81 82 83 84 85

Romance Completed 8557

Akhirnya, selesai juga kerja dia sejak sejam yang lalu. Myra menyandar di kerusi empuk itu dengan gembira. Kemudian matanya melihat ke arah Alex yang sedang lena dibuai mimpi. Kenapa dia rasa wajah itu dekat dengan dia? Myra menekan-nekan kepalanya berkali-kali berusaha mengingati apa-apa sahaja yang dia boleh.
“ Awak kenapa? Sakit? Migrain?” Soal Alex risau.
Myra tersentak. Wajahnya diangkat melihat Alex yang sudah berdiri tegak di hadapannya. “ Err, tak. Saya okey.” Ujarnya.
Alex menarik nafas lega. Baju kemeja dia dibuka selamba di hadapan Myra.
Pipi Myra berbahang dengan kelakuan selamba Alex. Pantas dia mengalihkan pandangan daripada melihat Alex.
Alex senyum nakal apabila menyedari Myra memandang ke arah lain. Perlahan-lahan kaki diatur mendekati Myra.
Myra terkejut apabila kerusi yang didudukinya berpusing laju menghadap Alex. “ Apa awak nak buat ini?” Soal Myra cemas.
Alex semakin mendekat. Myra menelan air liur. “ Buat apa yang sepatutnya saya buat.” Bisiknya lembut.
Myra mengemam bibirnya kuat. “ Awak.. jangan.. Jangan nak buat bukan-bukan..Awak!” Jerit Myra dan menutup matanya apabila Alex terus mendekatkan wajah mereka.
1..2..3..Mata Myra terbuka. Tawa Alex memecahkan kesunyian mereka. “ Apa yang awak fikir sayang? Saya nak kiss awak ke?” Katanya nakal.
Wajah Myra merah. “ Dah itu, apa lagi yang awak nak buat?” Marahnya.
Alex mencapai kemeja yang dibukanya tadi dan melangkah ke arah Myra.
“ Jangan dekat!” Larang Myra.
Alex tidak peduli dan tiba-tiba dia menolak Myra ketepi.
Myra terpinga-pinga.
“ Saya nak mandi. Awak halang jalan saya. Saya nak tekan butang pintu tapi awak halang dengan kerusi tadi.” Katanya selamba.
Alex menuju ke kerusi yang diduduki Myra dan memusingkannya. Terdapat kotak empat segi kecil dan ditekan Alex. Myra berpaling ke belakang apabila dinding itu berputar. Dia melopong. Wow!
“ Now saya nak mandi. Awak tunggu saja dekat sini but if you want to join me, pintu selalu terbuka untuk awak.” Bisik Alex di telinga Myra.
Myra terkedu. Bicara Alex menyeramkan dia. “ Jangan merepek.” Marahnya dan berlalu ke sofa.
Alex ketawa dan menghilang di sebalik dinding tadi.

Setengah jam kemudian Alex melangkah ke hadapan Myra dengan wajah yang lebih segar dan semestinya dengan haruman Dunhill Blue. Wangi sangat. “ Sedap bau perfume awak. Dunhill Blue, seksi.” Kata Myra tiba-tiba.
Alex tersentak.
Myra tersedar. Kata-kata itu meluncur laju daripada mulutnya.
“ Apa awak cakap?” Soal Alex dengan nada rendah. Dia mengatur langkah mendekati Myra.
Myra gelabah. Kenapa pula dengan dia ini?
Alex mendekati lagi. Wajahnya serius. “ Saya tanya apa yang awak cakap tadi.”
“ Perfume awak wangi.” Kata Myra tersekat-sekat.
Alex lantas merangkul Myra erat membuatkan Myra kaku. “ Alex rindu Myra. Sangat rindu.” Bisik Alex lama.
Myra meronta-ronta apabila bibir Alex mengucup dahinya. “ Alex, lepas. Apa yang awak buat ini?” Marahnya. Namun pelukan Alex terlalu kuat. Jantungnya juga memainkan paluan gendang kuat. Alex masih dalam dunia dia sendiri.
“ Lepaslah!!” Jerit Myra bersama tolakan kuat. Mahu berhenti aliran darahnya saat Alex membenamkan bibirnya di bibir dia.
Alex terpinga-pinga. Wajah marah Myra terhias di matanya. “ Myra.”
Myra bangun dan membetulkan tudung serta bajunya yang kusut. “ Saya tak nak jumpa awak lagi.!” Bentak Myra dan menuju ke pintu keluar. Sakit hatinya dengan Alex yang suka-suka menyentuh dia.
Alex mengejar langkah Myra. Tangannya meraih tangan Myra kuat sehingga Myra berpusing menghadap Alex. Atau lebih tepat dalam jatuh ke dalam pelukan Alex.
Mata mereka bertemu. “ Don’t move.” Arah Alex tegas.
Myra mengetap gigi marah. “ Lepaskan saya.” Pinta Myra geram.
Alex merenung anak mata Myra dalam. Sedalamnya. “ I miss you damn much.” Katanya perlahan sehingga Myra rasakan Alex seperti berbisik di telinganya.
“ Apa yang awak nak..” Bibir Myra dikunci sekali lagi oleh bibir sensual Alex. Myra kaku. Lama mereka berdua begitu. Saat Alex melepaskan bibir Myra. Senyuman terukir di bibirnya yang basah.
Myra tidak berkelip melihat. Air liur ditelan. Terasa basah bibirnya..Entah kenapa dia gila mungkin apabila hatinya mahu senario itu berulang semula.
“ You like it.” Kata Alex nakal. Tangannya masih erat memeluk Myra malah semakin nakal menjelajah belakang Myra.
Pipi Myra merona merah. Tubuh Alex ditolak kuat. Untung Alex sudah melonggarkan pelukan. “ Jangan buat saya bencikan awak Alex.”
Alex berpeluk tubuh merenung Myra. “ Masih seperti dulu. Cuma kaku sikit. Biasanya reaksi yang saya terima sangat memberangsangkan.” Komen Alex sendiri.
Myra mengerut dahi. Apa yang dia cakap itu?
Alex tersenyum nakal. “ Thinking apa yang saya cakap sayang? I am talking about our hot kisses.”
Tak guna. Myra mencapai beg dia yang tersangkut di sebelah pintu dan terus keluar. Namun dalam hatinya dia berfikir, apa yang masih sama? Kenapa Alex berkata seolah-olah mereka sudah kenal lama. Dia tak sangka Alex berani bertindak melampaui batas. Butang lif ditekan geram.

Tiga hari, dua malam 19 jam berlalu sejak peristiwa di pejabat Alex. Myra langsung tak datang kerja. Walaupun apa terjadi dia takkan menjejakkan kaki lagi kesana. Tetapi Myra pelik juga kenapa Alex tidak menghubungi dia langsung, malahan call atau whatsapp dia pun tak ada.
Myra menuruni anak tangga ke bawah. Dia mencari kelibat Ratna. Dia sempat juga mengetuk pintu bilik Ratna tetapi tidak ada sahutan. Dia masuk ke dapur. Meja makan itu menarik perhatian dia. Sekeping note pad kecil terlekat di atas tudung saji. Myra mencapainya.

“ Makanlah. I ada buatkan breakfast for you, babe. I keluar sekejap, lunch nanti I balik.”

Rumah yang sunyi membuatkan Myra termenung panjang. Tidak lain tidak bukan dalam kepalanya hanya Alex. Kata-kata Alex, perbuatan Alex. Myra lantas berlari ke tangga apabila mendengar bunyi pintu rumah dibuka di tingkat bawah. Saat Myra ingin memanggil Ratna, dia terhenti apabila melihat Ratna sedang bercall.
“ Okay sayang. Malam ini I dress up cantik-cantik. Mestilah I nak berdiri dengan bangga disebelah boyfriend I yang macho ini. Alex macam mana? Bila dia nak confess everything?”
Wajah Myra berkerut. Confess apa?
Ratna meletak beg di meja kopi berdekatan tangga. “ Kesian Myra. I tak sanggup lagi dah.” Ujar Ratna perlahan tetapi masih jelas di telinga Myra.
Myra berdebar. Rahsia apa yang mereka sembunyikan daripada aku? Bisik hatinya curiga. Apa kaitan Alex dalam hal ini? Cepat-cepat Myra berlari semula ke sofa dan berpura-pura tidur sebaik saja Ratna mematikan talian dan naik ke atas.
Ratna terkejut melihat Myra. Dia mengeluh lega apabila melihat gadis itu sedang tidur.
“ Nasib baik.” Katanya sendiri.
“ Apa yang nasib baik?” Soal Myra sambil duduk di sofa konon-kononnya baru bangun tidur. Senjaga dia menggosok matanya berkali-kali.
Ratna mengeleng. “ Tak, tak ada apa-apa. Err, I masuk bilik dulu eh.” Ujarnya dan berlari anak ke biliknya.
Myra memandang curiga bercampur hairan. Ratna seperti menyorokkan sesuatu daripada dia.

Myra bernyanyi-nyanyi kecil sambil mengoyangkan kakinya di sofa tingkat bawah. Senang hati nampaknya Myra. Rancangan Korea kesukaan dia sedang ditayangkan. Gochang’s Village Channel 393. Di rumahnya mana ada channel ini, kalau nak melanggan dulu. Myra ternampak kelibat Ratna menuruni anak tangga.
“ Myra, I nak keluar dengan Fariz. You okeykan I tinggalkan sendiri?” Soalnya sebaik saja dia berhenti di hadapan Myra.
Myra bangun. “ Saya okay saja. Ada apa-apa ke malam ini? Cantik sangat penampilan awak.” Puji Myra.
Ratna tersipu malu. “ Mana ada. I biasa saja pun. Fariz yang belikan untuk I sebab malam ini dia nak meraikan kejayaan mereka dapatkan projek mega. Alex memang hebat Myra sebab itu mereka berjaya. Untunglah you dapat sua..” Ratna terhenti.
Mata Myra merenung Ratna tajam. “ Kenapa saya beruntung?” Soal Myra tajam. Dia memang menanti butir bicara Ratna yang selalu tertangguh.
Ratna tersengih sambil mengeleng. “ Err,, I gerak dulu. Bye.” Katanya dan terus pergi.
Myra terkulat-kulat dibuatnya. Kenapa Ratna pelik bagai ini? Jangan-jangan dia sorokan sesuatu daripada aku tak? Myra berlari anak mengambil kunci kereta setelah menyarung instant shawl di kepalanya.

Myra berjaya menjejak kereta Ratna di hadapan dia. Mereka hanya dipisahkan oleh sebuah kereta Wira. Berhati-hati Myra mengikuti Ratna. Dia tak nak Ratna tahu dia mengekorinya. Kereta Ratna memasuki satu simpang. Myra segera membelok dan matanya tertancap pada signboard Hotel Kz. Kereta Ratna berhenti di hadapan Hotel. Kelihatan Fariz datang membukakan pintu kereta untuk Ratna dengan senyuman lebar. Ratna keluar terus memaut lengan Fariz manja.
Myra segera parkir kereta di ruangan kosong dan melangkah ke lobby Hotel. Kelihatan agak ramai juga yang sedang memenuhi kawasan. Myra bersembunyi berdekatan pasu bunga gergasi sebelah kanan dia sebaik matanya menangkap pergerakan Ratna dan Fariz dihadapannya. “ Ada majlis apa ini eh?” Getusnya sendiri. Agak lama menunggu membuatkan Myra mengantuk. Dia melangkah berhati-hati menuju ke tandas. Seram sebenarnya melihat puluhan lelaki berbaju kot hitam berdiri di setiap penjuru Lobby tersebut. Cepat-cepat Myra berlari masuk ke tandas wanita. Kelihatan ada dua tiga orang perempuan sedang membetulkan make up mereka.
Myra menuju ke sinki dan membasuh wajahnya perlahan-lahan. Sejuk gila air paip itu.
“ Ramai gila bodyguard dia kali ini.” Ujar seorang wanita yang membelakangi Myra.
Myra yang ingin keluar terhenti. Hatinya entah kenapa sangat-sangat ingin tahu perbualan mereka. Manalah tahu ada sesuatu yang boleh dia perolehi.
“ Dia tak nak benda dulu jadi kot. Kau orang tahulahkan apa yang jadi beberapa bulan yang lepas.” Sampuk perempuan berbaju merah yang sedang memakai bedak.
“ Mungkin..Girls..” Panggil wanita yang membelakangi Myra.
“ Kenapa Zatie?” Soal si baju merah.
Terdengar keluhan berat di keluarkannya. “ I miss her so much.” Ujarnya sebak.
Perempuan seorang lagi yang membetulkan tudung segera memeluk bahu Zatie. “ Kami pun rindukan dia. Setiap hari, saat dia tetap dalam hati kita. You, janganlah nangis.”
“ Aku rindu Myra. Sangat rindu. Dia kawan paling lama aku ada, tapi dia tinggalkan aku dulu.” Esaknya. Habis comot wajahnya dengan air mata.
Kawan-kawan Zatie memeluk dia erat.
Myra tersentak. Myra? Jantungnya berdegup laju. Mereka sebut Myra? Kepalanya mulai berpusing, takkan dia. Banyak lagi kot orang bernama Myra di dunia ini.
“ Excuse me, miss. Pili air itu awak tak tutup ke?” Ujar satu suara.
Myra berpaling melihat yang menegur dia. Mereka terkesima. Mata gadis itu terbeliak melihat Myra.
“ Saya minta maaf.” Kata Myra dan terus keluar daripada tandas.
Sesampai dia di lobby, kawasan tersebut sudah dipenuhi orang. Dalam sekelip mata kawasan itu sesak. Myra terpaksa berhimpit-himpit untuk berjalan.
“ Good evening ladies dan gentleman, selamat datang ke majlis meraikan kejayaan kita mendapat projek mega.” Ujar lelaki yang sedang memegang microphone di atas pentas kecil itu. Tepukan gemuruh diberikan sehingga bingit telinga Myra mendengar.
“ Sebelum kita memulakan majlis ini, alangkah moleknya kita menjemput CEO kita Tuan Muda Alexander untuk memberikan sepatah dua kata. Persilakan Tuan Muda Alexander.

BAB 82

Serentak itu lampu difokuskan kepada seorang lelaki yang memakai tuksedo putih melangkah mendekati pentas.
“ Terima Kasih Ahmad. You make me proud of you.” Kata Alex dan disambut dengan senyuman lebar Ahmad.
Alex? Tuan Muda Alexander? Sungguh Myra tak sangka. Dia tipu aku selama ini? Kepala yang sudah surut sakitnya kembali berdenyut-denyut. Myra merenung wajah Alex lama. Kenapa dia harus menipu? Apa tujuan dia? Tidak disangka mata mereka bertembung. Terhenti seketika bicara Alex. Jelas dia juga terkejut.
Myra segera berpaling ingin pulang. Dia tidak peduli siapa yang dilanggar dia. Yang penting dia dapat keluar daripada tempat yang menyesakkan kepalanya. Bertambah-tambah sakit dia rasakan.
Alex meminta diri dan meninggalkan pentas. Handphone dikeluarkan daripada poket seluar. “ Jaga semua pintu keluar sekarang. Aku tak nak ada seorang pun lepas daripada sini.” Arah Alex tegas. Dia segera berlari ke satu tempat.
Myra berjalan dengan pantas ke parking kereta dia. Berjaya juga dia melepaskan diri daripada kepungan bodyguard Alex. Tiba-tiba Myra menjerit. Dalam sekelip mata badannya sudah dirangkul erat oleh seseorang. Berbaju putih. Dunhill blue. Dan dia Alex.
“ Lepaslah!!” Marah Myra. Suka hati dia saja nak peluk-peluk orang.
Alex diam. Dia hanya membiarkan Myra terus meronta-ronta dalam pelukan dia.
Myra berhenti meronta apabila Alex masih tidak melepaskan dia. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Dia rasa marah, kecewa dan rindu bercampur baur dalam hatinya.
Alex mengusap kepala Myra. “ Saya minta maaf sayang.” Bisiknya lembut. Membuai-buai perasaan Myra dibuatnya. Alex melepaskan pelukan tetapi Myra langsung tak boleh bergerak kerana Alex meletakkan kedua-dua tangannya di kiri dan kanan Myra. Wajah Myra direnung lama dan tajam. “ Saya akan terangkan semuanya. Let me explain first sebelum awak berfikir bukan-bukan dan membenci saya.”
Myra menunduk. Tangannya menolak dada Alex yang rapat. “ Tidak ada apa-apa yang perlu awak jelaskan. Saya tak nak tahu. Saya nak balik.”
Alex mengenggam tangan Myra dan dibawa ke kereta. Myra tidak melawan. Kepala semakin berat dan tegang. Setelah mereka masuk kedalam kereta, kereta Alex terus meluncur pergi. Myra memejamkan mata. Air matanya mengalir lagi. Dia pelik kenapa dia harus menangis.

Alex memberhentikan keretanya di suatu kawasan yan sunyi dan gelap.
Mereka sunyi seketika. “ Saya tahu saya ada buat silap sebab tipu awak tapi apa yang saya buat bersebab.”
Myra diam dan merenung ke luar.
Alex merenung sisi wajah Myra. “ Memang saya Tuan Muda yang awak nak tahu itu. Saya yang offer kerja pada awak. Semuanya plan saya yang telah dirancang sejak saya melangkah keluar daripada rumah awak lagi.”
Myra mengetap bibir. Selama ini aku kena tipu hidup-hidup. Tapi bagaimana Alex boleh kenal dia? Perasaan ingin tahu yang membuak membuatkan suara Myra terkeluar. “ Apa maksud awak?” Soalnya Laju.
Alex meraih tangan Myra. “ Saya cintakan awak. I truly love you.”
Myra tidak berkelip mendengar kata-kata Alex.
“ Alex.”
Alex senyum manis. “ Ya sayang. Alex sayang Myra.” Tangan kanan Myra yang hangat membuatkan Alex berdebar.
Myra menarik tangannya kuat. “ Apa semua ini? Saya bingunglah.” Kata Myra geram.
Alex hanya senyum dan menghidupkan enjin kereta semula. Soalan Myra hanya dipandang sepi.

Dalam masa sepuluh minit, kereta Alex berhenti tepat di hadapan rumah Ratna. Myra sebenarnya masih tidak berpuas hati dengan Alex. “ Jelaskan semua ini sekarang.” Kata Myra tegang.
Alex berpaling merenung wajah cemberut itu. “ Orang yang sepatutnya jelaskan eveything pada awak ialah Ayah dan Umi awak sayang. Mereka ada jawapan untuk semua soalan awak.”
Myra bertambah bingung. “ Apa hubungan pula dengan ayah dan Umi saya?” Soal Myra.
Alex senyum. Dia menarik Myra mendekati dia. Dagu gadis itu ditarik lembut.
Myra tidak berkelip mata melihat Alex.
“ Simpan soalan awak untuk Ayah dan Umi, sayang.” Ujarnya sinis. Nampaknya Alex memang tak akan berkrompromi dengan Myra.
Myra menelan air liur. Kenapa Alex selalu memanggil dia sayang. Dan apabila berdekatan begini pristiwa di Office Alex kembali menyesakkan fikiran. Kemudian anak matanya merenung jauh ke dalam mata Alex yang hitam pekat. “ Selepas apa yang terjadi, selepas saya tahu semuanya, apa itu akan mengubah keadaan antara kita?” Soal Myra perlahan. Dia hairan kenapa dia boleh menuturkan kata-kata sedemikian yang dia sendiri tak faham.
Alex mengelus pipi Myra. “ Terserah awak Myra. Itu semua bergantung kepada awak sayang.” Alex mengucup pipi Myra.
Myra lantas menolak badan Alex geram.
Alex ketawa. Langsung tak kisah dengan wajah masam Myra. “ But sayang, satu hal yang perlu awak ingat, walau apa yang terjadi awak takkan boleh larikan diri daripada saya.” Bisiknya nakal. Tangannya membuka pintu kereta dan menolak badan Myra keluar daripada keretanya. Kereta Alex terus meluncur pergi.

Pagi itu, Myra dengan kadar segera membooking tiket balik ke Kota Kinabalu. Dia tidak sanggup menunggu lagi. Setelah berfikir panjang Myra mengambil keputusan untuk balik ke Kota Kinabalu. Dia perlu mendapatkan jawapan kepada semua persoalan ini secepat mungkin sebelum kepalanya pecah kerana ingin tahu. Sepanjang perjalanan pulang, kepalanya merangka pelbagai jawapan tetapi tidak ada satu pun yang logik.
Teksi yang dinaiki Myra berhenti di hadapan rumahnya. Dia melangkah keluar. Puan Sari menerpa memeluk Myra erat.
Myra tersenyum kecil.
“ Umi rindu Myra.” Katanya sebak.
Myra membalas pelukan Umi. “ Myra pun rindu Umi sangat.”
Myra mengangkat beg baju dia. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah. “ Ayah mana Umi?”
Puan Sari senyum. “ Ayah temankan Syukri pergi memancing.”
Myra duduk di kerusi, dia serba salah nak memulakan kata-kata. Puan Sari mengambil tempat di sebelah Myra. Wajah Myra dielus penuh kasih sayang. “ Myra balik kenapa tak call dulu? Boleh Umi ambil Myra dekat airport tadi.”
Myra menelan air liur dan merenung wajah Uminya. “ Umi.” Panggilnya perlahan.
Puan Sari mengangkat kening. “ Kenapa sayang?” Soalnya hairan.
“ Umi kenal Alexander?” Soalan Myra menyentakkan Puan Sari.
Umi terkejut.
Myra cemas menanti butir bicara Puan Sari. “ Siapa dia Umi? Bagitahu Myra?”
Puan Sari mengetap gigi. “ Kita tunggu Ayah balik eh sayang.” Kata Umi.
Myra mengeleng. “ Tak nak, Myra cuma nak tahu siapa dia. Tolonglah Umi.” Rayu Myra.
Puan Sari bangun tetapi tangannya ditahan oleh Myra. Dia berpaling melihat wajah merayu itu, akhirnya nafas dihembus berat.
“ Umi please.”
Puan Sari duduk. “ Dia..Alexander suami Myra,”

Myra mengurung diri di dalam bilik. Marah, sedih, kecewa bercampur aduk dalam dirinya. Tidak sangka Ayah dan Umi sampai hati menyembunyikan perkara besar itu daripada pengetahuan dia selama ini. Dia marah sangat tetapi kepada siapa rasa marah itu dia lemparkan. Ayah, Umi, Alex atau dirinya sendiri. Walaupun dia tahu niat Ayah dan Umi menyembunyikan hal itu kerana tidak mahu menganggu proses penyembuhan dia tapi kenapa Alex tidak berterus terang dengan dia perkara sebenarnya? Myra duduk di atas katil. “ Kalau Alex terus terang, kau boleh terima ke Myra?” Soalnya sendiri. Dia memegang kepalanya erat. “ Kenapa aku boleh hilang ingatan? Apa yang dah jadi?” Soalnya geram. Dia mencuba mengingati apa-apa yang boleh mengingatkan dia kepada peristiwa yang berlaku tetapi kosong.
Ketukan di pintu mengejutkan Myra. Dia lantas berdiri menuju ke pintu. Memang dia marah pada Ayah dan Umi tetapi dia masih hormat kepada ibu bapanya. Pintu di buka perlahan. “ Kenapa Umi?” Soal Myra perlahan. Dia menunduk.
“ Hai sayang.” Jawab satu suara yang lain.
Myra mengangkat wajahnya. Dia terkejut. Alex? Dia berdiri di hadapan Myra. Di hadapan biliknya. “ Apa yang awak buat di sini?” Soalnya cemas..
Alex senyum lebar. “ Saya nak jemput isteri saya balik.”
Myra terlopong. Balik? Isteri? Tak nak!!
Alex meraih tangan Myra. “ Kita balik sayang.”
Myra menarik tangannya. Kepala digeleng laju. “ Wait, saya rasa ini tak betul.” bantahnya.
Alex mengetap gigi. Wajahnya berubah tegang.
“ Alex.” Seru Ayah perlahan apabila tangan Myra digenggam erat semula.
“ Tolong Ayah. Biar saya selesaikan hal ini berdua dengan Myra.” Ujarnya tegas dan menolak Myra masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci.
Myra menelan air liur. Perlahan-lahan dia berundur apabila Alex merapatkan jarak mereka. “ Berhenti Alex.” Kata Myra dengan suara bergetar.
Alex senyum. Langkahnya terhenti tetapi dalam jarak 3 langkah sampai ke arah Myra.
Myra meraba kepalanya tiba-tiba dengan cemas. Baru dia sedar yang kepalanya tidak ditutup tudung. Saat dia ingin mencapai tuala di atas katil, pergerakan dia dikunci oleh tangan sasa milik Alex. “ Tak perlu sembunyikan Myra. You are my mine. Setakat rambut, saya dah tengok lebih daripada itu.” Bisiknya nakal.
Myra mengemam bibir malu. Dengan jarak mereka yang sangat rapat membuat dia tidak selesa tetapi selamat. “ Lepas.” Tolak Myra marah tetapi suara yang keluar lain. Manja. Mahu saja dia menyorokkan wajahnya apabila senyuman nakal terukir lebar di bibir merah Alex.
“ Miss you a lot sayang.” Kata Alex. Pipi Myra menjadi mangsa apabila bibir sensual itu mengucupnya berkali-kali.
Myra kaku. Cepat-cepat dia menolak Alex jauh. “ Maaf, saya tak boleh.”
Alex merenung Myra tajam. “ Saya dah terlalu lama menunggu dan terlalu lama bersabar Myra, but you know I can’t wait any longer. Apa yang sepatutnya milik saya perlu berada dengan saya. Always with me. And yours is mine.” Katanya dingin
Myra mengenggam jemari sendiri. Perwatakan Alex membuat dia seram. “ Tapi ini terlalu awal untuk saya Alex. Tolonglah faham saya. Awak kata awak cintakan sayakan, then awak kena bagi masa untuk saya biasakan diri dengan status kita.” Kata Myra berdalih lagi.
Alex senyum. “ Masa? Terlalu banyak masa yang saya dah bagi Myra. Ikut saya balik, tempat isteri di sisi suami. I don’t care samada awak biasa atau tak, awak ingat atau tak.”
Myra mengerut dahi. “ Awak nak kata yang saya pura-pura tak ingat awaklah ini?” Bentak Myra marah. Apa ke jadah dia nak pura-pura?
Alex mengangkat kening. “ Well, saya tak tahu apa yang ada dalam kepala awak Myra.” Ujarnya selamba.
Myra mengetap gigi. “ Saya tak nak balik! Saya nak tinggal sini. ” Tolaknya.
Alex diam.
Kebisuan Alex membuatkan Myra yakin Alex akan mengikuti permintaan dia. Senyuman diukir. “ Please Alex, saya akan cuba ingat siapa saya walaupun saya tak ikut awak balik.” Katanya semangat.
Alex merapati Myra. Senyuman Myra dibalas. “ Saya happy sebab awak nak berusaha ingat siapa awak.” Ujarnya tenang.
Myra senyum lebar. “ Thanks Alex..”
“ But unfortunately, awak tetap perlu ikut saya balik.” Sambung Alex.
“ Alex!!” Kata Myra dengan masam wajahnya.
Alex ketawa. “ Better kalau sayang manjakan sikit suara itu.” Katanya nakal.
Myra berpeluk tubuh.
Alex memegang kedua-dua belah bahu Myra. Mata mereka bertemu. “ Choice in your hand sayang. Ikut saya balik atau saya laporkan pada polis sebab Ayah palsukan kematian awak?” Soalnya lembut tetapi sinis.
Terbeliak mata Myra. Tangan Alex ditepis kuat. “ Awak ugut saya? Awak tak akan sampai hati laporkan Ayah? Hei! Awak dah gila ke!” Bentak Myra terkejut.
Alex menyeluk tangan di poket. “ Saya tak gila lagi sayang but saya tak kisah jadi gila demi awak, sayang.”
Myra diam geram dan marah.
Alex berlalu ke pintu bilik Myra. “ Be ready sayang. Pack your thing. Saya tunggu di kereta. Ten minutes.” Katanya dan terus keluar.

BAB 83

Degupan jantung Alex semakin tidak menentu. Jam tangan dijeling berkali-kali. Keluhan geram dilepaskan dan pintu kereta dibuka kasar. Baru saja dia nak masuk kelibat yang ditunggu-tunggu menunjukkan wajah. Alex tersenyum lebar walaupun wajah Myra masam mencuka. Di tangannya sebuah beg merah sederhana besar.
“ I know you will make a right decision.” Kata Alex. Dia merasakan kemenangan apabila Myra mengikut kata-kata dia.
Myra tidak mempedulikan Alex dan menuju ke kereta tetapi langkahnya terhenti apabila melihat wajah Jimmy yang sedang membukakan pintu kereta.
Jimmy menunduk.
Myra mengetap gigi. “ Awak lelaki samseng depan kelab waktu kawan saya mabuk itu kan?” Kata Myra tegang. Dia masuk ke dalam kereta dengan sebal. Dia ditipu hidup-hidup oleh Alex. Segera tangannya mengunci pintu yang ditutupnya. Alex yang hendak masuk tercengang-cengang apabila pintu dikunci daripada dalam.
Myra menurunkan cermin separuh. “ Duduk depan.” arahnya tegas. Cermin dinaikkan semula.
Alex terkedu sebelum tawa kecil meletus. Dengan ceria dia mengambil tempat sebelah Jimmy.
Jimmy menahan senyum melihat Myra. Alamak, isteri bos dia bukan calang-calang. Selama ini tak pernah dia nampak sesiapa mengarah-arah bosnya malah Tony juga tidak berani. Dia segera masuk ke bahagian pemandu.
Alex mengelus pipi Myra dengan lembut. Wajah yang sedang lena itu tampak cantik di matanya. Alex terhenti apabila terasa pergerakan kecil oleh Myra. Jantungnya berlari kencang takut Myra bangun dan memarahi dia. Myra mengeliat kecil dan memeluk Alex dengan selamba. Matanya terpejam erat.
Alex senyum panjang. Dia membalas pelukan tak disangka isterinya itu. Matanya juga ikut terpejam. Inilah pelukan yang dirinduinya selama beberapa bulan ini. Lenanya datang tanpa diundang. “ I love you so much sayang.” Bisiknya lembut.

Kereta mewah Alex berhenti di perkarangan rumah banglo 4 tingkat. Alex keluar daripada kereta dan membukakan pintu untuk Myra. Manakala Myra masih tidak berganjak. Alex menjengukkan kepala. “ Sayang.”
Myra menahan rasa takutnya yang menyerang. Rasanya seperti nak menangis pun ada. Air mata sudah bertakung di tubir mata indahnya. Pelbagai bayangan masuk dalam kepalanya. Bagaimana dengan keluarga Alex?
Alex menarik tangan Myra keluar daripada kereta. Terkejut dia apabila isterinya mengalirkan air mata. “ Kenapa ini sayang?” Soalnya prihatin.
Myra merenung Alex. “ Saya takut. Saya tak kenal siapa-siapa dekat sini. Boleh tak awak janji akan jaga saya baik-baik? Saya hanya ada awak.” Bisik Myra. Meskipun malu dia perlu tebalkan muka juga.
Alex ketawa dan meraih Myra ke dalam pelukan. “ Semestinya sayang. In Sha Allah saya akan jaga awak.”
Myra menarik nafas lega dan membalas pelukan Alex erat. Senyuman terukir lebar.
Alex menggosok kepala Myra dengan kasih sayang. Bibirnya didekatkan di ke telinga Myra yang dilapisi tudung. “ Sayang, kalau nak peluk saya kita sambung malam nanti. Sekarang ini tengah hari, panas and open sangat.” Ujarnya selamba.
Muka Myra bagaikan ditoreh. Dengan geram dia menolak Alex.
Alex ketawa. “ Jangan marah sayang. Jom masuk.” Ajaknya.
Myra lantas meraih tangan Alex. Alex yang ingin melangkah terhenti. Dia menoleh ke arah Myra.
Myra senyum. “ Saya belajar nak hidup dengan awak Alex. Dan ini langkah pertama saya.” Katanya tenang. Dia tidak mungkin mampu menolak takdir yang telah ditentukan Allah.
Alex senyum dan memgenggam jemari Myra kuat. “ Thanks sayang. Jangan lepaskan genggaman tangan kita lagi. Saya tak mampu berdiri tanpa sayang.” Ujar Alex lembut dan disambut anggukan oleh Myra. Mereka masuk ke rumah dengan debaran.

“ Asalamualaikum semua.” Kata Alex kepada ahli keluarga dia sebaik saja mereka berdiri di hadapan mereka semua.
Myra menundukkan wajahnya. Genggamannya semakin kuat.
“ Siapa itu Alex?” Soal Puan Sri Nor hairan. Alex memegang tangan gadis itu. Setahunya Alex tidak melayan mana-mana perempuan walaupun Lisa selepas kepergian arwah Myra.
“ My lovely wife mama. Umyra Ukasya.” Kata Alex selamba. Kata-katanya mengejutkan semua orang yang ada di ruang tamu.
Puan Sri Nor berdiri tegak. “ Apa yang Alex merepek ini sayang? Arwah Myra dah lama pergi tinggalkan kita. Alex jangan begini sayang.” Pujuk Puan Sri Nor.
Alex ketawa. “ Mama, she is my wife. Myra masih hidup lagi.”
Myra perlahan-lahan mengangkat wajahnya. Senyuman diberikan nipis.
Puan Sri Nor terbeliak. Tidak lama kemudian tubuhnya melorot jatuh ke lantai. “ Mama!” Alex meluru ke arah Puan Sri Nor begitu juga dengan yang lain.
Myra terkejut. Alex melepaskan genggamannya. Semua mengerumi Puan Sri Nor. Myra merenung wajah Alex. Sayu hatinya apabila Alex lepaskan tangan dia. Baru tadi dia berjanji takkan buat begitu namun sekelip mata semuanya hilang. Dia bagaikan pernah merasakan perkara ini. Kuat naluri dia mengatakan Alex pernah lepaskan tangannya sewaktu dia benar-benar memerlukan sokongan. Matanya berkaca. Satu yang dia mahu, keluar daripada rumah ini. Myra lantas menuju ke pintu rumah dan keluar. Tiba-tiba tangan dia ditarik.
Alex menatap wajah Myra dengan tegang. “ Awak nak pergi mana? Awak dah janji takkan tinggalkan saya, Myra.” Bentak Alex marah.
Myra mengangkat wajah melihat Alex. “ Siapa awak Alex? Siapa awak di hati saya?” Soal Myra perlahan.
Alex terkedu.

Makan diteruskan tanpa mempedulikan sebelas pasang mata yang sedang melihat dia. Myra menghabiskan suapan terakhir dan bangun. “ Saya dah siap.” Katanya perlahan dan bangun mengangkat pinggan ke dapur. Sedang dia mencuci pinggan, datang seseorang ke dapur dan berdiri di sebelah Myra.
“ Hai Myra.” Tegur Zatie.
Myra menoleh. “ Hai.” Balasnya dengan kekok. Dia gadis yang dia jumpa di tandas Hotel Kz.
“ Boleh kita berbual?” Pinta Zatie lembut.
Myra mengangguk.
“ Kami rindu gila dekat kau Myra.” Ujar Zatie.
Myra senyum saja. Dia tak biasa dengan mereka walaupun masing-masing sudah berkenalan tadi. Myra duduk di sebelah kanan Zatie, di hadapan Myra ialah Mija, sebelah kiri Myra pula Mimi dan Kery.
“ Jangan takut dengan kitaorang tahu Myra. Kita kawan dah lama.” Kata Kery ceria.
Myra mengeleng. “ Mana ada aku takut.” Katanya perlahan.
Mija ketawa. “ Myra, kau tahu tak hari ini ulangtahun persahabatan kita yang ke 14.” Katanya teruja.
Myra terkejut. “ 14?” Soalnya tidak percaya.
Mereka semua mengangguk. “ Aku sendiri tak percaya kita mampu berkawan begitu lama.” Kata Mimi.
Mija ketawa mendengar kata-kata Mimi. “ Wei, Mimi. Apa ke formal sangat kau cakap ini.” Ejek Mija.
Mimi menyeke kepala Mija geram. Pipinya merah.
Myra senyum melihat mereka. Geli hatinya apabila pipi tembam Mimi kemerahan. “ kenapa? Dia bercakap macam mana?”
Mija menarik kerusi mendekati Myra. “ Dia itu ganas sikit. Like this, wei, kita kawan dah lama, hidup kau hidup aku, duit kau duit aku, tapi cinta aku tetap cinta aku, tak boleh kongsi.” Seloroh Mija dengan suara garau.
Myra ketawa mendengar. Yang lain sudah tergelak habisan tinggal Mimi saja yang semakin masam wajahnya.
“ Seronok korang gelakkan aku. Hei Mija, kau tak ingat ke siapa yang asyik pasang-pasangkan semua orang dalam kelas waktu tingkatan enam dulu. Macam aku tak tahu kau suka Yap yang duduk sebelah Syam.” Balas Mimi puas hati.
Mija mencebik. “ Aku ke kau?” Balasnya tak nak kalah.
Zatie dan kery ketawa. “ Ek ele, budak dua orang ini. Sedapnya gelak-gelak.” Marah Mimi kepada mereka berdua.
Zatie dan Kery membuat muka tak kisah. “ Tapi betul juga apa yang Mimi cakap Mija. Kau suka Yap itukan?” Kata Zatie lagi.
Mija mengetap gigi dan bangun. Mimi, Kery dan Zatie sudah berlari ke taman mengelak daripada Mija. “ Awas korang. Aku dapat siap.” Marah Mija. Berkejaran mereka di taman malam itu.
Zatie berlari ke arah Myra yang sedang ketawa. “ Myra, tolong aku. Monster ini marahlah.” Kata Zatie takut dan bersembunyi di belakang Myra. Myra terpaksa berdiri apabila Zatie menarik tangannya membawa dia berlari. Gelak ketawa memenuhi taman bunga milik Puan Sri Nor dengan telatah 5 orang sahabat baik itu.

Myra berbaring di katil king Alex dengan gembira. Dia tersenyum mengingatikan kejadian di taman tadi. Bahagia dia apabila tahu dia ada kawan baik. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Terus Myra menarik selimut dan memejamkan mata erat. Alex dah datang. Dia lupa mereka sebilik. Berdebar pula dia memikirkan apa bakal terjadi malam ini. Takkan malam pertama pula? Meremang bulu roma Myra.
Alex merebahkan diri di sebelah Myra dengan senyuman manisnya walapun Myra tak nampak. Dia menarik selimut itu tetapi tak dapat. Senyumannya bertukar nakal. Dia menyusup masuk ke dalam selimut dan mendekati Myra. Pinggang ramping itu dipeluk erat.
Berderau darah Myra apabila sepasang tangan kekar menyentuh pinggangnya. Selimut digenggam kuat.
Terdengar tawa kecil di sebelah Myra. “ Bukalah selimut itu sayang. Tak panas ke?” Soal Alex. Suaranya dekat sangat di telinga Myra.
Myra diam tidak menyahut. Mata dipejam. Takut. First time berada dalam satu selimut dengan lelaki.
“ Buka selimut sayang. Jangan paksa saya ‘makan’ awak. Saya dah lama ’berpuasa’. Tak pasal-pasal saya ‘berbuka puasa’. Lagipun awak dah warm up kan tadi. Saya tak kisah malam pertama lagi selepas beberapa bulan berpisah.” Bisik Alex nakal.
Terbuka mata Myra dibuatnya. Serentak itu siku Myra mencari mangsanya tepat di perut Alex.
Alex tersedak. “ Sakitlah sayang.”
Myra mendengus. “ Lebih baik awak diam.” Ugut Myra.
Alex yang tadinya mengaduh sakit ketawa pula. “ Saya suka Myra yang baru ini, ganas.” katanya lagi.
Myra berpusing menghadap Alex.
Alex senyum senget. “ Why sayang? Nak night kisses ke?”
Myra memejamkan matanya. Dia malu menatap wajah Alex. “ Saya nak jadi isteri yang baik. Tidur membelakangkan suami tak elok.”
Alex mengucup dahi Myra. “ Thanks sayang.” Bibirnya nakal hendak mengucup bibir itu tetapi dengan pantas Myra melagakan dahi mereka. “ Tidur atau awak takkan bangun-bangun lagi esok pagi.” Katanya tegas.
Alex cemberut. Tubuh Myra dirangkul erat sebelum matanya terpejam.

Myra menuju ke taman bunga Mama. Dia duduk di kerusi taman. Hari masih pagi sangat. Tadi awal lagi dia sudah terbangun. Selepas solat subuh berjemaah dengan Alex, matanya terus segar manakala Alex menyambung tidurnya,
Myra merenung barisan pokok bunga mawar merah yang ditanam oleh Mama. Sejuk matanya melihat bunga-bunga itu. “ Ayah mesti suka dengan tempat ini.” Katanya sendiri. Ayah memang peminat bunga. Di halaman rumah mereka banyak bunga yang ditanam oleh Ayah. Sehinggakan Umi cemburu dengan hobi Ayah yang lebih mementingkan bunga-bunganya.
Puan Sri Nor melangkah menuju ke ruang makan. Kebetulan Alex sedang menuruni anak tangga sendiri. “ Myra mana Alex?” Soalnya hairan.
Alex menggosok rambut basah dia. “ Keluar ke taman katanya tadi.” Katanya selamba dan beriringan menuju ke meja makan. Semua dah berkumpul di meja makan. Syira dan Nenek dah duduk di meja makan.
“ Mana isteri Alex?” Soal Nenek dengan nada suara tegas.
Puan Sri Nor mengambilkan mee goreng untuk Nenek. “ Myra pergi taman ibu.” Jawabnya perlahan.
Nenek melihat Alex. “ Alex pasti ke perempuan itu isteri Alex? Jangan-jangan dia menipu?” Kata Nenek sinis.
Alex yang duduk berhadapan dengan Nenek mengerutkan dahinya. “ Apa yang Nenek merepek ini? Myra isteri Alex. Takkanlah Alex tak kenal isteri sendiri.” Katanya serius.
Tan Sri Halim yang baru muncul hairan dengan situasi mereka. “ Kenapa ini ibu, Alex?” Soalnya pelik.

Myra bangun dan menuju ke pintu rumah. Sebaik saja dia membuka pintu kelibat Alex terus menjelma di hadapan matanya. Wajah Alex mematikan bicara yang ingin dikeluarkan oleh Myra. Alex menarik tangan Myra dan membawa dia ke meja makan.
Myra terkebil-kebil menurut saja. Mereka tiba di meja makan dan nampaknya semua sudah ada di sana kecuali dia dan Alex yang baru tiba. Myra merenung Syira dan Syira lantas memalingkan wajahnya daripada Myra.
“ Duduklah Myra. Sarapan.” Ajak Puan Sri Nor dengan senyuman manisnya.
Myra mengangguk dan mengambil tempat sebelah Alex yang sudah duduk.
“ Mesyuarat pagi ini Alex datang ke?” Soal Tan Sri Halim tiba-tiba.
Alex mengangguk. “ Alex datang Papa then lepas itu Alex perlu datang mesyuarat dengan company Daddy selepas lunch. So Alex tak masuk office petang.”

Mata Myra merenung jauh sofa kulit yang didudukinya sekarang. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Nenek pun macam tak sukakan dia. Bukan dia tak sedar pandangan Nenek tajam semasa mereka bersarapan tadi. “ Aku ada buat salah ke? Jahat sangat ke aku ini?” Getus hati Myra pelik.
Alex yang sedang memakai tali leher tersenyum melihat gelagat Myra yang bercakap sendiri. Perlahan-lahan kakinya mendekati Myra. Sebuah ciuman dilayangkan di pipi gebu itu.
Myra tersentak. Pipinya hangat. Kemudian dia melihat sebelahnya Alex yang sedang tersengih-sengih nakal. Myra mengetap gigi. “ Jangan cium oranglah.” Marahnya geram.
Alex ketawa. “ Do I care?”
Myra mendengus dan berpeluk tubuh merenung Alex.
Alex mengangkat kening. “ Why sayang?”
“ Awak betul-betul yakin ke saya isteri awak?” Soal Myra tegas.
Alex senyum dan duduk di lengan sofa sebelah Myra. Wajah itu direnung lama. “ Awak isteri saya sayang. Saya kenal milik saya dan awak milik saya. Jangan persoalkan keyakinan saya lagi sayang, please.” Bisik Alex lembut.
Myra menelan air liur. Dia menolak wajah Alex yang semakin mendekat. “ Janganlah dekat. Saya tanya saja tak payahlah nak dekat-dekat bagai.” Tolak Myra.
Alex tersengih senget dan bangun namun sempat dia mencium pipi itu sekali lagi. Geram.
Myra membuntangkan mata.
Kini genap sebulan Myra tinggal di rumah banglo bersama keluarga Alex. Jujur dia rasa nak lari tinggalkan rumah puaka ini. Nenek Alex memang membuat darahnya dia asyik nak naik saja. Ada saja perkara yang tidak puas hati Nenek terhadap Myra. Nasib baik sabarnya masih ada. Tapi hubungan dia dengan Alex semakin membaik. Teringat pada Alex yang kini berada di Jepun atas urusan kerja selama seminggu.
Sambil bergolek atas katil, Myra berfikir panjang. Daripada hari pertama sehingga kini, kenapa dia masih tak boleh ingat apa-apa perkara mengenai Alex? Kemudian sengihan dia terkeluar.“ Alexander.” Serunya perlahan. Tiba-tiba rasa rindunya pada jejaka itu membuak-buak. Bantal Alex dicapai dan dicium semahunya.“ Agaknya macam mana aku dengan Alex dulu eh? Abang, sayang?” Myra ketawa sendiri.
“ Wah! Tak dapat aku bayangkan.” Myra tersenyum sendiri. Alex romantik tak?
Tiba-tiba phone Myra berbunyi. Pantas dia menyambar phone yang terletak di atas meja katil. “ Alex!” Saat Myra ingin menyambut akalnya melarang. “ Jangan ketara sangat kau tunggu panggilan dia.” Kata Myra dan deringan berhenti. Berdebar Myra menanti panggilan Alex lagi. Tidak lama kemudian, deringan menyapa telinga Myra. Dia berdehem seketika sebelum menyambut panggilan tersebut. “ Helo.” Ujarnya dengan suara yang malas dibuat-buat.
“ Helo.” Jawab suara garau itu.
Laju degupan jantung Myra mendengar suara Alex. Oh my! Seksinya suara dia.
“ Kenapa tak jawab call Alex?” Soalnya tegas.
Myra menggaru kepala. “ Tertidur.” Jawabnya pendek.
Suara Alex kendur tegasnya. “ Buat apa sekarang?” Ujarnya lagi lembut.
“ Tertidurlah.” Jawab Myra ingin ketawa tetapi ditahan.
Senyuman Alex terukir lebar. “ Dah makan?”
Myra ketawa. “ Orang tidurlah.”
“ Apa ini? Asyik tertidur saja.” Katanya geram.
Myra tersengih nakal. “ So nak jawapan apa pula? Oh, Myra ada jawapan baru.” Ujarnya nakal.
Alex tersenyum saja. “ Apa?”
“ Rindulah.” Kata Myra dengan laju sebelum panggilan ditamatkkan.
Alex terkelu seketika. Rindu? Senyuman dia bertambah lebar. “ Rindulah? Nice try Myra.”

BAB 84

Syukri datang ke Kuala Lumpur nak berjumpa Myra. Mereka berdua bertemu di Pizza Hut tengah hari itu. Agak lama juga mereka berbual. Myra menceritakan semuanya kepada Syukri. Dia perlukan tempat mengadu, tetapi Myra tak nak Syukri ceritakan kepada sesiapa pun. Syukri pada mulanya tidak bersetuju tetapi dipaksa oleh Myra habis-habisan. Barulah Syukri setuju. Mereka berpisah di hadapan Pizza Hut.
Myra berjalan-jalan sekitar Mall itu. Dia nak balik Alex tak ada. Dia kursus seminggu di Jepun. Hanya ada Nenek dan Mama saja. Myra rasa rindu dengan Alex. Dia terhenti di hadapan sebuah kedai pakaian. Mata Myra tertancap pada sehelai tali leher yang tersarung di sebuah patung model pakaian. Senyuman Myra terukir lebar.

Myra berusaha untuk tidak membalas sindiran Nenek di meja makan sewaktu mereka sedang menikmati makan tengah hari. Salah ke keluar berjumpa dengan adik sendiri. Bukan selalu pun Syukri datang menjenguk dia.
“ Macam manalah Alex boleh jumpa perempuan macam ini? Tak layak jadi isteri Alex langsung! Dahlah satu kerja dekat rumah ini dia tak buat langsung, merayap pula kerjanya. Dia ingat dia anak orang kaya ke apa..”
Myra lantas bangun mengangkat pinggannya ke dapur.
Sofia yang turut makan bersama tersengih sinis. Nampaknya peluang dia mendapatkan Alex terbuka luas.
Myra menyembamkan wajahnya di bantal, perlahan-lahan dia air mata dia keluar. Siapa akan tahan setiap hari untuk tadah telinga disindir dan dihina. Nenek memang betul-betul tak suka dia. Yang lain tidak berani menegur Nenek walaupun Papa, hanya Alex yang berani membela dia tapi Alex tidak ada di sini.
“ Alex, cepatlah balik.” Katanya perlahan.

Alex meletakkan begnya di tepi katil sebelum dia melabuhkan punggung sebelah Myra. Dia merenung wajah yang sungguh dirinduinya selama seminggu ini. Jemarinya mengusap pipi Myra namun terhenti apabila terasa pipi gebu itu basah.
Perlahan-lahan mata Myra terbuka. Dia merenung Alex lama. Mungkin mamai.
Alex senyum manis dan mengucup dahi Myra. “ Hai sayang.” Bisiknya lembut.
Myra tersentak dan terus merangkul Alex kuat.
Alex terkejut namun dengan pantas dia membalas pelukan Myra. Bibirnya mengukir senyuman paling lebar.
“ Kenapa ini sayang?” Soal Alex sambil mengelus rambut Myra.
Myra melepaskan pelukan dan merenung Alex dengan pandangan merayu. “ Kita pindah?” Pintanya manja.
Alex mengangkat kening. “ Pindah?”
Myra mengangguk laju. “ Kita pindah daripada sini. Sewa bilik yang kecil pun tak apa asalkan kita pindah.” Pujuk Myra. Bersungguh-sungguh dia merayu supaya mereka boleh pindah.
“ Tapi kenapa sampai nak pindah?” Soal Alex lagi.
Myra mengenggam jemari Alex. “ Please, kita pindah.”
Alex senyum. Dia mengangguk. “ Okay sayang. Kita pindah. Nanti Alex bagitahu yang lain.” dia tidak kisah asalkan ada Myra bersama.
Myra menjerit kecil dan mencium pipi Alex berkali-kali.

Myra duduk di sofa. Kata-kata Nenek masih terngiang-ngiang di telinganya. “ Kau senjaga hasut Alex pindahkan? Perempuan tak malu! Kau ingat kau boleh buat aku berhenti benci kau ke, tak! Kau tunggulah!
Myra mengeluh.
“ Nak pindah rumah pun mengeluh juga?” Soal Alex yang tiba-tiba muncul di sebelah Myra.
Alex merebahkan kepala dia pangkuan Myra.
Myrra terkedu dengan perbuatan selamba Alex.
Alex tersenyum melihat wajah Myra. “ Sayang cantik sangat.”
Myra terkedu melihat mata Alex. Dia handsome sangat.
Alex merenung setiap inci wajah Myra. Jantungnya berdegup laju. Air liur ditelan perlahan.
Myra sudah mulai rasa lain apabila tangan Alex menjalar di lehernya.
Alex lantas bangun.
Myra terkejut.
“ Asalamualaikum.” Bisiknya perlahan.
Mata Myra terkebil-kebil. Alex bagi salam kenapa?
“ Asalamualaikum.” Kata Alex lagi.
“ Walaikumusalam. Aarghh!” Jerit Myra kecil apabila tubuhnya rasa melayang akibat di dukung Alex.

Seperti yang dijangka, sebaik saja Alex pergi ke office, Nenek menyerang Myra dengan kata-kata marahnya di ruang tamu. Mama dan Syira hanya mampu diam, tidak berani membangkang kata-kata Nenek.
“ Kau ingat, mana pun kau bawa Alex pergi, dia tetap cucu aku dan aku lebih berhak atas dia! Aku akan pastikan status kau sebagai isteri Alex akan lenyap sebab hanya Sofia yang layak jadi isteri Alex!” Jerkah Nenek.
Myra diam, hanya nafasnya turun naik menahan sabar yang semakin menipis. “ Apa salah saya sampai Nenek benci sangat pada saya?” Soal Myra dengan geram.
Nenek senyum sinis. “ Salah kau sebab kau jadi isteri Alex! Hanya Sofia yang layak.”
Myra mengetap gigi. “ Kalau Nenek lebih berhak atas Alex, apa kata kalau Nenek bagitahu Alex ambil Sofia sebagai isteri Alex dan lepaskan saya.” Ujar Myra geram.
Nenek melangkah setapak mendekati Myra dengan pandanagan marah. “ Kau ingat aku tak berani?”
Myra mengangkat kening. “ Terpulang. Apa yang saya tahu Alex cintakan saya dan saya cintakan Alex. Nenek buatlah apa saja walaupun kahwinkan Sofia dengan Alex, Alex tetap tidak akan setuju. Biarpun Alex tidak mencintai saya sekalipun, saya akan pastikan tiada perempuan lain selain saya untuk Alex jika bukan saya wanita yang dia cintai. One thing for sure, Alex tak akan pilih wanita macam Sofia.” Kata Myra tegang.
Nenek mengetap gigi marah.
Pang!!
Semua terkejut.
Nenek tersenyum puas.
Myra memegang pipinya.
“ Baru puas hati aku.” Kata Nenek.
Myra mengukir senyuman sinis walaupun pipinya sakit. “ Nenek baru saja terlepas peluang untuk berjaya.” Ujar Myra sinis.
Riak wajah Nenek berubah.
“ Agaknya apa reaksi Alex kalau dia tahu Nenek tampar saya?” soal Myra dengin sinis.
“ Siapa kena tampar?” Soal Satu suara di belakang Myra.
Nenek pucat.
Myra diam.
Alex melangkah mendekati Myra. “ Kenapa ini? Apa jadi?” Soalnya serius. Alex melihat wajah Myra. Segera tangannya meraih wajah Myra ke arahnya. “ Apa dah jadi ini? Nenek tampar Myra ke?” Suaranya sudah naik seoktaf.
“ Apa lagi kali ini Nenek? Cukuplah! Alex penat dengan Nenek, ini hidup Alex, tolonglah jangan masuk campur.” Pinta Alex geram.
Nenek mencerlung. “ Alex marah Nenek kerana perempuan ini?!”
“ Nenek! Myra isteri Alex. Tolong hormat kami.” kata Alex dengan tegang. Tali leher dibuka kasar. Niat nak balik berjumpa dengan isteri kesayangan, tapi lain pula ceritanya.
Myra mengeluh. Takkan mereka berdua pula nak bergaduh. Myra menarik tangan Alex berharap dia berhenti.
“ Alex cuba terima Nenek tapi kalau begini sikap Nenek, Alex minta maaf.” Alex menarik nafas panjang.
“ Apa hebat sangat perempuan ini sampai Alex pertahankan dia?’” bentak nenek dengan nada yang tinggi.
Myra menahan Alex daripada meneruskan kata-kata. Dia tak nak mereka bergaduh kerana dia lagi, penat.
“ Nenek tak sangka Alex sanggup biadap dengan Nenek kerana perempuan tak guna ini!”
“ Nenek!” jerit Alex.
“ Stop Alex!” Bentak Myra tinggi.
Semua mata melihat Myra.
“ Myra.”
“ Saya minta maaf. Saya tak sangka kehadiran saya di rumah ini membuat hubungan Nenek dan Alex berantakan. Myra akan pergi daripada hidup Alex. Itu yang Nenek mahukan.. saya tarik balik semua yang telah saya katakan. Memang patut pun saya tak ingat apa-apa tentang Alex supaya senang saya lupakan siapa Alex. Alex, Myra minta maaf, sebulan bersama Alex rupanya hanya menambah tekanan pada Myra. Izinkan Myra pergi. Kita tak perlu pindah. Sekarang Nenek dah puas?”
Nenek diam.
Myra berpaling untuk naik ke bilik.
“ Myra langsung tak rasa apa-apa sepanjang kita bersama?” Soal Alex dingin.
Langkah Myra terhenti.
“ Alex langsung tak bermakna pada Myra?”
Myra hanya diam.
Alex ketawa. Dia meraup muka mengesat air matanya. “ Alex izinkan. Mungkin perpisahan semenantara ini memberi makna pada Myra.” Katanya dan berlalu pergi.

BAB 85

Selepas Myra keluar daripada rumah keluarga Alex, dia menuju ke rumah kawan-kawannya. Dengan tangisan dia menceritakan semuanya kepada mereka.
“ Sofia ini memang menyakitkan hati!” Marah Zatie.
Myra mengangguk setuju.
“ Apa kata kita kenakan dia nak?” Ujar Kery.
Mimi mengangkat kening. “ How?”
Zatie senyum. “ Tangkap gambar dia dengan lelaki lain?”
Mija mengeleng. “ Tak mantap. Kita pasang video dekat bilik dia. Mana tahu dia bawa jantan masuk rumah?”
Kery ketawa. “ Best idea kau. Aku setuju.”
Myra terkejut. Takkanlah sampai begitu sekali? Myra mengeleng. “ Tak payahlah.” Kesian kot dekat dia.
Zatie mengeleng. “ Pleaselah Myra. Ini pertama dan terakhir.” Pujuknya.
“ Tapi..?”
“ No buts.” Kata Kery.

Mimi dan Kery mengumpul maklumat tentang Sofia sementara yang akan menjalankan tugas ialah Mija, Zatie dan Myra. Mimi berjaya mendapatkan jemputan untuk menghadiri Party Sofia. Mija juga berhasil mencari peta rumah Sofia dengan bantuan kawannya. Zatie dan Myra yang akan masuk ke dalam rumah Sofia.
“ Good luck girls.” Ujar Mija sebelum mereka berdua masuk.
Myra masih teragak-agak. “ Tak salah ke apa yang kita buat ini?” Soal Myra ragu-ragu.
Zatie mengeluh. “ Salah tetap salah tapi ini caranya supaya kita tahu siapa dia.”
Sebelum masuk Zatie menyerahkan topeng muka untuk dipakai mereka. Katanya tema majlis ini.

Myra mencari tempat duduk supaya senang memerhatikan setiap orang yang ada di majlis ini. Zatie pula berusaha menyusup masuk ke tingkat atas. Mereka berhubung melalui walkie talkie. “ Kau dekat mana sekarang?” Soal Myra perlahan.
“ Aku dah naik atas. Cuma banyak sangat biliklah.” Rungutnya.
Myra melihat peta seketika. “ Bilik dia sebelah kanan, pintu warna pink. Hati-hati.”
“ Okay.”
Suasana agak meriah dan bingit. Mata Myra melihat kelibat Sofia yang dikeliling wanita cantik dan lelaki yang kacak sangat.
Myra terus menanti Zatie namun dia sunyi. “ Helo.”
Tiada jawapan.
“ Hello. Zatie. Dah ke belum?” Soalnya tidak sabar.
“ Hello.” Jawab satu suara lain.
Myra tersentak. Jatuh walkie talkie di tangannya. Suara siapa itu? Cepat-cepat dia mengemas begnya dan bangun namun belum sempat dia melangkah ke pintu lengannya ditahan. Myra berpaling.
“ Maaf cik. Tuan rumah ini tidak mahu siapa-siapa pun tinggalkan rumah ini seketika.” Kata lelaki berbaju kot hitam itu.
Myra menelan air liur pahit. “ Saya nak balik. Urgent.”
Lelaki berkot itu menjeling beg sandang yang dipegang Myra. Dalam sekelip mata saja beg Myra dirampas seorang lelaki. Myra hanya mampu menunduk tanpa mengangkat wajah melihat siapa lelaki tersebut.
Tanpa sebarang amaran, tangan Myra ditarik oleh lelaki tersebut dan dia dibawa ke tingkat atas. Myra tidak mampu melepaskan genggaman lelaki itu. Pintu bilik dibuka dan Myra ditolak masuk ke dalam bilik. Myra terduduk jatuh atas lantai dengan kasar.
“ Who are you?” Jerkahnya tiba-tiba.
Myra terkejut dijerkah mengejut. Air liur ditelan kesat. Alamak, apa yang dia lakukan..Myra mengengsot menjauh apabila lelaki itu mendekati dia.
Papp!! Myra tersentak lagi. Dinding!
“ Jangan buat aku ulang soalan aku.” Bisik lelaki itu perlahan.
Myra mengangkat wajah apabila dia rasa sangat dekat dan kenal dengan suara itu. Jangan cakap itu…
Pintu ditolak kuat tiba-tiba. Lelaki tadi menoleh.
Myra lantas bangun dan menolak lelaki itu sehingga dia terjatuh. Myra berlari menuju ke balkoni.
“ Jangan cuba nak lari perempuan!” Jerit lelaki tadi dengan marah.
Myra terhenti apabila dia menjeling ke bawah. Jalan mati!
Terdengar tawa sinis di belakang Myra. Myra berpaling. Alex ketawa melihat Myra namun Alex tidak mengetahui siapa perempuan di hadapan Alex kerana topeng muka Myra masih melekat di wajahnya.
“ Jangan dekat..” Ujar Myra takut. Dia mengamati setiap langkah Alex yang semakin dekat.
Alex mengangkat kening. “ Takut?”
“ Jangan dekat atau..’
“ Atau apa?”
Myra menjeling sekali lagi ke bawah.
“ Nak terjun ke?” Ejek Alex.
Myra menarik nafas. Nampaknya dia tak ada pilihan lain lagi.
“ Tuan!” Panggil Jimmy tiba-tiba. Alex menoleh ke belakang.
Myra mengambil peluang itu dan terus melompat ke bawah. Nasib baik balkoni ini terletak di tingkat dua saja tidak terlalu tinggi dengan paras tanah. Sakit di buku lali dia biarkan saja yang penting Myra dapat melepaskan diri daripada tempat tersebut. Jeritan Alex tidak dipedulikan dan Myra terus berlari ke pintu pagar mendekati Zatie yang kelihatan cemas.
Alex mejerit marah. “ Cari perempuan itu sampai dapat!” Arahnya tegang.
Jimmy mengangguk dan berlari keluar.

Myra tersedar daripada tidurnya.
“ Myra! Sedar juga kau.” Kata Zatie dengan teruja. Riak wajahnya gembira sebelum dia dijeling oleh Nurse yang berada di katil sebelah mereka. “ Sorry.” Ujar Zatie perlahan.
Myra senyum sebelum dia memandang sekeliling. “ Kenapa aku di sini?”
Zatie duduk sebelah Myra. “ Kau pengsan dekat pagar rumah Sofia. Dua hari kau pengsan dan kaki kau patah..”
Kali ini Myra pula menjerit.
Nurse itu sudah memberikan jelingan maut.
“ Maaf.” Kata Myra dengan wajah malu.
Zatie ketawa.
Myra mencubit lengannya. “ Seriouslah.” Marah Myra.
“ Terseliuh saja.” Katanya tidak bersalah.
Myra menarik nafas lega. Ingat patah betul-bbetul..
“ Apa kau buat sampai seliuh kaki ini Myra?” Soal Zatie dengan tawa kecil.
Myra mengeleng kepala. “ Kau terlupa ke walkie talkie itu? Orang lain yang jawab mana aku tak panik.”
“ Aku terjatuh benda itu, masa aku sampai di pagar baru aku ingat. Hampir saja aku terperangkap. Lepas letak camera itu di bilik Sofia, aku keluar ikut balkoni guna selimut.”
Myra mengeluh. “ Selimut?Aku terjun kot.”
Zatie menutup mulut terkejut. “ Really?!”
“ Sikit lagi aku nak kantoi dengan Alex.”

Myra terkial-kial nak mencapai payung di rak almari paling atas. Dia hendak ke bank keluarkan duit. “ Kenapalah Kery letak benda ini tinggi-tinggi?” Bebelnya geram. Bersusah payah dia hendak mengambil tiba-tiba sepasang tangan mengambil payung itu dengan mudah. Senyuman Myra terukir lebar. “ Thanks.” Namun, seketika dia terkelu. Siapa? Myra terkejut apabila melihat Alex berdiri di hadapan dia dengan wajah serius. Myra berundur apabila Alex mendekat. Dia mengawal langkahnya yang sumbang kerana dia tak nak Alex tahu kakinya sakit.
“ Kaki sakit ke?” Soal Alex tegas.
Myra mengeleng. “ Tak.tak.” Jawabnya gagap.
Tiba-tiba.. “ Aarrgh!!”
Myra jatuh terduduk di hadapan Alex. Dia mengenggam erat kakinya. Ya Allah! Sakit gila. Alex dengan senjaga menendang kaki Myra tadi. “ Sakitlah!” Marah Myra.
Alex duduk mencangkung di hadapan Myra. “ Kata tak sakit.” Ejeknya. Alex senyum dan mencempung Myra tiba-tiba.
Myra meronta-ronta terkejut dibuat begitu oleh Alex. “ Lepaslah.” Katanya takut.
Alex mencempung Myra sehingga ke kereta. Jimmy sudah sedia membukakan pintu kereta untuk mereka. “ Jimmy jalan.” Arah Alex selamba. Mereka masuk ke dalam kereta dan pergi.

Tidak lama kemudian mereka tiba di hadapan sebuah rumah banglo mewah. Mata Myra terpukau melihat rumah tersebut. Pintu sebelah Myra dibuka dan sekali lagi dia dicempung oleh Alex.
Alex senyum. Tubuh Myra dilepaskan seketika. Dia menoleh ke arah Jimmy. “ Kau boleh balik.” Ujar Alex dan Jimmy mengangguk sebelum dia melangkah ke satu tempat.
Myra menebalkan wajah apabila Alex mencempung dia masuk ke dalam.
Alex meletak Myra di atas sofa sebelum dia menuju ke atas.
Myra memerhatikan sekeliling kawasan rumah. Cantik.
Alex duduk sebelah Myra dengan kotak first aid di tangannya.
Myra pelik. Cepatnya dia naik ke atas..takkan dia berlari kot..
Alex menarik kaki Myra dan diletakkan di ribanya.
Myra merenung wajah Alex sementara Alex membuat kerja dia. Tanpa sedar senyuman terukir di bibir Myra, dia handsome sangat. Wajah Alex ditilik Myra semahunya. Rasa tak puas nak menatap wajah Alex.
“ Perempuan memang suka putar belitkan apa yang ada dalam hatinyakan?” Ujar Alex tiba-tiba.
Myra tersentak. “ Apa maksud awak?”
Alex melirik Myra sekilas sebelum dia kembali menumpukan kembali fokus kepada kerja dia. “ Alex cintakan Myra tapi kenapa Myra masih nak bohong apa yang ada dalam hati Myra? Myra cintakan Alex.”
Myra diam.
“ Myra tak penat ke nak lari daripada Alex? Myra tak nak hidup bahagia dengan Alex?” Soal Alex dengan nada sayu. Alex meraih tangan Myra dengan lembut.
Myra mengangkat wajah melihat Alex.
“ Kita dah banyak bazirkan masa berdua kita sayang. Tolonglah, bagi ruang dan peluang untuk kita berdua bahagia.” Pinta Alex lembut.
Myra kelu melihat anak mata Alex yang berkaca. “ Tapi Myra masih tak ingat siapa Alex yang sebetulnya?”
Alex senyum. “ Myra tak perlu ingat siapa Alex yang dulu, cukup Myra ingat siapa Alex sekarang dah memadai.” Katanya lagi.
“ Tapi Nenek tak suka Myra.” Ujar Myra lagi.
Alex mengeleng. “ Alex tak peduli. Nenek pun bukan suka Alex mula-mula dulu.”
Myra terkejut. Kenapa? Dia masih ragu lagi. “ Kalau Myra masih tak ingat juga?” Soalnya takut.
Alex senyum manis. “ Alex percaya pada takdir Allah. Kita perlu berusaha lebih lagi.”
Myra menahan senyum. “ Tapi kalau Mama dan Papa juga tak suka Myra?”
Alex terus mengukir senyuman untuk Myra. “ Jangan risau tentang Mama dan Papa. Mereka okay dengan kita.”
Myra senyum. “ Tapi?”
Alex mencubit pipi Myra tiba-tiba sehingga dia terjerit kecil. “ Daripada tadi asyik tapi saja. Alex tak nak dengar perkataan tapi lagi sayang. Ini arahan! Wajip hidup dengan Alex. Lahirkan dan besar anak-anak kita sama-sama.” Katanya tegas tetapi penuh kasih sayang.
Myra tersengih nakal mendengar kata-kata Alex.
Alex membalas senyuman Myra.
“ Tapi..”
Mata Alex membulat.
Myra ketawa kecil. Kolar baju Alex ditarik tiba-tiba mendekati dia.
Alex terkedu.
“ Tapi kaki Myra sakit, macam mana nak buat anak?” Bisiknya nakal.
Alex tersengih nakal sampai ke telinga. Dia mengeletek pinggang Myra dengan semahunya. Myra ketawa menahan geli. Terjerit-jerit dia meminta Alex berhenti. Alex mendakap Myra seeratnya. Dia gembira. Perlahan-lahan Myra sudah memperlihattkan sisi Myra yang dirinduinya. Dia rindu Umyra Ukasya. Myra tetap tersenyum dalam dakapan Alex.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience