63

Romance Completed 8558

Syarifah Akira menyusun bunga-bunga segar yang baru tiba dihantar oleh pembekal dari Cameron Highland pagi tadi dengan teliti. Maklumlah, Syarifah Akira baru membuka perniagaan tambahan dalam senarai perniagaan yang dilakukan dan ditawarkan dalam syarikat ini. My’Kz juga kini menawarkan perkhidmatan penyediaan bunga segar dan menjual koleksi tudung daripada pereka tanah air dan ada juga koleksi tudung jenama sendiri iaitu AKIRA.
Myra teringat pada Puteri Nuraisya. Kesian juga dia pada gadis itu. Puan Khadijah memang ibu kandung Puteri Nuraisya. Puan Ainur Khadijah. Puan Khadijah telah menceritakan semuanya kepada Myra. Perbuatan dia dulu adalah kerana dia ingin menyembunyikan penyakitnya. Puan Khadijah menghidap kanser payudara tahap 2. Oleh kerana merasakan kekurangan sebagai wanita, Puan Khadijah sanggup melakukan perkara tersebut dengan bantuan seorang rakan. Namun, demi untuk menebus salahnya pada Puteri dia berusaha melawan kanser tersebut dengan pelbagai rawatan dijalankan dan dia sanggup menyamar sebagai pengetua KLES semata-mata untuk dekat dengan Puteri.

Akhirnya Myra melangkah keluar daripada My’Kz, niat hati nak pergi ke Popular Book Store. Hari ini, agak kurang sesak sikit kawasan Times Square ini. Tengah bulan begini, mungkin orang sudah kopak duit. Tiba-tiba langkah Myra terhenti apabila dia dihalang sesuatu. Myra mendongak melihat gerangan siapa yang terlalu tinggi. Keluhan berat dilepaskan.
“ Asalamualaikum, tak baik mengeluh. Takkan itu pun kau tak tahu.” Sindir Alex.
Myra tergamam.
Alex mendekatkan wajah mereka. “ Wanna kiss me?” Bisiknya nakal.
Segera Myra menjauh. Kepala digeleng perlahan. “ Aku baru nak puji kau sikit. Ada alim-alim kucing kau hari ini tapi bila kau buka mulut saja. Ya Allah, ayat longkang kau buat aku sedar kau siapa.” Ejek Myra.
Myra terus menjadi rambang mata melihat barisan novel yang gempak gila. Tengok tajuk saja dah buat dia rasa nak beli semua. Suasana yang sepatutnya gembira bagi Myra bertukar menjadi satu suasana yang langsung tak selesa apatah lagi kalau ada insan yang tidak sepatutnya ikut. Dia berjalan ke rak buku yang lain dia juga mengekori Myra. Akhirnya Myra berhenti dan menoleh ke belakang. “ Kenapa kau ikut aku?”
Alex mengangkat kening sambil tangannya menyeluk poket seluar. “ Siapa ikut kau? Perasan.” Katanya selamba.
Sabar Myra sudah menipis. Dahlah asyik ikut orang lepas itu ada saja komen dia bila Myra membelek-belek novel di rak. Belum sempat Myra menghabiskan bacaan sinopsis di belakang novel, Alex terus menarik novel tersebut dengan selamba. Ya Allah, sabarkan hatinya.
“ Perempuan memang begitu, novel yang buang masa ini juga yang dibaca. Lepas itu menangis. Terharu konon baca cerita yang merepek.” Katanya dengan senjaga.
Senyuman paksa Myra lemparkan kepada Alex. “ Kau ini macam ada pengalaman saja. Girlfriend kau kaki novel juga?”
Alex hanya membuat muka seperti Myra tidak ada di hadapan dia.
Myra menarik nafas perlahan. Malas rasanya nak bercakap lagi. Myra terus bergerak tanpa mempedulikan kehadiran Alex.
Manakala Alex pula terhenti. “ Takkan sentap kot?” Soal Alex tetapi soalannya dibiar sepi.

Alex menyandar di rak buku hujung sekali sambil ralit memerhatikan Myra. Walaupun dia nampak kasar tetapi tersembunyi sesuatu dalam itu. Daripada dulu dia senang dengan melihat wajah itu. Wajah seorang sahabat yang sentiasa ada untuk dia meskipun mereka hanya mulai berkenalan dengan lebih rapat semasa berada di Company Ninja. Dia sayangkan persahabatan mereka. Myra kawan terbaik yang dia ada tapi kata-kata mama membuat dia terfikir. Betulkah antara lelaki dan perempuan tiada istilah kawan baik? Namun, semuanya ketentuan Allah. Kalau Allah sudah berkehendak siapa kita nak menolak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience