14

Romance Completed 8557

Alex menghentam papan gol dengan bola sekuat hatinya. Kata-kata Myra masih jelas diotaknya. Ingat dia jahat sangat ke nak bunuh orang bagai. Dia bermain tanpa henti untuk melepaskan kemarahannya. Rakan--rakan dia melihat pelik.
“ Alex, kenapa?” Soal Noah kepada Adi. Tetapi Adi hanya mengangkat bahu.
Alex mencapai botol mineralnya dan meneguk air dengan rakus.
Noah teringat sesuatu. “ Kau marah Myra tuduh kau cuba sabotaj dia eh?” Soalnya. Adi yang mendengar terkejut.
“ Memanglah itu niat aku tapi aku belum gila lagi nak bunuh oranglah.” Jawabnya dengan marah.
Adi mengangguk faham. “ Syukur dia selamat.”
Muncul Fariz dengan termengah-mengah di hadapan mereka semua.
“ Kau apasal Fariz?” Soal Adi pelik.
“ Alex, aku dah siasat siapa punya kerja yang rosakkan brek skuter Myra.” Dia memberitahu mereka sebelum duduk di atas lantai. Semua yang lain melihat terkejut.
“ Lily, pengerusi Kelab Martial Arts. Dia kalah dalam pelawanan mereka berdua. Disebabkan malu, Lily upah orang supaya potong wayar supaya dia tak boleh balik tapi orang itu salah potong.” Katanya dengan sekali nafas. Adi dan Noah seakan tidak percaya dengan penerangan Fariz. Alex suruh Fariz siasat benda itu, wah sangat pelik.
“ Kau dah tangkap cintan dengan Myra, Alex?” Soal Adi lalu ketawa. Noah dan Fariz melihat Alex menanti jawapan Alex tetapi dia hanya diam.
“ Habis itu Lisa macam mana?” Soal Adi bingung.
Alex membaling botol mineralnya kearah Adi tetapi Adi dapat menangkap tepat sebelum yang lain ketawa besar.
“ Aku cuma nak bersihkan nama akulah. Otak korang ini memang biul.” Marahnya dan berlalu pergi.

Myra menuju ke kolam renang di tingkat paling atas sekali selepas tempat pendaratan helicopter. Kata-kata pengetua Axel School masih terngiang-ngiang di fikiran dia. Puan Mariam sangat baik orangnya meskipun beliau berjawatan tinggi tetapi tak pernah menyombong dengan bawahan beliau serta para pelajar walaupun latar belakang pelajar yang berbeza-beza. Dia yang memperkenalkan sistem pengambilan pelajar menerusi peperiksaan peribadi untuk sesiapa yang berminat mendaftar sebagai pelajar Axel School biarpun pelajar tersebut datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan sederhana. Salah seorangnya Myra dan kawan-kawan dia yang terpilih melalui peperiksaan tersebut.
Nasihat Puan Mariam supaya Myra sentiasa menjaga keselamatan diri masih segar di ingatan. Dia juga menasihatkan Myra supaya berbaik-baik dengan Alex padahal dia okey sahaja dengan Alex. Tapi tak pula Myra nampak Alex datang Company dua tiga hari ini. Biarlah, dia punya hal lah nak datang ke tak, well he is brilliant, what can I say?
Myra tiba di hadapan pintu masuk ke kolam renang. Pelik, kenapa pintu ini tak berkunci. Kunci disimpan kembali ke poket baju. Perlahan-lahan pintu Myra tolak tanpa menghasilkan bunyi. “ Sepi. Pak Mat lupa kunci pintulah ini.” Katanya sendiri lalu melangkah masuk kedalam tanpa curiga.
Pak Mat itu pembersih kolam renang Axel School, dia bertugas membersihkan kolam renang ini 3 kali dalam seminggu. Cepat-cepat Myra berlari menuju ke bilik stor yang terdapat dalam ruangan ini. Dia ini penakut juga apatah lagi kawasan ini agak besar. Langkahnya terhenti apalagi kaki dia terpijak sesuatu. Lantas Myra menunduk melihat ke lantai.
“ Key chain siapa ini?” Myra mengambil key chain berbentuk L tersebut. Serentak telinganya mendengar sesuatu bunyi. Perlahan-lahan mata dia meliar melihat sekeliling. Sunyi sepi, akhir sekali matanya tertancap pada gerakan kecil di sebalik tirai tempat menukar pakaian. Tanpa disedari Myra sudah melangkah mendekati kawasan tersebut dan sekali tarik tirai tersebut terbuka luas dan memaparkan segala yang ada di dalamnya.
“ Hei!” Jerit Myra sekuat-kuat hati. Dengan pantas Myra berundur apabila lelaki tersebut mara ke arah dia. “ Pak Mat?” Sungguh Myra tak percaya apa yang dia nampak. Seorang wanita pula sedang terkulai layu dilantai, seluruh badannya terikat tali.
Pak Mat tersenyum sinis. “ Kenapa? Tak usah terkejut Myra. Macam Myra tak kenal siapa perempuan itu.” Katanya dan ketawa besar.
“ Pak Mat tahu tak ini salah?” Marah Myra. Pak Mat datang selangkah mendekati dia.
Ngeri Myra hendak melihat wajahnya. Seperti bukan Pak Mat yang dia kenal.
“ Myra. Kau tak akan rugi apa-apa kalau kau tutup mulut tentang hal ini, tiada siapa yang akan tahu. Lagipun, dia nak bunuh kau dan inilah caranya supaya kau boleh balas balik apa yang dia sudah buat dekat kau.” Kata Pak Mat sambil melangkah perlahan.
Kepala dia geleng dan berundur laju ke belakang.“ Kalau saya nak balas dendam pun ini bukan cara yang baik. Lebih baik Pak Mat berhenti atau saya jerit!” Ugut Myra. Tapi, apa maksud Pak Mat?
Pak Mat ketawa sebelum dia merenung Myra dengan pandangan tajam. Jantungnya semakin laju berdegup. Dia mara dengan lebih dekat dan mencuba mencapai lengan Myra tetapi dengan segera Myra menepis laju tangan Pak Mat. “ Aku tak akan biarkan kau terlepas!” Marah Pak Mat dan menarik Myra mendekati dia.
Dengan kuat Myra menolak badan Pak Mat sekuatnya dan berlari ke arah pintu keluar tetapi Pak Mat berjaya menolak Myra kuat ke dinding dan belakangnya terhentak palang besi. Pak Mat ketawa dan menghampiri Myra. Dadanya terasa nak meletup kerana takut dan mengigil. Hanya mampu memejamkan mata berdoa supaya sesiapa datang selamatkan dia.
“ Myra, Myra. Tak sangka kau rezeki aku hari ini.” Katanya sambil ketawa jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience