memandang sepi meja makan itu. Nafas berat dilepaskannya. Tidak lama kemudian muncul Zatie semula dengan tergesa-gesa. “ Alamak, Myra. Aku nak keluar dengan Hairul kejap lagi. Bye, girl.” katanya dengan teruja dan berlari keluar meninggalkan Myra. Sendirian, seperti selalu.
Myra mengikuti langkahnya dengan pandangan matanya. “ Cakap sajalah kau tak nak temankan aku.” ujarnya sendiri. Bukan dia tidak tahu, bukan dia buta sangat nak perhatikan riak seseorang. Zatie memang tak nak temankan dia buat semua aktiviti yang dia buat. Dari first year sampailah sekarang final year, janji itulah yang Zatie sumbangkan pada telinga dia sehingga janji hanya tinggal janji. Dia bukan ada banyak kawan, kehidupan sosialnya hanya hanyalah aktiviti yang diikuti setiap dua minggu sekali pada hujung minggu itu.. aktiviti amal yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin University Kuala Lumpur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience