54

Romance Completed 8558

Prang!!
“ Aku tak nak makan! Biar saja aku mati.” Jerit Puteri.
Myra melangkah masuk dan naik hendak menengok apa lagi yang dia buat. Pemandangan yang sama. Puteri di kerusi roda, makanan yang bertaburan dan pembantu yang sedang membersihkan sisa makanan.
Myra mengeluh. “ Dah terlalu bagus ke awak ini sampai membuang rezeki?” Soal Myra.
“ Kau jangan nak berlagak baguslah.” Katanya geram.
“ Saya bukan nak berlagak bagus. Sebagai saudara seislam, saya berhak menegur awak supaya tidak membuang makanan. Makanan itu nikmat Allah, tapi awak pula selalu nak membuang nikmat yang diberikan. Awak fikir awak hebat sangat ke?” Soal Myra dengan marah.
Puteri mengetap gigi.
Pembantu rumah itu menahan lengan Myra. “ Cik sudahlah.” kata pembantu rumah itu takut.
Myra melihat pembantu itu. “ Kenapa? Mak cik nak tengok dia terus begini? Kalau kita tak sedarkan dia sekarang selamanya dia takkan sedar. Jangan ingat kita kaya kita boleh buat apa saja. Kaya itu pun nikmat Allah. Bila-bila masa boleh kena tarik. Seperti nikmat berjalan yang awak tak ada sekarang.” Sindir Myra sinis.
Puteri melihat Myra dengan mata yang merah menahan tangis.
“ Menangis? Kenapa awak nak menangis? Awak dah kalah dan tak nak hidup lagi? Awak dah berputus asa dengan ujian Allah? Awak fikir masalah awak yang paling besar padahal ramai lagi yang mempunyai masalah lebih besar daripada awak. Cik Puteri, awak baru disahkan lumpuh tetapi bukan lumpuh kekal. Masih boleh berubat dan sembuh namun otak awak yang terlebih pandai itu sudah set yang aku akan lumpuh selamanya.” Kata Myra dengan nada tinggi.
“ Kau diam! Kau tak tahu derita aku! Kau hanya tahu cakap saja.” Jeritnya kuat sambil menutup telingannya.
Wajah kusut itu Myra pandang lama. “ Saya tahu saya hanya orang luar. Tak layak nak nasihatkan awak tapi saya perlu cakap juga. Bangunlah, buang ketakutan awak dan segala masalah yang cuba menghalang awak daripada nak berjalan semula. Awak tak akan tahu kalau awak tak mencuba. Kalau tidak selamanya awak akan duduk di kerusi roda dan berharap unttuk mati.” Kata Myra sebelum dia pergi meninggalkan Puteri yang teresak-esak menangis.
Pembantu rumah itu melihat Puteri dengan pandangan kesian.

Bam!!
Bunyi pintu yang dihempas oleh Alex mengejutkan hampir sepuluh pekerja V’s group di tingkat khas CEO. Adi yang sedang berbincang dengan Fatimah terkejut. “ Kenapa pula dengan bos awak itu?”
Fatimah hanya mengangkat bahu. Dia dah biasa dengan mood turun naik bosnya itu. “ Saya tak tahu Mr. Adi.” katanya memberi jawapan selamat.
Selesai berbincang seketika dengan setiusaha Alex, Adi menolak pintu bilik Alex. Kelihatan Alex sedang menyandar di kerusi sambil mengenggam bola tenis kecil dalam tangannya.
Adi melabuhkan punggung di sofa. “ Kau kenapa?” soal Adi pelik.
Alex diam sebelum dia melontarkan bola tenis itu dan prang!!
Adi terkejut gila. Cermin mahal yang ditempah dari Itali berkecai begitu sahaja.
Alex memejamkan matanya seketika dengan wajah yang lega. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
“ Kau dah gila ke apa?” Marah Adi. Jantungnya berdegup laju.
“ Kau tahu aku sedang gila atau tidak.” Ujarnya selamba.
Adi mengeleng dengan perangai Alex. “ Kau gaduh dengan Daddy kau lagi?”
Alex tersengih sinis. “ Ada tak hari yang aku tak gaduh dengan lelaki itu sejak aku ikut cakap dia.”
Adi menyandar di sofa semula dengan degupan jantung yang masih laju. Macam-macam betul perangai Alex sejak akhir-akhir ini.
“ Menyesal aku ikut apa yang dia nak.” keluh Alex.
“ Kau dah buat pun.” Sindir Adi.
Alex mendengus. Marah yang sangat-sangat tetapi kepada siapa marah itu dia nak luahkan. Salah diakah atau salah Daddy dia? Lima tahun cukup untuk dia bersabar dengan kerenah Daddynya yang suka mengatur hidupnya. Lelaki itu tidak sedar ke dengan kesalahannya dulu. Membuang mereka dan kini dengan tidak malu hendak mendapatkan kemaafan daripada dia. Kekayaan dan kemewahan yang diberikan belum mampu untuk mengubati luka hatinya. Dia mencuba untuk bertahan kerana Myra. Kata-kata Myra menjadi semangat dia. Sahabat baiknya itu sangat berjasa dalam hidupnya. Agaknya apa yang sedang Myra lakukan. Dia dah kahwin ke, ada anak berapa. Tapi dia tak nak gadis itu dimiliki orang lain. Walaupun Myra hanya sahabat, tapi hatinya nak Myra miliknya sendiri.
Adi melihat Alex yang sedang berkhayal itu. Pelik dengan kawannya seorang itu. Kejap okey, kejap tak okey. Macam -macam betul.
“ Kau dah bank in duit untuk anak syarikat kita di Brazil?” Soal Adi.
Alex mengeluh. Dia lupa perkara itu. “ Takkan benda senang itu pun aku nak settlekan.” katanya geram.
Adi tersengih-sengih. “ Hanya kau yang boleh diharap untuk buat benda senang itu.” katanya selamba. Alex memang boleh diharap. Musuh V’s group bukan sedikit dan calang-calang orang apatah lagi CEO V’s group ialah anak kepada Tony, bekas ahli kongsi gelap yang sudah bersara. Sejak awal-awal penubuhan V’s group, proses penyimpanan wang syarikat ialah perkara yang sangat merumitkan mereka. Ada saja pegawai mereka yang diserang malahan mereka pernah mengalami kerugian sebanyak Rm 10 juta ringgit kerana dirompak oleh sekumpulan musuh yang tidak dikenali. Alex yang mengambil alih tugas tersebut. Sehingga kini mereka sudah tidak mengalami kejadian sebegitu.
“ Sediakan wang. Aku tunggu di kereta.” Kata Alex sebelum dia mencapai jaketnya dan melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience