87

Romance Completed 78127

" Engkau betul pasal Johan nak pinang engkau Rina? Engkau Tak main- main?"
Jila membeliakkan Maya memandang kearah Rina...berita yang Baru disampaikan sebantar tadi masih Tak dapat dicerna hujung pangkalnya...

Jika Rina Dan Johan berkahwin...bagaimana dengan Tania, walaupun dia tahu hubungan  Rina dan Tania tidak baik..tapi takkan tergamak Rina lihat hidup Tania derita....

Lebih - lebih lagi Johan masih suami kepada rakan mereka...

" Johan cintakan aku..Aku pun Tak sanggup tipu diri Aku sendiri lagi Jila. Aku dah Cuba lupakan Johan, tapi walau kuat Macam Mana pun aku dengan dia cuma lupakan hubungan kami...cinta kami berdua sangat kuat... walaupun Tania isteri Johan, tapi dia sendiri Tak dapat halang apa yang jadi..."
Rina naikkan bahu dan tersenyum manis di mata Jila menunjukkan bahawa dia sememangnya menang dalam mendapatkan Johan menjadi miliknya mutlak...

Erhhhhhghhhhhh!
Jila mengeluh Dan dalam Masa yang sama dia melihat tajam kearah Rina...
". Engkau Tak buat helah dalam perkara ini Rina? Engkau Tak buat sesuatu yang boleh buatkan Tania menderitakan? Jawab soalan Aku?" Jila kelihatan tegas Dan segala reaksi di wajahnya menunjukkan betapa serius Jila dalam mendapatkan jawapan dari Rina...

" Engkau ....cakap apa ini?" Rina mengalihkan pandangan dalam reaksi wajah yang cuak sambil pandangan mata dilarikan dari Jila...

Melihatkan reaksi riak wajah Rina yang berubah, Jila dapat rasakan sesuatu...Dia pernah salah sangka pada Tania dalam Hal Johan, tapi setelah dia tahu siapa Johan dan hubungan mereka berdua....Jila menyesali perbuatannya....kini dia tidak àkan lagi bersengkongkol dengan Rina Dan membuatkan hidup Tania menjadi lebih menderita...

Segala yang terpendam dalam diri Jila perlu diluahkan Dan dia mahu Rina tahu segala apa yang dia rahsiakan dari Rina...Masa itu telah sampai dirasakan Jila...Tania sahabatnya Dan begitu juga dengan Rina....tapi untuk satu kebenaran, dia perlu memilih....

" Aku kenal engkau Rina...Engkau dah lupa pasal Shah dulu? Engkau yang Katakan pada Shah, Tania dah pindah Sekolah...Aku Ada waktu engkau luahkan perkataan itu...

Waktu tu Rina Aku Tak tahu apa sebenarnya helah engkau pada Tania..Jadi Aku diamkan diri, mungkin waktu itu Kita cuma Budak hingusan, pelajar...tapi Kita bertiga sahabat..Sanggup engkau khianat persahabatan Kita pasal lelaki!"
Jila tidak dapat menahan diri..Segalanya jelas didepan mata....kenapa hidup Tania sahabat mereka berdua diganggu, Dan lebih parah yang menganggu adalah Rina...

" Apa yang engkau merepak Jila......mmmmana ...engkau dapat cerita itu..." Rina mengigil bila semua rahsia silamnya dibongkar satu persatu...

" Engkau nak Aku tanyakan benda ini pada Shah Baru engkau nak mengaku? Hah...." Nada suara Jila berbau ugutan...

" Apa bukti engkau...Aku Tak buat semua itu Jila!" Rina berkeras....

" Aku dapat cukup bukti Rina yang engkau buat semua itu...Otak Aku ini belum hilang ingatan macam Johan...Untuk pengetahuan engkau , Shah dah tanyakan pasal Hal ini pada Tania, bila pertama Kali Tania muncul depan mata dia...Tania tanyakan pada Aku kisah sebenar..Engkau ingat Aku boleh lupa engkau khianati persahabatan Kita?"
Jila semakin bengang dengan Rina..dia sungguh Tak sangka Rina sebenarnya adalah kawan makan kawan...dulu dia Cuba mendapatkan Shah dari Tania...Dan sekarang Johan...

" Engkau jangan nak tuduh Aku bukan - bukan....apa kaitan Aku dengan Shah Dan hubungan Aku sekarang dengan Johan?"
Rina semakin berdolak dalik, berat dalam hatinya..dia menyesal luahkan semua perkara itu pada Jila....lebih menyesal dia jumpa Jila untuk raikan kekayaan diri berkaitan Johan...Nampaknya Jila tidak membantu untuk dia kecapi bahagia..

"Engkau sebenarnya cemburu dengan Tania...apa yang Tania dapat dalam hidup engkau nak rampas kebahagian dia..Sahabat apa engkau ini sebenarnya Rina...Aku pernah percaya engkau sebelum ini...tapi Aku Tak sangka engkau sekeji ini!"
Jila tidak dapat kawal perasaan bila Rina masih tidak faham dengan maksud yang Cuba dia sampaikan..

" Aku Rasa aku Tak perlu jawab semua soalan engkau tu Jila..Dan Aku Rasa menyesal sebab Aku Cari engkau untuk kongsi saat bahagia Aku, disebabkan engkau kawan Aku..!"
Beg ditangannya diangkat kasar dengan Rina telah berdiri, wajah yang dipamerkan diwajahnya Hanya masam mencuka...

" Kalau engkau sahabat Aku Dan Tania, engkau takkan lakukan ini semua Rina..Aku bagi amaran Aku takan senang - senang biarkan engkau dapat bahagia dengan mudah Rina..Tania sahabat Kita, engkau kena ingat itu..."
Mencicit - cicit Jila menahan geram dengan kelakuan Rina...dia sendiri sakit hati dengan segala permainan Rina berkaitan Tania..

Jika diikutkan amarahnya dia mahu mendapatkan Johan bagi menjelaskan semua perkara sebenar...Namun sebelum dia bertindak dia perlu mendapatkan cerita sebenar dari Tania...

" Hidup Tania baru nak gembira...tapi Rina rampas semua itu..Aku takkan biarkan lagi Rina...perbuatan engkau perlu dihentikan!" Bicara Jila mendidih dalam hati...

" Perbincangan Kita dah selesai....!" Dengan berpaling, Rina meninggalkan Jila yang semakin panas di dalam hati...Rina tinggalakan Persoalan yang membuatkan Jila semakin Tak puas hati..tanpa menunggu lebih lama Jila mendail nombor Tania untuk dia mendapatkan jawapan tentang segalanya..

" Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi!" Beberapa pesanan suara itu buatkan hati Jila yang telah tersedia panas semakin mendidih...

Beberapa butang panggilan ditekan Dan dicuba untuk mendapatkan panggilan kepada Tania....tapi masih tidak berjaya...

Bila tiada jawapan, Jila terpaksa memilih untuk menemui Johan...Johan adalah kunci segalanya untuk Jila mendapatkan jawapan...

" Tania.....Mana engkau pergi?" Jila mengetap geram dengan tangan digengam erat...apa sebenarnya yang berlaku dalam hubungan Johan Dan Tania...
Dan Rina..kenapa dia masih menagih kasih pada Johan sedangkan Johan suami sah Tania....
Mereka bertiga sahabat tapi kenapa Rina bersikap demikian...

" Awak ingat Saya lagi?" Jila menjeling tajam kearah wanita yang sedang menghalang dia berjumpa dengan Johan...

Johan yang melihat reaksi Jila yang dihadapannya hanya menunjukkan reaksi bertenang....setelah memberikan isyarat dengan Tangan, Johan menghalau pekerjanya keluar..

Melihat kearah Jila dengan tajam...." Apa Saya boleh Bantu?" Kening Johan terangkat kasar menunjukkan semua reaksi di wajahnya bila dirasakan dirinya sedikit terganggu dengan kehadiran Jila yang dia tidak jangka waktu ini...

" Mana Tania?" Lain yang difikirkan Jila, namun soalan lain yang dia keluar dari mulutnya...

" Tania?....dia jauh dari Saya?" Johan memberikan jawapan ringkas sambil wajah diseriuskan..

" Kenapa Rina Johan....awak dah kemaruk sangat nak kahwin dengan Rina Dan tinggalkan Tania...apa awak dah Tak Ada perempuan lain lagi ker...awak dah tahu Rina Dan Tania sahabat..Tapi kenapa awak pilih dia lagi?"
Pernafasan Jila tersesak - sesak, semua terjadi disebabkan Jila menahan kemarahan dalam diri...

" Awak dah Cari Tania..? Saya nasihatkan awak Cari Tania dulu dari awak Cari Saya Jila...Pada Saya jawapan semua soalan itu hanya Ada pada Tania?" Johan berbasi - Basi ingin membalas...dia sudah cukup rungsing dengan segala apa yang terjadi....pandangan Mata tajam Jila hanya dibiarkan menyepi...

Dia telah memberikan Tania pilihan...Namun Tania yang memilih mereka berdua hidup dalam situasi begitu...Jadi apa yang salah pada dia..

" Saya bagi amaran Johan...kalau sesuatu terjadi pada Tania....awak akan menyesal!"
Selepas meluahkan segala yang terbuku....Jila masih tidak dapat jawapan apa yang sebenarnya berlaku...dia dapat rasakan Tania sedang dalam masalah Besar keseorangan...

Jila memejamkan mata Dan masuk ke dalam lift dengan tergesa - gesa..Di Sana Jila meraung sekuat hatinya...

Dia menyesal..

Jika bukan disebabkan dia halau Tania dulu dari rumah Dan Hidupnya...semua ini takkan terjadi...Tania dibelenggu masalah Besar dalam hidup , tapi dia tidak dapat berbuat apa - apa...Itu kekesalan yang terbesar dirasakan Tania sekarang....

Hanya berseorangan Tania lalui itu semua.." Tania Mana engkau pergi?" Jila meraung teresak - esak didalam lift..

Semakin ria dibuai perasaan, pandangan Jila semakin kabur....namun belum sempat dia untuk lebih memgikutkan hati, Jila teringatkan seseoarang...

Seseoarang yang pernah dia tersalah sangka tentang Tania....Seseorang yang dia dia dapatkan bantuan sekarang...
Seseorang yang dia rasakan dapat membantu....

" Munshi!"

Bersambung....????

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-05-10 02:24:42 

hah stress....sama mcm jila...;‹

Sara Amylia Kamarozaman
2020-05-10 02:24:41 

hah stress....sama mcm jila...;‹


NovelPlus Premium

The best ads free experience