55

Romance Completed 8557

Pintu Public Bank ditolak Myra. Hari ini agak sunyi pula Bank tersebut. Hari-hari sebelum ini orang ramai beratur panjang mengalahkan barisan sesi tandatangan dan ramah mesra bersama artis. Tujuan dia datang hari ini sebab nak bank in duit untuk Syukri yang menyambung pelajaran di UNIMAS.
Selain Myra, ada juga orang lain dalam bank tersebut. Mungkin dia nak simpan duit kot agak besar juga beg yang dia bawa. Myra kembali meneruskan urusan dia yang hanya mengambil masa dalam 5 minit saja.
Bang!!
Satu tembakan dilepaskan.
Myra terkejut.
“ Jangan bergerak!” Jerit seorang lelaki yang memakai baju berwarna merah dengan tatu di tangannya. Myra terpaku. Dia pegang pistol?
Pekerja Public Bank semua diarahkan melutut di lantai manakala lelaki yang hendak menyimpan duitnya masih berdiri dengan selamba. Kawan lelaki baju merah menyuruh seorang pekerja wanita memasukkan semua duit kedalam karung hitam yang dibawanya.
Myra terketar-ketar lutut apabila lelaki baju merah yang menghalakan muncung pistol ke arahnya supaya dia berlutut.
“ Kau melutut sekarang.” Arah lelaki baju merah kepada lelaki yang berdiri dengan topi dan berkaca mata hitam itu.
Myra mengeleng apabila lelaki itu hanya berdiam diri tanpa mempedulikan arahan baju merah. “ Hei, kau nak mati dah?” Marah lelaki baju merah kerana arahannya tidak dipatuhi.
“ Rasanya kau yang dah nak mati dulu.” Ujar lelaki itu dan dengan pantas pistol direbut daripada lelaki baju merah. Mereka berlawan dengan tangkas, kawan lelaki baju merah mencuba membantu. Loceng kecemasan berbunyi nyaring. Mungkin ada pekerja yang menekan loceng tersebut.
Myra melihat lelaki baju merah sudah longlai dibelasah oleh lelaki yang berani itu manakala kawan lelaki yang berbaju merah itu mengeluarkan pisau lipat kecil sewaktu kawannya sedang dibelasah oleh lelaki berani itu. Myra segera menerpa ke arah ke arah kawan lelaki baju merah.
“ Tepilah perempuan.” Marah kawan lelaki baju merah apabila Myra berjaya menolak kawan lelaki baju merah. Tetapi telapak tangan Myra pula yang terhiris pisau. Peritnya.
“ Jangan bergerak! Letak senjata sekarang.” jerit pasukan polis yang sampai.
Myra menarik nafas lega. Darah yang semakin banyak mengalir membuatkan kepalanya mulai berpusing. Myra menuju ke pintu keluar. Jalannya sudah terhuyung-hayang, sebaik saja tangannya menyentuh pintu pandangannya sudah hitam.

Sejuknya. Selimut Myra tarik sehingga menyelimuti seluruh badan. Sejak bila pula biliknya ada air-cond ini, dia hanya setakat pakai kipas angin saja. Perlahan-lahan mata dibuka. Terangnya lampu. Myra menoleh ke kanan. Tegak badannya apabila melihat seseorang.
Lelaki itu merenung dia tanpa riak. Myra cepat-cepat mengenggam selimut dengan erat.
“ Apa yang kau fikir hah perempuan?” Soalnya kasar.
Myra melihat lelaki itu dengan pelik. Siapa pula dia ini? Tutup-tutup muka bagai, ingat dia perempuan ke apa.
Lelaki itu menjeling Myra sebelum dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. “ Apasal kau tengok aku begitu?” Bentaknya.
Myra baru sedar yang dihadapannya ini hero Public Bank tadi. Cuma sekarang dia memakai penutup mulut. Tadi hanya berkaca mata saja. Dah kenapa pula dia nak bertutup bagai. “ Saja. Awak siapa?” Soal Myra ingin tahu.
Lelaki itu memeluk tubuh tanpa memandang Myra. “ Kau siapa nak tahu aku siapa?” soalnya sinis.
Myra mengeleng. “ Orang tanya baik-baik, dia jawab kasar-kasar. Manalah tahu kita kenal ke apa ke. Eh, yang awak duduk dekat sini kenapa?” Soal Myra lagi. Dia terus merenung sisi wajah itu. Dan kenapa pandangan mata itu terasa lembut pada dia?
“ Kau ini kenapa? Terangsang?” soal lelaki itu tanpa bertapis.
Myra tersentak. Aduhai mulut. “ Otak kuning!! Kau pergi balik.” Marah Myra. Panggilan juga sudah berubah menjadi aku-kau. Beg yang terletak di atas meja di capai geram. Handphone yang terletak di sebelah beg diambil tapi belum sempat dia menyentuh sudah ada tangan yang lebih cepat. Dahlah ayat tak ada filter. “ Hei!”
Kening lelaki itu terangkat cantik. Dia menjulang handphone Myra setinggi yang boleh apabila Myra mencuba mengambil phone dia semula.
“ Ambillah kalau dapat.” Ejeknya.
Myra turun daripada katil hospital. Langkahnya terhenti. Dia menelan air liur apabila menyedari tahap ketinggian mereka tidak sama. Myra hanya takat hidung dia saja.
Lelaki itu tersengih sinis.
Myra kembali duduk. Keluhan dikeluarkan.
“ Kalah?” Soal lelaki itu sinis lagi.
Myra merenung wajah yang tersengih sinis itu. Perlahan-lahan senyuman manis terukir di bibirnya. Senyuman yang paling manis untuk hero 10 minit Public Bank dia.
Lelaki itu mengerut kening pelik. Myra menahan tawa melihat wajahnya yang bingung. Mata dikenyit nakal. Tanpa disangka tangan galah lelaki itu turun. Dengan pantas Myra merebut handphone dia semula.
“ Kalah?” Balas Myra tetapi lelaki itu masih dalam mood bingung.
Myra berdiri. “ Aku nak balik dululah. Asalamualaikum.” Kata Myra dan berlalu ke pintu.
Saat Myra bergerak pergi, sang jejaka masih lagi berdiri kaku. Tangannya dibawa ke dadanya. Degupannya laju. Wajah itu..Wajah itu..kenapa biasa dia tengok? Selamba betul dia buat begitu. Macam Myra saja. Myra! Matanya terbuntang. “ Myra!” Katanya dengan kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience