92

Romance Completed 78127

" Apa lagi Rina, kenapa nak tahu sangat  pasal Tania?"
Nada suara Jila bercampur dengan kemarahan...Tak sangka nombor tidak berdaftar yang memanggil tadi adalah nombor Rina..Dia telah buang nama itu dalam simpanan buku telefon, jadi dia tidak mengesyaki, yang Hari itu dia menerima panggilan dari orang yang tidak diperlukan dalam persahabatan mereka..

"Rina!"

Pernikahan antara Rina Dan Johan telah diketahui Umum..Lagi beberapa Hari sahaja perkara itu àkan terjadi..

Tania pun tahu àkan keadaan itu Dan dia telah redha...

Jadi untuk apa lagi Rina mencari Tania, sengaja untuk sakitkan hati dia lagi..Tak cukup ker dia ambil Johan yang sememangnya dimiliki oleh Tania terlebih dahulu...

" Johan nak jumpa Tania...dia nak selesaikan masalah mereka berdua..Engkau tahukan Aku Tak Masuk campur Hal Johan dengan Tania...Johan berkeras nak jumpa sebelum kami bernikah..Tania dah bersetuju kenapa Pula engkau yang nak angin dengan aku"
Kedengaran di talian, Rina mengeluh...

Jila yang mendengar keluhan Tak tahu malu Rina...hanya menjulingkan mata keatas, menunjukkan reaksi menyampah...biarpun Rina tidak dapat melihat, cukup untuk Jila sedapkan hati...

" Dia nak apa lagi? Bukan perkara ini ker yang dia nak? Tania jauh dari dia..untuk apa dia jumpa Tania, nak tambahkan lagi derita Tania...dia nak lihat Tania tersungkur sembah dia..Macam itu?"

" Bukan Jila... engkau takkan faham dalam situasi kami..Johan cuma nak jumpa Tania, mungkin untuk Kali terakhir...Johan mungkin telah buat keputusan..dia pilih aku, Jila..perasaan memang Tak boleh dipaksa!"

" Perasaan Tak boleh paksa!" Jila mengejek Rina.." kalau engkau undur diri awak Rina, perkara macam ini takkan terjadi.." sempat Jila memerli, dan Jila tidak fikirkan perasaan Rina lagi...Jika Rina nak terasa dengan perlian dia, biarkan...sekurang - kurangnya hanya dia yang tinggal bagi membela nasib Tania..

" Jila...engkau takkan faham." Rina mengeluh, segala yang dia buat dalam hubungan itu...dia tiada Rasa bersalah dalam semua tindakan dia bagi mendapatkan Johan..dia berlawan secara Adil..biarpun Tania dulu, tapi semua melibatkan perasaan...yang berjaya dengan usaha adalah pemenang..

" Bila engkau nak jumpa dengan Tania?" Soalan Jila acuh Tak acuh...tapi bila difikirkan jika peluang ini diambil Tania untuk dia lebih bahagia dimasa àkan datang...Jadi dia bersetuju menolong Rina..

" Secepat mungkin!" Laju Rina menjawab Dan seluruh wajah telah teruja..Nampaknya dia tidak tersalah orang meminta pertolongan..Nampaknya hubungan Jila bersama Tania semakin baik...hanya pada dia Jila Salah faham..

" Aku Tak janji Rina kalau Tania bersetuju..Aku kena maklumkan dulu pasal Hal ini pada dia...Aku Tak pasti apa keputusan dia nanti."
Kuat firasat Jila, Tania àkan bersetuju berjumpa Johan..namun yang àkan menjadi halangan untuk  Tania berjumpa Johan, berkenaan kandungannya..

" Jila engkau kena pastikan Hal itu..Tania kena jumpa Johan..selesaikan semua perkara antara mereka..kalau Tak!"

" Kenapa engkau takut Tania rampas Johan dari engkau lagi....Rina engkau pasti Johan sukakan engkau Dan dia ambil keputusan untuk kahwin dengan engkau...?"

" Engkau jangan merepek, Johan memang Suka Aku, sebab itu dia tinggalkan Tania..apa lagi yang engkau nak nafikan?"
Tiba - tiba perasaan Rina menjadi panas..Tania yang dipermainkan sebelum inipun tidak bercakap apa - apa...Kenapa Pula Jila yang melebih - lebih dalam perkara hubungan dia Dan juga Johan..

"Aku Tak nafikan apa - apa, tapi Aku nak ingatkan engkau Rina..Johan sekarang, Johan yang hilang ingatan Dan Aku Tak tahu apa plan engkau hingga engkau  dapat Johan Dan tinggalkan Tania...tapi permainan engkau hebat...aku kenal engkau jauh lama dari Tania..Dan Aku Tak Salah...

" Kenapa engkau cakap Aku mainkan Johan...engkau merepek apa Jila? Kami berdua akan berkahwin Tak lama lagi" Semakin berang Rina...

" Dengar dulu apa Aku nak cakap! Engkau jangan Suka menyampuk kalau engkau nak Aku tolong maklumkan perkara ini pada Tania.." Jila mengugut, setelah didengar Rina telah berdiam, tidak lagi menyampuk..Jila meneruskan...

" Bayangkan Masa engkau kahwin dengan Johan, dia ingat Tania dari zaman mereka bersama, memori mereka bersama...engkau Rasa apa reaksi Johan bila dia dapat tahu semua Kebenaran Dan semua memori sebelum dia hilang ingatan kembali...Engkau Rasa Johan akan Cari siapa? Engkau...? "Ketawa Jila bergema...

Rina masih terdiam tergamam...

" Engkau pernah fikirkan Hal ini Rina....tindakan Johan pada engkau waktu tu.."

" Aku tetap isteri dia yang sah waktu tu.....apa lagi Johan boleh buat kalau ingatan dia pulih...!"
Segala kata - kata Jila dirasakan Rina berasas, dia tidak pernah terfikir akan Hal berkenaan memori Johan yang akan kembali...telah beberapa tahun dia disisi Johan, Dan Dr.Matthew disisi..hanya beberapa bahagian dalam hidup Johan yang kembali..

Rina tahu kisah Johan sebelum ini..tapi sebahagian dari hidup Johan dirahsiakan..dia kesini disebabkan dipanggil dan dia bertemu dengan lelaki yang dia Cinta...tapi sesuatu yang pelik bagi Rina Dan dia masih tiada jawapan...
Kenapa Johan berada disini...
Sedangkan semua Keluarga Johan berada jauh dari dia..
Jika Johan ingin pulih..dia sepatutnya dekat dengan keluarga untuk dia mengingati setiap saat apa yang berlaku dulu....
Tapi Johan dihantar jauh..Dan jauh dari seseorang yang pernah mengasuhnya dulu..Datuk Jonathan..

Rina kenal Jonathan, cuma sebagai seseoarang yang berpengaruh, namun dia belum sempat berjumpa dengan lelaki itu, Datuk Johan...

Johan juga tidak sempat untuk membawa dirinya bertemu Keluarga Johan...Semua atasa desakan Tania yang ingin perkara itu disegerakan walaupun dia tahu, pengabungan dua Syarikat itu sedang rancak dijalankan..

Namun semua itu tidak Rina peduli..dia Tak boleh lagi menunggu lama...dia perlu dapatkan Johan...Dia mahu Johan jadi miliknya seorang..

" Aku Ada satu benda nak maklumkan engkau, pasal Rina?"

Dengan tenang , Tania mengalihkan pandangan kepada Jila...dia dapat terima segalanya kini.." kenapa dengan Rina? Dia sihat..dia jemput Aku pergi majlis dia ke? Tak sabar nak jadi Madu Aku?" Tania bergurau, namun wajah ketat Dan serius Jila mematikan ketawa Tania..

" Okay - okay Aku Tak buat gurau lagi pasal Hal ini..wajah tu jangan ketat sangat..Kenapa dia nak jumpa Aku?"
Tania teruskan kepada soalan..dia tahu jika Bab berkaitan Johan dengan Rina, Jila Tak boleh bawa bergurau...Jila terlalu sensitif melebihi dirinya sendiri..

" Johan nak jumpa engkau ..selesaikan masalah korang berdua..Aku Rasa ini peluang terbaik engkau Tania...Aku harap engkau faham maksud Aku!'

Tania hanya menganggukkan wajah...tapi wajah keliru diperlihat pada pandangan Jila..

" Johan dah 7 bulan Tak jumpa Aku, Tak pernah Cari aku....engkau Tak Tanya dia nak jumpa disebabkan apa..kalau Tak Ada apa - apa yang penting Aku Rasa Tak perlu!"
Tania juga keras hati..Jika dulu Johan buang dia pergi menjauh dari hidup lelaki itu...buat apa dia nak munculkan lagi diri..jelas pada pandangan mata Tania, kebencian Johan pagi itu bila memandang dia...tangan yang Johan lepaskan masih terasa dipergelangan tangan Tania..
Dia telah berlalu pergi, untuk dia kembali sengaja berjumpa Johan, dia Rasa tidak perlu...

" Kalau dia nak jumpa Aku Jila, tunggu selepas dia Dan Rina bernikah...selepas 6 atau  7 bulan dia tunggu Aku Cari dia..segalanya tentang kami Aku akan selesaikan dalam Masa itu.." Tania tenang melepaskan segala yang tersimpan dalam. Hati...

" Engkau dah nekad selepas  bayi ini bersalin engkau sendiri akan jumpa Johan?" Jila kedengaran riang dengan keputusan yang Paling tepat dibuat Tania..

" Waktu tu Masa yang Paling sesuai..kami dapat kebahagian dalam hidup masing - masing..Tak Ada apa yang perlu dikesalkan lagi!" Tania tersenyum, walaupun dirasakan pahit untuk ditelan tapi itu yang terbaik...

" Cuma Ada satu masalah lagi Tania...pasal Johan!"

" Apa dia?"

" Dia nak jumpa engkau sebelum dia  bernikah dengan Rina....perkara itu àkan selesai sebelum pernikahan...dia nak jumpa engkau sendiri!"

Tania berfikir sendiri...apa lagi masalah yang belum selesai diantara dia Dan Johan yang libatkan Rina..Dan Tania segera dapat mengagak...

" Johan nak jumpa Aku sebab perkahwinan poligami ker Jila...Johan perlu dapatkan tandatangan isteri pertama? Kalau pasal perkara itu Aku Rasa  Tak Ada masalah, engkau suruh Rina hantarkan borang tu kepada engkau Jila...selesai aku tandatangan, Aku serahkan kembali..."

Terkejut Jila..mudahnya perkara itu bagi Tania...Jika terkena pada wanita yang lain, tentu dah berperang...disini isu poligami masih menjadi isu sensitif bagi sebahagian Besar wanita...

" Engkau Tak nak fikir dulu pasal Hal ini? Kalau engkau nak tandatangan borang lain?" Jila memberikan Idea, Dan dengan harapan Tania faham...

' aku setuju Rina jadi Madu Aku! Benda mudahkan.. engkau tunggulah nanti, mungkin masalah ini selesai..

" Kalau boleh selesai mudah  Tak per ..tapi pasal perkara yang Macam engkau cakap tadi..
Pasal borang...? yang sebenarnya Johan nak jumpa engkau sendiri, dia nak bincangkan sesuatu...Rina pun Tak tahu disebabkan apa?'

"Ini semua idea Gila siapa sebenarnya? Kenapa Johan nak jumpa, perkara kami berdua dah selesai..dia nak apa lagi?"
Kuat firasat Tania mengatakan ini semua idea Rina...tapi sengaja cerita diputar belitkan oleh Rina dengan menyatakan segalanya disebabkan Johan...Untuk apa ?"
Tania Tak puas hati....

Dia sehabis baik mahu mengelak bertemu Johan sebelum dia bersalin...dia tidak mahu Johan tahu bayi dikandungannya wujud.. dia mahu selesaikan semua bila dia selamat bersalin Dan selepas tempoh habis pantang..selepas 3 bulan.. segala urusan akan menjadi mudah...
Dia àkan mendapatkan pembelaan bagi diri sendiri...

Dia Dan Johan hanya perlu hadir di mahkamah.....

" Tania... Tania....Tania..engkau Ada lagi ke Tak ini....!" Jila mengelabah bila Tania hanya berdiamkan diri..

" Ada.........
Jila engkau tolong Tanya mereka nak apa?"
Tania mati kutu, jika perjumpaan itu tidak boleh dielak...dia perlu lakukan sesuatu bagi mengelak Johan tahu tentang keadaan dirinya...

Setelah diberikan penjelasan lanjut dari Jila yang kembali menghubungi Rina...Tania mengeluh..nampaknya perkara dia berjumpa dengan Johan dia Tak boleh elakkan...Johan tahu letakkan syarat wajib bagi dia bernikah dengan Rina....Dan Jika Dia gagal ditemui, Rina Dan Johan Tak jadi berkahwin...itu yang diperjelaskan oleh Jila, satu persatu....

" Macam Mana Tania? Engkau nak jumpa dengan Johan..dia nak bincangkan hal ini bersendirian dengan engkau..engkau setuju ke..apa pendapat engkau?"

" Aku Tak Ada pilihan...kalau Aku Tak jumpa Johan, Rina anggap Aku sengaja
nak elak benda ini...Aku sengaja lakukan sabotaj ini semua pada dia...
tapi yang sebenarnya Aku Ada alasan Aku sendiri.."

Tania mengeluh, dia terperangkap ditengah - tengah..nampaknya kes Johan bukan mudah..7 bulan dia Tak munculkan diri, Johan Baru mencarinya...Dan dia mahu lihat dengan mata lelaki dirinya sendiri..

" Habis itu, engkau setuju?" Jila masih teragak - agak..

" Aku Tak Ada pilihan lain Jila...nampaknya Aku Tak banyak pilihan...engkau hubungi Rina kembali, Aku boleh jumpa Johan, tapi Aku nak perjumpaan itu bersyarat!"

" Hah bersyarat!" Pandangan mata Dan wajah Tania memberikan isyarat sesuatu...sesuatu yang akan dirancang mereka berdua..

Bersambung.....???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience