69

Romance Completed 78127

" Kenapa panggil Malam - malam buta ini Johan?" Matthew telah berada di depan Mata Johan. Dengan baju T- Shirt Dan seluar pendek. Matthew bergegas datang, dia Tak bawa apa - apa peralatan, memandangkan Johan Tak maklumkan pada dia yang lelaki itu sedang sakit.

" Tiada apa...saja suruh kesini untuk berbual!" Johan pejamkan Mata sambil terbaring.

" Apa perkara yang nak dibualkan. " Pelik betul dengan perangai Johan sekarang ini. Pantang Ada masalah Cari dia, tapi bukan masalah tentang kesihatan tapi semua pasal Tania..

Bab Tania memang Matthew Tak boleh tolong, Johan kena Bantu diri sendiri...kalau dia paksa Johan untuk ingat Tania tu siapa..itu tidak sesekali akan Bantu Johan sebaliknya..memudaratkan hidup Johan..

Walaupun Matthew nak sangat Johan pulih untuk dapat  jawapan dari persoalan sebelum ini ..tapi dia Tak mampu lawan takdir.. Johan tetap Johan, dia hanya pulih bila dia tidak memaksa diri untuk berfikir..tapi perkara itu datang sendiri dalam diri Johan..dalam bentuk bayangan atau mimpi..

Mata Johan melihat kearah Matthew...telah beberapa Kali Matthew buat pergerakan, namun Mata Johan masih pegun melihat kearahnya..

Matthew Tak sedap hati...reaksi Johan benar - benar lain Malam ini.. " apa yang jadi pada Johan?"

" Tadi Ada majlis di Syarikat M holding.." akhirnya suara Johan berbunyi, Renungan tidak lagi memandang Matthew...
Munshi? awak kenal dia Matthew?" Johan kembali menutupkan Mata.

Dia fikirkan semua perkara yang berlaku tadi..dalam majlis..

" Munshi?" Rasanya dia Ada mendengar sebaris nama itu. Tapi Matthew Tak ingat siapa. Jadi dia membuat pilihan.

" Rasa ..Saya Tak kenal dia. Kenapa dengan Munshi, awak dapat bayangan pasal dia?" Mathhew tetap bertenang, setiap Kali bayangan muncul dalam mimpi atau fikiran Johan. Setiap Kali itulah dia àkan muncul, untuk dipanggil membantu Johan.

" Bukan!" Dia kenal Saya. Tapi Saya Tak ingat dia." Johan bangun dari pembaringan.

" Jadi? Apa yang awak nak beritahu Saya?"

" Pasal bayangan Saya. Perkara yang muncul dalam fikiran Dan  minda Saya. Awak Rasa semuanya akan keluar dalam bentuk bayangan ataupun tidak Matthew."

" Semua itu bergantung Johan. Bergantung pada fikiran awak waktu itu. Jika Ada yang  buat Paksaan  pada memori awak untuk ingat kembali. Itu tidak mustahil. Bayangan yang awak bayangkan selama ini akan jadi realiti."

" Kalau bayangan itu melibatkan hubungan.. hubungan Saya yang lepas dengan manusia?"

" Awak dapat bayangan tentang manusia Johan..maksud awak bayangan pasangan awak? Siapa yang awak nampak? " Tiba - tiba Matthew dilihat Johan seakan teruja.

Johan masih siasat.. segala reaksi Matthew membuatkan  Johan senyum kecil..

" Belum muncul..mungkin Saya Tak didedahkan pada hubungan itu. Jika saya didedahkan, mungkin Saya àkan dapat bayangan..lagipun tempat ini, Tak banyak yang membantu!"

Matthew faham maksud Johan..Johan sememangnya bukan berasal dari situ..jadi Tak banyak bayangan yang Johan akan dapat..tapi Jika Johan kembali ke tempat asalnya, nyawanya yang akan bahaya. Jadi mereka Tak banyak pilihan..

Segalanya terletak pada Jonathan, tanpa Johan tahu kenapa..

Selagi Johan belum benar - benar pulih, mereka tidak àkan kembali.

" Awak Tak Ada Cara lain..Cara untuk wujudkan bayangan itu..bayangan pada pemikiran Saya Matthew. Jadi Saya akan beransur pulih sepenuhnya!"

" Saya àkan fikirkan Johan.....semua itu perlukan Masa .!"

" Saya tahu..tapi sampai bila!" Johan meraup wajah. Masih Ada sesuatu yang dirasakan Johan kurang dalam hidupnya. Sesuatu yang hilang..Dan kehilangan itu sukar untuk dipulihkan..

Ditangan Jila Ada sesuatu...dia melangkah kearah Tania.. telah Dua Hari perkara itu disimpan. Memandangkan mereka berdua Ada masa, jadi itu peluang Jila..dia Rasa Ada yang Tak kena dengan Tania..
"Engkau buang minyak wangi ini ker?" Satu minyak wangi yang masih penuh diletakkan Jila dia atas meja.

" Aaah! Aku guna yang lain. Kalau engkau nak Jila. Engkau ambillah." Bersahaja Tania dilihat Jila membuang wangian yang dia Paling suka..Dah lama Jila Rasa Tania dengan wangian yang sama, sejak Sekolah. Kenapa tetiba Tania berubah fikiran, lebih - lebih lagi tentang wangian..

" Ada yang salah ker dengan wangian ini Tania?" Pelik Jila, sikap Tania juga dapat dilihat berubah Tak Macam Masa dia kerja di restoran dulu. Tiap Kali balik, perasaan ceria..

" Bolehlah anggap Macam itu. Lagipun dah lama Aku guna bauan yang sama. Aku tukar wangian lain..sama macam hidup Aku. Aku buka buku Baru?"

" Engkau dah kenapa Tania. Apa yang jadi?siapa kacau hidup engkau ini. Bukan masalah Shah dah selesai?"

" Dah..Tak Ada apa engkau jangan risaulah!"

" Engkau buat Macam - Macam benda pelik akhir - akhir ini. Balik kerja Macam engkau kena buli? Lebih penat Aku tengok engkau kerja sekarang, dari semasa engkau kerja restoran dulu!" Tak sangka Jila dia boleh membebal Hari ini pada Tania.

" Aku okay,engkau jangan risau!" Tania segera menghilang untuk mengelakkan diri dari Jila menghidu sesuatu..

Perasaan Jila tidak tenang lebih - lebih lagi bila mengingatkan perbualan diantara dia Dan Johan Malam sebelum ini..

Johan kekasih Rina..tapi kenapa Malam itu Johan lebih banyak tanyakan pasal Tania. Dan sikap Tania yang berubah...takkan semua disebabkan Johan?".

" Jila..betul Saya sebut nama awak?" Johan tersenyum sebelum perbualan bersama Jila dilanjutkan.

"Encik Johan!"Jila membalas, bila tiada Rina,dirasakan keadaan itu sedikit kekok..

" Panggil saya Johan?" Johan memudahkan Cara untuk dia berbual kosong dengan Jila.

" Rina,.E...Johan..Tak Ada sekali?" Jawapan ketiadaan Rina, telah Jila tahu tadi, Tapi dia masih  menunggu jawapan reaksi dari Johan.

" Rina dah balik tadi..dia Tak maklumkan pada awak?"

" Saya Tak tahu! Kenapa Johan Cari Saya?"

" Awak dah lama kenal Tania..maksud Saya Rina Dan Tania?" Johan membetulkan soalan tidak mahu menimbulkan syak pada Jila.

" Kami sahabat dari Bangku Sekolah. Kami tinggal Asrama kalau Johan nak tahu?" Kening Jila berkerut bila soalan itu dijawab.

" Perangai  Tania pada Rina..Maksud Saya waktu awak sama Sekolah dulu?"

" Baik, kami tiada apa - apa masalah..Kenapa Johan Tanya pasal hubungan kami?"

" Saya cuma nak tahu....awak pun tahu Rina Dan Tania bekerja di Syarikat Saya..Saya cuma Dengar khabar angin yang buruk pasal Tania..Saya Tak nak Rina susah hati pening fikirkan perkara itu semua."

" Lagipun Rina Dan Tania kawan baik"

Ada logiknya juga apa yang dikatakan Johan pada Jila...jadi Jila teruskan bertanya.

" Apa perkara buruk yang mereka hebohkan tentang Tania Johan?" Wajah Jila kelihatan gelisah..Menunggu Johan bicara selanjutnya pun dah buat Jila susah hati. Dia tidak dapat tenangkan diri.

" Sesuatu dari Masa silam Tania.. Mereka sebutkan tentang lelaki dalam hidup Tania? Awak tahu siapa?"

" Maksud Johan, Shah?" Mata Jila membulat sambil bertanya..

" Siapa lelaki itu, Mungkin sebab Saya Tak Tak tahu jika Ada nama yang disebut dalam gosip tu?" Johan kerutkan kening sambil menunggu jawapan dari Jila.

Kelihatan Jila bernafas dengan berat..

" Bukan Salah Tania, Shah kekasih Tania Masa Sekolah dulu..tapi Rina..!" Percakapan Jila terhenti, dalam perkara melibatkan Tania, Tak perlu dirasakan Jila membabitkan Rina..memandangkan Johan Dan Rina, pasangan kekasih.

" Kenapa Rina?" Johan ingin tahu kenapa Rina terbabit sama dalam percintaan Tania dulu..

" lupakan cerita tadi..Sebab utama Tania kerja di Syarikat Johan, disebabkan Shah sebenarnya..  Johan mesti tahu tentang tawaran Rina pada  Tania untuk bekerja di tempat yang sama macam sekarang ini.

Bila gangguan Shah pada Tania tidak berhenti, jadi Tania  terpaksa berpindah kerja. Kerja ditempat sekarang"

" Bukan Tania tu Kaya?" Johan Cuba mendapatkan jawapan.

" Kaya? Siapa yang buat cerita...Tania tu sebatang Kara..bila dia balik kesini, dia cuma sewa bilik..Memandangkan Saya tinggal seorang, jadi Saya ajak dia temankan Saya!"

" Oh....Johan dapat jawapan! ..Apa yang shah buat pada Tania, dia Dan Tania buat apa sebelum ini?"

" Mereka dah lama berpisah, begitu juga kami Dan Tania.. Tania Baru pulang kesini, Dan Shah tunggu Tania untuk tagih  Cinta mereka dulu.. tapi saya Tak Rasa hati Tania pada Shah.. semua itu dah lama berlalu."

" Awak Dan Tania Dah lama berpisah?" Perasaan Johan semakin berdebar - debar. Semakin dekat dia mendapat jawapan, semakin Johan keliru...

" Tania baru Dua tahun pulang kesini. Sebelum ini dia tinggal di luar negara..begitu juga Rina. Hanya Saya seorang disini.. sekarang kami bertiga bertemu semula!"

" Kata - kata Jila buatkan hati Johan semakin tidak tenang..Kenapa banyak sangat persamaan antara dia dengan Tania.. kebetulan berkenaan tempat tinggal Tania Dan dia..Johan tahu dia Baru beberapa tahun disini..Dan begitu juga dengan Tania..tapi Rina...? Johan perlu pastikan sesuatu dulu...

" Selain Shah, Tania Ada hubungan dengan lelaki lain..lelaki yang rapat dengan dia?" Sebagai rakan yang duduk dalam satu rumah bersama, tentu Jila tahu berkenaan dengan segala tentang Tania.

" Saya Tak tahu jika Tania Ada lelaki lain...setiap Malam Saya dengan dia, bekerja Dan pulang ke rumah...Saya Rasa tuduhan itu Tak betul!" bila dilihat Johan masih terdiam Jila bersuara..

" Johan Saya minta awak siasat Hal ini betul - betul..Berat tuduhan itu, Tania tiada sesiapa - sesiapa lagi untuk Bantu dia. Saya harap awak jangan percaya khabar angin  itu!"

" Mana Keluarga Tania?"

" Tania sebatang Kara!" Kedua ibu bapa dia dah meninggal Masa kami Sekolah menengah.. habis Sekolah menengah, Tania ikut Pak Long dia tinggal di luar negara. Sebab itu kami bertiga berpisah!"

Johan hanya mengangguk kecil mendengar segalanya...sedikit jawapan telah dapat dicari..

" Tuan panggil Saya?" Seperti biasa Tania menundukkan wajah bila berdepan dengan Johan.. Namun tanpa disedari Tania, kali ini Johan sedang menunggunya di Sofa.

" Mari kesini Tania, Ada perkara yang Saya mahu bincangkan!" Suara Johan tenang sambil tangan Johan bergerak seakan menulis sesuatu.

Duduk!" Arahan Johan..

Tania berasa tidak selesa disebabkan Johan mahu dia duduk dikerusi yang laluan keluarnya telah diduduki oleh Johan.." melihatkan tiada reaksi Johan, Tania tiada pilihan, dia melangkah kearah depan Johan Dan duduk dikerusi yang dimaksudkan..

Mujur Ada meja kecil yang menghalang diantara Tania Dan Johan...Nafas lega ditarik Tania panjang.

Pandangan Mata Johan yang masih dikertas ditangannya melegakan perasaan Tania..

"  Saya nak tahu tentang hubungan awak Tania.. Status sebenar awak sebelum bekerja disini?" Serius wajah Johan bila pandangan Mata dialih melihat kearah Tania..

Tania berubah wajah, disebabkan dia Tak faham maksud Johan..." Status apa Tuan Johan,Saya Tak berapa faham!" Tania dapat melihat Renungan Johan pada dia Hari ini lain dari sebelum ini. Johan macam nak telan dia hidup - hidup..

" Matthew? berapa lama awak dah jalinkan hubungan sulit itu.  Saya dapat agak awak faham maksud saya?" Giliran Johan permainkan Tania..

" Kenapa Pula Johan tiba - tiba tanyakan soalan itu. Dia dah ingatkan sesuatu ker, janganlah dia ingat aku?" Mata Tania mengintai wajah Johan yang sedang menunduk menulis sesuatu di atas meja. Dia cuba melihat perubahan Dan perwatakan di di wajah Johan..

Belum sempat dia hendak berpaling..Johan sudah memandang Tania.

" Wajah Saya Tak Ada jawapan itu Tania, Saya Tanya awak?" Mata Johan merenung Tania tajam.

Pandangan Tania segera dilarikan, Tania mengengam jari, sambil dimainkan.Apa dia nak jawab pada Johan..." Tuan dah baca resume Saya Masa temuduga. Sepatutnya Tuan baca berkenaan status itu!" Tania mendapat idea, dia pasti Johan Tak ingat apa - apa.

" Awak tahukan apa Syarikat boleh buat pada orang yang menipu semasa interview?" Semakin tajam Mata Johan pandang Tania.

" Kenapa Tuan kata Saya menipu?"

Semakin Tania menipu semakin kuat perasaan marah dalam hati Johan..
" baik!"

Johan berdiri mendapatkan Tania..Tania telah bersedia dengan segala kemungkinan..namun ruangan yang kecil bataskan pergerakan Tania..

" Mana aku nak lari?" Tania Cuba mencari jalan, bila dia tahu apa yang Johan Cuba buat. Mungkin pasal Matthew dia dah terkantoi, menipu..

" Saya boleh jelaskan Johan... Pasal Matthew kalau awak nak tahu?"

Melihatkan tindakan Tania, Johan semakin senyum sinis..dia telah menjangka Tania akan lari dari dia...tapi sayang, ruangan lari yang disediakan Johan, tiada jalan keluar..

Semakin Johan hampiri Tania semakin sukar pergerakan Tania, dikiri kanan Tania hanya terdapat Almari, tiada ruangan lagi..

Johan Tak berminat untuk tahu pasal isu Matthew, tapi dia lebih berminat untuk mengetahui sesuatu..

" Kesini!"
Johan gengam tangan Tania Dan tubuh Tania dihempas kasar pada bucu dinding, melihatkan kedegilan Tania, dia takkan berikan kerjasama..dia mahu tahu jawapan itu dibongkar Hari ini..

Reaksi balas Tania buatkan Johan semakin berani..Johan melihat kearah wajah Tania, sekiranya wajah itu pernah muncul dalam mimpi atau bayangannya..tapi tiada satu yang diingatkan..

Hembusan nafas Johan semakin dekat dengan wajah Tania..

" Saya dapat tahu sesuatu? Awak tahu Saya dapat tahu apa?" Renungan Mata Johan melihat tepat kearah anak Mata Tania.

" Aawak tahu apa?" Beberapa Kali Mata Tania terpejam Dan terbuka.. dia dapat rasa, Johan telah dapat menghidu sesuatu.

" Saya Ada isteri? Tapi Saya Tak tahu dia dekat mana! Dan Saya Tak ingat dia?"

Semakin mengeletar tubuh Tania...jika Johan tahu tentang dia.." Mungkin dia perlu Cari alasan untuk soalan itu , Jjjohan!" suara Cuba dikawal sehabis baik mungkin..

" Isteri?" Apa kena mengena dengan Saya Johan?semakin mengelabah Tania, bila jarak antara mereka semakin didekatkan Johan.." oh, Macam Mana ini!"

" Awak Rasa disebabkan apa Tania, dia Tak hubungi saya?" Sekali lagi tubuh Tania dihentakkan Johan, bila Tania Cuba melawan untuk keluar dari pegangan Johan..

" Johan.  !" Air Mata Tania ditahan dari mengalir...

" Ssssshhhhhh, kenapa dia Tak mengaku depan Saya, untuk Saya ingatkan dia. Kenapa? mungkin Saya perlu buat sesuatu untuk Saya ingatkan dia?"

Tangan Johan memegang rahang Tania yang kuat meronta..Hidung Johan mencium bauan tubuh Tania, namun bukan bauan yang Sama sebelum ini..

" Bukan bauan yang sama Tania, sekali lagi Johan memaksa Tania untuk dia mengambil wangian dileher Tania sekali lagi!"

" Awak nak apa Johan?" Tania berhenti berlawan, bila dia rasakan Johan semakin  hilang kawalan..

" Saya Cuba ingat bauan isteri saya, Tania..memandangkan awak dah biasa dengan semua ini, jadi awak Tak kisahkan, Saya pinjam awak sekejap?"

" Kenapa Tak Cari dia , Johan!"
Pegangan Tangan ditubuh Tania dilepaskan Johan bila mendengar Tania mengucapkan sesuatu yang membuatkan Johan lemah..." Dia Tak tahu samada isteri dia wujud...dengan memaksa Tania, mengaku..dia masih tidak jawapan. Dia lupa semua perkara..

Melihat keadaan Johan...Tania simpati!"

" Apa yang jadi?" Johan menunduk Dan terduduk di sofa, Tania mengawal nafas yang masih tercungap - cungap dengan perbuatan Johan sebentar tadi..dia mahu segera keluar, tapi dia perlu beri penjelasan pada Johan..

" Hubungan awak dengan isteri, Saya Tak boleh Komen apa - apa, Saya Tak dapat bantu..Saya Baru kenal awak Johan."

" Johan Menarik nafas dalam - dalam sambil meraup wajah...Tania menipu lagi, jika dia Tak tahu perkara sebenar, mungkin dia àkan percaya bulat - bulat..
Sikap layanan Tania pada dia, mungkin sebab itu dia Tak ingat siapa Tania..

" Saya cuma nak ingat kembali tentang isteri Saya Tania, satu yang Saya dapat tahu dia sama dengan awak bauan badan dia....itu bayangan yang Saya Ada..

" Tania terkejut dengan pengakuan Johan... Tania dapat rasakan Ada yang Tak kena...jadi dia mengelak...dia harus jauh dari Johan,jika dibiarkan, bayangan dia yang akan muncul pada Johan..dan lelaki itu akan pulih..
" awak mungkin tersilap bauan kami adalah sama, Saya bukan dia?"
Awak hanya perlukan Masa untuk pulih..

  " Nasihat Matthew. Itu untuk kebaikan awak Johan!" Tania bercakap dengan tenang,  bila dilihat Johan telah bekerjasama.

" Mathhew!" Johan meraup wajah sekali lagi, Tania masih belum berganjak di tempatnya berdiri dari kejadian tadi..Namun Ada sesuatu yang terulang kedengaran di pendengaran Johan.
" Tania Ada suami!"
" Tania Ada suami!"
Suara Matthew...Dan Johan tersedar akan sesuatu..

" Kalau awak dah okay, Saya keluar dulu!"
Tania melangkah untuk pergi...

Johan bergerak dari tempat duduknya bila dia tersedar dengan permainan Tania di saat dia mencari jawapan.... belum sempat Tania melangkah, tubuh Tania ditarik Johan sekali lagi ketempat yang sama..

" Awak tipu Saya lagi, Tania?" Kali ini Johan membenamkan terus ciuman pada bibir Tania untuk dia dapatkan sesuatu yang dicarinya..

Memandangkan Tania tidak memberikan kerjasama, Johan tiada pilihan..Tania menyuruhnya percayakan Matthew, jadi pilihan yang dipilih Tania itu, dipegang oleh Johan sekarang..

" Johan !"
Suara seseorang menganggu urusannya bersama Tania..

Ciuman dilepaskan Johan bersama tindakan Johan mengunci Mulut Tania  dengan Tangan, untuk tidak mengeluarkan bunyi.. Tania tahu siapa yang tiba..

"Johan!" 
suara itu kembali memanggil bila tiada sahutan....

" Rina," Johan berbisik dengan
Mata Johan melihat kearah Tania, selepas dia mengintai siapa yang datang ke biliknya..

"diam disini atau awak nak Rina  tahu, apa Kita berdua buat disini? Saya tiada masalah untuk dia tahu?" Johan berbisik!"

" No!" Halus suara Tania mengatakan kerjasama bersama gelengan kepala.. sebaik pegangan tangan Johan dilepaskan di mulutnya..

" Good!" Tetap disini..

" Johan!"
Sekali lagi Rina memanggil..

" Saya disini Rina, Johan tinggalkan Tania bersembunyi di tepi Almari... sambil dia dapatkan Rina..

Tania yang ditinggalkan, cuba bernafas dengan tenang, dalam Masa yang sama dia semakin sukar untuk hadapi Johan..
Kenapa Johan bawa isu siapa  isteri dia pada Tania?
Dia dah tukar wangian sebelum ini disebabkan Johan...Tapi disebabkan Hal yang sama..dia terperangkap di sini..
Satu lagi perkara peningkan Tania..
Selepas ciuman tadi...adakah Johan ingat sesuatu tentang dia?"

Bersambung........?????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience