68

Romance Completed 8557

Terasa panas wajah Myra apabila dia diperhatikan oleh sanak saudara Alex. Myra mencuba membiasakan dirinya dengan ahli keluarga besar Alex. Dia tak sangka rupanya keluarga sebelah mama Alex ini agak ramai. Dia menjamu selera bersama dengan Kak Laila, kakak sepupu Alex sebelah Aunty Nor. Tiba-tiba datang seorang gadis cantik. Dia terus duduk di sebelah Kak Laila.
“ Hai Kak Laila.” Tegurnya dengan senyuman manis. Dia melihat Myra dan menghulurkan tangan. “ Hai, saya Tasya.”
Myra senyum dan menyambut huluran tangan Tasya. “ Saya Myra.”
Tasya merenung Myra lama. “ Awak datang dengan abang Alex?”
Myra mengangguk. “ Ya. Dia kawan saya.”
Tasya hanya mengangguk acuh tak acuh. Dia kembali melihat Kak Laila. “ Tasya ada masak makanan. Kak Laila nak rasa tak? Saya ambilkan sekejap eh.” Ujarnya ceria dan bangun menuju ke satu tempat.
Myra tidak berkelip mata melihat Tasya berlalu.
“ Itu Tasya. Dia peminat Alex. Harap Myra tak terasa sangat. Kak Laila malas nak layan tapi dia kan tetamu.” Ujar Kak Laila tiba-tiba.
Myra tersengih. “ Saya okey saja kak. Untunglah Alex, ada peminat pula itu, cantiklah Tasya itukan kak.”
Kak laila mengerut dahi. “ Myra tak marah? Bukan Myra girlfriend Alex ke?” Soalnya hairan.
Myra ketawa. “ Bukanlah.” Ujar Myra. Dia menoleh ke sebelahnya apabila terasa ada orang duduk disebelahnya.
Alex dengan pinggan di tangan tersengih-sengih melihat Myra. “ Makan tak ajak-ajak aku?” Sindir Alex.
Myra mencebik. “ Kau ini tak malulah datang makan di khemah orang perempuan.” Ejek Myra.
Kak Laila tersenyum.
Alex buat selamba saja. “ Suka hati akulah. Ini rumah abang aku.”
“ Eh, abang Alex.” Tegur Tasya dengan teruja.
Myra terkejut. Ya Allah, hampir terlepas sudu di tangannya dengan sergahan Tasya.
Alex ketawa kecil. “ Perlahan-lahanlah makan itu.” Tegurnya.
Myra hanya menjeling.
“ Kebetulan abang ada dekat sini, apa kata abang try masakan Tasya. Sya baru saja belajar baking.” Ujarnya ceria.
Alex terkebil-kebil. Tiba-tiba dia bangun. “ Kejap eh, Mak Ngah Fia panggillah.” Katanya kelam-kabut dan pergi.
Tiba-tiba anak Kak Laila datang dan menarik tangan Kak Laila pergi. Katanya dia nak tidur. Kini yang tinggal hanya Myra yang terkulat-kulat dan Tasya yang menunduk diam.
Kesian pula Myra melihat wajah mendung itu.
Tasya melihat Myra dan ketawa kecil.
Myra pula yang seriau.
“ Saya memang selalu begini. Awak tak perlu pelik sangat.” Katanya tersengih sendiri. Kontena yang dibawanya tadi dimasukkan semula kedalam bakul plastiknya.
Myra bertambah kesian apatah lagi dia melihat ada mutiara jernih yang bertakung di tubir mata cantik itu. “ Tasya.” Panggil Myra perlahan.
Tasya yang hendak berlalu terhenti. Dia berpaling.
Myra mencapai kontena Tasya dan lantas membukanya. Terdapat sepotong kek coklat. Nampak sedap, bisik hati Myra.
Tasya terkedu apabila Myra mengambil sepotong kek tersebut dan terus memakannya tanpa ragu-ragu.
Ya Allah, masinnya. Gelas berisi air putih dicapai rakus dan dia meneguk tanpa henti.
Tasya ketawa melihat reaksi Myra.
“ Saya tak percaya awak sanggup makan kek saya. Saya sendiri tak pernah rasa kek saya sendiri.” Ujar Tasya. “ Awaklah orang pertama makan kek yang saya buat selama dua tahun ini.” ujarnya dengan senyuman manis.
Myra terkejut. Takkanlah?
Tasya senyum. “ Tapi saya faham sebab memang tak ada siapa pun yang nak makan kek saya.” Ujarnya sedih.
Myra menelan air liur perlahan.

Myra menolong mencuci pinggan yang kotor berlambak di dapur setelah selesai majlis akikah tadi. Myra tak sangka Tasya akan mengekori dia sehingga menolong sekali mencuci pinggan. Katanya dia tak pernah melakukan semua perkara tersebut sebab orang tak layan dia sangat. Myra tersenyum melihat Tasya yang rancak bercerita dengan tetamu yang lain.
Sedang Myra mengelap pinggan, bahunya dicuit orang. Myra berpaling. Seorang wanita yang agak berusia melihat dia dengan senyuman. Tanpa isyarat, Myra ditarik ke dalam pelukan wanita itu. Tambah mengejutkan apabila wanita itu menangis.
Cemas dibuatnya Myra. “ Puan, kenapa menangis ini?”
Wanita itu senyum saja dan melepaskan pelukan. “ Terima kasih.” Ujarnya lembut.
Myra terpinga-pinga. Tasya bangun tiba-tiba.
“ Mama, kenapa menangis ini?” Soalnya cemas.
Myra melihat Tasya. Mama Tasya?
Wanita itu kemudiannya memeluk Tasya erat. “ Sayang, mama bahagia sangat hari ini.” katanya ceria. “ Mama tak sangka Tasya akan bergaul dengan orang.” Ujarnya dan membuat Tasya tersipu malu.
“ Mama ini, malu Tasya.”

Myra mengeliat kecil. Lenguh pinggangnya duduk terlalu lama.
Tiba-tiba Puan Sri Nor datang menghampiri Myra. Dia menyentuh lembut bahu Myra. “ Myra.” Panggilnya perlahan.
Myra menoleh ke belakangnya. “ Aunty.”
Puan Sri Nor senyum dan meraih tangan Myra. “ Aunty minta maaf sebab tak ingat Myra. Lima tahun dah berlalu, baru saja kita jumpa semula.” Ujarnya gembira.
Myra tersengih. “ Myra pun minta maaf juga langsung tak jenguk Aunty 5 tahun ini.”
Puan Sri Nor ketawa kecil. “ Aunty sekeluarga pindah ke London 3 tahun sebelum kembali semula ke Malaysia. Rumah itu kami jual.” katanya.“ Myra tidur sini malam ini boleh?” Pinta Puan Sri Nor tiba-tiba.
Myra terkejut. “ Tapi Aunty, menyusahkan saja. Kan dah ramai dekat sini.”
Puan Sri Nor senyum. “ Tak apa, banyak lagi bilik kosong.”
“ Bilik aku pun kosong.” Ujar Alex tiba-tiba muncul di sebelah Myra. Dia tersengih nakal melihat Myra.
Myra tersentak. Puan Sri Nor mencubit lengan Alex. “ Gatalnya dia. Anak dara orang itu Alex.”
Alex tersengih-sengih nakal. “ Belum habis cakaplah mama. Nanti Alex tidur dekat luarlah. Tapi kalau nak boleh juga, Myra tidur di katil, Alex tidurlah dekat sofa.” Tambahnya lagi sambil menyiku lengan Myra.
Myra menjauh daripada Alex. Gila budak ini, getus hatinya.
Tiba-tiba lengan Myra dipeluk seseorang. “ Myra.” Kata Tasya dengan manja.
Myra menoleh. Puan Sri Nor dan Alex juga melihat Tasya.
“ Malam ini Myra tidur rumah Tasya boleh?” Pintanya manja.
Alex mencebik. “ Hei, dia tidur rumah akulah.” Marah Alex.
Tasya menjeling Alex. Hilang sudah perasaan minat terhadap Alex. “ Ada Sya peduli? Abang Alex ini tamak, orang baru jumpa sekejap.” Marahnya.
Puan Sri Nor tersenyum. “ Terserah Myralah. Mama mana-mana saja.” Ujarnya mengambil pendekatan selamat. Puan Sri Nor meningalkan mereka bertiga.
Serentak Alex dan Tasya melihat Myra. Tasya dengan wajah merayunya manakala Alex pula dengan pandangan tajamnya.
Myra merenung Tasya. “ Myra tidur di rumah Tasya sajalah.” Myra memberi kata putus.
Tasya menjerit gembira dan memeluk Myra erat.
Alex mengetap gigi geram dan meninggalkan Myra dan Tasya dengan perasaan sebal.

Sepanjang malam sehingga pukul 3 pagi, Tasya berceloteh panjang bersama Myra dan Qistina, sepupu Tasya. Betul-betul dia mengantuk. Jam 5 tadi selepas subuh, dia terus kembali tidur. Handphone yang berbunyi menganggu lena Myra. Dia segera bangun khuatir akan menganggu tidur Tasya dan Qistina.
Myra bangun menuju ke balkoni bilik Tasya. “ Hello.” Ujar Myra dengan malas.
“ Asalamualaikum.” Ujar Suara dalam talian dengan nada menyindir.
Myra diam. Salam dijawab dalam hati saja. “ Apa kau nak?” Soal Myra laju. Dia duduk di kerusi menghadap kepekatan langit. Walaupun sudah menunjukkan jam 5.30 pagi masih gelap lagi.
“ Kau ini dah subuh ke belum?” Soal Alex.
Myra mengeluh. “ Dahlah. Apa lagi? Aku mengantuklah.” Katanya malas sangat. Myra menyebak rambutnya ke belakang. Perlahan-lahan dia mengelus rambutnya. Dah semakin panjang, getusnya. Dia terlupa yang dia sedang berada di balkoni luar rumah.
“ Hello. Alex?” Soal Myra apabila talian sunyi. Tiba-tiba, talian dimatikan.
“ Aik, dia off?” Soalnya sendiri apabila Alex mematikan panggilanya. Dia lantas bangun kembali ke dalam semula. Ingin menyambung tidur.

Jantung Alex berdegup laju. Tangannya bergetar memegang dadanya sendiri. Kenapa dada aku? Tidak sangka dia akan menyaksikan pemandangan yang tak pernah dilihat sebelum ini. “ Cantiknya dia.” Katanya tanpa sedar.
Alex menelan air liur yang terasa tersangkut di kerongkongnya. Tidak dia menduga akan memandang Myra tanpa tudung. Rambutnya mengurai cantik, macam iklan syampu rejoice. Dia ketawa sendiri. Rambut di selak kasar dengan tangan yang masih bergetar.
“ Gila! Kenapa pula aku bergetar ini?” Soalnya kepada diri sendiri. Alex mengeleng laju. Nanti Myra tahu dia sendiri pula yang malu. Myra pasti akan jadikan ini bahan gelak dia. Tiba-tiba, akal jahatnya keluar. Sambil tersenyum lebar dia kembali masuk ke biliknya semula. Tak sangka pula rezeki dia masuk ke bilik tetamu ini dengan harapan dapat melihat Myra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience