c 6

Romance Completed 8557

Masing-masing sudah tertidur kepenatan kecuali Myra yang masih setia merenung dada langit yang terhias indah dengan butiran bintang malam. Sesekali dia memerhatikan kawasan pantai. Sunyi pula pantai malam ini padahal malam masih awal lagi. Myra tak mengantuk lagi sebab siang tadi dia sudah puas tidur. Kak Ina dan abang Zul pergi makan dengan kawan abang Zul, Adin. Juan dan Izwan pula entah ke mana rayap mereka.
Entah kenapa automatik fikiran dia melayang mengingati kejadian tadi pagi. Bila difikirkan semula Myra tak pernah menyangka akan bercakap dengan Alex. Maklumlah Alex dan dia sangat jauh dari segi apa sahaja di Axel School. You know, there is a huge gape between them. Tidak pernah dia menyangka percutiannya akan meninggalkan sesuatu. Yelah, dia berbual dengan mereka yang tidak sepatutnya dia berbual, Myra tergelak sendiri. “ Dah macam Voldemort pulak, dia yang tak patut disebutkan namanya.” Dan Myra mula berangan-angan sehingga kantuknya datang.

Cuti sekolah dah tamat dan kini kembali untuk berperang dengan buku dan peperiksaan besar yang sedang menanti. Myra dan kawan-kawan dia akan menduduki peperiksaan SPM dan satu lagi peperiksaan besar yang akan menentukan kedudukan kami iaitu Malaysian Personal Certificate atau MPC. Sijil yang perlu kami perolehi untuk melayakkan pelajar Axel School menyambung pelajaran di University Axel.
Axel School mempunyai sistem pembelajaran yang sedikit berbeza dengan sekolah kerajaan. Axel School mempunya sistem pembelajaran sendiri iaitu MPC untuk kelayakan university dan APC atau Axel Personal Certificate untuk peperiksaan setiap hujung bagi menentukan pelajar yang layak menyambung pelajaran di Axel School. Sekolah ini menggunakan sistem bintang bagi menggumpulkan gred terbaik. Semakin banyak bintang yang dikumpul semakin tinggi peluang tetap untuk kekal di Axel School. Bintang akan dikumpul melalui pencapaian dalam kokurikulum dan kukurikulum. Axel School hanya mengambil pelajar dalam lingkungan umur 13 tahun sehinga 17 tahun sahaja.
Anggaran bilangan pelajar hanya sebanyak 400 pelajar sahaja kerana penyingkiran pelajar dibuat setiap tahun. Hanya yang terbaik akan kekal di Axel School manakala yang disingkirkan akan ditempatkan di sekolah elit yang lain. Axel School mempunyai 5 buah company yang utama. Company mewakili kelas yang ada iaitu Company Eagle untuk pelajar 13 tahun. Company Lion untuk pelajar 14 tahun, Company Phonex untuk pelajar 15 tahun dan Company Spider untuk pelajar 16 tahun. Company Ninja untuk pelajar 17 tahun merupakan Company tertinggi dan terbaik dalam Axel School kerana semua kelebihan dan keistimewaan diberikan kepada Company Ninja terutama Company Ninja tahap 1 sebab nama sekolah bergantung kepada Company Ninja bagaimana mereka menaikkan nama dan martabat Axel School. Biasiswa juga ditawarkan kepada mereka yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan MPC.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience