23

Romance Completed 78127

" Sir Ada sesuatu terjadi. Kami Tak nampak dia sejak tiga Hari."

" Rodger!" suara lelaki garau kedengaran di corong telinga..

" Gadis ini tentu Ada sesuatu dengan Sir, ..Hmmm kalau Tak takkan Sir boleh ambil keputusan kembali ke sini."

" Kita buat kerja kita sahaja Andrew, jangan masuk campur hal yang lain." Seorang lelaki berwajah serius memberikan pandangan tajam kepada lelaki disebelahnya.

" Uishhhhh! Tak perlulah serius sangat Nick, lagipun kerja ini membosankan, dah beberapa Hari Kita cuma perhati wanita itu. " Andrew mengeluh sambil regangan pinggang dilakukan.

" Apa yang Kita dapat berbaloi, jadi jangan banyak sangat rungutan. Fokus pada tumpuan Kita. Jangan biarkan di perasan kehadiran Kita, dan Kita jangan terlepas pandang." Arahan keras Nick pada rakan sekerjanya.

Keduanya - duanya fokus pada tugasan memerhati sebuah rumah Dan setiap pergerakan penghuni di dalamnya..

Lamgsir diselak Tania perlahan - lahan.

Kehadiran sebuah kerereta disitu mencuri tumpuan Tania 3 Hari lalu. Dia hanya memerhati sekitar setiap sejam, melihat kearah kereta yang diletakkan seberang jalan berhadapan tingkap bilik tidurnya.

Tania dapat rasakan sesuatu yang ditakutinya akan kembali..

" Apa mereka buat dekat sini?" Sambil berdoa dalam hati, Tania Berharap segala syak di dalam hatinya adalah silap. Dia harap fikirannya sahaja yang terlebih berfikir, Berharap kereta yang sama akan beredar segera..

Setelah jam menunjukkan sekitar 23:00 Malam, Tania Cuba mengamati sekali lagi sekitar kawasan hadapan tingkap bilik tidurnya. ..

Sebelum tingkap dibuka perasaan Tania berdegup hebat. Dia Berharap segala telahan negatif dalam hatinya tidak benar. Dia benar - benar berharap agar kereta itu tidak lagi berada disitu..

Bila tirai tingkap dibuka oleh Tania..bibirnya digigit kuat Dan gengaman tangan digengam.. bila semuanya semakin jelas. Dalam kesamaran cahaya malam, sebuah kereta masih terparkir elok diseberang jalan sambil dapat dilihat jelas, di dalam kenderaan itu terdapat lelaki yang menunggu..

Menunggu yang dapat dirasakan Tania bahaya pada dirinya..

" Shit! Apa Aku nak buat sekarang?" Bibirnya digigit menandakan tahap kerisauan dalam diri yang Mula menyerang.

Tania tanpa arah tujuan Mula mengingati kembali detik pertemuan pertama Kali dia dengan lelaki yang Cuba dilupakan Tania dalam hidupnya.. Sekali lagi hidupnya dipermainkam..

" Kenapa dia Cari Aku lagi!Kenapa Munshi...?" dalam kedudukan terduduk, Tania rebah.. air Mata laju menuruni Pipi. Ternyata sejarah Hitam mereka dulu merupakan kenangan pahit Dan menghantui sepanjang hidup Tania.

Dia kembali keseorangan...

" Tania!" Suara Munshi yang halus memanggil.. Namun disebalik kehalusan itu Ada maksud yang tersendiri.. Jika dulu dia akan menuruti setiap arahan lelaki itu, kini tidak lagi..ikatan antra mereka telah putus.Mereka tidak Ada apa - apa hubungan..

" Encik nak makan apa?" Pen Dan buku diatas lantai dikutip Tania, sebaik dia tersedar dari kejutan di mata..Jelas pada Tania degupan jantungnya mengepam laju, menunjukkan kegugupan diri Tania berhadapan dengan Munshi sekali lagi..

" Dah lama Kita Tak jumpa...."

" Kalau Encik Tak Ada apa - apa Saya pergi dulu." Tania Cuba mengundurkan diri bila Munshi tidak memgendahkan soalan dari diri dia sebentar tadi..

" Kopi Hitam.. buatkan Saya Kopi Hitam macam...

" Makan?" Tania memotong percakapan Munshi untuk bicara dari lelaki itu tidak dilanjutkan. Dia tahu apa yang ingin dilanjutkan dari perbualan itu, menyingkap kembali sejarah mereka dulu. Sesuatu yang disukai oleh Munshi Dan menjadi tabiat untuk Munshi mendapatkan Kopi Hitam setiap pagi.

Tania masih ingat....

" Awak pilih dari makanan kesukaan Saya dulu." Munshi mencuba helah, kelihatan di wajah Tania, wanita itu mulai resah.. dari segala tingkah laku Tania.. Munshi tahu wanita sedang Gugup bertemu dengan diri dia.

" Saya Tak faham maksud Encik? Maaf kami tidak diberikan kebolehan untuk membaca minda seseorang." Tania membalas..

" Hmmmmm.. Munshi menunjukkan reaksi.. Saya dah lama Cari awak Tania.' Munshi berterus terang namun bicara tidak dapat diteruskan bila Tania melangkah setapak ke belakang..

" Saya bukan seseorang untuk diingatkan. Saya sedar siapa Saya, saya jijik Dan hodoh. Saya..... Air Mata Tania mengalir laju. Dia tidak dapat teruskan lagi, waktu ini dia begitu bencikan Munshi..Pertama Kali dalam hidupnya, dia menahan marah yang dipendam bila mengingatkan kehidupan diri yang diceraikan sebaik sahaja lelaki itu mendapatkan habuan..
Bukan sahaja habuan harta tapi juga diri Dan jiwa Tania..

" Saya akan betulkan kembali." Tubuh Munshi berdiri mendapatkan Tania. Sebaik sahaja tangan Munshi memegang ya, kejadian - kejadian dulu Dan seksaan Tania hidup bersama Munshi menjelma.

Tania seakan - akan trauma..Tania hanya mendiamkan diri..

Munshi menapak kearah Tania, tubuh Munshi merapat kearah Tubuhnya, perkara yang terbiasa dia lakukan dulu untuk menakutkan Tania.." Percaya atau tidak Tania, Aku kembali Dan kembali untuk seseuatu yang jadi milik Aku dulu. Engkau faham maksud Aku." Munshi berbisik, bersama pegangan pada bahu Tania dilepaskan bila dilihat pelanggan - pelanggan yang berada di restoran itu Mula bangun bagi membantu Tania..

" Tak...Tak...!" Tania memberanikan diri melihat ke dalam Mata Munshi.. Masih mata yang sama yang pernah dia gerun Dan lihat dulu.. Dimata Munshi dapat dilihat Tania lelaki itu serius dengan perkataannya.. tanpa Ada pilihan....

" Tania, awak okay?" Suara Danny yang datang dari arah belakang buatkan Munshi undur setapak Dan Mula kembali duduk di tempat duduknya..

" Tania..! Danny mendapatkan Tania sambil bahu digoncangkan bersama wajah bengis melihat kearah Munshi. " Dia ganggu awak ker Tania?" Wajah Danny gusar, pandangan tajam masih tidak bergerak dari Munshi.

" Dddddia... Tania hilang arah untuk berfikir..Dia anggap perkara antara mereka selesai.. tapi ....Munshi dia masih belum putus harapan..

" Kami cuma berbincang sesuatu dari Masa silam kami, orang luar Tak perlu campur." Sinis Munshi bicara Dan Mata memerhati tangan Danny yang memegang bahu Tania..

" Engkau siapa,datang sini ganggu Tania....

" Danny!" Suara Tania yang cuba untuk menjernihkan keadaan..

" Duit diletakkan Munshi diatas meja.. " ini bayaran Dan tips untuk Hari ini. Lain Kali Aku takkan benarkan apa yang Aku lihat tadi. Jangan murahkan diri Tania, semua itu Ada akibat. Mata masih memerhati tangan Danny yang menyentuh bahu Tania, Berharap Tania faham maksud dari bicaranya.

" Awak Tak Ada hak!" Tania lawan, entah dari Mana kekuatannya muncul dia tidak pasti..

" Saya akan dapatkan hak itu, sama seperti dulu!"..

" Seperti dulu? Dia dah Gila."

Hei...! Danny semakin panas..

Tania hanya meninggalkan lokasi dia Dan Munshi kembali bertemu. Sebelum berpisah dia dapat melihat ketegangan diantara Munshi Dan Danny masih berlaku. Dia Tak peduli, waktu ini Tania dapat rasakan hidupnya kembali tidak selamat bila Munshi telah dapat mencarinya.. Itu sesuatu yang sukar dalam hidup Tania.

Tanpa berfikir panjang Dan tidak mahu mengusutkan fikiran. Tania tinggalkan restoran Dan membuat keputusan tidak akan kembali..

" Tania, engkau perlu kuat..

" Tania, mulakan hidup Baru..

" Tania pastikan dia Tak menganggu....

Tania!

Tania!

Tania...Tania Cuba memujuk diri dalam Masa yang sama air Mata dirinya gugur..Dia telah lupa tentang tempahan yang ditugaskan untuk dia tadi..
Dia telah lupakan dia meninggalkan Tan untuk membantu..
Dia telah lupakan untuk mengucapkan selamat tinggal pada Raudah..
Dia lupa untuk menuntut gajinya..
Langkah Tania semakin laju untuk pulang segera ke rumahnya..

Bagi dia tiada yang selamat.. Dia akan bertenang jika dapat melarikan diri dalam beberapa Hari..
Dia tahu Munshi telah dapat mencarinya...
Dia tidak akan kembali ke restoran itu..
Dia perlu mencari jalan lain..
Perlu pekerjaan lain..

Suatu jalan sahaja yang tinggal untuk dia kembali bertenang... Tinggal menjauh dari Munshi..

Bersambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience