42

Romance Completed 8557

Amin Ya Rabbalalamin.”
Myra meraup muka perlahan. Zatie terus melentukkan kepalanya di bahu Myra. Myra hanya tersengih mengingatkan kejadian kelam-kabut tadi. Setelah selesai bersalaman. Semua orang kembali ke khemah masing-masing. Zatie dan Sarah sudah berlari meninggalkan Myra.
Myra menggosok matanya mata yang pedih. Nasib baik tak tumbang masa solat tadi. Hujung telekungnya terasa ditarik. Dia menoleh dan melihat Alex yang tersenyum. “ Apasal korang lambat?” soalnya apabila berjalan beriringan dengan Myra.
“ Lambat bangun.” katanya sambil menguap.
Dia menyeke kepala Myra. “ Kau inikan, tak sopan. Kau itu perempuan.” Kata Alex sambil membetulkan songkoknya.
Myra hanya buat tidak dengar saja. “ Suka hatilah. Bukan orang lain. Kau saja yang tengok.” Balas Myra selamba.
“ Habis aku bukan lelaki?” soalnya geram.
Myra mencebik. “ Kau ini banyak bunyilah. Bukan nak kejutkan orang tadi?” Marah Myra sebaik sahaja mereka tiba di hadapan khemah. Agaknya dia dah hilang ingatan tadi.
Alex bercekak pinggang. “ Budak ini, aku dah kejutkan apa. Kau sendiri yang macam burung belatuk angguk-angguk.”
Myra menutup telinga dan menghalau Alex pergi. “ Nanti simpankan sarapan untuk kami eh kalau kita orang terbabas bangun,” Pinta Myra sebelum dia masuk ke dalam khemah.
Alex mencebik, songkok dibuka. “ Kau ingat aku kuli kau ke?” sindirnya.
Myra yang sudah masuk keluar semula. “ Please. Aku tahu kau pasti akan simpankan untuk kamikan.” rayunya dengan muka minta kesian. Cepat-cepat dia menarik zip khemah semula.
Alex tercengang sebelum dia mengeleng sendiri. Alex menuju ke khemahnya walaupun dia mengantuk tetapi tiada niat untuk tidur semula.

Myra teruja dan segera mencari Alex. Dia ada dekat meja rehat bersebelahan surau. Langkah kaki dilajukan ke sana. “ Asalamualaikum Alex.” Tegur Myra dengan kuat.
Alex yang sedang minum tersedak.
Myra mengigit bibirnya. “ Sorry.” dia memandang Alex dengan wajah kesian.
Alex melihat Myra dengan geram. “ Boleh tak jangan kejut aku begitu? Bagi salam lembut-lembut sikitlah.” marahnya.
Myra mengangguk patuh. “ Okey. Lembut tapi aku lapar pasal itu aku kasar.” katanya sambil menjeling mee basah di hadapannya.
Alex mendengus. Pinggan mee ditolak ke hadapan Myra.
“ Wah, terima kasih.” Kata Myra dengan ceria. Sudu dicapai dengan laju.

Suasana di kawasan Air Terjun Mata Puteri sangat meriah pagi itu. Dengan orang yang sedang mandi manda dan bergelak ketawa. Ada yang membawa keluarga, kawan-kawan macam mereka. Ada juga pelancong asing yang sedang melakukan aktiviti yoga dan senama ringan di kawasan yang jauh sedikit daripada air terjun.
“ Basahlah Adi.” Marah Mar apabila teman lelakinya itu senjaga menjirus air ke arahnya.
Mak Cik Diah ketawa begitu juga dengan Pak Cik Ali. “ Amboi Adi anak dara orang itu.” usik Pak Cik Ali.
Adi hanya ketawa dan kembali menyelam bersama Noah dan Alex.
Mar, Ema dan Lina hanya merendam kaki di tepi batu-batuan.
Myra mencari sudut yang cantik untuk mengambil gambar. “ Mesti cantik ini kalau aku tunujukkan dekat Kimi.”
Tiba-tiba Akim datang mencuit bahu Myra. “ Temankan aku sekejap.” pintanya.
Myra menoleh melihat Akim kemudian Myra mengangguk. “ Ke mana?”
Akim senyum. “ Tak pergi mana pun. Pondok itu saja. Aku nak cakap something dengan kau.” Katanya.
Myra setuju. Fikir nak kemana tadi. Bukan apa dia takut jadi macam semalam. Mereka menuju ke kpondok tersebut dan kami berdua duduk di pondok kecil. Pondok itu lebih menyerupai pangkin. Mereka masih dapat memerhatikan yang lain daripada sini.
“ Myra.” seru Akim perlahan.
Myra melihat Akim. Dia mengeluh sendiri.
“ Kau okey?” Soal Myra hairan.
Akim mengeleng. “ Tak.”
“ Apa pula masalah kau?” soal Myra pelik. Wajah kusut Akim menghairankan dia.
“ Alex.” Kata Akim dengan perlahan.
Kening Myra ternaik. “ Kenapa dengan Alex?”
Akim merenung Myra lama.. “ Dia masih marah akukan?”
Myra diam seketika. Akim menanti jawapan Myra. Akhirnya Myra hanya mampu mengangkat bahu. Dia sendiri pun tidak tahu.
“ Dia masih marah aku.” Akim membenarkan soalannya sendiri.
Myra menarik nafas. “ Sebenarnya kenapa kau buat begitu? Diakan sepupu kau, takkan kau tak boleh mengalah untuk dia?”
Akim menunduk. Jemarinya bertaut kuat.
Myra memandang ke arah Air Terjun dan matanya bertembung dengan pandangan mata Alex yang tajam. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.
“ Lisa tak layak untuk Alex.”
“Apa maksud kau?” kata-kata Akim mengejutkan dia.
Akim merenung tangannya sendiri. “ Aku bukan senjaga nak pikat Lisa tapi semua yang aku buat bersebab. Kau ingat Lisa itu nampak saja baik, lembut dan pendiam dan tidak bergaul dengan lelaki tapi sebenarnya perangai dia teruk.” Kata Akim dengan suara yang marah.
Myra menelan air liur. “ Kenapa kau cakap dia begitu?”
Akim lantas menyandar di tiang pondok. “ Kalau dia betul sayang Alex dia tak akan menggedik masa aku mengorat dia.”
Myra membisu mendengar kata-kata Akim. Seperti susah dia nak percaya, takkan dia begitu.
“ Kau mesti tak akan percayakan. Kau tak kenal dia macam aku kenal dia. Kau tak sekampung dengan dia dan berkawan dengan dia sejak kecil lagi.” Katanya dengan sinis.
Myra mengeleng. “ Akim, jangan begitu. Seolah-olah dialah manusia paling teruk sekali. Mana tahu dia dah berubah. Lagipun remaja, masih mentah.” Kata Myra dengan tegas. Semua orang pun buat silap.
Akim ketawa pula. “ Seriously Myra. Aku rasa tenang sangat kongsi dengan kau. Hilang beban yang aku tanggung tapi cuma itulah..”
Myra mengangkat kening. “ Cuma apa?”
Dia mengeluh dengan berat.” Alex. Macam mana aku nak dia maafkan aku?”
Myra juga berfikir macam dia.
“ Tolong aku Myra.” Pujuk Akim dengan pandangan kesian.
Myra terkedu. “ Wei, aku tak nak masuk campur.” Tak pasal-pasal dia terllibat nanti. Apahak dia nak masuk campur hal mereka yang dah bertahun-tahun itu.
Akim monyok mendengar jawapan Myra. “ Habis apa yang patut aku buat?” katanya bingung.
Myra juga habis akalnya.
“ Aku dah lama maafkan kau.” Satu suara muncul daripada belakang Akim. Myra terkejut melihat Alex yang mencelah antara perbualan mereka.
Akim bingkas bangun. “ Alex.”
Myra juga bangun dan meninggalkan mereka berdua. Mereka perlu waktu berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience