74

Romance Completed 78127

Petang....

Alpha team teruskan pencarian dengan menjejaki mangsa...

Tania Dan Johan keluar dikawasan sekitar berdekatan gua untuk mencari makanan...

Matthew masih menunggu dan panggilan dari Lois adalah perkara utama..Dan setiap satu perkabaran Baru, akan melalui Matthew terlebih dahulu..

Rina masih menanti ...mennati khabar berita dari Johan...kehilangan Johan buatkan Rina Tak tentu arah..bila melibatkan pihak Berkuasa, khabar berita kehilangan Johan Dan Tania tersebar..

Di kaki Bukit Cindai...ramai wartawan telah membanjiri kawasan sekitar..khemah di pasang untuk para media bermalaman untuk mendapat berita terbaru..setiap satu yang dilaporkan bagaikan satu lubuk Emas buat mereka..

Matthew mendapat satu panggilan penting, melalui saluran yang menghubunginya dia tahu panggilan itu dari siapa...satu helaian nafas panjang disingkap sebelum panggilan itu dijawab..

" Macam Mana keadaan disana?" Suara garau kedengaran di talian..dipenuhi dengan muslihat yang  membuatkan Matthew mencari patah perkataan yang perlu dalam situasi asing yang dia tidak menyangka..

" Belum Ada berita..tapi keseluruhan pencarian positif.." perkataan positif betul - betul menyelamatkan Matthew Kali ini..

" Kenapa Johan pilih lokasi itu? Kenapa kamu Tak Jaga dia?" dalam pertanyaan Ada kemarahan yang tersendiri dalam nada soalan..

" Salah Saya! Johan jumpai sesuatu disini..Dan dia Cuba dapatkan Kebenaran!" Pilihan itu perlu dijelaskan, berikutan alasan kosong tidak àkan diterima bulat - bulat..

"Apa yang dia jumpa?" Suara dipanggilan semakin tegas..

" Tania!disini..jadi dia cuba dapatkan diri dia kembali."

" Hmmmmm! Rengusan nafas kedengaran. Macam Mana penerimaan mereka berdua! Tania?"

" Asing..Tania masih tidak mengaku hubungan dia bersama Johan..jadi perkara ini rumit!" Segalanya diperjelaskan untuk seseorang dipanggilan faham segala yang terjadi..

" Semua disitu plan Johan?" dia tahu Johan bijak, tapi lakukan sesuatu yang diluar kawalan tanpa berfikir panjang...akan buatkan kejadian buruk berlaku Dua Kali..

Kali pertama, kejadian Johan mengambil tindakan tanpa memaklumkan kepadanya, buatkan Johan kemalangan dan hilang semua memori dalam hidupnya...

Kali kedua, Ini yang terjadi..masih dalam alasan yang sama, Johan tidak maklumkan kepadanya dia telah menemui Tania..
Dia harapkan Johan Dan Tania akan bertemu disitu satu hari nanti..disebabkan alasan itu, Jonathan membuat keputusan untuk Johan menerima rawatan di tempat yang sama isteri Johan berada..

Namun pertemuan mereka terlalu singkat, dengan kemarahan Tania pada Johan masih bersisa Dan kuat dalam hati..Jadi pertemuan Tania Dan Johan àkan membuatkan hubungan Tania Dan Johan lebih sukar...
Perkara yang dia tidak dapat ubah..Jodoh Johan Dan Tania kuat..biarpun mereka telah berpisah jauh..mereka tetap bertemu walaupun tiada siapa yang atur..

" Saya galakkan dia untuk dapat jawapan!" Matthew mengaku! bagi kes Johan, dia perlu pastikan untuk lelaki itu benar - benar pulih..dia perlu mendapatkan jawapan sendiri tanpa menerima bantuan orang lain..Nampak mudah, namun untuk seseorang yang pernah melalui frasa kehilangan memori...itu sesuatu yang rumit..

" Pastikan semua selamat Matthew....mereka berdua penting dalam hidup aku!"

" Saya Cuba yang terbaik..Alpha team sedang usahakan pencarian!" Matthew membalas..

" Aku tahu...Aku yang kerahkan mereka kesitu..bagi membantu Johan..Hutan tempat yang sukar..semuanya bataskan kuasa Aku.Tiada jalan lain lagi.Alpha akan pastikan semua selamat, jika tuah Johan masih berpihak pada mereka berdua." Biarpun berat diluah itu adalah kenyataan yang per conversation see wlu ditempuh oleh Matthew.. kehilangan Johan  sekali lagi Malah Kali ini bersama Tania buatkan Jonathan mengeluh pada hidup..

Jika sesuatu terjadi pada Johan Dan Tania, pada siapa dia akan bergantung hidup..

" Datuk Jonathan, Saya takkan berputus asa pada mereka berdua!"

" Selamatkan mereka berdua Matthew, Jaga mereka berdua!" Panggilan ditamatkan Jonathan segala maklumat berkenaan dia telah tahu dari Lois..tapi dia  mahu kepastian Dan maklumat yang sama..

" Berapa lama lagi Kita nak terperangkap dekat sini Johan, awak Rasa mereka sedar Kita Tak Ada dalam team mendaki!" Tania putus asa, dia ingatkan bila Hari siang pasukan penyelamat akan muncul menyelamatkan mereka berdua..tapi hampa..

Makanan dalam beg Tania telah habis dimakan , menjadi alas perut untuk dia dengan Johan..Jika dia tahu mereka akan tersesat, dia akan menyumbat lebihan makanan dalam beg sandangnya, untuk sebarang kemungkinan..

Dia telah fikir Jika berada di dalam sebarang situasi..tapi naluri Tania, buangkan segala perkara negatif, jadi dia fikirkan segalanya selamat...Namun realiti dia Dan Johan terperangkap Dan tersesat..

" Saya pun Tak tahu? Harap - harap mereka jumpa kesan Kita dekat atas Sana! Kalau Kita nasib baik, esok atau berapa Hari lagi mereka akan jumpa Kita..awak jangan patah Semangat!"

" Johan...mampu ker Kita tempuh sehari lagi dalam hutan ini..Makanan Kita dah habis..Malam ini Kita nak makan apa?" Tania mengeluh berat..

" Saya akan usaha di luar Sana..Cari apa yang Kita boleh makan Malam ini.Awak jangan risau!" Johan masih belum patah Semangat, sebolehnya dia mahu keadaan Tania bertenang...dengan itu mereka boleh  memikirkan usaha lain..

" Saya Tak nampak pun sungai disekitar sini! Awak Rasa Kita kena bergerak Johan..selalunya orang sesat Cari sungai?" Tania memberikan idea..

Johan memikirkan sesuatu dari idea Tania..Mata melihat kearah buah kelapa yang telah mereka berdua ambil tadi..Hanya tinggal 2 biji untuk mereka berdua gunakan Malam ini..Tiada Makanan, hanya air kelapa mampu memberikan tenaga sedikit untuk mereka berdua bertahan..

" Kita tunggu disini dulu untuk Malam ini..Jika pasukan telah dikerahkan, mereka àkan carikan pencarian di sekitar julat Kita bersembunyi...jadi kalau mengikut kiraan Saya..jika bukan Hari ini mungkin esok mereka jumpa Kita."

" Awak pasti dengan mereka akan jumpa Kita?" Keputusan Johan seakan Tania tidak setuju..Dari menunggu lebih baik mereka mereka berdua berusaha keluar dari sini..

" Saya ketua, awak kena ikut cakap Saya! Siapa lagi awak nak ikut? Johan tegas dengan keputusan, dia telah fikirkan baik buruk mereka jika mereka jauh dari tempat mereka terjatuh..Satu lagi mereka berdua tidak tahu apa bahaya yang menunggu di luar..

Semalaman mereka disitu..Johan dapat rasakan disitu yang Paling selamat..

Tania masih tidak berpuas hati dengan Johan..dengan keadaan lapar Dan dahaga dia tidak banyak pilihan untuk memilih..Jadi dia memilih untuk keluar dari gua untuk membuangkan segala perasaan tidak puas hati untuk bertenang sebelum dia bersemuka dengan Johan kembali..

Habuk ditubuh dikepas untuk dikeluarkan dari baju..kaki melangkah ke depan di Permukaan pintu gua...Tania tidak memerhati apa yang Ada diluar, dia masih tidak endah dengan Johan, perasaan perlu ditenangkan sebelum mata Tania terbeliak bagaikan tidak percaya apa yang terbentang di depan matanya...

Lois semakin mengarah kakinya kedepan laluan...beberapa kesan berjaya ditemui..Semakin dia kearah kedepan, reaksi debaran dihatinya semakin tenang..Firasat Lois kuat mengatakan dia telah menemui mangsa..

Namun dia perlu berhati - hati..
Di depan Mata telah terdapat gua..
Darah kering telah terdapat kesan di daun - daun disekitar laluan..
Dia masih Berharap itu adalah darah yang sama diuji tadi...
Dia tidak mahu memikirkan sebarang kemungkinan..

Lama menunggu diluar, Lois memerhati di kawasan sekitar Dan menanti..
Penantian dengan penuh sabar..
Dan penantian Lois selama 2 jam akhirnya berhasil..
Bila dia melihat terdapat satu objek keluar dari Gua, Dan tidak nampak akan kehadiran dirinya disitu..

" Jangan bergerak!" Untuk Keselamatan Lois..Gun digunakan untuk menghala kearah mangsa..dia masih tidak mengetahui situasi sama Ada mangsa adalah orang yang dicari atau musuhnya..

Sepantas dengan tindakan, Tangan Tania terus menghala keatas atas langit.dia seakan termimpi seakan berada di dalam dunia polis bila diacu senapang di bahagian kepala..Tania mengigil ketakutan  dengan situasi yang sangat membahayakan dirinya..Fikiran teringat Johan yang masih didalam Gua.

" Buk!" Pukulan Johan keatas kepala lelaki yang mengacu Gun di kepala Tania berhasil  meleraikan Gun dari pegangan.. Namun masih belum dapat membuatkan lelaki itu tidak sedarkan diri..

Dengan tangkas Johan menghala Gun kearah lelaki itu dengan wajah serius.." awak siapa?" Johan nekad jika lelaki itu bergerak dia tidak teragak - agak untuk menembak sesiapa sahaja yang memberikan ancaman pada mereka berdua..

Tania lega bila Johan sedar akan situasi bahaya yang menimpa kepadanya ..Jika Johan tiada, entah bagaimana dengan nasibnya.. lelaki di depan mereka lelaki asing bukan lelaki tempatan untuk menyelamat..

" Bertenang! Tangan di letakkan dikepala sambil lelaki itu berdiri secara perlahan!"

" Siapa awak?" Johan tidak berkira- kira untuk mengambil tindakan..Manakala Tania telah bersedia dengan kayu yang digunakan Johan sebentar tadi..

" Jonathan..dia yang bawa Saya kesini..Usaha mencari Tania Dan Johan!' Lois menyatakan sebab kenapa dia disitu Dan Berharap kedua - duanya adalah mangsa yang dicari dalam operasi mereka..

Johan masih tidak berganjak..dia perlu berhati - hati..

" Siapa lagi?" Johan masih mahukan penjelasan lanjut.. Jika benar lelaki itu diupah oleh Jonathan, pasti lelaki itu tahu àkan sesuatu disini.. Jonathan berada di luar negara, Dan Datuk tidak boleh memberikan arahan langsung kepada lelaki asing itu..tentu seseorang disini..

" Matthew!" Tanpa teragak - agak Lois memberikan jawapan.. Jonathan adalah  seseorang yang bukan senang untuk dihandle..Inikan Pula cucunya, jadi dia perlu terus kepada punca..

Johan memberikan Gun semula kepada Lois setelah pasti dengan siapa lelaki disitu untuk mereka.." Saya terima!"

Lois bernafas lega sambil memberikan kerjasama..

manakala Tania masih terkejut dengan reaksi Johan..Baru sebentar tadi lelaki itu mengacukan pistol ke kepalanya, Dan Johan tidak bertindak apa - apa..
" Johan apa yang awak buat? Awak lepaskan dia?"

" Pasukan penyelamat. Dia yang Kita tunggu tadi!"

" Penyelamat? Tapi kenapa dia layan Saya macam penjenayah?"

" Itu cuma prosedur, siapa nak Jaga nyawa dia sendiri kalau dia tidak hati - hati."Johan jelaskan semua untuk Tania faham...

" Jadi bila kami boleh keluar dari sini!" Tania semakin Tak sabar....jika dapat keluar dari situ..dia perlu Mandi.Dua Hari dia tidak Mandi...badannya dirasakan telah mulai gatal - gatal..

" Sekarang!" Lois dengan menggunakan telefon satelit menghubungi pilot, team ke 8..

" Team..Out!" Panggilan ditamatkan Dan mereka bertiga  menunggu  bunyian helikopter di udara untuk berdesing...

Matthew orang terawal tiba dilokasi..sebelum Helikopter yang membawa Johan Dan Tania muncul lagi, dia telah terpacak disitu..sebaik sahaja dia dihubungi oleh Lois dengan penemuan mereka berdua..

Suasana tenang memenuhi setiap penjuru lokasi helikopter akan mendarat..para wartawan telah memenuhi ruangan laluan..Namun dengan langkah Keselamatan, laluan dihadkan dimana satu laluan tidak dibenarkan sesiapa berada disitu termasuk Matthew, sebelum ketibaan mangsa dinantikan...

Sebaik keduanya menjejakkan kaki di tanah disitu, Johan Dan Tania bernafas lega..Mereka berdua telah terselamat dengan kejadian tadi...sepanjang laluan dipenuhi dengan orang- orang yang mahu tahu keadaan mereka berdua..

Tanpa menanti yang lain hadir bagi menyesakkan keadaan..para Petugas perubatan terlebih dahulu memainkan peranan..Kedua - duanya dibawa menaiki ambulans Dan dibawa ke tempat selamat untuk rawatan..

Ssebeluk berpisah..Matthew Dan Johan sempat mengengam tangan antara keduanya..Dan untuk Tania, Matthew hanya menghantar dengan senyuman..setelah dipastikan situasi tegang sebelum ini telah reda...Matthew bergerak Dan mengikuti kenderaan Petugas perubatan untuk bersama - sama Johan Dan juga Tania..

Panggilan di telefon satelit Matthew berbunyi..suara lelaki Lois kedengaran di sebalik panggilan...

" Tugas selesai.Kami àkan kembali tapi Ada  suatu perkara lagi, bayaran dari misi Kali ini àkan dinaikkan!"

Matthew tercengang, belum pernah lagi jika mereka berurusan dengan team Alpha, sesuka hati team itu àkan menaikkan bayaran..

" Ada apa - apa berlaku?" Matthew Tak sedap hati..

" Kecedaraan ringan dikepala!" Lois bereaksi tenang..Tadi dia Tak jangka akan jadi perkara yang akan membuatkannya tercedera..Dia ingatkan dia berurusan dengan mangsa biasa.

" Siapa?" Matthew ingin tahu..Jika serius dia àkan memberikan bantuan dahulu sebelum team Alpha bergerak pulang.

" Me! Nasib Kali ini Tak menyebelahi!" Lois  mengaku..

" Mahukan bantuan Lois!"Matthew menghulurkan bantuan..Siri menyelamatkan Johan telah cukup untuk membalas kebaikan dari team itu.

" Tak perlu, hanya kecedaraan ringan. Kami bergerak sekarang!"

Panggilan ditamatkan Matthew..kenderaan  dihadapan telah membelok dikawasan Bangunan untuk Johan Dan Tania diturunkan..

" Keluarkan dia dahulu, dia yang perlu dibantu!"

Tubuh Tania dibawa diatas katil bergerak..Tania dibaringkan dalam keadaan selesa sebelum dia dipisahkan dari Johan untuk dipindahkan kebangunan..

Sewaktu tubuh Tania dibawa pergi, Rina hadir disitu mengarah kearah Johan yang masih diluar kenderaan..

Seperti jangkaan, jelas dipandangan Tania, Johan dipeluk Rina dalam dakapan Dan Mata Johan menghantar tubuh Tania pergi sehingga pandangan itu menghilang..

Matthew menjadi saksi segalanya yang berlaku..Dia melihat kearah Tania Dan begitu juga Johan...Dan Rina masih dalam dakapan Johan dalam suasana gadis itu menanggis tidak berhenti..

Nampaknya Malam itu keadaan Johan akan sukar!

Johan memberikan isyarat kepada Matthew untuk membantu.. Namun Matthew menunjukkan isyarat mengalah,dengan tangan didepakan di udara untuk dia tidak Masuk dengan urusan dengan Rina..

Jelas di penglihatan Matthew, Johan cuak mengawal keadaan..bila orang - orang disekeliling mereka masih memerhati Dan tidak membuat apa - apa..

" Rina, sabar dulu..Saya dah selamat kembali!" dengan segala usaha Johan Cuba memujuk.Tidak disangka ketibaan dia disitu akan disambut Rina terlebih dahulu. Johan menganggap semua teamnya telah selamat pulang..

Rina masih berendam air Mata...

" Saya sangat takut kehilangan awak Johan.bila awak hilang Saya buntu..jangan lagi tinggalkan Saya!" Rina meluahkan segala perasaannya..dia rasakan dia Tak mampu lagi berjauhan dengan Johan..Johan miliknya..

" Beri Saya jalankan bantuan perubatan dulu Rina..Saya perlukan rawatan!" Johan Cuba mencari alasan..Rina hanya fikirkan dirinya sahaja tidak fikirkan keadaan Johan yang tercedera..

" Saya temankan awak Johan.Saya takkan tinggalkan awak lagi!"

" Okay!" Johan tiada pilihan, Tubuhnya telah terlalu letih..dia tidak àkan bahas perkara itu bersama Rina Malam ini.  Dia perlukan rehat Dan air yang bersih untuk Badan Dan tubuhnya..

Dia perlu mencari tenaga kembali..dia perlu segera ke bilik rawatan kerana jika terlambat dia perlu menghadapi para wartawan yang mahukan berita Baru dari mereka berdua..

Johan juga dibawa ke katil bergerak untuk dibawa ke Bangunan rawatan..Rina mengikuti Johan sepanjang laluan dengan tidak ditinggalkan Johan walau seminit..

Sebaik sahaja tubuh Johan dibawa ke bilik kecemasan barulah Rina memberhentikan langkah dengan dia menunggu di luar..kelihatan disitu Matthew telah sabar menanti..

Rina memberikan senyuman kepada Matthew sebelum berpaling untuk menyendiri..

Matthew juga Hanya mendiamkan diri..sebentar tadi dia menunggu Tania keluar, namun sampai sekarang masih tiada menunjukkan segalanya akan berakhir...dalam fikiran Matthew apa rawatan yang diberikan bahagian perubatan hinggakan mengambil Masa yang lama...

Setelah menunggu lewat 1 jam..Matthew semakin hilang sabar..dia membuat keputusan untuk masuk Dan melihat sesuatu yang mungkin dia terlepas dengan Johan Dan Tania..

Melihatkan tingkah laku Matthew..Rina mengerutkan keningnya..
" Awak nak kemana Matthew?"

" Sudah lebih sejam Saya tunggu disini tunggu Tania..Dan Johan sudah Masuk kedalam...kenapa mereka berdua masih belum muncul?"

Lain yang diharapkan Matthew, lain yang Rina tanya..
" Tania pun Ada dalam Ini.? Perasaan Rina tidak sedap hati..Tadi dia disamping Johan untuk elak perkara ini berlaku...Tapi nampaknya usaha Rina sia - sia, bila mereka berdua diberi rawatan yang sama Dan dalam bilik yang sama..

" Tak boleh jadi?" Asyik - asyik Johan Dan Tania..Kenapa itu yang jadi dalam hidup Rina..asyik - asyik lelaki yang dia suka melepas pada Tania..Dulu Shah Dan kini Johan....Tidak dia perlu halang..

" Apa awak nak buat dalam itu Matthew?" Rina memasang jerat..Bantuan Matthew bolehkan dia tahu apa yang terjadi dalam bilik kecemasan itu..

" Kita tengok?"

Perasaan Rina berdebar - debar...Matthew Baru Masuk ke dalam pintu kecemasan..dia masih teragak - agak untuk melangkahkan kaki untuk melangkah bersama Matthew untuk dapatkan jawapan disitu...

" Perlu ker Aku Masuk atau tunggu di sini! Rina engkau perlu buat keputusan terakhir..?????

Bersambung ....?????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience