chp 5

Romance Completed 8558

Alex tersenyum sinis. Mak Cik Senah yang baru nak masuk ke dalam rumah terhenti dan segera mendekati Myra yang sudah terduduk di atas pasir.
“ Myra kenapa? “ Soalnya laju dengan nada cemas.
Akhirnya Myra menangis tidak dapat menahan sakit yang semakin mencucuk.
“ Drama betullah. ” Sindir Alex sinis sambil dia memeluk tubuh sendiri.
Mak Cik Senah membelek-belek kaki Myra yang sudah kemerahan. “ Nampaknya bengkak ini Myra. Alex, tolong papah Myra bawa naik ke atas. Biar Mak Cik urutkan.” Kata Mak Cik Senah dan melangkah masuk dengan kelam kabut kedalam rumah meninggalkan Myra dan Alex di bawah.
Terbeliak Myra mendengar kata-kata Mak cik Senah. Alex nak papah dia. Oh my! Air mata dikesat laju. Kepala digeleng. Hati masih sakit dengan perbuatan Alex. Dahlah dia senjaga tolak Myra and now nak tolong pulak, dia patahkan kaki Myra adalah.
“ Aku pun tak inginlah. “ Balasnya dengan dingin.

Perlahan-lahan Myra berusaha untuk bangun sendiri tapi ternyata dia tak mampu. Kesakitan dia masih berada pada tahap tertinggi. Akhirnya, dengan wajah yang terpaksa ditebalkan dan malu berganda-ganda, Myra mendongakkan kepala melihat Alex meminta kasihan. Bukan dia minta dikendong atau didukung, hanya papah saja besides dia sedang sakit sebab perbuatan Alex. Dia pakai baju lengan panjang okey, hatinya membisikkan kata-kata pujukan. Takkan Myra nak biarkan Alex sentuh dia tanpa alasan. Senjaga dia mempamerkan wajah merayu. Tak pernah-pernah Myra terfikir akan berbuat sedemikian dengan Alex…
Tanpa disangka Alex datang mendekati Myra. Myra segera menghulurkan tangan tetapi hanya dipandang sepi. Melopong dibuatnya sebaik sahaja Alex mengangkat Myra dengan selambanya. Saat itu dia bagaikan patung. Tidak ada satu suara pun yang keluar daripada mulutnya.

Sekelip mata sahaja dia sudah tiba di dalam rumah Mak Cik Senah. Bukk! Alex dengan senjaga menjatuhkan Myra di atas lantai. Sungguh dia tidak merasa sakit pun. Myra tiada masa nak berfikir lagi. Dia masih terkejut dengan tindakan Alex..
Reaksi Myra yang terkebil-kebil mengundang tawa sinis daripada Alex.“ Suka bersentuhan dengan aku ?” Soalnya dengan nada tidak bersalah. Wajah kacaknya membuatkan pipi Myra terasa berbahang. Namun, itu semua hanya sementara sebab kata-kata tidak berinsurans itu menyakitkan hati Myra lagi. Namun, dia memilih untuk berdiam diri sebab Alex juga yang tolong Myra baru sahaja. Dia fikir Myra apa? Mak Cik Senah tiba dengan sebakul minyak di hadapan mereka.

“ Mak cik, perlahan-lahan. Sakit.” Ujar Myra tertahan-tahan. Tubir matanya yang berair dikesat dengan jari. Sesekali Myra mencuba menarik kakinya daripada tangan Mak Cik Senah. Ya Allah, rasa nak menjerit saja.
“ Tahan Myra, sakit memang sakit tapi lepas ini mesti baik.” Ujar Mak Cik Senah. Dia kemudian berlalu ke dapur.
“ Menjerit mengalahkan orang yang nak beranak.” Sindir satu suara dari arah kanan Myra. Ceng ceng ceng, cuba teka suara siapa.
Wajah dipalingkan daripada melihat Alex. Dahlah menyakitkan hati orang kemudian tak reti-reti pula nak balik. Menyemak saja di sini. Ingatkan terus balik tapi malaun ini masih lagi terperuk dekat sini, bikin bengkak hati saja, nasib baik handsome boleh juga hati dia sejuk.
Mak Cik Senah datang semula dengan satu bekas yang mengandungi cecair berwarna hijau dan pekat. Mak Cik Senah menolak sedikit hujung seluar Myra ke atas. “ Sekejap sahaja.” Kata Mak Cik Senah apabila Myra lekas-lekas menurunkan semula.
Malu apatah lagi Alex ada di sana. Matanya menjeling melihat Alex yang juga sedang melihat Myra. “ Apa tengok-tengok!” Marahnya sambil menutup malu. Matanya senjaga dibesarkan.
“Aku tak ada seleralah nak tengok kau.” Balasnya selamba dan menatap handphone dia semula.

Hari sudah menginjak tengah hari dan akhirnya dia bebas. “ Terima kasih Mak cik tolong urutkan kaki Myra.” Katanya dengan tersengih-sengih malu. Sakitnya sudah beransur-ansur kurang. Urutan Mak cik Senah memang powerlah.
Mak Cik Senah senyum sambil mengosok kepala Myra. “ Sama-sama Myra.”
Dia ketawa lucu. Myra kemudian meminta diri untuk balik mengenangkan perut yang semakin lapar.
Alex masih berada dalam rumah sehingga dia melangkah keluar. Tertanya-tanya juga Myra apa hubungan Alex dengan Mak Cik Senah tetapi malas pula nak bertanya memandangkan ada telinga lain juga yang berada dekat kami. “ Elok juga dia tak balik sekali dengan aku manalah tahu ada yang mengintip kami berdua.” ujar Myra sendiri.
Yelahkan Alex itu kepunyaan orang. Orang handsome ini memang jarang ada yang single. Girlfriend dia memang fuhh cantik. Menjadi rebutan lelaki-lelaki yang handsome dalam sekolah mereka. Malahan Alex pernah bergaduh dengan Akim berebutkan Lisa, girlfriend Alex.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience