6

Romance Completed 78127

Perbualan telefon bersama Tania terpaksa ditamatkan  secara mengejut oleh Kamil bila kelihatan Datuk Megat semakin menghampiri dalam seribu satu wajah perasaan yang kelihatan pada lelaki itu.

Melihatkan reaksi wajah Datuk Megat, tiba - tiba perasaan Kamil Gugup..

Belum sempat Kamil untuk menyimpan telefon, bahu Kamil telah dijadikan sapaan  dari Datuk Megat sambil tersenyum puas.

" Kamil kenapa berdiri dekat luar sini, sekejap lagi majlis dah nak bermula. Kita berdua orang penting dalam majlis ini." Datuk Megat memeluk tubuh Kamil dari belakang sambil membawa tubuh Kamil kembali ke bahagian dalam rumah dalam cara yang sopan.

Tanpa paksaan Kamil mengikuti..

Pelawaan Datuk Megat tidak dapat ditolak oleh Kamil, namun pemikiran masih mencari alasan untuk keluar dari situasi itu bagi mendapatkan Tania Dan menjadi wali bagi Pernikahan yang akan berlangsung di suatu lokasi yang dirahsiakan.

" Ermmm Datuk majlis apa yang akan berlangsung dekat sini?" Jam di pergelangan tangan segera dilihat oleh Kamil. Dalam beberapa saat lagi jarum akan menunjukkan Jam 9.00.Kamil resah memandangkan dia masih belum mendapat idea untuk keluar dari situ bagi mendapatkan Tania.

Tumpuan Kamil terganggu dengan panggilan dari telefon bimbitnya,yang membuatkan diri Kamil semakin resah.

" Maaf Datuk Saya perlu jawab panggilan ini. Kamil melangkah meninggalkan Datuk Megat.. dari nama pemanggil yang tercatat dia dapat mengagak Ada sesuatu benda serius telah berlaku.

Pemergian Kamil hanya diikuti dengan lirikan Mata dari Datuk Megat bersama satu senyuman kecil terukir di bibir sebelah kiri dirinya.

" Hello! Ya Ada apa...........?" Kamil memulakan perbualan untuk tidak mahu Datuk Megat mengesyaki sesuatu.

" Tania! Pengantin perempuan, masih belum tiba....? Kedengaran suara lelaki dicorong panggilan yang berjaya membuatkan perasaan Kamil berdebar hebat, terkejut dalam Masa yang sama.

" Hah belum tiba....? Pandangan Mata Kamil segera terarah ke arah Datuk Megat Dan dalam situasi debaran itu... dapat dilihat Kamil muncul seseorang dibelakang Datuk Megat Dan semua kejadian itu membuatkan Kamil melepaskan telefon dalam pegangan......Getaran di dadanya semakin hebat dengan apa yang berlaku dihadapan Mata.

" Tania........? Wajah pucat Tania bersama bengkak di Mata Tania, menunjukkan segalanya yang telah berlaku.

Lebih memeranjatkan Kamil, langkah Datuk Megat Pula terarah kearah kepadanya. Wajah lelaki itu masih tenang walaupun Kamil tahu plan dirinya Dan Tania tidak berjaya..

" Majlis akan berlangsung sekejap lagi. Tetamu yang terpenting telah tiba." Sengaja Datuk Megat menyemarakkan api dalam diri Kamil.

Bila tiada reaksi dari wajah Kamil..Datuk Megat meneruskan..

" Kamil Kita akan menikahkan mereka berdua Malam ini. Ini majlis Pernikahan Munshi Dan Tania,kami sengaja buat kejutan untuk kamu. Memandangkan semua tetamu dah tiba Kita mulakan sekarang." Datuk Megat tersenyum bangga dengan kejayaannya dalam menghidu plan sebenar Kamil dalam merosakkan segalanya yang dirancang.

Tania hanya mampu memberikan pandangan sayu kepada Pak Long. Pada Malam ini dia akan dinikahkan bersama Munshi. Menyimpang jauh dari plan mereka yang asal.

Dari kejauhan dapat dilihat Tania wajah Pak Long yang hanya menganggukkan wajah untuk Tania meneruskan segala yang berlaku pada Malam ini.

Tania yang memahami hanya menurut segala perjalanan hidupnya berlalu mengikut takdir hidupnya. Dalam sekali nafaz dan diwalikan Pak Longnya, Tania sah menjadi milik Munshi pada Malam itu.

" JAGA DIRI" itu kata - kata terakhir Pak Long Kamil bersama ciuman yang panjang di ubun - ubun Tania, sebelum Tania ditinggalkan disitu bagi meneruskan hidupnya.

****

Imbas Kembali ( IK)

IK

" Kenapa jalan ini Tak sama ? Awak nak bawa Saya kemana ?" Tania cuak Dan Cemas, segala laluan tadi dia ingat. Itu bukanlah laluan untuk dia tiba di masjid Sepang, sebaliknya laluan yang dilalui ini bertentangan.

" Kita akan ambil seseorang Cik Tania, jangan risau ini adalah jalan sebenar untuk Pernikahan Cik Tania Malam ini." Lelaki yang sedang dalam pemanduan sesekali melihat Tania dalam Cermin.

" Awak pun tahu pasal Pernikahan Saya malam ini? Tentu awak rapat dengan Pak Long Kamil?" Tanya Tania sekadar perbualan. Apa yang pasti hanya orang - orang yang rapat dengan  Pak Long sahaja dibenarkan untuk mengetahui rahsia itu Dan siapa lelaki yang menjadi jodoh Tania pilihan Pak Long Kamil. Tania sendiri pun Tak pasti.

"Saya tahu ? Ahmad hanya tersenyum sebelum perbualan mereka berdua tamat.

Suasana kembali sunyi sepanjang perjalanan yang dirasakan Tania semakin jauh dari tempat yang perlu  dituju ...sebelum pemanduan kereta terhenti di satu lokasi.

Pemandu dilihat Tania telah keluar dari kereta menuju kearah yang Tania sendiri Tak pasti .

" Kita dah sampai..? " Tania Cuba mengutarakan soalan, namun soalan hanya didengari dia sendiri.Sekeliling kawasan dilihat Tania gelap sebelum sebelah pintu Kanan kereta dibuka dari luar..

Muncul seseorang yang mampu membuatkan tangkai jantung Tania tercabut dari tempat dia berdetak..

" Tania" wajah bengis Munshi dihadapan Tania bersama tindakan Munshi yang masuk kedalam perut kereta bagi mendapatkan Tania.

Segala perasaan Tania bercampur bila melihat wajah bengis itu. Tanah dapat rasakan Tubuhnya mengigil ketakutan Dan darah merahnya berhenti mengalir dalam saluran.

"Mmmmmmunshi!"......

Tangan Munshi mencengkam leher Tania Kasar sambil menghembuskan pernafasan yang menunjukkan segala kemarahan dalam dirinya waktu itu. Tiada ucapan hanya perbuatan Munshi yang mengutarakan perbuatan.

" Munshhhhhhhi! awakkkk buat apa? Air Mata Tania mengalir laju, segala kelakuan Munshi Tak dapat lagi membendung perasaaan takut Tania. Dia dapat rasakan waktu ini ini adalah seorang yang lemah.

" Engkau buat apa Tania?" Suara keras Munshi bersama lirikan Mata bengis Dan cengkaman yang semakin dikuatkan di wajah Tania.

" Tolonnnnng Munshi lepaskan Saya?" Air Mata Tania semakin laju mengalir. Dia tahu Munshi kejam tapi dia masih Berharap dalam satu sudut hati kecil lelaki itu Ada sedikit simpati terhadapnya.

Tudung diwajah Tania dileraikan kasar oleh Munshi, segala perbuatan Tania benar - benar mencabarnya. Sebelum dia melanjutkan seterusnya, Tania perlu diajar terlebih dahulu.

Tudung terlerai dari kepala Tania, Munshi tanpa simpati mencengkam rambut Tania untuk gadis itu melihat kearahnya. Tania yang meraung kesakitan tidak dihiraukan.

Bagi tidak membenarkan Tania meronta - ronta lebih agresif untuk melepaskan  diri Munshi menindih tubuh Tania untuk menenangkan Tania seketika.

" Perempuan..! Diam atau engkau nak aku bunuh engkau. Tubuh Tania ditindih lebih kuat oleh Munshi sambil wajah mereka berdua hanya tinggal jarak seinci. Kedua - dua tangan Tania  dicengkam semakin kuat untuk mengurangkan rontaan Tania.

" Muñs......suara Tania bergetar. 

" Shhhhhhh, Aku Tak mahu penjelasan dari engkau Tania, tapi kalau engkau selangkah lagi, engkau akan tahu nasib engkau.

Jadi Aku nak engkau Dengar apa aku nak cakap pada engkau ini. Aku nak engkau Dengar dengan teliti tanpa Aku perlukan jawapan dari engkau.

Tania hanya mengangguk untuk menunjukkan dia memberikan kerjasama.

" Bagus! Aku tunaikan permintaan engkau Malam ini Dan Aku perlukan kerjasama." Pandangan Mata Munshi yang bengis masih melihat kearah Mata Tania.

Dia dapat melihat air Mata di Mata Tania, namun perasaan Munshi kosong, sebaliknya hati kecil Munshi ketawa dalam hati melihat kesengsaraan Tania.

" Saya Tak nak apa - apa, jauhi Saya Munshi." Dalam ketakutan Tania cuba meraih simpati Munshi.

Munshi senyum sinis, pandangan masih tidak berkelip melihat kearah  Tania. " Sebab itu engkau rancang untuk nikah Hari ini?" Munshi ketawa deras melihat wajah Tania yang terkebil - kebil Dan pucat.

" Aku tahu semua yang engkau buat Tania Dan setiap satu yang engkau rancangkan semua Aku tahu. Tapi sayang nyawa Pak Long engkau takkan lama, dia perancang utama untuk Kita Tak bersama Kan....

" Munshi jangan apa - apakan dia, Saya sanggup ikut segala yang awak arahkan." Sebelum sempat Munshi bicara, percakapannya dipotong.

Tania terpaksa, segala yang dikatakan oleh Pak Long Mula terngiang kembali dalam fikiran Tania. Dia sebenarnya bukan berdepan dengan keluarga biasa. Setiap tindakannya Dan Pak Long telah dipantau oleh mereka. Dia tiada pilihan.

Keluarga Datuk Megat boleh membuat apa - apa sahaja pada dirinya. Tapi jika sesuatu terjadi kepada Pak Long Kamil, Tania takkan maafkan dirinya sendiri.

Pak Long Kamil adalah satu - satunya tempat bergantung harap Tania nanti Dan merupakan satu - satunya sedara yang dia Ada. Dia tidak sanggup kehilangan lagi orang yang disayang. Kehilangan kedua IBU bapanya secara serentak telah membuatkan hidup dia separuh Gila untuk menerima kenyataan.

Senyuman sinis Munshi semakin melebar." Jangan buat sesuatu aku Tak suka, ini yang terakhir. Kalau aku tahu engkau panjang langkah Tania,jangan salahkan Aku kalau terjadi sesuatu pada Dia.

Dia yang dimaksudkan Munshi Tania faham siapa, " apa perlu Saya buat?" tangisan Tania semakin kurang.

Selepas dilihat Tania bekerjasama barulah tubuh Munshi bangun dari tubuh Tania.

" Kita Nikah Malam ini! Munshi membetulkan kembali baju yang sedikit berkedut dengan perbuatannya sebentar tadi.

Tania yang kembali pada duduk yang selesa membetulkan kembali baju Dan rambutnya. " Setuju" perlahan suara Tania, Kali ini dia tidak dapat lari.

Antara Pernikahan Dan nyawa Pak Long...
Tania memilih hidupnya di tangan Munshi...

Lamunan Tania terhenti dengan suatu suara..

" Kemaskan balik pakaian engkau tu, Aku Tak mahu siapa - siapa pun nampak atau tahu apa yang jadi nanti. Ingat Tania orang - orang Aku akan Ada disekeliling, jika engkau buat sesuatu dalam majlis itu Kamil takkan hidup sampai esok."

Bersambung PB.

Komen plzzzzzzzz

              Luv PB

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience