89

Romance Completed 78127

Tujuh Bulan telah berlalu...

Munshi tenang melangkah ke sebuah rumah dengan hati yang tenang...Tidak dilupakan sejambak bunga mawar Merah menjadi peneman Munshi dalam berkunjung kesitu...

Pap! Pintu kereta ditutup dan dengan langkah perlahan Munshi muncul di muka pintu... Seperti selalu semenjak dia selalu muncul dirumah itu, kehadiran Munshi akan disambut seseorang dengan senyuman...

Senyuman yang membuatkan hati Dan perasaan Munshi berubah ceria...membuatkan segalanya terasa pening indah...

Plak, pintu rumah dibuka sebelum Munshi sempat mengejutkan Tuan rumah..Di hadapan Munshi telah jelas dengan kehadiran senyuman seseorang ..wajah ceria Dan Cantik yang sentiasa memukau pandangan mata Munshi...

Dan pandangan Mata lelakinya masih tidak jemu dengan seraut wajah yang sedang mengisi ruangan matanya...

" Hmmmmmmmm! Awak tahu Saya kesini Tania?" Kejutan yang Cuba dibuat tadi ternyata sia - sia... Kemunculan Tania didepan mata membuatkan apa yang di rancangkan tidak berjaya...

Bersama senyuman... Munshi hulurkan jambangan bunga kepada Tania..gadis yang dia amat Cinta sepanjang hidupnya...

" Tepat pada jam yang sama, Dan pendengaran Saya masih jelas lagi Munshi... bunyi kereta awak tu  dah lali bagi saya!" Bunga yang dihulurkan oleh Munshi diambil Tania...Setelah bauan wangi  itu dihidu ...Tania tersenyum ceria dengan tenang Tania memberikan pandangan...

Munshi yang melihat kini dipenuhi dengan perasaan gembira...bila sesuatu yang menceriakan hidup Tania dapat dilihat dimata Munshi...

Langkah Tania meninggalkan Munshi...Dan tindakan Tania lebih membuatkan Munshi lebih bahagia...

" Awak nak kemana? Kenapa tak jemput Saya ke dalam Tania?" Langkah Tania menghala ketempat biasa, namun Munshi masih mahu mengusik...bila dilihat jelingan di Mata Hitam Tania, Munshi tersenyum kecil....setiap reaksi Tania yang terpampang begitu menerujakan hati Munshi...

Perlahan - lahan Tania mendapatkan Bangku di laman luar rumahnya..Setelah dia Dan Munshi duduk bertenang barulah Tania bersedia mengahdapi Munshi...Menjadi Rutin kini, Munshi melawatnya disitu setiap Hari....dengan alasan atas tanggungjawab...

Biarpun telah dilarang, namun Munshi masih berdegil....Mulanya Tania Cuba menghalang, namun disebabkan tujuan Munshi yang dilihat ikhlas..Jadi Tania terpaksa biarkan Dan tiada sebab untuk dia menghalang apa yang mahu dilakukan Munshi disitu....Munshi sekadar melihat keadaannya, Dan selepas berpuas hati...barulah Munshi akan kembali kerumahnya....

" Untuk apa bunga ini?" Tania melihat kearah Munshi...Jelas di pandangan Tania Munshi sedang merenung kearahnya...

" Untuk gadis kesukaan Saya!" Munshi bicara dalam satu nafas....

" Saya bukan budak Sekolah awak boleh mainkan Munshi...walaupun satu dunia awak serahkan jambangan bunga pada Saya...awak tahu apa jawapan Saya...Jadi kenapa mahu membazir?" Tania senyum sekilas, segala maksud dari katanya Munshi faham.....namun Munshi masih tidak berputus asa Dan begitu juga dengan Tania...

Dia Tak perlukan simpati Munshi, dan Munshi juga Tak perlu terhegeh - hegeh mencuba mendapatkannya..Dia telah nekad dengan keputusan...Dan tiada sesiapa yang boleh mengugat keputusan Tania...

" Sampai bila ?" Munshi mengepung tubuh Tania dengan satu tangan diletakkan di atas meja Dan satu lagi di atas kerusi Tania...Biarpun masih berjarak, namun dilihat Munshi Tania tidak selesa dengan jawapan itu...

Dengan segera Munshi menurunkan tangannya kembali....

" Saya belum buat keputusan, Dan Saya pasti awak dah tahu apa jawapan Saya Munshi!" mata Tania lembut memberikan pandangan pada Munshi...Soal Hati Dan perasaan, Tania tidak mahu main - main..

Sepenuh hatinya telah terisi dengan Cinta Tania kepada Johan..biarpun semuanya telah pulih, namun kesakitan itu masih bersisa...keputusan yang Tania buat dulu dirasakan adalah berbaloi bagi Tania...

" Saya tahu...tapi awak Tak fikir apa yang akan jadi nanti Tania..Bukan semua perkara awak boleh sorokkan...Dan apa yang terjadi sekarang...sampai bila awak nak rahsiakan dari Johan?" Munshi memandang kearah Tubuh Tania yang telah membuncit...Munshi Tak pasti mengapa, namun kehadiran sebutir kecil dalam diri Tania, membuatkan Munshi semakin menyayangi Tania..

Dulu mereka tidak pernah bincangkan tentang Hal ini...sepanjang perkahwinan mereka berdua sesuatu seperti ini tidak pernah terjadi...dulu mereka nyaris - nyaris terbabas, namun mereka masih diselamatkan....

Memikirkan tentang Hal itu, Munshi merasakan Hal itu adalah satu kerugian dalam hidupnya....Jika dia Dan Tania dikurniakan zuriat seperti yang terjadi sekarang, tentu hidup mereka berdua tidak akan menderita...

" Tania, awak pernah fikirkan Hal ini Hal ini waktu Kita bersama dulu..Maksud Saya sepanjang perkahwinan Kita berdua?" Walaupun sudah terlewat, namun dirasakan Munshi Hal itu masih Mempunyai waktu...Dan jawapan dari Tania sedang ditunggu dengan sabar...

Tania sukar percaya yang Munshi bertanya tentang kisah mereka yang lalu...perkara yang tidak pernah difikirkan Tania...waktu perkahwinan mereka berdua, Tania terlalu Jahil dalam peranan sebagai isteri....jadi Macam Mana dia mahu memikirkan Hal itu...

" Itu sesuatu Masa yang lama untuk Kita ungkit Munshi...tapi kalau awak nakkan jawapan tepat, isteri yang awak kahwini dulu hanya berumur 16 tahun...Saya masih bersekolah , perkara melibatkan kandungan macam yang awak cakap sekarang...kita tak pernah fikirkan ataupun terlintas dalam fikiran Kita berdua!" Tania mengingatkan Dan dalam nada percakapan segalanya serius...

Tania bersandar dengan tenang memandangkan dia telah berikan jawapan yang jelas pada Munshi...Reaksi Munshi yang sedikit terkejut tidak dipeduli...

Munshi terdiam memikirkan segala kata - kata Tania...
Betapa dia terlalu  alpa dengan Tania Dan
Perkara yang mereka berdua telah lama  terlepas..
" Kita Tak pernah bincangkan isu ini dulu...

" Semua ini dah berlalu Munshi, Tak Ada apa yang perlu Kita kesalkan..takdir Kita mungkin dah tertulis...untuk awak dengan Saya jalani hidup masing - masing!" Tenang Tania bicara Dan segala bicara Tania telah dapat Munshi terima...

" Macam Mana dengan Johan..? Awak masih tunggu dia...kenapa awak Tak bebaskan diri awak dari dia?" Soalan yang masih Munshi terus Tanya kepada Tania, sedangkan dia telah dapat jawapan dari soalan itu Dan jawapan Tania tetap sama tidak berubah....

" Mereka berdua akan berkahwin hujung minggu ini...kenapa awak bangkitkan tentang Hal itu lagi .. Saya dah redha Munshi dan perkara ini Kita dah bincangkan beberapa Kali, Tak perlu awak nak bangkitkan lagi.... tiada apa yang akan ubah pendirian Saya..."
Reaksi Tania benar - benar tenang pada pandangan mata Munshi...

" Sampai bila?" Soalan Munshi tergantung...

Namun jawapan yang ditunggu tiada jawapan...Tania lebih banyak berdiam bila soalan itu ditanyakan kepadanya...Selagi hati Tania tidak mahu melepaskan Johan pergi, selagi itu dia kena kuat bertahan...biarpun hidup Johan Dan diri dia akan menjauh, Tania membawa diri...namun perasaan Tania pada Johan masih tidak berubah...Dia tidak mengharapkan sebarang keajaiban berlaku dalam hidupnya...

Cukuplah dia mendapat sedikit bahagia dengan hidup disamping seseorang yang akan menemani hidupnya nanti....Selebihnya dia tidak harapkan Johan lagi hadir dalam hidup dia...
" Munshi awak dah serahkan sejambak bunga pada Saya? Apa awak tunggu lagi...lebih baik awak berehat awal Malam ini?" Tiada niat menghalau Munshi, tapi kehadiran Munshi disitu membuatkan Tania tidak selesa...

Biarpun mereka tidak berbuat sesuatu yang salah, namun keadaan diri Tania yang sarat mengandung Dan status yang tergantung membuatkan hubungan itu rumit...

" Saya cuma nak lihat keadaan awak Hari ini...Baru Saya tenang Tania...lebih - lebih lagi keadaan awak sekarang..saya perlu lihat awak setiap Hari Dan semakin kerap Tania...!" Hidung Tania dicuit untuk Munshi bergurau...

" Munshi....Tania mengetap geram, gurauan yang selalu Munshi lakukan dengannya sekarang...'

Munshi yang terkekek telah melangkah jauh dari Tania..." Tania kalau awak berubah fikiran, awak tahu Mana nak Cari Saya.." pesanan jauh yang sama  dari Munshi setiap Kali dia hilang dari pandangan Tania..

Tania hanya mampu mengelengkan kepala  melihat reaksi Munshi...Sepanjang 7 Bulan dia tinggalkan Johan, tiada khabar berita dari Johan untuk mengambil tahu tentang Hal dia Dan keadaannya sekarang...

Tania sebenarnya telah  mengandung sejak dia tingglakan Johan..pada mulanya dia mahu mengkhabarkan berita gembira itu pada Johan, namun tanpa disangka Tania...pada pagi yang sama Johan mahu melafazkan perkataan yang untuk hubungan mereka berpisah selamanya....Mujur Tania cepat menghalang dari perkataan itu dilafazkan kepadanya...
Jika Johan tahu dia mengandung, keadaan akan menjadi semakin rumit..Lalu untuk segalanya sempurna Tania hilang dari hidup Johan dan dia menjalani hidup sendiri...

Tania memandang Malam pekat yang menenangkan di hadapan matanya..Sungguh dia Tak sangka, menjauhkan diri dari Johan, hidupnya banyak berubah...semuanya dengan bantuan Munshi...

Setelah dia pergi, Tania telah menghantar Surat perletakan jawatan kepada Johan..dia tinggalkan dunianya yang dulu, tanpa menganggu hidup Johan lagi ...
Hubungan Johan Dan Rina tidak pernah dia ambil peduli....hanya orang - orang sekeliling yang rajin memaklumkan kepada Tania..

Munshi lelaki kejam dulu...
Namun kini dia adalah lelaki yang menenangkan hidup Tania...jika Munshi tidak mengungkit hubungan mereka...Tania akan Aman, namun jika sebaliknya Tania mengelak dengan perkara yang lain..

Segala harta Tania telah dikembalikan oleh Munshi kepadanya..Itu melegakan Tania walaupun perkara itu sedikit rumit pada mulanya untuk Tania terima...
Dengan Wang Dan harta yang Ada, Tania dapat menjalani hidup sehari- hari sebelum dia membuat keputusan selepas bersalin....

Keputusan tentang hidup...
Dan keputusan tentang apa yang àkan terjadi dengan  hubungan dia Dan Johan...
" Tahniah Johan dengan perkahwinan dengan Rina...hanya 7 bulan lagi dan segalanya akan selesai..." Tania telah nekad...Tania bicara  sendiri memujuk hati.. sambil matanya masih belum puas merenung kepekatan Malam yang terpampang...

Bersambung..????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience