66

Romance Completed 78127

" Tania kami nak pergi makan lunch, kalau engkau nak join sekali kami Tak keberatan!" Sengaja Rina berjumpa Tania terlebih dahulu, sengaja menunjukkan pada Johan Bahawa dia ambil berat tentang Tania.

"  banyak kerja belum selesai, lagipun Tak baik  untuk ganggu kamu berdua. Banyak lagi kerja untuk disiapkan, jangan risau, Rina.. Tania boleh jaga diri!" Sebelum berpisah dengan Rina, Mata Johan Dan Tania terpaut sebelum masing - masing membuang pandangan ke arah yang lain.

" Mari!" Tangan Rina dipegang Johan bersama Lengan Johan yang dipaut erat oleh Rina..

" Johan, awak pasti Matthew Cintakan Tania? Saya Tak nak dia dipermainkan lagi dengan lelaki.. ya Saya tahu dia tersilap pilih hidup sebelum ini. Tapi dia layak dicintai seorang lelaki Kan Johan. Lelaki yang betul - betul boleh terima dia." Suara Rina sayu mengenangkan nasib Tania di pendengaran telinga Johan. Hingga Johan tidak tahu perkara sebenar yang telah membutakan mata Dan hati Johan.

Bagi Johan, Rina adalah seorang rakan yang baik. Jika Rina tahu Ada beberapa kelakuan Tania yang Cuba memikatnya..tentu gadis itu akan bersedih.

" Jangan fikirkan dia, Rina. Itu masalah yang dia Cari.. tapi kalau dia benar dengan Matthew. Rasanya Matthew lelaki yang baik."

" Maksud awak, Matthew Cintakan Tania?" Rina mencari jawapan dari riak wajah Johan. Kelihatan Johan hanya memandang Dan mengalihkan pandangan dalam waktu yang sama.

" Saya Tak pasti tentang Hal itu. Saya akan tanyakan pada Matthew.!"

Rina terkejut!

" Kalau awak belum bertanya dengan Matthew. Macam Mana awak tahu Tania Dan Matthew bercinta?"perasaan Rina tidak sedap, setiap bicara yang berkaitan dengan Tania, Rina àkan teliti. Dia pasti tadi Johan maklumkan Hal itu kepadanya..

" Saya Ada berbincang dengan Matthew, dia Tak nafikan hubungan dengna Tania. Cuma Saya Tak tahu perasaan sebenar Matthew.

Rina awak yang tanyakan Hal ini pada Saya..Awak yang bangkitkan Hal ini. Kenapa awak Tak percayakan Saya?"  Johan terpaksa mencari jalan keluar dari kemelut soalan Rina. Jika diteruskan hubungan dia Dan Rina yang akan berantakan.

Semua tentang Tania, buatkan hubungan dia Dan Rina dalam gelombang. Itu Baru 2 Hari Tania bekerja bersama mereka. Jika lebih lama, entah apa akan terjadi.

Sikap Rina yang sentiasa curiga...buatkan Johan lemas. Sepanjang hari hanya berkisarkan tentang kisah Tania..

" Sssàyà...? Rina serba salah, dia telah terlanjur dengan perbuatan mengesyaki semua perbuatan Johan melibatkan Tania..

"Cukup pasal Tania Dan Matthew. Kita perlu Jaga hubungan Kita, Kenapa pasal mereka Kita yang bermasalah. Mari pergi Saya dah lapar!"

Tanpa menunggu Rina,. Johan ke bahagian pemandu. Isu tentang Tania buatkan dia sakit hati tanpa sebab. Melihatkan Rina sahaja dia Naik lemas. Tak habis - habis isu Tania dibangkitkan..

" Johan Saya betul - betul minta maaf. Saya Tak sepatutnya fikir tentang awak yang bukan- bukan.. Saya terlalu sayangkan awak Johan!"

" Saya tahu....Tak perlu bincangkan lagi Hal itu lagi. Kita pergi makan Rina, banyak Masa Kita habis Hari ini untuk sesuatu yang tidak berfaedah untuk Kita berdua!" Engin kereta dihidupkan, namun fikiran Johan melayang mengingatkan Matthew, dia juga mahukan Kebenaran tentang hubungan Tania Dan Matthew, betul mereka bercinta atau sebaliknya..

Matthew ketawa terbahak - bahak memandang Johan dengan soalan melibatkan Tania Dan dirinya yang sangat melucukan Matthew..

" Gila!" Johan geram..
dapat dirasakan Johan,  dia dipermainkan oleh seseorang. Tangan Johan mengengam penumbuk dengan geram.

Dia dipermainkan Dan ditipu oleh Tania..

" Cukup Matthew!" Johan memberikan amaran..

Matthew sehabis baik Cuba mengawal uratnya untuk tidak  tergelak lagi,namun bila dilihat wajah serius Johan dia Cuba mengawal..

" Apa yang kelakar?" Johan masih belum berpuas hati bila reaksi Matthew kepadanya sebegitu.

" Johan, lelaki yang Aku kenal bernama Johan buat lawak Hari ini!" Matthew memberikan jawapan sambil menahan ketawa. " Mana engkau  dapat berita tentang Tania Dan aku, Johan? Siapa yang beritahu?"

" Seseorang! Mata Johan tajam..
Dan orang itu àkan mendapat balasan kerana mempermainkan dia!"

" Bukan ? Macam Mana cerita itu boleh terjadi... Siapa yang buat cerita, Oh nampaknya drama di tv memang berkesan, seorang lelaki ditipu seorang wanita.. siapa pemenang?"

" Matthew, Saya perlukan jawapan? Apa hubungan Tania dengan awak Matthew? Kenapa Tania, dia.....
Ketenangan Saya hilang"

" Kenapa dia muncul Dan segalanya huru hara...Kenapa dia Tak seperti yang dikhabarkan..kenapa dia? Sedangkan dia kawan Rina?" ..

" Johan" bahu Johan disentuh Matthew. Semua yang terjadi Ada penjelasan dalam hidup awak. Mungkin apa yang awak lihat sebelum ini bukan yang awak Cari dalam hidup.. Dan apa yang terlihat dimata kasar awak, bukan sebenarnya.." Matthew sekadar membantu.

" Apa perlu Saya buat Matthew. Saya Cuba berbaik dengan dia, maksud Saya Tania. Tapi dia seakan elakkan diri dari Saya. Kami Tak pernah mengenali satu sama lain, Dan dia dah mengaku Hal itu. Tapi kenapa Saya Rasa bila dia Ada bersama.. Saya Rasa perasaan Saya  dekat dengan dia...Maksud Saya, kehadiran dia tenangkan jiwa Saya, bukan perasaan sama sewaktu Saya bersama Rina.." Johan berterus terang..

" Awak akan dapat jawapan semua itu Johan.. cuma perlukan Masa untuk awak tahu siapa Tania...awak kena banyakkan bersabar.!"

" Jadi dia bukan Ada hubungan dengan awak?"

Sekali lagi Matthew ketawa. " Itu suatu perkara paling mengarut yang Saya pernah dengar. Saya tahu sesuatu tentang Tania, Johan. Itupun kalau awak nak tahu?"

" Apa dia Matthew?" Johan semakin ingin dapatkan jawapan dari Matthew.

" Dia telah bersuami, Dan segala perkara mengarut yang awak Dengar tentang dia. Tak mungkin itu Tania?"

" Dia dah  berkahwin? Tapi Rina kata, Tania......

" Awak kena berhati - hati dengan Rina..Saya Tak kata perkara itu salah ataupun betul.. awak perlu lihat dengan  Mata hati...bukan percaya bulat - bulat..Dan orang  Baru dalam hidup awak Johan. Saya Tak kata awak kena percaya tapi berwaspada."

" Mana suami dia jika dia dah berkahwin. Kenapa dia kena kejar lelaki Kaya?"

" Saya Tak tahu dia perlu  kejar lelaki kaya. Itu berita Baru yang Saya Dengar, tapi berita itu, berita kedua dari awak yang Paling mengarut Saya dengar..Suami Tania, lebih kacak Dan lebih Kaya dari awak Johan. Dia rahsiakan Hal itu sebab dia punyai alasan tersendiri."

" Alasan sendiri? Maknanya awak kenal rapat dengan dia?....Matthew Macam Mana awak kenal Tania?' Johan mahukan kepastian.

" Cara yang sama Saya kenal awak Johan."

" Awak Tak jawab soalan Saya Matthew. Apa yang awak rahsiakan dari Saya?" Johan masih tidak berpuas hati. Kenapa Rina, dengan ceritanya tentang Tania. Kenapa Tania ,,tipu pasal Matthew..hubungan Mereka..

Disebabkan itu,  Johan mahu melangkah pergi.

" Awak mahu kemana Johan? Matthew Cuba menghalang.Entah apa yang àkan Johan buat nanti.

" Tania? Saya nak dapatkan maklumat tentang dia. Saya perlu cerita sebenar tentang dia. Siapa dia,?"

" Johan! Awak terlalu obses dengan Tania. Apa kata awak bertenang Dan fikir secara waras. Dari awak buat semua itu, apa kata awak fikirkan sesuatu yang awak boleh dapatkan jawapan sendiri dari dia Dan Tak jejaskan kesihatan awak!

Awak boleh tahu siapa yang sebenarnya tidak jujur dengan awak.. memandang Kan awak Tak ingat siapa awak sebenarnya!"

" Bagaimana?" Johan berpaling Dan dia tahu Matthew Ada idea yang bernas..

" Rahsiakan dulu tentang status Tania.. tiada sesiapa yang perlu tahu dia telah berkahwin selama ini. Itu syarat pertama!"  Matthew tahu tiada sebab Johan àkan bongkarkan Hal itu pada sesiapa, termasuk Rina.

Gadis yang disangkakan Johan adalah Tania, disebabkan bauan wangian yang sama dengan Tania.

" Deal!"

Bersambung...?????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience