c 11

Romance Completed 8557

Zatie dan Akim megadu dekat Myra di kantin petang itu. Zatie dengan wajah masamnya memarahi Akim.
Myra ketawa. “ Kau tahu tak, dia gaduh dengan Alex sebab bola keranjang.” Ujarnya dengan geram.
Wajah Akim, Myra pandang lucu. “ Apalah kau ini, terimalah hakikat yang Alex lebih bagus daripada kau.” Katanya senjaga nak menyurah minyak di api yang sedang marak.
Akim menjeling Myra dengan marah. “ Kau memanglah, asyik nak menangkan boy kau itu. Semua dialah yang bagus macam orang lain tak bagus.” Sesekali dia mengeringai kesakitan apabila bercakap selalu.
Myra tersengih dan senjaga mengusik Akim. “ Dia memang bagus apa.”
Akim terus angkat kaki. Zatie ketawa.

Petang itu Myra menuju ke bilik sains untuk perbincangan bersama team dia tentang Projek Inovasi Sains yang tidak lama lagi akan dijalankan.
“ Kak Myra.” Panggil Aisyah sebaik sahaja dia berdiri di hadapan bilik tersebut. Myra memandang hairan. “ Kenapa? ” Soalnya semula. Mereka bertiga berdiri tegak di luar bilik tersebut.
Ali dan Amir hanya diam.
Aisyah menunjuk sesuatu di dalam. Myra melihat lampu bilik sudah pun terpasang bersama air-cond. Kemudian dia menjenguk sedikit bilik tersebut dan terlihat sekujur tubuh berbaring di sofa. Alex? Apa dia buat di sini? Getus hatinya pelik. “ Sejak bila dia ada di sini?” Soalnya kepada Aisyah.
Dia mengangkat bahu. “ Kami tiba dia sudah ada di sini.”
Myra mengangguk. “ Masuklah, korang discuss sekejap. Akak nak buat sesuatu.” Katanya dan menuju ke satu lagi bilik yang terdapat di bilik tersebut untuk mengambil kotak first aid.
Mereka bertiga menuju ke meja perbincangan sementara Myra menuju ke sofa. Nyenyak betul Alex tidur. Perlahan-lahan dia menarik kerusi kecil dan duduk sebelah sofa. Sarung tangan putih dia pakai sebelum memulakan ‘pembedahan kecil’, sempat lagi Myra berangan menjadi doktor. Belum sempat Myra berbuat apa-apa pada luka di tangan Alex yang masih kelihatan baru itu tuan punya badan sudah terbangun. Alex melihat dia terkebil-kebil sebelum segera duduk.
“ Kau nak buat apa? ” Soalnya dingin.
Myra hanya diam dan terus memulakan apa yang tertangguh tadi tetapi Alex menarik tangannya jauh daripada Myra.
“ Tak payah, aku boleh buat sendiri.” ujarnya perlahan.
“ Jangan bergerak boleh tak? ” Marahnya. Orang nak tolong pun jual mahal.
Terus Alex menarik tangannya yang berjaya Myra tarik semula tadi. “ Tak payahlah kalau tak ikhlas.” Katanya marah pula. Mood swing ke apa.
Alex bangun namun ditahan oleh Myra. “ Duduk balik Alexander.” Arahnya tegas tetapi dia hanya buat bodoh kata-kata Myra.
Dengan geram Myra mengemas first aid kit tersebut sebaik sahaja Alex melangkah pergi. Tiba-tiba, tanpa disangka Alex muncul semula tanpa suara dan menghulurkan tangannya. “ Cepatlah ubat.” Arahnya selamba. Terkejut Myra dibuatnya. Budak ini memang buat dia naik angin saja.
Myra mengeluarkan semula alatan ubat tersebut. Dalam masa lima minit, selesai semuanya.
“ Kenapa kau tak bercakap dengan aku?” Soal Alex memecah kesunyian kami.
“ Tak ada apa-apa yang perlu dicakapkan.” katanya dingin. Kemudiannya bangun menuju kearah kumpulan Myra yang sedang menunggu. Malas dia nak melayan orang yang tak tentu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience