54

Romance Completed 78127

Sebaik dibukakan Mata Tania dapat melihat Matthew telah tersenyum di depannya..

" Awak kotakan janji Matthew. Saya Lena Hari ini disebabkan awak.Saya Rasa selamat.." Tania membalas senyuman Matthew. Namun di kening Matthew terdapat kerutan.

" Saya salah cakap?" Tania melihat keadaan sekeliling jika Ada perkara lain yang sedang direnungkan oleh Matthew..

Melihatkan reaksi daripada Tania, Matthew mahu dapatkan jawapan." Semalam awak fikir Saya disini?"

Hanya Ada agukan dari Tania...

" Good!" Matthew kembali tersenyum Dan dalam Masa yang sama Matthew berdiri." Jadi sekarang tiba Masa Saya untuk berehat. semalam Saya Tak tidur di sebabkan awak..Sesi Kita Hari ini Kita tangguhkan dulu..Nanti saya kemukakan bila Kita berjumpa lagi Tania..

" Matthew!" Tania bagaikan kehilangan tempat bergantung bila Matthew ingin mengundurkan diri..Dia mulai selesa berbual bicara dengan Doktor yang Baru dikenalinya..

" Yup!" Matthew memalingkan wajah..

" Bila sesi seterusnya.....berbual dengan awak Saya Rasa tenang.." Tania menundukkan wajah..

" Soon..Saya pergi dulu."

Matthew termenung seketika sebelum dia pergi untuk merehatkan diri..
Sebelum dia berpisah dari Tania dia telah berpesan kepada pengawal Johan yang menjaga di pintu Tania.." Jaga pesakit ini?"
Emosi Tania yang berubah - ubah membuatkan Matthew khuatir Tania akan mengambil pendekatan lain..Dia tidak mahu ambil risiko..

Sekali lagi jam ditangannya dilihat Matthew..Disebabkan perbualan dengan Johan semalam Dan kesabaran dia menunggu..Tubuh Matthew kekurangan rehat..Dia hanya Ada Masa sehingga 4 jam sahaja Hari ini untuk berehat..seterusnya dia kena bekerja...

Johan duduk di dalam bilik gelap berseorangan..Segala kata - kata Matthew terngiang - ngiang kembali..beberapa kejadian berulang tayang dalam fikiran Johan..Akibat dari Johan tidak dapat mengawal perasaan.

Segala barangan yang terdapat di dalam bilik itu menjadi barangan musnah akibat dari perbuatan Johan..

Sambil Johan memusnahkan segala barangan yang terdapat di dalam bilik itu, Johan menjerit sekuat hati..Meluahkan segala perasaan Dan emosi yang terpendam dalam diri..

Berharap segalanya dapat dilepaskan pergi...Namun usaha dirinya tidak berjaya..Dia semakin lemah hingga terduduk mengalirkan air Mata..

Johan terlalu tewas dengan hidup Dan Kali ini dia tersungkur jatuh tanpa kemenangan..

Huarrrrrgggggggggggghhhhhhhhh!

" Johan!" Kehadiran Datuk Jonathan membuatkan Johan semakin lemah..Dia hanya bersandarkan tubuh di rak buku tanpa menghuraikan keadaan diri yang kusut dengan masalah..

" Johan kamu kenapa? Beritahu Datuk apa masalah kamu?" Datuk Jonathan semakin bimbang bila melihat keadaan Johan yang lemah Dan tidak terurus..

Sepanjang hidup dia bersama Johan, cucunya adalah seorang yang kuat.. Segala pelajaran hidup Dan dunia perniagaan telah diajarkan pada Johan..Belum pernah lagi Johan tertewas begitu..

Jika Kali ini Johan tersungkur.. Itu pastinya adalah sesuatu masalah yang berat..

Datuk Jonathan mengarah ke arah Johan Dan berada betul - betul dihadapan Johan..Untuk memeluk lelaki itu Jonathan tidak mampu kerana faktor usia..

" Johan dah lakukan kesalahan Besar dalam hidup Johan..Johan kejam, Johan tidak berfikir waras sebelum bertindak..Johan dah hancurkan Kepercayaan Tania..Johan buat Tania benci Johan Datuk...." Kelihatan Johan menanggis bersama luahan perasaan kepada Datuk Jonathan..

" Apa kamu buat pada Tania Johan..Apa maksud kamu...?" Hati Jonathan semakin tidak sedap.Lebih - lebih lagi bila Hal melibatkan Tania...Jonathan semakin takut jika Johan melakukan sesuatu...suatu perkara yang tidak boleh berpatah balik..

" Johan beritahu Datuk, semua masalah Datuk àkan uruskan...percaya Datuk!" Jonathan mahu Johan luahkan segalanya untuk dia membantu..

" Johan bunuh Anak Johan....Dan Tania, dia bencikan Johan..!"

Jonathan mengarah kebelakang bila mendengar pengakuan Johan.." Bunuh Anak kami Johan..Tapi bila Tania...

" Johan tipu Datuk... sebenarnya Tania tiada sebab Johan paksa Tania lakukan penguguran Anak kami..Anak yang Johan sangka bukan anak Johan...Tapi bayi itu...bayi kami Datuk...Johan Tak sempat sentuh dia, lihat dia membesar...Johan kejam."

Satu kertas diberikan Johan kepada Datuk Jonathan..

Tubuh tua itu segera mengambil keras yang diberikan Johan..Berkerut kening putih itu membaca satu persatu perkataan yang tercatit dalam laporan...

" Apa maksud kamu dengan laporan ini Johan, Tania...mengandung...penguguran bayi itu? Kenapa semua ini kamu rahsiakan dari Aku!" Datuk Jonathan menjadi marah dengan sikap Johan membelakangkan dirinya dengan kejadian yang berlaku..

Datuk Jonathan terduduk lemah...Semua kejadian yang berlaku, tidak dimaklumkan Johan kepadanya..Dan masalah itu telah menjadi sukar untuk diselesaikan..

" Sebelum Johan berkahwin dengan Tania, Joanna..Johan dah jalankan ujian kesuburan Johan disebabkan Datuk yang mahukan zuriat dari Johan..5 Kali Johan jalankan ujian Datuk, semuanya menunjukkan bahawa tahap kesuburan Johan tidak mampu untuk melahirkan zuriat..

Johan rahsiakan Hal ini sebab tidak mahu Datuk kecewa.. Disebabkan Hal ini Joanna curang dengan Johan..

Tapi dengan Tania....Tania mengandung Baru -baru ini selepas kami balik dari Pulau...Di Sana Tania pernah menghilang Datuk..dia dengan seorang lelaki. Di Mana Johan syak Tania dengan lelaki itu... disebabkan keadaan Johan..

" Jadi kamu paksa Tania gugurkan kandungan itu...Anak kamu?" Tanpa jawapan dari Johan, Datuk Jonathan mendapat jawapan..

" Dulu kamu Johan..Aminah mahu gugurkan kamu..tapi Aku Tak sangka, kamu yang Aku besarkan, selamatkan dari kejadian itu boleh pilih jalan begini...!

Jadi sekarang...kamu pasti janin kandungan Tania Anak kamu Johan!" Datuk Jonathan mahukan kepastian..

" Johan dah arahkan ujian DNA dijalankan Datuk...Johan percayakan Tania." Suara Johan lemah bila mengutarakan Hal berkaitan kematian anaknya..dia percaya janin yang telah digugurkan itu adalah anaknya bersama Tania..kesalahan yang tidak dapat dimaafkan sepanjang hidupnya..

" Macam mana kamu begitu pasti Johan?"
Datuk Jonathan tidak sangi dengan Johan Dan keputusan yang dilakukan oleh cucunya..Dia kenal Johan dan memberikan Kepercayaan sepenuhnya..Jonathan Hanya mahukan kepastian..

" Dr. Matthew yang arahkan Johan lakukan ujian sekali lagi...sepanjang proses itu, Johan Ada sama bagi mengelakkan laporan ditipu...seperti ujian sebelum ini." Johan meraup wajah, penyesalan Johan tidak àkan berakhir..

" Aminah!" Ini pasti kerja dia Johan..

Mendengarkan segala perkataan yang keluar dari Datuk Jonathan, Johan mengerutkan kening bagiakan tidak percaya.." Jadi ini semua kerja Aminah?"

Datuk Jonathan Hanya menganggukkan kepala.." Hanya dia yang mampu buat semua ini. Musuh kamu yang Paling ketara Ibu kamu Johan.. dia sebenarnya pemusnah hidup kamu."

Johan membuat panggilan kearah seseorang, dia mahu dapatkan kepastian dari segala yang terjadi...disebabkan itu semua Doktor yang pernah menjalankan ujian keatasnya dipanggil..Dia mahu dapatkan Kebenaran siapa yang terlibat dalam penipuan dalam hidupnya..

Kelima - Lima memberikan jawapan yang sama bila Johan menyoal..Semua kejadian laporan palsu melibatkan Johan, didalangi Aminah..

Bagaimana Aminah Mempunyai kuasa dalam Hal itu buatkan Johan semakin sakit hati Dan marah..Kehidupannya diperjudikan Aminah sekali lagi..Hingga menyebabkan kematian bagi anaknya..

Johan àkan membuat perhitungan terakhir dengan Aminah memandangkan Ibunya telah melampaui batasan..

Kaki Johan lemah mengarah kearah bilik Wad Tania..Kedua - Dua pengawal yang menjaga telah diarahkan Johan untuk pergi..

Semakin Johan mendekati pintu bilik Tania, perasaannya semakin kuat berdebar..Pertama Kali dia tidak tahu sebarang butir percakapan untuk dia bicara lagi dengan Tania..

Bila Johan telah muncul dihadapan Tania, dia hanya dapat melihat wajah Tania yang kosong tanpa sebarang reaksi..semua itu membuatkan hati Johan sakit lebih dalam..

" Tania!"

Tania hanya mengerutkan kening, namun reaksi Tania masih kosong. Bagaikan tiada apa yang berlaku...

Melihatkan keadaan itu, Johan semakin dapat merasakan kesalahan dirinya tidak dapat dimaafkan..kesalahannya terlalu berat untuk dimaafkan..

" Maafkan Saya Tania...Saya patut percayakan awak....Saya buat kesalahan Besar dalam hidup awak..Maafkan Saya!"

" Johan Tak bagi Saya kekalkan kandungan itu..dia mahu bunuh Anak kami..Anak itu Tak bersalah..dia belum melihat dunia, Macam Mana Johan kejam bunuh dia..Apa salah dia..dia belum dilahirkan lagi.." Tania hanya mengulangi percakapan beberapa Kali sehinggalah air matanya mengalir laju..

Tanpa disedari oleh Johan..kuku jari Tania telah mencengkam tangan kirinya hingga berdarah..Ifu semua terjadi disebabkan Tania menahan kemarahan Dan kebencian dalam diri dengan kemunculan Johan di depan matanya..

" Johan?" Matthew Masuk sebaik sahaja dimaklumkan Johan menemui Tania..Dia dapat rasakan akan terjadi sesuatu yang buruk pada emosi Tania..

Dan sangkaan Mathhew adalah benar..
" Keluar dari sini Johan.Tania belum pulih sepenuhnya..Jika awak lebih lama disini, dia àkan cederakan diri dia..Dia benci awak sekarang ini.. Sementara sahaja Johan, selepas dia pulih. Dia akan terima awak Dan lupakan sejarah Hitam awak berdua..

Matthew bertindak pantas dengan mengambil segala peralatan perubatan bagi memberhentikan pendarahan di tangan Tania.. Manakala Johan hanya terpaku memerhati..

Dia tidak tersedar kedatangannya di sini akan membuatkan Tania bertindak begitu..

" Mmmmaaafkan ...Saya Tak sepatutnya disini!" Johan melangkah keluar bersama sebalan berat dihati..

Satu lagi laporan diterima oleh Johan..Hasil dari laporan Johan mengucap panjang..Air Mata sekali lagi menitis..Janin yang telah dikebumi benar - benar anaknya..

Johan tidak kuat menghadapi situasi itu.. Semua yang berlaku Johan letakkan kesalahan itu semua dibahunya.. dia terlalu terburu - buru dalam tindakan, hinggakan dia telah membunuh zuriatnya sendiri.. kehilangan Tania Dan anaknya dalam Masa yang sama.. Itu ujian Paling hebat yang perlu Johan tempuh...

Kubur kecil itu menjadi pemerhati Johan setelah berjam - jam Berlalu.. Cermin Mata menutupi pandangan Mata Johan yang tidak menunjukkan sebarang reaksi di wajah..

Setelah puas mengamati setiap perkara Dan kejadian yang dilalui..Perlahan - lahan langkah Johan meninggalkan perkuburan.." seseorang akan menemani Anak Daddy disini. Daddy akan pastikan kamu takkan sunyi!"

Johan menyesali apa yang telah berlaku sebelum ini..Anaknya tidak sempat dilihat Dan diberikan nama..Anaknya telah dibawa pergi dengan keputusan dari tangan Johan sendiri...

" Kita pergi Ada perhitungan yang perlu diselesaikan Hari ini....!"

Bersambung.......????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience