3

Romance Completed 78127

" Aku!"
Engkau akan dapat Aku. Sekarang engkau boleh keluar.

Tapi........air Mata yang ditahan telah merembes keluar dari Mata Tania. Munshi telah mengalihkan pandangan, dimana bahagian belakang dialihkan kearah Tania, tidak mahu melihat ke arah gadis itu.

Dan Tania...

Bila melihatkan perlakuan Munshi, dia mula mengorakkan langkah laju kearah Pintu keluar. Dia dapat rasakan lelaki yang Baru dikenali ini membencinya.

Tania memujuk hati, jalan terakhir telah diambil oleh Tania untuk selesaikan masalah itu, namun dia masih menemui jalan buntu.

" apa akan jadi dengan hidup aku nanti?"
Apa lagi pilihan..........???

***

" Tania dah jumpa dengan Munshi? Apa dia kata?" Kamil tidak sabar mahu mendengar jawapan dari Tania, berhubung perjumpaan Tania bersama Munshi. Lelaki yang diketahui Kamil akan menjadi sebagai pasangan untuk Tania kelak.

Tania yang sedang makan sarapan terpaksa memberhentikan makanannya. Dia hanya mendiamkan diri sambil Mata yang tidak berkelip mengahadap Pak Long.

" Apa yang jadi?" Kamil Tak dapat menahan perasaan untuk mengetahui kisah selanjutnya bila dilihat Tania masih mendiamkan diri.

" Segalanya lancar Pak Long. Tania akan kahwin dengan Munshi, kami dah buat perbincangan selepas perkahwinan kami, Munshi benarkan Tania teruskan persekolahan macam biasa." Tania ukir senyum, sebolehnya dia tidak mahu Pak Long Kamil susah hati dengan dirinya.

Dia tiada pilihan, jika dia pergi mengikut Pak Longnya ke luar negara, dia tidak akan lagi Mempunyai peluang untuk kembali kesini. Itu sesuatu yang sulit bagi Tania dalam usianya kini yang masih rindukan kedua - dua arwah..

Jika sebaliknya...? Dia tahu dia akan menempah maut dalam hidupnya sendiri.. Tapi.....Dia dapat rasakan tahap kebencian Munshi pada diri dia..Tapi semua itu akan dia Cuba lawan nanti selepas mereka berkahwin. Paling penting bagi Tania, dia mahu sentiasa dekat dengan Kubur arwah kedua IBU bapanya.

Rindunya yang membuatkan tubuh Tania. Terkunci disini..

" Pak Long Tak setuju Tania. Jangan musnahkan hidup Tania. Pak Long akan lakukan sesuatu..Tapi.....? Fikiran Kamil buntu, dia dapat rasakan Kesulitan hidup Tania selepas berkahwin nanti dengan keluarga itu. Tapi buat Masa sekarang dia tiada pilihan.. Jalan yang dia Ada hanya satu, bawa lari Tania dari sini Dan mulakan hidup Baru.
Tapi disebabkan kerinduan Tania pada arwah, dia Tak sampai hati untuk paksa Tania mengikutnya..

" Pak Long, Tania boleh jaga diri.Kalau jadi apa - apa pada Tania, Pak Long orang pertama yang Tania akan maklumkan. Lagipun Pak Long kena kembali Dan cuti Pak Long pun dah abis untuk temankan Tania dekat sini.. Tania akan jaga diri..

Sebaik Tania habis bicara, kepala Tania Kamil letak di dadanya Dan satu ciuman Kamil singgahkan ke ubun - ubun kepala Tania. Dia Cuba tahan perasaan dari air Mata lekakinya mengalir disebabkan nadib yang menimpa Tania.

" Pak Long sayangkan Tania macam Anak Pak Long sendiri Tania, tiada yang beza. Lagipun Tania satu - satunya harta tinggalan arwah. Tania merupakan harta yang tidak ternilai bagi hidup Pak Long, kalau itu yang Tania mahukan, Pak Long ikut..

Tania hanya mampu menganggukkan kepala tanpa suara.  Ada perasaan dalam hatinya yang perlu disimpan.Dia Cuba sehabis baik untuk bertenang, untuk tidak menunjukkan segala kerisauan Dan keremukan dalam hatinya. Dia akan pastikan Pak Long Kamil tidak dapat menghidu apa yang terjadi.

" Tania hubungi Pak Long kalau terjadi sesuatu.."Kamil masih risau dengan Tania dalam hati.

Tania tersenyum." Pak Long Tania boleh jaga diri. Bila Pak Long nak berangkat?

" Lagi Dua minggu, Pak Long akan pastikan keperluan Tania dekat sini terjaga sebelum Pak Long kembali. Pak Long akan kembali Tania untuk jaga Tania, tapi Pak Long harap Tania faham, bukan dalam Masa terdekat ini.." Kamil mengeluh panjang, disebabkan kekangan kerja disana membuatkan dia tidak boleh sewenang - wenangnya kembali kesini.

Tempoh cuti yang diambil kerana kecemasan kematian adiknya juga telah hampir TAMAT. Dia tiada pilihan hanya itu Masa yang tinggal untuk dia menemani Tania.

Tania mengigit bibir dengan kuat sebelum bicara kepada Pak Long. Jiwa Tania resah, tempoh Masa Pak Longnya untuk meninggalkanya nanti hampir sama dengan tempoh Masa untuk dia Dan Munshi berkahwin.

Segala keresahan Tania dapat dibica oleh Kamil." Tania Ada apa - apa yang nak beritahu Pak Long ker?"

" Ermmmmm, Tak Ada apa - apa Pak Long cuma..... Cuma pasal perkahwinan Tania...lagi Dua minggu!"

"Hah! Apa? Kenapa cepat sangat? Siapa nak jadi Wali kamu nanti?" Kamil tidak dapat menahan marah dengan kejutan yang disampaikan oleh Tania.

Tanpa berlengah Kamil mendapatkan telefon Dan membuat panggilan untuk bercakap dengan orang yang bertanggungjawab.

****

Plak! " Maaf Tuan, Ada sesuatu yang penting.Datuk mahu jumpa dengan Tuan Munshi sekarang!" Tiara bergegas masuk memberikan makluman  kepada Munshi. Suara halilintar dari corong telefon sebentar tadi membuatkan dirinya masih lagi resah. Masih terngiang - ngiang suara kasar dari Datuk Megat.

Dia dapat rasakan Datuk Megat marahkan sesuatu Dan disebabkan apa dia tidak tahu.

Kening Munshi bertaut hebat memandang kearah Tiara. Pen dijari diletakkan dipipi Munshi, menjadi suatu amalan bagi Munshi bila kepalanya dipenuhi persoalan.

" Datuk nak apa?" Setahu Munshi segala kerjasama yang dijalankan dalam semusim ini, berjalan dengan lancar Dan tiada suatu pun projek yang terbengkalai. Munshi amat pasti tentang Hal itu. Kejutan yang disampaikan oleh Tiara dengan memek wajah gadis itu, buatkan Munshi syak sesuatu.

" Saya Tak tahu!" Ringkas jawapan Tiara.

" Bagi Saya habiskan ker......" Belum sempat Munshi untuk menghabiskan ayat, Tiara mencelah.

" Sekarang Tuan Munshi, jika Tuan lewat 1 minit, Datuk pecat Saya." Tiara tiada pilihan dia perlu berterus terang dengan ugutan Datuk Megat kepadanya sebentar tadi.

" Ohhh! Goshhhh!" Pen dihempaskan kasar oleh Munshi bersama keluhan dalam dirinya. Tidak disangka Tiara jadi mangsa dalam ugutan itu.

Munshi segera bangun dari tempat duduknya sambil membetulkan pakaian ditubuh dengan sepenuh perhatian diberikan kepada Tiara.

" Saya pergi sekarang Tiara, pasal ugutan itu awak Tak perlu risau." Tenang Munshi bicara kepada Tiara. Satu senyuman diberikan Munshi untuk menenangkan kembali Tiara.

Wajah sugul Dan resah Tiara tadi benar - benar buatkan hati Munshi tidak tenang.

Sebolehnya segala keresahan itu mahu ditanggung sendiri oleh Munshi, kerana Munshi dapat rasakan dirinya semakin selesa dengan Tiara.

****

Plak ! " Munshi dah Ada dekat sini, kenapa Datuk panggil Munshi? " Kerusi ditarik kasar oleh Munshi untuk menunjukkan protes pada Datuknya. Apa yang Baru berlaku tadi buatkan Munshi tidak tenang.

Datuk Megat hanya memberikan pandangan tajam pada cucu dihadapan nya. Dia Cuba mengawal perasaan dalam diri untuk tidak berlaku kasar pada Munshi.

Kemarahan Munshi dapat diketahui disebabkan apa. " Apa yang kamu bincangkan dengan Tania tanpa pengetahuan Datuk Munshi?"

" Apa Tania? Jadi semua itu pasal Budak itu. Dia berani mengadu pasal Aku pada Datuk. Engkau tunggu Tania.

" Apa yang dia mengadu dengan Datuk?" Munshi masih bertenang di wajah dalam mengutarakan kembali soalan kepada Datuk, walaupun kini dia dapat rasakan kemarahan dalam dirinya pada Tania meruap.

" Kamu buat keputusan untuk bernikah dengan Tania dalam Masa 2 minggu? Kamu dah Gila Munshi?"

" Apa yang beza dengan jarak Masa itu Datuk? Dua minggu atau Dua tahun tiada beza dalam semua itu, kami berdua tetap akan bernikah. Jadi apa yang berbeza?"

" Munshi? Tania itu Baru 16 tahun dia masih bersekolah. Apa kamu dah hilang akal, kamu kena tunggu dia 18 tahun dulu Baru kamu berdua boleh bernikah?" Datuk Megat menjegilkan matanya memandang segala silap cara cucunya.

" 2 tahun?" Munshi senyum sinis. " Datuk fikir dalam Masa 2 tahun itu Tak akan Ada apa - apa yang akan berlaku? Samada dari Munshi atau Tania?"

" Tapi......Datuk Megat Mula berfikir panjang.? Datuk Megat dapat faham akan maksud dari bicara Munshi. Sebelum Datuk Megat habis bicara, percakapannya dipintas Munshi.

" Munshi akan tetap berkahwin dengan Tania dalam 2 minggu akan datang. Kalau keputusan ini Datuk tolak, jangan salahkan Munshi di masa akan datang kalau perkara ini Munshi Tak setuju. Kita Tak boleh menilik nasib Datuk?" Dalam nada ugutan Munshi tersenyum kepada Datuk Megat.

Datuk Megat serba salah, segala yang dikatakan Munshi Ada Kebenarannya. " Tania masih bawah umur Munshi, Macam Mana...??"

Sekali lagi belum sempat percakapan Datuk Megat bernoktah, percakapannya dipintas oleh Munshi.

" Datuk, Munshi tahu berkenaan bawah umur itu Munshi percaya Datuk punyai kuasa untuk selesaikan Hal itu. Itu sesuatu yang mudah bagi Datuk, selebihnya serahkan pada Munshi." Bersama lirikan senyuman, Munshi bangun untuk melangkah keluar. Belum sempat untuk dia melangkah sekali lagi namanya dipanggil oleh Datuk Megat.

" Munshi Datuk nak ingatkan kamu sesuatu!"

Tubuh Munshi berpaling sambil wajah berhadapan bagi melihat kearah Datuknya. " Datuk benarkan kamu berkahwin dengan Tania mengikut perancangan kamu. Tapi ingat Munshi dia masih dibawah umur untuk dia jalankan tanggungjawab pada kamu." Nada suara Datuk Megat tegas, dia dapat rasakan Munshi faham maksudnya.

Munshi hanya bereaksi tenang tanpa membalas." Datuk Munshi Ada sesuatu nak maklumkan pada Datuk. Sambil Munshi kembali berhadapan dengan Datuknya.

Datuk Megat hanya menunggu dengan tenang.

" Tolong jangan ganggu urusan Munshi lebih - lebih lagi bila melibatkan pekerja Munshi." Wajah Munshi serius bila menyatakan  maksudnya, di Mana hanya Datuk Dan Munshi yang faham situasi itu.

Datuk Munshi bersandar kembali bagi menselesakan duduknya bila tubuh Munshi telah hilang dari pandangan matanya. Fikirannya melayang sambil satu nama bermain - main fikirannya dengan maksud Munshi sebentar tadi.

" Tiara! Ada apa hubungan Munshi dengan gadis itu?"

Bersambung..........PB

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience