95

Romance Completed 78127

" Apa?"
Suara garau Jonathan memecahkan suasana perbualan diantara dia Dan Matthew...Baru beberapa hari Matthew kembali ke sisi Johan...dia telah menerima panggilan...mungkin Ada perkara  penting yang Matthew mahu sampaikan...

" Tania mengandung, Anak Johan!"
Sebaik perkataan itu diucap, Matthew Menarik nafas lega...dia berjanji dengan Tania untuk rahsiakan perkara itu hanya kepada Johan...bukan kepada Jonathan...
Dan janji bersama Tania masih ditepati...

Pilihan yang dibuat membuatkan Matthew terlepas dari perkara yang mengusutkan fikirannya, dan dia mahu Jonathan ambil alih perkara melibatkan perhubungan antara Johan Dan Tania..
Pengalaman tentang hubungan pada  Jonathan mesti lebih berguna..

" Anak Johan...berapa lama Tania mengandung !"  Jonathan terkejut Dan  dalam Masa yang sama dia bergembira dengan perkabaran yang dimaklumkan kepadanya...dia sangat harapkan perkara itu berlaku, tapi dia masih belum percaya segalanya berlaku...dia tahu Johan Dan Tania ditempat yang sama..namun ingatan Johan belum pulih sepenuhnya....

bagaimana Johan Dan Tania boleh bersama kembali...dia tahu peristiwa kehilangan Johan dulu bersama Tania..
Tapi Macam Mana Tania boleh maafkan Johan setelah apa yang berlaku dulu...
Jonathan dapat mengagak Ada sesuatu yang tidak kena dengan semua yang terjadi...

"  Dalam 7 bulan...Saya baru tahu Hal ini..Sebab itu Saya hubungi awak Jonathan. Saya terpaksa laporkan Hal ini" Matthew tidak mahu tergesa - gesa menyampaikan Hal  yang selanjutnya.. dia mahu perkara itu disampaikan secara perlahan - lahan..

" Mana Johan....? Apa reaksi Johan bila Tania mula mengandung...dia dapat bayangan itu lagi?"
Jonathan tahu jika terdapat sesuatu perkara yang mencetuskan fikiran Johan, bayangan àkan muncul di fikiran cucunya...lama - lama kelamaan bayangan itu akan menjadi realiti...perkara yang sama berlaku bila Johan Cuba ingat siapa dia dulu..

" Pasal Johan....itu masalah yang Saya nak terangkan pada awak Jonathan..Saya harap perkara ini belum terlambat..Ada sesuatu yang awak perlu tahu..!"

Dari nada suara Matthew, Jonathan tahu Ada sesuatu yang tidak kena disana...dia ingatkan segalanya berjalan lancar..Tiada satu perkara yang dalam pengetahuan dia akan mendatangkan mendatangkan masalah dalam fikirannya...

Jonathan menghelakan nafas yang pendek..Setelah menyandarkan diri Dan mendapat keselesaan... Jonathan mendapatkan panggilan kembali dari Matthew, Kali ini semua perasaannya ditenangkan untuk dia menerima berita yang àkan disampaikan sekejap lagi..samada berita yang àkan disampaikan buruk atau sebaliknya, dia sudah cukup bersedia...

" Berita apa?" dengan tenang Jonathan pastikan segalanya lancar, untuk setiap baris perkataan yang keluar dari percakapan Matthew difahami..

" Esok, Johan akan berkahwin lain..Johan àkan berkahwin dengan Rina..!"

" Apa? .....kejutan yang disampaikan Matthew mampu buatkan segalanya berpusing di fikiran Jonathan...Siapa Rina?" Jonathan bertanyakan soalan bersama nada suara yang Mula garau menunjukkan kemarahannya...

Tania dah mengandung Dan Johan buat perangai...apa yang terjadi disana..Semua perkara buatkan Jonathan pening, lebih memburukkan keadaan..dia sendiri tidak tahu perkara sebenar yang terjadi..

" Rina ....dia peguam Syarikat kita.dia bekerja dengan Johan..Mereka kenal disana." Matthew berterus terang..

" Habis kalau Johan berkahwin, Macam Mana dengan Tania, Anak dia? Johan Tak pernah fikirkan pasal anak dia?"
Darah di tubuh Jonathan telah menyirap, kemarahan menjukang keseluruhan tubuh...

sedikit sebanyak darah keturunan dia tetap juga mengalir dalam darah Johan..dia pernah buat kesilapan dulu  dengan abaikan Aminah Dan dia mendapat pembalasan, ....Dan begitu juga Aminah yang abaikan Johan...
tapi Johan, kasih sayang dari Johari Ayahnya Dan dia, masih Tak cukup untuk Johan tersedar Dan tidak ulangi kesilapan yang sama apa yang àkan  terjadi nanti..

" Matthew apa yang berlaku sebenarnya... kenapa Johan pilih Rina..kenapa perkara ini awak rahsia hingga perkara ini di akhir waktu....apa yang terjadi!"
Jonathan tidak dapat menunggu, semakin ditunggu dia semakin menyirap...jika hendak diselesaikan perkara itu dia perlu cepat bertindak sebelum semuanya musnah.

" Johan Tak tahu yang Tania mengandung!"
Bila perkabaran itu dimaklumkan kepada Jonathan...Saluran darah di tubuh Jonathan seakan terhenti...Jadi Hal itu bukan melibatkan kesalahan pada Johan seorang..tapi kesalahan bersama melibatkan Tania...

" Tania rahsiakan Hal ini dari Johan...tapi sebab apa Matthew? Kenapa Tania rashiakan, sedangkan Johan akan berkahwin dengan gadis yang lain...? Perasaan Jonathan Tak sedap, Jika benar yang dikatakan Matthew..macam Mana Tania boleh mengandungkan Anak Johan, Dan ditinggalkan...

Adakah Tania kembali hanya untuk membalas dendam pada Johan disebabkan kehilangan dulu....dan Setelah Tania dapat kembali apa yang diidamkan, dia kembali menghilang tinggalkan Johan..
Segala kemungkinan menjadi tanda Tanya kepada Jonathan ....hubungan Tania Dan Johan sebelum ini cukup rumit, tapi dia tahu mereka berdua saling mencintai, walaupun Ada sesetengah perkara...Jonathan perlu tutupkan matanya...

" Tania tidak mahu Johan tahu tentang perkara Hitam yang terjadi sebelum ini...Johan salah sangka pada Tania, dia pilih jalan untuk berpisah...tapi Tania halang disebabkan kandungan dia, Jonathan...!"
Bicara Matthew buatkan Jonathan tersentak....dari segala yang diceritakan, segala dalam fikiran Jonathan tadi jauh menyimpang dari fikiran yang difikirkan tentang Tania...

" Dia gadis yang baik, Aku dah lama tahu tentang Hal ini..cuma takdir mereka berdua masih belum mendapat bahagia Matthew...Jika kejadian Hitam itu tidak terjadi....segalanya masih dalam keadaan baik untuk hubungan mereka berdua."

" Ya....tapi perkara itu masih belum terlambat Jonathan...awak boleh halang Johan dari lakukan perkara yang sama.." Matthew memberikan Klue Dan Berharap Jonathan akan faham maksud tersirat dari perbualan mereka berdua....

" Apa yang mereka berdua buat Matthew sampai masalah jadi kusut seperti ini.. Kenapa Johan boleh bersama Rina Dan Tania mengandung sedangkan Johan Tak tahu...awak nak saya selesaikan masalah mereka berdua, tapi Saya Tak tahu semua yang jadi....beritahu Saya semua!"
Suara tegas Jonathan kedengaran bersama pernafasan kuat yang Cuba dikawal..

Matthew menjadi tergamam dengan kemarahan Jonathan...dia ingatkan Jonathan akan tenang sebaik mendengar semua masalah yang terjadi...sebelum ini Jonathan mengambil masalah dan tahu Cara bagaimana nak kawal semua permasalahan..Dia akan sentiasa tenang menghadapi sesuatu...tapi sesuatu yang melibatkan Johan membuatkan ketenangan Jonathan lari jauh...

Matthew tiada Cara lain....satu persatu peristiwa di ceritakan kepada Jonathan secara perlahan -lahan untuk Jonathan faham akan situasi yang terjadi dalam hubungan Tania Dan Johan...

Setelah satu perkara Jonathan faham dalam pemahaman Matthew, barulah perkara itu dibawa kepada isu kedua Dan seterusnya....Setelah selesai Jonathan dilihat mengeluh panjang...

Ternyata permasalahan Johan Dan Tania semakin rumit...

" Berhenti" suara seorang  lelaki jelas di pendengaran Johan dan Rina....Suasana kelam kabut menjadi haru Biru...entah siapa gerangan yang memberhentikan pernikahan yang Akan terjadi masih belum dapat dipastikan..

Seorang wanita betudung separuh muncul dibelakang si lelaki....dia hanya memerhati keadaan sekeliling, pengantin perempuan dilihat dan anak mata beralih pandangan kearah Johan...

" Ayah!" Suara Johan memecahkan suasana..

" Awak kenal dia...Johan!" Sebaris nama dalam borang ditangan Tok Kadi dilihat...dia telah berusia, untuk mengingati nama pengantin lelaki di depannya perlukan usaha.. Jadi untuk tidak tersilap menyebut, borang itu dilihat sekali lagi...

" Ayah Saya." Lembut Johan menjawab...dia serba salah dengan segala yang terjadi...darah gemuruh Johan sebentar tadi menghilang bila dia dikejutkan dengan kehadiran Johari Dan bersama Ayahnya seorang perempuan....yang dilihat Johan lebih mirip wajahnya...

" Jadi dia......Mommmy?" Persoalan yang ditanya Johan dalam diri sendiri..

Sesuatu dibisikkan Aminah ketelinga Johari....kelihatan Johari hanya merenung kearah Johan Dan Juga Rina...Johari memandang kearah Aminah semula, sebelum berat perkataan yang akan dia sampaikan nanti...

" Johan.....nampaknya Ada masalah sekarang ini...Saya bagi Masa awak selesaikan dulu masalah ini....Jika melibatkan Keluarga, lebih baik kedua - Dua pihak berbincang...rasanya pernikahan ini perlu ditangguh dulu..Saya bagi awak Masa..."
Tok Kadi memberikan Masa kepada pengantin untuk berbincang...Memandangkan dia tidak sibuk Hari itu, peluang itu diberikan untuk  menghuraikan kekusutan yang terjadi bagi kedua - Dua pihak..

" Mari kesini Tok...Kita jamu selera dibawah dulu, biar mereka bincang dulu." Isyarat diberikan kepada Ayah Rina...Saksi yang hadir hilang dari pandangan Johan dan Keluarga Rina...hanya yang tinggal, Keluarga terdekat Rina, Johan bersama Johan Dan Aminah...memandangkan Johan tiada sedara di situ, dia hanya wakilkan dirinya sendiri...

Johari memulakan perkenalan kepada Keluarga Rina siapa dirinya Dan Aminah...Setelah sesi perkenalan barulah perbincangan diadakan...perbincangan Dua Keluarga...

" Kami Keluarga Johan, kami terpaksa hentikan dulu perkahwinan ini sebelum soalan yang kami ajukan dapat dijawab Johan!" Johari termenung Dan melihat kearah Johan, banyak soalan yang mahu ditanya kepada anak lelakinya..Hal berkaitan Johan Dan hubungan Johan yang merupakan suami kepada Tania...

Rina tergamam namun dia masih tertanya - Tanya siapa wanita Mat Sallleh disisi Johari yang Baru dipanggil Ayah oleh Johan..

" Ada apa yang perlu diperjelaskan Pak Cik, Saya Dan Johan àkan berkahwin secara Sah..Kenapa Pak Cik berhentikan pernikahan kami?"
Rina berang, dia Tak peduli lelaki itu dipanggil sebagai Ayah atau siapa..dia perlu diperjelaskan kenapa perkahwinan dia ditunda saat akhir...sedangkan hanya beberapa saat lagi tinggal untuk Johan jadi miliknya...dia semakin tidak sabar, telah lama dia menunggu...

Aminah yang mendengar hanya tersenyum sinis melihat sikap Rina...nampaknya perempuan yang àkan dikahwininya Johan bukan calang - calang...belum menjadi isteri perempuan itu tidak malu melawan...semua itu Menarik minat Aminah...

" Kalau perkahwinan ini dibatalkan apa awak boleh buat?" Aminah memainkan peranan jahatnya, selama ini Johan menganggap dia sebagai seorang perosak hidupnya...jadi buat apa dia menjadi seseorang yang baik...lebih baik dia menunjukkan sifat sebenar...

"Awak...siapa awak nak batalkan pernikahan kami..?" Rina tidak kisah, apa pun yang terjadi dia perlu dapatkan Johan...banyak plan Rina bagi mendapatkan Johan, untuk apa lagi dia tunggu..

" Saya Mommy Johan...Aminah tersenyum sinis sebelum mata Aminah melihat kearah Ahli kerabat Keluarga Rina yang Ada bersama mereka...

Johan yang memandang tidak terkejut dengan pendedahan Aminah..melihatkan Rupa Aminah, dia tahu itu Mommy dia...wajah Johan seiras - iras Aminah...hanya mata dan Bibir Johan yang mengikut Johari...

" Walaupun awak Mommy Johan apa Hak awak nak batalkan perkahwinan kami...Bukan awak yang jaga Johan selama ini..Johan dibawah jagaan Jonathan." Semakin geram Rina, tanpa menunggu lama Rina terus kepada topik utama..dia telah siasat Johan Dan tahu serba sedikit tentang Johan dulu.... kehidupan Johan Masa kecil, semua Rina tahu...Hal yang dia siasat selepas dia tahu Tania isteri Johan...

Johari merenung Rina tajam... dia Tak  bermaksud untuk menghalang Johan tapi Ada sesuatu yang perlu diperjelaskan..tapi dengan sikap Rina, dia sudah tidak berkenan...lebih - lebih lagi sikap Rina yang tidak menghormati Aminah..

" Johan Tania Macam Mana, dia dah tahu kamu nak berkahwin Hari ini?"

" Huh ......" Kedengaran keluhan Rina bersama jelingan yang panjang kepada Johari...

Namun Johari tidak pedulikan semua sikap Rina yang bengang...dia mahu tahu tentang menantunya terlebih dahulu, Baru dia benarkan Johan berkahwin lagi...bukan mudah bagi Johari untuk beristeri Dua....dia Tak bermaksud untuk mempertikaikan kebolehan Johan, tapi itu semua adalah Kebenaran..

" Tania dah berikan Kebenaran!" Ringkas jawapan johan, segala jawapan Johan buatkan Aminah tersenyum.. dia mendapatkan Johari tanpa memandang kearah bakal menantu barunya...

" Tania dah benarkan..Jadi buat apa lagi Kita tunggu disini...Johan, pernikahan boleh diteruskan...Maaf menganggu tadi.." Aminah mendapatkan Johari Dan dengan lembut Menarik Johari untuk pergi..

Johari tercengang dengan sikap Aminah...
" Apa awak cakap ini Aminah...kenapa Kita perlu pergi, Kita kesini untuk Tania..?" Johari resah entah apa plan Aminah Kali ini...

" Saya Tak kisah siapa yang Johan pilih untuk jadi menantu Saya...asalkan dia bukan Tania." Sekali lagi Aminah senyum sinis, dia memberikan isyarat Mata kepada  menantu barunya, Dan dalam Masa yang sama sebelum melangkah, sempat Aminah menjeling kearah Rina...lebih kepada amaran dengan sikap Rina tadi..

Dia tidak mencari musuh dengan Rina...Dan jangan sesekali Cuba menyakitkan hatinya, dia telah banyak bersabar memandangkan itu adalah Majlis Johan...dia perlu menjaga air muka Johan disitu..

" Tapi.....Johari masih lagi tidak dapat berfikir...Johan mengambil keputusan drastik, Aminah masih dengan plan yang Johari sendiri Tak faham....Tania gagal ditemui untuk maklumkan apa yang terjadi....satu yang Johari tahu, Johan terburu - buru mengambil keputusan, dan keadaan Tania yang melarikan diri bagaikan Ada sesuatu yang telah berlaku...

Dalam fikiran Johari, hubungan Tania Dan Johan buruk...jelas dengan semua keadaan, kenapa jalan itu dipilih oleh Johan..

" Rina masih terdiam...begitu juga keluarga Rina yang melihat...mereka tidak boleh Komen apa - apa...mereka tidak faham apa yang terjadi...

Yang mereka harapkan semuanya boleh diselesaikan disini...dan pernikahan ..Macam Mana dengan pernikahan hari ini?" Bapa Rina bertanyakan kepada Johari, bila kedua - duanya bergerak untuk pulang....

" Saya tiada masalah, Rina boleh bersama Johan!" Aminah memberikan pendapat...

Semuanya lega dengan bicara dari wakil Johan...

" Panggil Tok Kadi balik....cepat kesini" Setelah mendapatkan lampu hijau dari keluarga Johan, senyuman mekar di wajah kedua orang tua Rina....begitu juga dengan Rina, dia boleh Menarik nafas lega Setelah dia diterima dalam Keluarga Johan...

Rina sungguh Tak sangka....walaupun nanti hubungan dia dengan Aminah àkan sukar, namun itu permulaan yang àkan diambil Rina bagi mengambil hati Aminah nanti...

" Tok Kita dah boleh mulakan pernikahan ini...Pengantin perempuan dengan lelaki dah setuju begitu juga dengan keluarga kedua - duanya..." Sepupu Rina yang dipanggil tadi mendapatkan Tok Kadi untuk memaklumkan keputusan yang telah dicapai...

Tok Kadi hanya terdiam, pandangan dilihat kepada seorang yang berada disisinya...

" Panggil Johan kesini?" Suara garau seseorang membuatkan Sepupu kepada Tania terkejut...Walaupun lelaki di sisi Tok Kadi ifu sudah tua, tapi Aura ditubuhnya masih menakutkan...

Tanpa membantah dia kembali mendapatkan Johan, Dan hanya yang berada dikepalanya...dia perlu segera memanggil Johan sebelum hidupnya musnah dia tangan lelaki tua itu...."

" Abang Johan, Ada seorang lelaki nak jumpa Abang Johan sekarang, dia tunggu bersama Tok Kadi....cepat!"
Wajah sepupu Rina Cemas sambil mendapatkan Johan untuk mengikutnya segera...

Bersambung...????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience