69

Romance Completed 8557

Myra mengelup peluh yang membasahi wajahnya. Pagi-pagi dia sudah berkerja keras. Geram betul hatinya. Masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin. Tayar keretanya seperti dibocorkan dengan senjaga. Banyak lagi kereta yang lain kenapa kereta dia juga yang jadi mangsa.
“ Pagi Myra.” Tegur Alex dengan wajah ceria.
Myra masam melihat Alex.
“ Kau kenapa? Tayar pancit eh? Jomlah aku hantar.” Katanya selamba dengan wajah gembira. Dia tersenyum lebar melihat Myra.
“ Mana kau tahu?” Soal Myra pelik sambil mengesat peluh yang mengalir di dahinya.
“ Tahulah. Daripada tadi aku tengok kau tendang-tendang tayar kau itu.”
Myra menjeling Alex. Dia terbau sesuatu. Jangan-jangan ini kerja budak di hadapannya ini. “ Aku peliklah. Kereta ini langsung tak bergerak, tapi tayar dia boleh-boleh pula pancit, nak kata tercucuk paku, aku tak nampak sebatang paku ke apa kat sini. Jangan-jangan ada orang senjaga nak sabotaj aku.” Bebel Myra geram sambil menjeling Alex.
Alex ketawa sambil menyeluk tangannya di poket seluarnya. “ Kalau orang senjaga pun apa kau nak buat?” Soalnya sambil merenung wajah Myra.
Myra mengukir senyuman manis untuk Alex.
Alex menelan air liur.
Myra melangkah setapak mendekati Alex. “ Adalah. Aku nak ucap terima kasih kepada orang itu. Mungkin belanja makan atau tengok wayang ke ataupun spend time together sebab dia dah buat aku keluar peluh pagi-pagi ini. Aku memang suka workout begini.” Ujar Myra dengan suara yang rendah.
Manis saja suara Myra pada pendengaran Alex. “ Betul ke apa yang kau cakap itu? Kalau aku yang buat?” Tanya tanpa sedar dia sudah masuk perangkap Myra.
Myra menghempas bahu Alex dengan beg tangannya geram. “ Aku dah agak mesti kerja kau. Hei, aku penatlah tukar tayar tadi.” Dia menahan geram dengan perbuatan Alex.
Alex hanya ketawa. “ Alah, sorrylah. Tapi kau dah cakap tadi, kau mesti kotakan apa yang kau cakap.”
Myra mencebik. “ Tak mahu.” Tolaknya marah.

Myra menuju ke parkir kereta. Dia baru saja selesai menghantar Husna tuisyen untuk kelas bahasa Jepun di Times Square. Saat dia ingin membuka pintu kereta, lengannya direntap kuat daripada arah belakang. Kelihatan dua orang wanita berpakaian hitam dan terus menekup mulut Myra. Myra langsung pitam.
“ Terima kasih. Terima kasih.” Ujar Puan Alya dengan gembira. Gelap matanya melihat lambakan duit yang diterima daripada seorang wanita yang dia tidak kenali pun.
Lydia hanya tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh memerhatikan sekujur tubuh yang terbaring pengsan di hadapannya. “ Aku tak nak tahu siapa kau lepas ini. Pastikan kau tak muncul di hadapan aku lagi.” Ujarnya garang kepada Puan Alya.
Puan Alya mengangguk laju. Dia segera memasukkan duitnya ke dalam beg hitam yang diberikan oleh Lydia. “ Saya pergi dulu.” Katanya laju. Sempat dia menoleh ke arah Myra. Pandangan puas hati dia lontarkan. Baru kau tahu, tunggulah nasib kau sendiri. Ada hati nak lawan aku, kau dah jumpa lawan kau sekarang, getus hatinya. Puas juga hatinya apabila dendamnya dilunaskan oleh orang lain. Tak sangka ada juga yang nak tamatkan riwayat perempuan Itu.
“ Apalagi kau tunggu? Blahlah.” Marah Lydia.
Puan Alya terkulat-kulat sebelum dia pergi tergesa-gesa. Beg duit dipeluk erat. Duit sudah ada dalam genggaman. Bolehlah dia lari ke luar negara. Penat hidup dalam kawalan along. Ini semua salah anak tirinya itu.

Myra membuka matanya perlahan. Dia melonggarkan ikatan tali tetapi tak boleh. Pergelangan tangannya terasa pedih.
“ Sedar juga kau perempuan?” Soal satu suara.
Myra mendongak. Dia mengerut dahi melihat wanita itu. Siapa pula ini?
Lydia duduk di sofa menghadap Myra. “ Umyra Ukasya. Girlfriend Alexander. Anak Tony. Kau kenal dia?”
Myra terkebil-kebil.
“ Aku benci kau, sebab kau girlfriend Alex. Aku benci Alex dan seluruh keluarga dia. Sepatutnya kau tak masuk dalam keluarga itu tapi nasib kau dah tertulis yang kau perlu mati di tangan aku.” Katanya sombong.
Myra mencebik. “ Ajal maut di tangan tuhan.” Katanya sendiri.
Pang!! Lydia menghadiahkan tamparan di pipi kanan Myra.
“ Kau tak layak bersuara di hadapan aku. Aku yang tentukan hidup mati kau.” Jeritnya kuat.
Berdengung telinga Myra dengan tamparan sulung yang diterima oleh Myra. Dia terasa hujung bibirnya pedih. Perasaan takut menyerang dia, mulutnya memang tak boleh jaga betul.
Lydia mencapai pisau di atas meja.
Myra mengengsot apabila Lydia menghampiri dia dengan pisau berkilat itu. Ngeri dia melihat pisau itu.“ Tolonglah jangan bunuh aku.” Rayu Myra.
Lydia ketawa besar dan mara ke arah Myra.
Bang!! Lydia ditolak kuat sehingga terdorong melanggar tong deram yang terletak di penjuru sofa.
“ Tak guna kau perempuan!” Jerit Alex dengan kuat. Lydia terbaring tidak bermaya. Apalah tenaga seorang perempuan dibandingkan dengan tenaga seorang lelaki. Alex datang bersama dua orang lelaki. Salah seorang daripada mereka Myra kenal iaitu Mike. Seorang lelaki yang dia tidak kenali itu handsome orangnya juga.
Alex menerpa ke arah Myra dengan cemas. “ Kau okeykan? Risau betul aku.” Ujarnya cemas. Dia segera melepaskan ikatan tali yang membelenggu tangan Myra.
Myra tersengih. “ Aku okey. Hidup lagi. Nasib baik kau datang cepat kalau tak memang aku dah arwah.” Ujar Myra. Dia mengusap pergelangan tangannya.
Alex mengetuk kepala Myra dengan geram. “ Mulut itu jaga sikit. Aku cium kang nanti.” Ugut Alex. Myra terdiam seketika. Selesai tali dibuka, Alex menarik Myra bangun.
“ Aww!” Keluh Myra apabila Alex mengenggam pergelangan tangannya agak kuat.
Alex gelabah. “ Sorry.” Alex membawa Myra menuju ke kereta yang terletak di luar rumah banglo.
“ Siapa perempuan itu Alex? Kenapa dia benci kau?” Soal Myra ingin tahu sebaik saja mereka masuk kedalam kereta.
Alex menarik nafas berat. Wajah Myra yang merenung dia meminta penjelasan direnung lama. “ Dia bekas girlfriend Daddy aku.”
Myra terkejut.
Tiba-tiba Alex menyentuh hujung bibir Myra perlahan.
Myra tersentak dan menjauh. “ Janganlah sentuh-sentuh.” Marah Myra. Pipinya terasa hangat dengan tindakan Alex.
Alex terus menarik wajah Myra mendekat. Terkedu Myra dibuatnya. “ Luka bibir kau ini. Nak aku cium tak?” Soalnya nakal
Myra menolak tangan Alex dengan marah. “ Bencilah kau ini.” Marah Myra. Dia memalingkan wajahnya daripada melihat Alex.
Alex menghela perlahan nafasnya. “ Aku minta maaf sebab libatkan kau dalam masalah kami.” Ujarnya dengan perasaan bersalah.
Myra menunduk. Ini bukan salah Alex. “ Tak apa, dah jadi pun. At least, ada juga kenangan pahit dalam hidup aku daripada asyik benda manis-manis saja yang aku rasakan.” Ujar Myra dengan gelak kecilnya sambil merenung wajah Alex.
Alex sekali lagi dengan geram mencubit pipi Myra.
“ Janganlah!” Marah Myra. Dia menepis kasar tangan Alex.
“ Kaulah. Ini melibatkan hidup dan mati tahu.” marah Alex.
“ Jomlah balik. Eh, kita dimana ini?” Soal Myra sambil memerhatikan sekeliling. Hutan sekeliling.
“ Cameron Highlands.”
Myra terkejut. “ Jauhnya. First time aku datang sini.” Ujarnya teruja.
Alex mengeleng saja dan memulakan perjalanan semula.

Selepas peristiwa pahit itu Alex membawa Myra ke kampungnya untuk menenangkan fikiran selama seminggu. Kali ini mereka semua mengambil cuti seminggu. Zatie, Mija, Syarifah Akira dan Husna ikut Myra balik bercuti di kampung Alex. Alex pula hanya seorang diri. Barulah Myra melihat siapa keluarga Alex. Mak Teh, Pak Teh dan Syira. Hanya mereka bertiga di rumah. Cantik Syira pada pandangan matanya. Rambutnya keperangan, kulitnya putih kemerah-merahan dan matanya sepet.
“ Myra eh?” Soal Mak Teh apabila Myra bersalam dengan Mak Teh.
Myra mengangguk sambil tersenyum. “ Ya Mak Teh.”
“ Comel. Pandai Alex pilih bakal isteri.” ujarnya lalu memeluk Myra erat. “ Terima kasih bahagiakan Alex.” Bisiknya kepada Myra sewaktu dia memeluk Myra.

Zatie dan Syarifah Akira, Mija dan Husna menjerit gembira sebaik saja mereka menuju ke pantai. Myra ketawa lucu. Dia tak perasan kewujudan pantai sewaktu mereka bercuti di sini lima tahun yang lepas.
“ Myra, kenapa kita tak perasan ada pantai dekat sini?” Soal Zatie sebaik saja mereka mencecah permukaan air pantai.
Myra mengangkat bahu. Dia berpaling kebelakang, nak cari port untuk duduk tetapi matanya bertembung dengan mata Alex.
Alex mengisyaratkan Myra mendekati dia apabila Myra menoleh kearahnya.
Myra melangkah juga mendekati Alex apabila melihat wajah Alex yang merenung dia tajam. “ Apa?” Soal Myra sebaik saja dia berdiri di sebelah Alex.
Alex duduk di atas batang pokok kelapa yang terbaring di atas pasir. “ Jangan rapat sangat dengan Akim eh.” Ujarnya perlahan.
Myra mengerut dahi. “ Apa?” Soalnya tidak percaya.
Alex mendengus. “ Jangan rapat dengan Akim.” Katanya lagi tetapi masih dengan nada suara yang sama.
Myra ketawa. “ Jangan rapat dengan Akim? Kenapa pula?” Soalnya hairan.
“ Jangan tanya apa yang aku suruh buat.” Ujarnya tegas. Dia melarikan pandangan daripada Myra.
Myra mengeleng. “ Kau dah lupa 5 tahun lepas? Jangan rapat dengan Lisa, sekarang Akim pula?”
Alex cemberut. “ Walapun aku dengan Akim dah kamceng balik, tapi aku tak nak kau rapat dengan dia. Aku tak suka. Kau kawan aku seorang.” Ujarnya lagi.
Myra hanya mengeleng. “ Dia pun kawan aku juga. Dia sepupu kau apa.”
“ Sepupu lain lagi.” katanya tidak puas hati. Pasir dikaki disepak kasar.
“ Apa yang lainnya?” Soal Myra lagi. Dia melihat wajah Alex yang terkulat-kulat.
“ Lainlah…Err..Yang penting tak samalah.” Katanya geram.
Myra ketawa saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience