65

Romance Completed 8558

Kami melangkah masuk ke dalam sebuah restoran. Mata Myra meliar memerhatikan sekeliling restoran ini. Konsep apa yang owner ini pakai sekali imbas macam disko pun ada, macam bar. Suasana agak malap dan pelayan yang memakai seragam serta menggunakan bow tie. Alex berhenti di meja nombor tujuh. Pelayan datang sebaik saja mereka duduk di kerusi.
“ Kau nak makan apa?” Soal Alex.
“ Aku makan apa yang kau makan.” Itulah jawapan paling selamat memandangkan menu yang tertera sangat pelik untuk disebut serta agak yang mahal.
“ Macam biasa.” Kata Alex kepada pelayan tersebut.
Pelayan itu mengangguk dan pergi.
Disebabkan Myra sudah tidak dapat menahan keinginan untuk berdiam diri, mulut Myra terbuka untuk bertanya. “ Ini restoran ke disko?”
“ Kau rasa? Pernah masuk Club?” Soal Alex selamba.
Myra mengerut dahi. Apa pula kaitan dengan itu? Kejap, takkanlah ini restoran pada waktu siang dan disko waktu malam? Makk! Pelbagai bayangan mulai menghantui Myra. Halal ke?
Alex hanya mengeleng melihat reaksi cemas Myra.
“ Err..Alex, aku nak pergi ladies jap.” Ujar Myra laju tanpa menunggu jawapan Alex, kakinya terus melangkah pergi.

Myra terus menuju ke pintu keluar restoran itu. Berlambak lagi kot restoran di sini. Berbakul-bakul geram Myra hadiahkan untuk Alex tanpa sedar Myra terlanggar satu objek di hadapan Myra. Kepala didongak dan melihat siapa itu. Automatik kaki Myra terundur ke belakang.
Alex merenung Myra tajam.
“ Kau nak pergi mana?” Soalnya dengan dingin sambil berpeluk tubuh.
Myra tersengih. “ Kan aku dah cakap nak pergi tandas.” Ujarnya selamba.
“Oh, ladies. Jauhnya ladies kau.” Sindirnya.
Hanya senyuman yang mampu Myra berikan.
Alex melepaskan keluhan. “ Apa yang kau fikir? Aku tak gila lagi nak bawa kau makan dekat restoran yang tak halal.” Ujarnya geram.
Myra tersengih. Wajah Alex Myra tatap dengan perasaan bersalah pula.
“ Jom, masuk makanan dah sampai. Jangan risaulah. Restoran itu halal. Tak nampak ke sijil halal yang dilekatkan di dinding restoran? Lagipun restoran malap tadi sebab ada pasangan yang sedang melamar.” Kata Alex dengan nada sedikit tinggi. Bengang betul dia.
Myra kaku diam. Melamar? Sayangnya! Terasa geram pula kembali terhadap Alex.
Myra terus menonong masuk ke dalam restoran meninggalkan Alex yang terpinga-pinga sebelum dia mengeleng dan mengikuti langkah Myra.
Sebaik saja Myra tiba di meja mereka. Makanan sudah terhidang dengan cantik. Matanya terpaku dengan hiasaan makanan tersebut. Alex sampai selepas Myra dan duduk di kerusi berhadapan Myra.
“ Jangan makan dulu.” Larang Myra sebelum dia mengeluarkan handphone dia untuk menangkap gambar makanan itu.
“ Apa yang kau buat ini?” Soal Alex malas. Tetapi dia ikutkan juga arahan Myra.
“ Okey makanlah.” Kata Myra setelah siap mengambil gambar.
Myra menadah tangan membaca doa. Sedang asyik mereka menikmati makanan, tiba-tiba muncul seorang lelaki di hadapan mereka dan dengan selamba duduk di sebelah Alex.
Myra terkejut. Lelaki itu tersenyum manis. “ Hai, sorry menganggu.” katanya.
Myra pula menjeling Alex yang diam. Kawan Alex kot?
“ Hai Alex, hai gadis manis.” Ujar lelaki itu masih dengan senyuman manisnya. “ Oh, lupa. I Iyaz. Kawan Alex. You?” Soal Iyaz kepada Myra. Dia menghulurkan tangannya kepada Myra.
Myra mengangguk. “ Myra. Maaf.” Tolak Myra. Dia tak bersalaman dengan Iyaz.
Iyaz ketawa. “ Oh, sorry. I tak tahu. Mana you jumpa dia Alex?” Soal Iyaz manja.
Alex tidak memberi response kepada soalan Iyaz.
Iyaz merenung Myra. “ You dah kenal Alex berapa lama?” Soalnya tiba-tiba.
Alex bersuara tiba-tiba. “ Iyaz.” Serunya dengan tegang.
Iyaz tergelak manja. “ Sorry.” ujarnya. “ You ada hubungan kedengan Alex?” Soal Iyaz.
Alex sudah meletak sudu dengan kasar. Dia cuba bersabar dengan karenah Iyaz, salah seorang client V’s group.
Myra melihat Iyaz lama. Dia tersenyum sinis pada Myra. Perlahan-lahan bibir Myra tersungging senyuman. “ Iyaz, dalam seribu teman ada seratus rakan dalam sepuluh kawan ada satu sahabat. So awak kena faham yang status awak hanya kawan. So tak ada keperluan untuk awak tahu apa hubungan saya dengan Alex.” Kata Myra bersahaja.
Alex tersenyum senget.
Iyaz mengawal riak wajahnya dengan menghulurkan senyuman plastik. “ Okay, you are so funny. Bijak you menyusun kata.” Pujinya dengan sinis.
Myra tersenyum manis melihat Iyaz. “ Say thanks to my Alex.” Myra menekan perkataan ‘my’ itu. Kali ini muka Iyaz betul-betul berubah masam.
Iyaz tersengih sinis. “ Rasanya you belum tahu siapa Alex yang sebenarnya. Hati-hati mungkin you mangsa dia yang seterusnya.” Katanya sinis.
Riak Alex berubah tegang.
Myra diam dan menyandar di kerusinya. “ Itu hidup dia, saya tak nak masuk campur. Cukup saya kenal dia sebagai Alex, kawan saya. Dosa dia itu urusan dia dengan Allah.” Kata Myra tegas. Hilang mood nak makan. “ Encik Iyaz. Can you please excuse us? Saya nak privacy makan dengan Alex.” Kata Myra.
Iyaz bangun dengan senyuman dia. “ Okey. I faham. Nice to meet you Myra. Bye. Opss, asalamualaikum.” Katanya menyindir sebelum pergi.
Alex melempar garpu dengan kasar ke meja. Myra hanya diam melihat. “ Kenapa kau tak tampar saja mulut dia tadi?” Marah Alex.
Myra mengeleng.
Alex mendengus. “ Kau tak kenal dia lagi macam mana.”
Myra mencebik. “ Aku tak nak kenal dia langsung. Cukup kau saja yang kenal dia.”

Baru saja mendekati kereta, handphone Alex berbunyi nyaring. Sebaik saja Alex menyambut call, wajahnya berubah. Dia mengisyratkan kunci kereta pada Myra. Myra memberikan kunci kereta kepada Alex. Dia terus membuka pintu dengan laju. Myra masuk ke dalam kereta. Alex membaling handphone ke arah Myra. Dengan pantas Myra menyambut. Fuhh, nasib baik kalau tak berkecai. Kecut perut Myra melihat pemanduan Alex yang melebihi tahap bahaya. Semua kereta dipotong laju.
Kereta diparkir di halaman rumah dengan mengejut. Myra menahan tangan di dashboard kereta. Inilah brek paling membunuh dalam hidupnya selama ini. Alex terus berlari keluar menuju ke dalam rumah. Myra menarik nafas sebelum dia melangkah keluar daripada kereta.
Myra mencari kunci kereta. Alahai, takkan Alex bawa pula. Terpaksalah dia menungu di bawah terik matahari ini. Myra memerhatikan kawasan rumah banglo tersebut, rumah siapa ini, detik hatinya. Takkan rumah Aunty Nor?

“ Alex, siapa perempuan di luar itu?’ Soal Aunty Nor pelik.
Alex hanya buat selamba. “ Tak tahu mama.” Dia sibuk dengan handphone dia. Terkejut dia apabila mama memberitahu dia datang bersama insan yang tak diingini dia untuk datang.
Alex menjeling kelibat Myra yang sedang mengomel dengan wajah berkerut. Nampak comel saja dia buat begitu.
“ Alex, Alex.” Panggil Aunty Nor berkali-kali. Tapi nampaknya Alex sibuk merenung insan yang tidak diketahui di luar. Aunty Nor menepuk tangannya kuat di hadapan Alex.
Alex terpinga-pinga. “ Kenapa mama?” Soal Alex laju.
“ Kamu Kenapa? Mama panggil tak dengar langsung. Mama nak tengok dulu siapa itu.” Kata Aunty Nor dan keluar. Nak harap Alex buka mulut, tak payahlah.
Aunty Nor mendekati gadis tersebut.“ Asalamualaikum.” Tegur Aunty Nor kepada gadis itu.
Myra berpaling. “ Walaikumussalam.” Myra merenung wajah wanita itu.
Aunty Nor tersenyum. “ Kawan Alex Ke?” Soalnya.
Myra terdiam. Suara Aunty Nor ke itu?
Alex segera mendapatkan mamanya. “ Mama.”
Aunty Nor melihat Alex. “ Kenapa tak ajak kawan masuk? Kesian, panas dekat luar ini.” marah Aunty Nor kepada Alex.
Alex tersengih nakal melihat Myra. “ She’s not my friend mama.” Katanya senjaga.
Myra terkelu.
Aunty Nor mengerut dahi.” Jemputlah masuk kalau tidak pun.” Ajak Aunty Nor dengan mesra.
Myra senyum dan mengeleng. “ Tak apa puan. Betul kata Alex. Saya bukan kawan dia pun.” Kata Myra berjauh hati. Saya nak minta kunci kereta yang sebenarnya.”
Alex mengetap gigi. Kunci diserahkan dengan kasar kepada Myra.
Aunty Nor terkejut. “ Alex. Apa yang kasar sangat dengan perempuan ini?” Marah Aunty Nor.
Myra menahan rasa sakit hatinya. Terasa malu diperlakukan begitu di hadapan wanita itu, dia baru ingat dia Aunty Nor. Tapi Aunty Nor tak kenal dia lagi. Myra meminta diri. “ Saya balik dulu, Puan. Asalamualaikum.” Kata Myra dan berlalu ke kereta.
“ Mama masuklah dulu. Alex ada hal sekejap.” Kata Alex dan terus menuju ke arah Myra.
Myra masuk ke dalam kereta. Dia menahan air mata yang ingin tumpah. Tiba-tiba pintu kereta ditahan. “ Lepaslah.” Marah Myra sebaik saja kelibat Alex yang mencuri pandangannya.
Alex menjeling tajam. “ Kalau aku tak nak?”
“ Lepas.” Jerit Myra geram tetapi suaranya serak menahan tangis.
Alex tersentak apabila melihat air mata yang turun laju di pipi gebu itu.
Aunty nor hanya memerhatikan semuanya daripada sebalik jendela rumah. Hatinya kehairanan melihat kejadian tersebut. Gadis itu mengingatkan dia kepada seseorang yang sudah lama tidak dia jumpai. Myra ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience