68

Romance Completed 78127

" Arggghhhhh! Aku penat hari ini!" Tania mengeluh sambil badan dibaringkan ke sofa..

" Engkau jangan lupa Hari ini Tania. Lepas maghrib hantar Aku!" Jila mengingatkan sambil mengelengkan kepala melihat Tania yang telah melelapkan Mata.

" Engkau nak pergi Mana?" Dalam terpejam hanya suara Tania yang masih berbunyi.

" Aku Kan Malam ini Ada majlis Syarikat, engkau kena hantar dengan ambik Aku." Malas Aku nak parking nanti. Lagipun Aku dah cakapkan pasal benda ini minggu lepas. Engkau pun dah setuju.."

Tiada jawapan...

Tania!
Engkau Dengar Tak Tania cakap aku ini!"

Suara kuat Jila buatkan lena Tania terganggu..Mata Tania membulat terbuka.

" Engkau cakap apa?" Perlahan - lahan tubuh yang terbaring tadi didudukkan..Rasa mengantuk Tania tadi Serta merta hilang.

" Malam ini..majlis Syarikat Aku. Engkau jadi ker hantar Aku nanti. Nampak Macam engkau letih!" Timbul Rasa kasihan dalam diri Jila, bila tidur Tania diganggu. Jika Tania tidak dapat menghantarnya, jila tiada pilihan, dia perlu pandu sendiri ke hotel, tempat dimana majlis syarikatnya diadakan.

" Aku hantar engkau...tadi Aku penat sangat. Kejap lagi lepas Aku Mandi, Segar baliklah tubuh Aku ini. Jangan khuatir, engkau bersiap jer. Ikut plan asal!" duduk Tania telah tegap dari Mata yang mamai sebentar. Tania cuma melepaskan lelah yang masih tertinggal dalam diri.

" Okay! Aku dah masakkan siap- siap Malam ini untuk engkau Tania. Maaf engkau kena makan seorang Malam ini!"

" Iyelah...dah lah selalu tengahari pun aku makan sorang - sorang. Malam ini pun Aku kena makan sorang - sorang lagi. Nasib aku!" Muka Tania mencebik..

" Aik..Rina Tak temankan engkau makan dengan dia?korangkan satu pejabat?" Jila tahu sebentar tadi Tania cuma main - main mengusik.

" Diakan Ada kawan lelaki dekat pejabat, bos kami. Jadi takkan Aku nak kacau daun dia dengan Johan!"

" Apa salahnya, ...tapi bila difikirkan balik. Mungkin Rina mahukan privacy dengan hubungan mereka berdua. Jadi Tania terpaksa makan sendiri. " Kesian Tania"

" Engkau nak aku hantar jam berapa ini?"

" Jam 8.00 Malam.. lagipun hotel tu dengan rumah ini bukan jauh pun, cuma 20 minit dari sini." Jila mengagak jarak, dia sendiri pun Tak pasti sebenarnya. Tapi tiada masalah pun kalau terlewat.

" Majlis Mula jam berapa?" Tania mengeliat malas, membetulkan kembali tulang - temulang yang lenguh - lenguh dari tadi.

" Mungkin dalam jam 9.00 Malam." Rina membalas..

" Engkau tahu jalankan Rina, nanti engkau tunjukkan dekat Aku!"

" Hmmmm, nanti sementara Aku dalam majlis engkau nak lepak Mana? atau engkau balik rumah Tania?" Jila ingin mengetahui aktiviti Tania sepanjang dia tidak berada bersama Tania.

" Aku Tak fikir pun tentang perkara itu lagi. Mungkin lepak restoran.. nantilah Aku fikir!" Tania Malas nak serabutkan fikiran. Masalah yang telah tersedia Ada pun dia sukar nak handle.

" Jangan lupa telefon Aku kalau jadi sesuatu Tania.." Jila Tak lupa titipkan pesanan.

Jila telah dihantar ke majlis mengikut masa, walaupun sedikit terlewat, namun masih sempat..kelihatan masih terdapat orang - orang kenalan Jila di ruangan sekeliling bangunan..

Selesai menghantar Tania terus bergerak dari situ, dia masih berfikir mahu kemana...Masa yang terluang Malam ini Tania tapi Tania masih belum mendapat idea dia mahu habiskan Masa di Mana..

Tanpa membuang lebih banyak Masa dengan termenung, Tania menghalakan pemanduan ke restoran. Di Sana dia boleh berbual dengan Abang Mat Dan beberapa pekerja lagi yang telah ditinggalkan Tania sebelum ini.

Kedatangan Tania kembali membuatkan suasana di restoran itu kembali gamat.

Namun tanpa disangka Tania disitu juga Ada seseorang yang tidak termasuk dalam senarai Tania, senarai mereka yang dia ingin jumpa.

" Hai Tania, Mana selama ini menghilang?"

Bila terpandangkan Shah, mood ceria Malam itu dirasakan Tania menghilang..

Jila melayangkan Mata melihat disekitar majlis..dia mencari wajah seseorang.. lelaki yang membuatkan dia Mempunyai naluri untuk hadir ke majlis itu Malam ini. Bila matanya dapat menangkap susuk tubuh seseorang..pandangan matanya tidak lepas dari lelaki itu, untuk lelaki yang sama itu perasan, dia turut berada di situ..

Namun sesuatu yang tidak dijangkakan Jila turut berada di didepan Mata.

" Rina? Bersama seorang lelaki? Jadi Inilah lelaki yang Tania kata sebelum ini. Johan!" Perwatakan Johan yang merupakan seorang lelaki yang Menarik perhatian membuatkan Jila senyum sendiri. " Sebab itu Rina pilih lelaki ini,!" Dia sangat faham Rina. Dan dia tahu tentang ciri - ciri Rina dalam memilih pasangan..

Kali ini Jila dapat rasakan Shah telah dilupakan Rina, dengan kehadiran lelaki yang Mempunyai kelebihan melebihi Shah sendiri. Perkara itu tidak dapat Jila nafikan..

Namun Munshi masih menjadi pilihan utama hati Dan Mata Jila...

Tanpa menunggu lebih lama, Jila mendapatkan Rina.

" Rina! Engkau pun Ada dekat sini?" Kejutan dari Jila buatkan Rina tergamam.

" Ini majlis Syarikat engkau ker?" Rina terkejut, dia Tak sangka majlis yang Jila akan hadiri adalah Majlis yang sama, Johan dijemput.

Rina hanya sekadar menemani Johan, untuk meluangkan Masa bersama.. dengan  tiada bantahan dari Johan, kini mereka berdua berpasangan hadir disitu, meraikan!"

" Ini Syarikat aku bekerja, ini ker Johan Rina?" Jila menembak, Berharap tekaannya adalah betul.

Pertama Kali Hal itu dibincangkan bersama Rina...dia menembak Dan Berharap àkan  mengena, bila nama itu pernah disebut petang tadi oleh Tania.

" Johan!" Rina mengangguk," engkau kenal dengan dia ker?" Jemputan dari Syarikat kepada  Johan.. buatkan Rina Tak syak apa - apa.

Johan sedang melayan beberapa lelaki yang sedang menegur kearahnya.. membuatkan dia tidak memberikan tumpuan kepada Rina..

" Tania maklumkan Aku petang tadi..pasal engkau dengan Johan. Jadi Aku syak dia lelaki yang sama!"

" Aku ingatkan engkau kenal dia melalui Syarikat!" Rina lega setelah mendapat jawapan dari Jila.. tiada salah dirasakan Rina bila  Tania memperkenalkan Johan pada Jila.

Itu lebih bagus dirasakan Rina...Rakannya mengenali pasangannya yang akan dipilih dalam hidup.

Johan berpaling Dan mendapatkan Rina.." Mari Kita kesana?"  Johan berbisik..

" Johan Saya perkenalkan Jila, rakan saya Dan Tania!"

Johan melepaskan pandangan pada Jila Dan memberikan senyuman. " Selamat bertemu!" dengan sopan Johan memulakan perkenalan.

" Selamat..." Ternyata lelaki pilihan Rina adalah seorang lelaki yang bersopan. Semua kelakuan Johan tertib..

" Tania Tak ikut sekali?" Rina mencari dengan ekor Mata melihat sekeliling Dewan.

" Tak..dia Tak ikut sekali!" Jila memberikan jawapan ringkas..

" Rina...Jila Saya terpaksa tinggalkan awak berdua berbual dulu. Saya terpaksa pergi kesana, Ada seseorang yang sedang menanti Saya." Johan meminta mengundurkan diri terlebih dahulu.. dengan Rina telah berjumpa kawan untuk berbual, membuatkan Johan tidak khuatir meninggalkan Rina sendiri.

Kelihatan di Mata Rina Dan Jila, telah Ada tangan - tangan yang melambai kearah Johan untuk sesi kenal mesra bermula.. semua lambaian untuk satu perniagaan yang Baru.

Jadi Rina tidak dapat menghalang...Johan tetap sibuk mencari peluang dalam perniagaan untuk mengembangkan lagi syarikatnya dengan hubungan Baru yang àkan dijumpai disini..

" Engkau dah lama kenal dia ker? Pandai engkau pilih Rina. " Jila memuji..

" Kami àkan bertunang Tak lama lagi.. hubungan kami Baru, tapi Aku Rasa dia calon yang sesuai!" Semakin teruja Rina  bila isu dibincangkan oleh Jila.

" Engkau Tak Salah pilih Rina, Johan lebih sesuai dengan engkau dari lelaki sebelum ini...hubungan Kita bertiga akan kembali pulih!'

" Apa maksud engkau Jila? Dengan hubungan sebelum ini.. semua aku dah lupakan!" Rina tahu maskud Jila apa? Sebolehnya dia tidak mahu perkara lama diungkit. Dia telah menemui hubungan Baru, tanpa Tania terlibat sama dalam hal hubungan yang terjalin dengan Johan.

" Rina bawa bertenang, bukan maksud aku nak ungkit perkara yang terjadi sebelum ini. Aku sayangkan persahabatan Kita..Bila engkau pergi Dan Tania juga ikut Serta.. Aku Rasa kehilangan, takkan engkau Tak boleh baca Dan faham perasaan Aku!"

" Perkara itu Aku dah lupus dalam ingatan Aku..jadi jangan lagi perkara itu diungkit Jila. Tania masih Tak tahukan perkara sebelum ini?" Wajah Rina tegang bila isu dibangkitkan..

" Shah dah maklumkan Tania, pasal Hal engkau dengan dia!" Jila Tak mampu untuk sembunyikan Hal itu.

" Shah..? Mana Tania jumpa dia?" Terkejut Rina, lama dia Tak Dengar tentang Shah.. Sejak dia balik kesini, berita tentang Shah pun dia Tak ambil tahu..Walaupun hubungan Keluarga Rina  dengan keluarga  Shah masih baik..

" Restoran tempat Tania kerja lama.. Shah rakan kongsi restoran itu!"

" Jadi selama ini..gangguan yang korang berdua bincangkan semua disebabkan Shah? Dia masih Cari Tania?" Perasaan marah menyerang hati Rina, dia masih tidak berpuas hati...sekian lama, perasaan Shah masih pada Tania..

Dulu dia telah mencuba segala usaha untuk Shah pilih dia Setelah Tania pergi...Namun hati Shah teguh pada Tania. Dia telah melakukan usaha bermacam - macam untuk Shah, Malah dia yang Beria - Beria untuk tali pertunagan mereka diikat. Berharap Shah akan lupakan Tania bila mereka Ada ikatan..

Namun dia tersilap...Shah terima,  tanpa Rina tahu..semua yang dilakukan lelaki itu, atas keputusan Keluarga..Sedangkan Shah, dia tidak tahu menahu mereka berdua ditunangkan.

Jadi untuk membatalkan pertunangan itu.. Keluarga Shah menahan malu berjumpa Keluarga Rina...disaat - saat akhir sebelum semuanya terlambat..

Bagi menjernihkan keadaan, Shah telah berjumpa Rina sendiri Dan memaklumkan perkara sebenar..Perkara yang dirasakan Rina memalukan dirinya...disebabkan Hal yang  sama,  Rina membawa pergi.

Masih terngiang - ngiang bicara Shah bila Kali terakhir lelaki itu ditemui Rina.." tiada yang boleh ganti Tania dalam hati Shah..Hanya Tania!"

Bila semuanya kembali terbayang..perasaan Rina menjadi sakit...

" Engkau nak kemana Rina?" Dari perbualan tadi, perasaan Rina dilihat jelas Jila seperti terganggu.

" Aku nak jumpa Johan..penat!" Jawapan ringkas dari Rina, tapi Jila tahu disebabkan apa..

Dari ekoran Mata, tubuh Rina berjalan  kearah Johan..setelah dibisikkan sesuatu ke telinga Johan, dilihat Rina mengarah ke pintu keluar. Keluar dari Dewan..

" Saya cuma nak jumpa rakan - rakan disini. Kenapa Shah?"
Sepatutnya perkara itu Tania dah jangka. Tapi Dan terlambat, mungkin Ada yang maklumkan Shah dia kesitu...

" Awak dah berhenti kerja?" Shah mengawal perasaan dalam bila dilihat Tania memberikan kerjasama..

" Saya dapat kerja Baru yang lebih tinggi gaji disini. Saya Rasa perkara itu Tak salahkan!"

" Dekat Mana?"

" Maksud awak?"

" Awak nak jauhkan diri dari Saya Tania? Itu sebab awak berhenti?"

" Mungkin  sebab yang sama Saya tinggalkan awak dulu." Senyuman Tania tawar, entah bila Shah akan terima kenyataan.

" Kenapa susah!..

" Semuanya telah berakhir Shah..awak kena Cari kebahagian awak sendiri. Itu keputusan Saya tinggalkan awak, lupakan Saya. Saya kembali bukan sebab awak kesini...!" Setelah Tania berpuas hati, Tania tinggalkan Shah..saat akhir Shah ditinggalkan, lelaki itu masih tergamam..

Seseorang dilihat Johan memerhati dirinya dengan Tajam.. dia tahu yang melihatnya adalah pemilik Syarikat yang dia hadiri... Tapi rasanya dia Tak kenal. Hanya nama..Itu adalah pertama Kali dia melihat Dan mengenali pemilik Syarikat yang majlis dia hadiri..

" Mungkin kenalan zaman silam Aku?" Johan menebak. Melihatkan wajah serius Munshi, Johan mendapatkan Munshi, pemilik Syarikat M Holding..

" Munshi, melihatkan jarak umur yang tidak banyak beza memudahkan Johan untuk berkomunikasi dengan lelaki muda yang bekerjaya sepertinya.. dia menegur terlebih dahulu!"

" Masih dengan Sifat yang sama Johan. Masih Tak berubah. Awak masih ingat dengan amaran Saya Johan!" Munshi tidak memberikan peluang kepada Johan. Dia sinis bersuara..

Semakin Johan tidak faham tapi tentu Ada yang menganggu Munshi hingga lelaki itu bereaksi begitu..

" Awak kenal Saya Munshi?" Soalan dari  Johan, namun soalan itu,  disalah tafsir oleh Munshi..

" Saya cukup kenal awak Johan.Dan Mana Tania? Kenapa awak datang sini dengan perempuan lain?" Kelihatan rahang Munshi bergerak menunjukkan tahap kemarahan dirinya pada Johan

Perasaan Johan berdebar - debar dengan tiba - tiba. Kenapa Munshi sebutkan pasal Tania pada dia...apa kaitan dia dengan Tania, Dan hubungan dia...?
Johan masih berteka teki..dia memandang Munshi tajam..

Segala perwatakan Munshi jelas..lelaki tidak dikenali itu, sedang marah kepadanya..

" Tania..dia Ada!" Johan membalas dalam perkataan yang lambat. Dia masih tergamam..

" Dia Ada? Tapi awak bersama perempuan lain.." suara Munshi dikawal?..dia tidak mahu majlis itu diganggu dengan suara kuat dia..

Johan masih terpinga - pinga. " Sebab itu Munshi marah sangat dengan dia? Apa kaitan Tania dengan Munshi?" belum sempat Johan membalas...

"Dia isteri awak Johan, dia yang perlu disisi awak bukan perempuan lain!" Munshi tidak dapat kawal perasaan sakit hati bila dilihat Johan bersama pasangan lain..yang bukan Tania.
Jadi dari mengelak dia menumbuk Johan disitu..dia memilih untuk pergi...

Dunia Johan bagaikan terasa roboh..kejutan yang dia sungguh Tak sangka...dia Tak pernah menyangka!
" Isteri!" Perkataan yang diulang Johan berulang - ulang kali. Tapi suara Johan berbunyi, hanya dia yang dengar..

Kaki Johan mengigil..bersama perasaan yang berkeceramuk....pertama Kali dia mendengar seseorang menyebut, Tania sebagai isterinya..

Johan tidak dapat bayangkan jika itu adalah realiti ... Tania...isteri..bagaimana dengan Rina..Tiada suatu bayangan pun pasal Tania..tapi kenapa?

Satu persatu perkara bermain di fikiran Johan.. Jonathan, Johari...Tania, Matthew......Rina Dan kini Munshi..

Untuk menenangkan diri, Johan mengambil tempat di sudut ruangan kosong bersendiri... Dia Cuba bertenang Sambil mencari jawapan...perkara yang dia tidak pernah terfikir...

Jika Tania isteri dia, kenapa Tania Tak kenal dia?
Kenapa Tania layan dia macam seseorang yang asing...?
Kes Matthew..kenapa Tania tipu dia?
Dan Rina....Sebagai seorang isteri..takkan Tania biarkan suami dengan lelaki lain?"
Bakal bertunang dengan Rina...?
Sahabat Tania....

Apa perkara yang masih disorokkan...
Johan tidak mengelak, jika Ada perkara lain yang dirahsiakan...

Johan kembali kearah Dewan..

Tiba - tiba dia terpandangkan Jila...

Pekenalan tadi terbayang di fikiran Johan..Jila juga adalah kenalan Tania Dan Rina...jadi gadis itu tentu tahu tentang sesuatu...
Semakin laju langkah Johan, semakin berdebar perasaan hati....
Rahsia yang àkan terbongkar..Dan perkara yang akan dia hadapi..

Tania isteri dia...?
Atau terjadi sesuatu dalam hubungan mereka....?

Bersambung.........???

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-04-22 16:23:10 

alahai johan...cepat la igat...walaupun tania x suke..jawaban tu ad pda johan...makin rumit plak cite nie...ape pn update lg...hihihih...


NovelPlus Premium

The best ads free experience