36

Romance Completed 8557

Marah benar Alex dengan dia sampaikan Alex dah tidak menegur dia lagi. Malahan Alex juga agak kasar dengan Myra. Semua sudah perasan dengan kedinginan kami.
Prof Badri juga ada bertanya sama ada Myra bergaduh denga Alex. Hanya gelengan dia mampu berikan.
Zatie menunggu Myra di taman. Kami nak buat group discussion dengan teman-teman yang lain. Tapi Myra meminta diri ke tandas sekejap.
Pintu tandas perempuan Myra tolak dan melangkah masuk. Kelihatan dua pelajar perempuan sedang bergelak ketawa sambil berbual. Sebaik saja Myra masuk, suasana terus bertukar sepi. Dia mengukirkan senyuman kepada mereka tetapi senyuman Myra tidak dibalas. Myra terus masuk kedalam tandas.
“ Kau tahu itulah perempuan yang kononnya kawan baik Alex yang handsome itu.”
Myra memasang telinga mendengar perbualan mereka. Rasanya mereka memang tujukan itu kepada dia.
“ Perempuan itu?! Kau biar betul. Jangan-jangan dia sendiri yang mengaku kawan baik Alex. Hei, aku pun boleh cakap begitu.” Bidasnya seorang lagi disambut dengan gelak ketawa yang kuat.
“ Aku kesian juga dengan perempuan itu. Dia minat gila kot dengan Alex sampai terdesak nak buat cerita begitu.”
“ Jangan sampai dia cakap Alex boyfriend dia sudah.” kata mereka berdua sebelum ketawa lagi.
Myra menahan hatinya yang sedang marah dengan kata-kata kurang ajar mereka berdua. Sabar Myra, mungkin mereka tidak tahu apa yang sebenarnya. Pujuk hatinya sendiri.
Suasana menjadi sunyi. Myra membuka sedikit pintu tandas untuk melihat sama ada pelajar tadi sudah beredar. Pintu ditolak apabila keadaan kosong. Pili paip sinki dibuka dan dia hanya membiarkan tangannya dibasahi air. Wajah di cermin dia perhatikan.
“ Apa salahnya aku berkawan dengan Alex? Adakah kerana dia handsome, kaya, popular dan bijak membezakan kami?” bisik hatinya.

Sewaktu Myra menghampiri kawan-kawannya yang lain di meja taman. Myra perasan kehadiran Alex bersama mereka. Tiba-tiba rasa langkahnya berat dan mulai lemah. “ Perlukah aku join mereka eh?” Soalnya sendiri apabila mengingati tentang apa yang dibualkan oleh pelajar perempuan tadi.
“ Asalamualaikum.” Ucap Myra apabila dia tiba di sana.
Alex hanya diam apabila salam Myra disambut pelajar lain.
“ Lamanya kau pergi tandas? Tadi Zatie pesan suruh kau pergi jumpa dia dekat parkir kereta pensyarah. Nampaknya dia tergesa-gesa tadi.” Kata Saiful.
Myra mengerut dahi. “ Dah lama dia pergi?” Soalnya pelik.
Saiful mengangguk. “ Bolehlah. Dia dapat call dari siapa entah.”
“ Terima kasih. Aku pergi jumpa Zatie dulu eh. Sorry tak dapat join korang.” Kata Myra dan mengemas buku-bukunya.
Saiful dan kawan-kawan lain ketawa kecil. “ Tak apa, Alex boleh ajar kami.” katanya dengan selamba.
Myra mengukir senyumn nipis dan pergi. Ya, dia lebih baik daripada aku, bisik hati kecil.

Setibanya Myra d kawasan parkir kereta yang terletak di kawasan belakang University Kuala Lumpur, Myra segera mencari kelibat Zatie tetapi dia tak nampak. Kawasan itu sunyi sepi. Matanya meliar mencari di sebalik barisan kereta pensyarah.
“ Mana dia ini? Atau dia dah balik?” omelnya sendiri.
Myra terus menuju ke penhujung parkir kereta berhampiran pintu belakang University Kuala Lumpur yang memisahkan University dengan kawasan hutan.
Myra terasa kawasan sekitarnya sangat menyeramkan apatah lagi apabila seakan-akan ada bunyi tapak kaki yang mendekat. Nafas dia tarik perlahan. Zatie tak ada di sini, katanya dalam hati. Perlahan-lahan dia berundur setapak demi setapak. Bunyi itu semakin dekat dan jelas.
Satu, dua dan tiga. Lari Myra! Hitungnya dalam hati dan menoleh ke belakang untuk lari tapi belum sempat dia menoleh mulutnya sudah ditekup kuat.
Alex mengisyaratkan dia untuk diam.
Cepat-cepat Myra mengangguk faham. Alex melepaskan tangannya dan menarik Myra bersembunyi di sebalik kereta.
Jantung Myra masih berdegup laju.
Alex memerhatikan sekeliling. Myra mengikuti langkah kaki Alex yang menarik dia mendekati kereta yang berada di bahagian kanan parkir kereta. Myra melihat ke arah tempat yang ditunjuk Alex dan matanya terbeliak.
“ Zatie!” Dan ternyata jeritan Myra mengejutkan dua orang manusia yang tak guna itu. Myra meluru ke arah mereka. “ Apa korang nak buat dengan Zatie hah, Hairul?” Jerkah Myra kuat.
Segera dia memangku kepala zatie. Dia nampaknya mamai. “ Kau nak dajalkan kawan aku?” Bentak Myra.
Alex menghampiri Myra dan berdiri di antara Myra dan Hairul serta kawannya.
“ Kau tak ada kena mengena dengan akulah.” Marah Hairul dan cuba menarik tangan Zatie.
“ Jangan berani kau nak sentuh Zatie.” Marah Myra dan menepis tangan Hairul.
Alex mengeleng perlahan. “ Lebih baik kau dan kawan kau blah.” Ujar Alex dengan tegas.
Hairul menolak bahu Alex. “ Kau siapa nak masuk campur? Aku memang tak puas hati dengan kau. Jangan fikir kau terkenal kau boleh berlagak. Hei, kau itu takat kuman saja bagi aku.” Katanya dengan bongkak.
Alex tersengih dan mendekati Hairul. Dia melihat Hairul dengan pandangan tajam. Hairul menelan air liur dan berundur setapak. Gerun juga dia dengan Alex yang jauh lagi tinggi daripada dia.
“ Aku tak perlu berlagak hebat. Sudah kenyataannya aku memang hebat.” bisiknya selamba.
Hairul mencekik kolar baju Alex dengan marah. “ Aku benci jantan macam kau.” dia mencuba menumbuk muka Alex tetapi dia yang ditumbuk.
Alex mengangkat bahu. “ Sorry, tangan aku yang salah.” Alex menghampiri Myra dan membantu mendirikan Zatie.
Myra memeluk Zatie dengan erat.
Alex kembali menuju ke arah Hairul yang sedang dipapah kawannya. “ Jangan dekat dengan mereka berdua lagi. Apa terjadi, kau orang pertama aku cari.” Amarannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience