44

Romance Completed 78127

Joanna...

kenapa dengan Joanna..? suara garau Johan memenuhi suasana Malam..

Tania kelu..dia Tak jangkakan kehadiran Johan waktu itu..dia ingatkan Johan pergi menemui Joanna.Tanpa disangka Tania..sangkakan dia sebentar tadi meleset sepenuhnya..

Sesuatu yang berada di tangan Johan buatkan Tania semakin terdiam seribu Bahasa...Gerakan kaki Johan yang menapak kearahnya membuatkan hati Tania semakin tidak tenang..

Baru sebentar tadi dia dikejutkan dengan kehadiran Johan yang mengejut...

Johan berada dihadapan Tania..sesuatu telah diletakkan di atas meja sudut..pandangan Mata Tania masih belum dialihkan dari menatap wajah Johan..Hanya susuk tubuh lelaki itu yang dirasakan Tania semakin mendekati dirinya..

bila tubuh Johan dirasakan telah duduk di penjuru katil,barulah Tania mengalihkan wajah, namun Mata masih tidak mahu berinteraksi dengan Johan...

" ....hmmmm..Joanna? Ada apa - apa awak nak tanyakan pada Saya?" suara Johan jelas di pendengaran Tania..reaksi Tania masih dilihat, Hanya menunduk malu...Senyuman kecil terukir di bibir Merah Johan..

awak nak diam macam ini ker sepanjang Malam..atau awak Tak sudi dengan kehadiran Saya dekat sini...Johan menunggu reaksi Tania, segala tindakan Tania menjadi perhatian..

Tania....

" Awak cintakan Tania...?" soalan cepumas yang keluar dari mulut Tania buatkan Tania membulatkan Mata...dia sendiri tidak percaya perkara itu diutarakan...Dia Cuba berbahasa dengan soalan kepada Johan mengenai Joaana..tapi dimana sikapnya, lain difikiran Tania,lain soalan yang diajukan..

Johan hanya terdiam seribu Bahasa....Tania yang melihat Mula mengelabah dengan reaksi Johan..Tak sepatutnya soalan peribadi ditanya..soalan yang pasti menganggu fikiran Johan kini...

". Johan....bukan soalan itu..Maksud Saya hubungan awak dengan Joanna...Saya cuma .....kalau awak Tak nak cakapkan pasal Hal ini Tak per...Kita bincang lain Kali....Johan Saya.....

" Apa yang awak nak tahu..?" reaksi Johan biasa... tenang.cukup tenang pada pandangan Mata Tania..

" awak Tak kisah Saya nak tahu pasal Hal ini...? Ini masalah peribadi awak..kalau awak nak ambil Masa..Saya boleh tunggu.."Tania serba salah dengan soalan tadi Ada kena mengena dengan percintaan Johan sebelum ini..
Tak sepatutnya perkara lama diungkit..lebih - lebih lagi bila melibatkan hati..Tania mengigit bibir Tanda serba salah menganggu privasi Johan..

" Benda dah jadi..Dan awak dah jumpa dia..Awak boleh Tanya apa yang awak nak tahu...Saya akan jawab..tapi lepas ini Saya Tak nak perkara ini Kita bualkan lagi..Ini yang terakhir." wajah Johan serius, sedikit pandangan Mata Johan yang tajam tidak berkelip memandang kearah Tania..

Tania yang melihat perubahan diri Johan kecut perut..Tapi Tania tahu setiap perkara yang diucapkan Johan adalah Kebenaran Dan dikotakan..

" Saya cuma....keliru..bukan Saya Tak sepatutnya...awak dengan Joanna..Tak ..maksud Saya Johan....

Johan tersenyum dengan sikap mengelabah Tania..tangan Tania ditarik Dan dibawa kearah meja yang telah terhidang sesuatu..

" Duduk dulu..tenang..awak makan dulu sambil itu Kita bincangkan Hal ini." Johan duduk dihadapan Tania sambil beberapa makanan diletakkan di dalam pinggan dihadapan Tania..

" Tania hanya mengangguk - anggukan kecil kepalanya mengikut arahan...Tania tiada pilihan, sikap serkap jarang dirinya sebentar tadi memakan diri..Johan sebenarnya keluar mencari makanan..bukan menemui Joanna seperti dalam fikiran Tania sebelum ini..

Seakan mengetahui fikiran Tania Johan memulakan perbualan selanjutnya.." Saya Tak pergi jumpa Joanna Macam yang awak fikir. Saya takkan patah balik pada dia. Saya dah Ada hubungan Baru." satu senyuman terukir diwajah Johan..Pandangan Mata Johan terarah pada wajah Tania yang Mula memerah dipipi..Kelihatan Tania semakin Gugup untuk memberikan pandangan pada Johan..

" Saya Tak fikir sampai ke situ."Tania mencuba untuk menunjukkan kepada Johan perasaan dirinya sebenar..dia takut dikecewakan, Dan status diri dalam hidup lelaki itu, buatkan Tania Tak pasti...Dia dapat rasakan dia Tak layak untuk berpasangan dengan Johan..Hidup dia penuh berkurangan..

" Sayang....kalau awk macam yang Saya fikirkan tadi..Saya lelaki yang Paling bahagia dalam dunia ini " Johan senyum sinis, segala perwatakan Tania yang berubah buatkan Johan geli hati.

Tania masih menyembunyikan perasaan sebenar..Masih mahu menahan perasaan.Susah untuk Johan memahami perasaan sebenar Tania pada dirinya..

Jelas pada kejadian sebentar tadi...Tania juga memeluk erat dirinya tadi bila dia muncul menyelamatkan Tania..Pada waktu ifu, Johan dapat rasakan Tania penting dalam hidupnya...Berita kehilangan Tania tadi benar -benar buatkan jantung Johan bagaikan gugur..Dia dapat rasakan gelisah Dan takut jika sesuatu terjadi pada Tania...Dan jika dia tidak dapat menemui Tania kembali..Dia Tak dapat bayangkan hidup tanpa Tania di sisi..

" Johan.....Joanna tu?"

" Awak dah lupakan dia." kening Johan berkerut, cepat sangat Tania lupa pada Joanna.." Bekas isteri Saya sebelum awak. Kalau awak nak tahu lebih details pasal hubungan itu, Saya boleh ceritakan pada awak satu persatu..semua termasuk apa yang Saya pernah buat dengan dia dulu...termasuk rutin harian kami, Cara komunikasi ataupun awak nak tahu Cara hubungan intim...

... Stop Johan..bukan itu maskud Saya! Saya memang Tak ingat nama itu..Sorry, lagipun Kita Tak pernah bincangkan Hal ini..Saya tahu awak cintakan dia." entah kenapa, Tania dapat rasakan hatinya pedih bila bicara itu diluah..Membayangkan hubungan Johan dulu dengan Joanna dalam mereka berdua dalam dunia suami isteri,buatkan hati Tania panas Dan tewas dengan perasaan cemburu..

" Cinta..? apa yang awak tahu pasal hati Saya? Saya pun Tak pasti tentang perasaan sendiri..Tapi kehidupan perlu berlangsung..Dan awak hidup dengan Saya, itu memadai Tania.Tak perlu fikirkan benda yang lepas!" Johan menyuapkan makanan, keputusan dia tegas..dia takkan berpatah balik..

" Johan awak Tak sedar apa yang berlaku sekarang ini?" soalan Tania Mula kepada persoalan pokok tentang hubungan mereka..

" Apa yang Saya Tak sedar?" Johan menumpukan perhatian dalam wajah muka yang serius. Fikiran Johan buntu..

" Apa yang jadi Malam ini Johan, siang tadi...Tak semua yang Kita harapkan.....mungkin Ada sesuatu yang Tak seperti yang Kira harapkan..kalau awak nak fikirkan kembali hubungan Kita.....saya rasa itu keputusan yang tepat...

Wajah Johan berubah riak bila mendengar perbualan dari Tania...dia Tak sangka Tania akan berubah fikiran bila sesuatu terjadi dalam hubungan mereka .." Benda itu kesilapan..Semua tu takkan terjadi lagi..Saya takkan benarkan Hal itu terjadi lagi." Wajah bengis Johan Mula menunjukkan riak tidak puas hati dengan apa yang diperkatakan Tania..Tak disangka Tania boleh berfikir sejauh itu..

" Tanpa Keluarga...hubungan Kita takkan kemana!" halus suara Tania dipendengaran Johan..Biarpun perlahan ..maksud yang tersirat dari bicara Tania Johan faham sepenuhnya..

" Kalau awak dah kenyang Tania..pergi berehat...

" Awak nak pergi Mana?" Nada Tania cuak bila dilihat Johan telah berdiri Dan Mula mahu melangkah kearah pintu...

Tanpa bicara dari Johan..Tania ditinggalkan sendiri sekali lagi..

Dipertengahan Malam...Terasa sesusuk tubuh Badan Tania dipeluk dari belakang...Tania membukakan Mata perlahan - lahan bila bauan seseorang menganggu tumpuannya..Sejak pemergian Johan tadi, Tania tidak mampu untuk memejamkan Mata..
Pelukan dibiarkan Tania ditubuhnya untuk memberikan kelesaan pada Johan..

Setelah beberapa minit berlalu Tania memulakan bicara untuk mengurangkan ketegangan mereka berdua sebentar tadi....Dalam hati Tania dia berasa serba salah dengan segala yang terjadi..ternyata Johan yang menjadi mangsa ditengah - tengah, semua yang terjadi..

" Bila Kita boleh keluar dari sini..?" bicara Tania halus, hanya dapat didengari di pendengaran telinga Johan..

Satu kucupan hangat dapat dirasakan Tania dibahu.." Soon, Saya Tak boleh kehilangan awak Tania.." Pelukan Johan semakin erat kearah Tubuh Tania, bersama pernafasan yang semakin tidak teratur..

" Maaf pasal Hal tadi...Saya takkan ulang lagi, pasal Joanna.Saya Tak patut ungkit lagi pasal Hal itu, itu Hal peribadi awak..apa yang jadi dah terjadi..Tapi...

Ssssshhhhhh...gerakan tubuh Johan semakin erat ditubuh Tania..Dalam kesejukan tubuh kedua - keduanya..satu Aura panas menjelma untuk kedua - duanya menghayati Masa bersama..

Tania bangun lewat pagi tanpa tersedar lokasi dimana dia berada waktu itu..
Setelah dibukakan Mata, ternyata Johan telah meninggalkan dia sendirian..

Makanan sarapan telah tersedia diatas meja..Dengan malas Dan penuh kepenatan dengan kejadian semalam, buatkan Mood Tania pagi itu menghilang...semalam dirasakan bagaikan mimpi..Namun Setelah Hari muncul siang, Tania tersedar ...dalam hidup bersama Keluarga Johan, ternyata dirinya Mempunyai musuh..Musuh yang terdekat dalam hidupnya, Aminah..

Selesai bersarapan Tania hanya tinggal dikhemah untuk mengurangkan kebosanan..entah bagaimana semua bagasi Tania telah berada di dalam khemah..sesuatu yang Tak dijangka..Semalam dia begitu takut berada disitu, tapi Hari ini dia mulai tersedar..Johan adalah penyelamat terbesar dirinya yang membuatkan diri Tania berasa selamat..

" Tania! Tania...suara seorang lelaki memanggil nama Tania di luar khemah..Setelah beberapa Kali diamati, Tania bergegas ke pintu..Sebaik dibuka, seseorang yang dikenali telah berada di luar khemah miliknya..

" Ethan!" Tania yang tercenggang menunjukkan riak terkejut..Kejadian semalam membuatkan Tania hampir lupakan lelaki yang menyelamatkan dirinya semalam...

" Tania!" tanpa berfikir panjang Ethan terus memeluk Tania bila dia melihat diri Tania yang masih selamat..Sepanjang Malam dia mencari kelibat Tania.Dia juga telah kembali ke atas puncak Batu bila dia gagal mengesan Tania berada di Mana..
Dia menyesal bila gagal menemui Tania kembali...Dia serba salah kerana gagal membantu..Bila dilihatkan Tania dibawa seseorang..Dia menyalahkan diri sendiri dengan kealpaan diri sehinggakan tempat persembunyian Tania berjaya dijumpai..

" Awak okay Tania..Mari Saya bawakan awak keluar dari sini..Saya Ada jalan lain..Cepat!"

Buk! Buk.....

" Ethan!"

Tania Cuba meleraikan Salah Faham yang terjadi..Tanpa disangka Tania Johan muncul pada waktu Ethan sedang berbual dengan dirinya..Lebih menjadikan keadaan celaru wajah bengis Johan Dan tindakan lelaki itu memukul Ethan tanpa usul periksa..

Tanpa berfikir panjang Dan bagi menyelamatkan Ethan yang teruk dibelasah Tania terpaksa Menarik tubuh Johan untuk menjauhi dan untuk menceritakan Hal sebenar...

" Johan!.Johan...awak buat apa ini!"

Buk !

Arghhhhhh....tanpa berdiam Ethan melayangkan balasan tumbukan kepada Johan Tanda tidak mahu kalah dengan pesaing...walaupun kedua - keduanya tidak tahu situasi sebenar..

" Johan!"

" Ethan!"

Buk..! tumbukan pada Johan buatkan tubuh Ethan melayang Dan mengeluarkan darah yang keluar dari mulut..Melihat situasi itu Tania terpaksa mengambil tindakan drastik dengan memberikan tamparan pada Johan Dan mendapatkan Ethan yang telah tersungkur ditanah..

Johan terpaku terdiam dengan tindakan Tania menamparnya...Kesakitan di pipi Johan tidak mampu untuk melawan kesakitan dalam hatinya..Kejadian yang sama berulang dengan Tania, kecurangan..Johan menapak kebelakang bagaikan tidak percaya dengan apa yang terjadi di depan Mata..

Dihadapan mata Johan..Tania membantu lelaki lain dari dirinya sendiri..

Seseorang hanya tersenyum sinis melihatkan apa yang terjadi...tanpa disangka segalanya berjalan bagaikan takdir, tanpa dia perlu jalankan perancangan Dan plan bagi memisahkan Tania Dan Johan..Sekali lagi nasib menyebelahinya..

" Shame Johan! Lihat dengan Mata kepala Johan sendiri, tadi Johan salahkan Mommy pasal bawa Tania kesini tanpa pengetahuan Johan..Johan tuduh Mommy, tapi Johan lihat dengan kepala Dan Mata Johan sendiri..Mommy Tak perlu buat perancangan..Jelas dia curang pada Johan..lihat lelaki itu..

Dia boleh tampar Johan Dan Bantu kekasih dia tanpa hormat Johan!" Aminah menambah api Luka pada Johan dengan kesempatan kejadian yang berlaku..

Tania yang mendengar segala perkataan yang keluar dari Aminah mengigit bibir dengan erat... Ethan masih dalam pangkuan Tania, namun lelaki itu telah tersedar.." Ethan, Maaf Tak sepatutnya awak dilayan Macam ini.Saya akan tegakkan keadilan untuk awak!" Jari jemari Tania digengam erat..Satu perkara yang perlu dilakukan Tania.Dia perlu berhadapan dengan Aminah..Lebih -lebih lagi dihadapan Johan..

" Siapa yang malukan siapa Mommy?" Mata Tania terjegil memandang kearah Aminah..Kali ini dia tidak boleh menahan sabar dengan apa yang terjadi..

" You, curang...Johan lihatlah perempuan Tak malu ini ugut Mommy!" Aminah menjulingkan Mata Dan membuat muka kasihan kearah Johan..

" Cukup.....!" Johan kelihatan tenang..namun dari riak wajah yang marah Dan bengis. Tumpuan Mata yang tajam terarah pada Tania Dan Lelaki yang telah bersandar di tanah..

" Apa yang cukup...Awak Tak tahu perkara yang sebenar..Ethan, dia yang selamatkan Saya semalam. Awak pukul dia tanpa awak usul periksa..Tanpa dia entah apa yang jadi Malam tadi..." tangan Tania terarah ke arah Ethan..

Johan mengerutkan kening dengan penjelasan dari Tania....Namun Aminah tidak membenarkan untuk Tania menang..

" Johan jangan percaya...Terang - terang mereka berdua berpelukan tadi.Mereka berdua Ada hubungan. Takkan Johan nak biarkan Hal ini." Aminah senyum sinis kearah Tania, memberikan isyarat Bahawa perkara ini takkan terlepas dengan mudah..Selagi dia boleh gunakan Hal ini, dia akan gunakan sehabis baik..

Baru sebentar tadi tanggapan Johan pada dirinya tidak baik..Kini bila Ada peluang terbentang dia akan gunakan sepenuhnya..

" Cukup...! apa yang jelas pada Mata Saya..Saya nampak sendiri, apa yang awak nak jelaskan!" Suara Johan semakin meninggi, ternyata dia juga termakan dengan segala kata - kata Aminah...

Semua yang dikatakan Aminah benar -benar logik dalam fikiran Johan bila perasaan marah Dan cemburu menguasai diri..

" Siapa yang bawa Saya kesini kalau bukan Mommy yang punya angkara!" bicara Tania lancar dalam.satu nafas yang membuatkan semua yang berada disitu terdiam...

" Johan....Aminah Mula merengek kecil bila isu dirinya dibangkitkan.. " Tania memang Tak guna!" makian Aminah dalam hati..

" Cukup......." balasan dari Johan buatkan Aminah terdiam seribu Bahasa..Selepas mengambil pernafasan panjang Johan mulakan bicara.." Mommy pergi dulu, Johan akan uruskan Hal disini."

...Tapi." Aminah kurang puas hati bila semuanya Tak seperti yang dirancang..

" Pergi!" bicara Johan selanjutnya buatkan Aminah tiada pilihan.

Tania hanya tercegat dalam situasi itu...Johan berpaling Dan berjalan kearah Khemah berseorangan tanpa memberikan pandangan pada Tania..

Tania segera mendapatkan Ethan..Setelah lelaki itu berjaya dipapah Dan dibantu barulah Tania boleh Menarik nafas lega..

" Ethan Maaf dengan apa yang terjadi tadi.." Tania mengetap bibir menunjukkan serba salah dengan sikap ketelanjuran Johan..

" Awak dengan lelaki itu..?" dari apa yang berlaku Ethan dapat rasakan Tania Dan Lelaki itu Ada hubungan yang serius..

" Dia suami Saya...Maaf pasal Malam tadi Saya Tak sempat nak maklumkan awak pasal Hal semalam.
Saya betul - betul keliru, bila Saya nampak dia muncul..Saya Tak boleh terangkan dekat sini Dan lebih lama dengan awak..Awak lihat apa yang terjadi tadi..." Tania menunjukkan wajah serba salah, dia ingin membantu Ethan sepenuhnya namun Johan....

Mata Tania beralih kearah Pintu Khemah...

" Saya faham.. Tahniah, Saya Tak tahu sebelum ini awak dah berkahwin..Saya harap perkara Hari ini dapat dibetulkan...Saya okay, awak boleh pergi pujuk dia.Dia salah faham." Ethan menganggukkan kepala memberikan Kebenaran kepada Tania meninggalkan dirinya..

Tania berjalan laju kearah pintu Khemah.... beberapa kali pandangan diberikan kepada pintu silih berganti kepada Ethan..pandangan Mata Tania mencari kelibat Seseorang ..Perasaan Tania serba salah dalam menghadapi Johan setelah apa yang berlaku antara mereka..

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience