16

Romance Completed 78127

" Hari ini  Kita nak pergi Mana? Aku ikut Mana engkau nak pergi ." Suapan di mulut Munshi diteruskan sambil Tania hanya menyedut air minuman digelasnya.

" Mana - Mana Saya boleh pergi ke Munshi? Awak Tak kisah Mana pun tempat tu." Itu peluang Besar bagi Tania, memandangkan mood Munshi okay, jadi satu tempat telah berada dalam fikiran Tania untuk membawa Munshi kesitu.

" Saya harap awak Tak bencikan Saya lagi Munshi." bicara Tania dalam hati sambil menunggu reaksi dari Munshi.

" Hmmm Aku tunaikan."

Mereka tiba di suatu tempat...

" Awak Tak nak ikut Saya sekali?" Tania cuba memujuk tapi bila tiada reaksi perasaan hampa kembali bersarang dalam diri Tania. Ada sesuatu yang disembunyikan Munshi.. itu Tania dapat rasakan kuat..

" Engkau pergi, sebelum mood Aku berubah ." Munshi menghalau Tania untuk segera pergi menunaikan keinginannya. Untuk dia turut sama disitu..tidak mungkin buat Masa terdekat.

Tania tiba ditanah perkuburan kedua IBU bapanya. Munshi yang masih berdegil tidak mahu mengikuti sekali, ditinggalkan di dalam kereta.

Entah apa persengketaan antara Munshi dengan kedua Ibu bapanya yang membuatkan Munshi membencinya. Tapi memandangkan Munshi masih mahu membawanya kesini, merupakan suatu rahmat bagi Tania.

Sekurang - kurangnya layanan Munshi pada dirinya telah berubah sedikit Demi sedikit.. tidak seperti diawal perkahwinan mereka.

Selesai menziarah Dan membacakan dia. Tania kembali mendapatkan Munshi..

Pemanduan diteruskan Munshi dalam keadaan senyap. Tiada sepatah perkataan dari bicara mereka berdua, pemanduan Munshi seterusnya ke pusat membeli belah.

Ada sesuatu yang ingin dihadiahkan Munshi untuk Tania..

Langkah Munshi maju kehadapan sementara Tania mengikuti dari jauh.. kelihatan tubuh Munshi Masuk kedalam sebuah kedai perhiasan wanita. Tania mengorak langkah untuk turut sama..

Munshi sibuk memilih sesuatu bersama dibantu oleh pembantu kedai.." Saya nak lihat yang ini dengan yang Ada di sini. " Kelihatan Munshi sibuk memilih.

Tania yang tiba disitu hanya memerhati dari sebelah kiri Munshi. " Antara Dua ini engkau nak yang Mana?" Suara Munshi menanyakan pendapat Tania..

" Huh!" Tania tercengang dengan pelawaan Munshi..

" Mana satu engkau berkenan aku nak hadiahkan untuk tahun ini."

" Awak pasti nak belikan Saya ini?" Tania terkejut, entah kenapa Hari ini mood Munshi sangat baik.

" Aku hadiakan, engkau pilih untuk tanda kenangan hubungan Kita nanti. Tempoh Kita lagi setahun." Munshi tidak habiskan ayat hanya kembali menyibukkan diri dengan beberapa lagi pilihan dimatanya.

" Setahun? Apa maksud dia ini?"

" Yang Mana satu?" Munshi kembali bertanya kepada Tania.

" Saya pilih yang ini. Tanpa melihat Tania hanya memilih. Ada perkara lain dalam fikiran dia. Kenapa tetiba Munshi hadiahkan dia Gelang..?"

" Saya pilih yang ini, awak boleh bungkuskan." Munshi kembali mendapatkan pembantu.

Selepas selesai membayar Dan barangan diserahkan kepada Tania. Mereka berdua keluar..

" Munshi betul ker awak hadiahkan benda ini dekat Saya? Kenapa tiba - tiba?" Tania menunjukkan wajah pelik.

" Anggaplah sebagai hadiah Aku untuk engkau. Tak Ada maksud yang lain. Jom."

' Kejap..!"

" Apa lagi Tania?"

" Sebelum ini awak letakkan telefon dalam beg Saya. Sekarang awak hadiahkan benda  ini. Bukan selama ini awak benci Saya. Jangan .. jangan awak dah jatuh hati pada Saya Munshi." Tania Cuba meneka setiap tindak tanduk Munshi kini berbeza.

" Jangan mengarut! Kenapa jauh sangat engkau nak pikir sampai kesitu. Budak.. Aku hadiah sebab Aku rasa perlu, untuk kenangan engaku pada Aku nanti. Telefon tu Aku bagi senang nanti kalau engkau nak panggil Aku atau Pemandu. Jadi taklah engkau penat sangat nanti balik hujung minggu."

" Maksud awak setahun tadi?" Tania terpinga - pinga dengan penjelasan Munshi.

" Itu engkau Tak perlu tahu. Tunggu sampai tempoh itu sampai. Engkau akan tahu sendiri. Dah Jom Kita balik hotel."

" Hotel?kenapa Tak hantar Saya balik Asrama."

" Engkau teman aku sampai rabu."

" Shit!"

***

" Engkau tekan loceng tu aku nak cakap dengan Datuk sekejap." Panggilan dari Datuk dijawab Munshi. Kebetulan mereka berdua telah berada di hadapan bilik Tiara.

" Hmmm Datuk...blah ! Blah..blah..

Ding ! Dong..Tania menekan loceng pintu bilik Tiara disebelahnya Munshi sedang sibuk dengan panggilan telefon..

" Munshi? Pintu dibukakan Besar oleh Tiara dengan Tubuhnya hanya dibaluti baju tidur yang jarang. Pada pandangan Tania, baju itu tersangat jarang hingga mendedahkan keseluruhan tubuh Badan Tiara.

Tiana yang terkedu hanya mampu memberikan pandangan kearah Munshi, yang turut tercengang Dan terdiam dalam perbualan..

" Tiana?" Ada nada terkejut dari suara Tiara..

" Mmmunshi.. Kad bilik Munshi." Tania tergagap - gagap dalam bicara kepada Tiara.

Dari penampilan Tiara Malam ini. Nampaknya dia seakan terlepas sesuatu tentang hubungan sebenar Tiara Dan Munshi.

Tiara hilang Dan kembali.. Sebaik menyerahkan kunci barulah Tania Dan Munshi beredar.

Sebelum berpisah Tiara memberikan sesuatu dari pandangan matanya..

Munshi hanya mendiamkan diri.

" Awak dengan Tiara Ada sesuatu ker Munshi yang Saya Tak tahu......?"

" Huishhhhh, awak jangan nak tuduh - tuduh Saya..

" Tapi awak hampir - hampir dengan dia dulu kan. Saya nampak dengan Mata Saya.."

" Bukan macam yang awak nampak. Banyak maksud dari apa yang terjadi Hari itu. Lagipun Tania, engkau Budak lagi.. masih belum faham tentang fikiran Dan hubungan orang dewasa, usia macam aku ini dengan Tiara..

" Kalau awak terangkan Saya akan faham.. bukannya Saya nak halang hubungan awak berdua.. Saya pun Tak kisah Munshi."

Mendengarkan kata - kata dari Tiana. Hati Munshi sakit..

" Betul engkau Tak kisah kalau Aku dengan dia? Engkau tahu Aku ini siapakan? Kedudukan Aku, dengan jawatan Aku berapa ramai boleh jatuh hati dekat aku."

" Itu Saya boleh nampak. Tapi Saya nak kisah apa? Sebanyak Mana awak bercinta atau Mana - Mana perempuan jatuh Cinta pada awak pun... Awak tetap kena kahwin dengan saya. Macam itu juga dengan Saya Munshi.. Kita sama..."

Kali ini kata - kata Tania ada Kebenarannya pada pandangan Munshi.. dia mengambil pendekatan hanya berdiam.

" Awak pun rasa kata - kata Saya betulkan.." Tania hanya tersenyum memandang Munshi.

" Aku yang Tak nak terlibat dalam Hal itu.." Munshi memberikan jawapan..

Melihat reaksi Munshi, Tania meneruskan..

" Awak takut dekat Datuk?"

" Engkau Tak tahu apa - apa Tania. Takut itu Subvertif, anggap sahaja benda ini yang terbaik sepanjang tempoh ini. Kalau boleh aku nak elak benda ini. Engkau dengan Aku takkan bersama.. tapi apa yang jadi sekarang ini, nasib engkau kahwin dengan Aku."

Bicara Munshi terhenti...

" Munshi... Kenapa awak benci Saya? Apa Saya pernah buat pada awak?"

Soalan Tania benar - benar buatkan Susana dalam bilik hotel itu sunyi sepi.. Munshi Dan Tania saling berpandangan tidak berkelip.. selepas seketika, Munshi mendapatkan Tania.

" Aku Cuba betulkan kembali apa yang pernah terjadi Tania.. tapi kalau dalam Masa itu Aku sakitkan hati engkau, engkau kena faham Aku.. Aku buat semua ini bersebab.. engkau akan faham nanti..

" Dah engkau pergi berehat, Aku Ada urusan kerja lagi dekat sini.. kalau engkau perlukan Aku,Cari Aku di ruang tamu..

" Hmmmmm, sekali lagi jawapan dari Munshi menghampakan Tania..

Setelah Munshi menghilang, Gelang yang dihadiahkan Munshi dilihat Tania...

Ini adalah Kali kedua dia dihadiahkan Gelang oleh lelaki..Walaupun nilai gelangnya tidak sama, tetapi nostalgia kenangan itu tetap bernilai bagi pemberian yang pertama..

Pemberian Gelang tangan dari Shah...

***

" Shah hadiahkan sesuatu untuk Tania, Shah harap Tania suka?"

" Shah ajak Tania dekat sini sebab benda ini?" Huluran Shah disambut dengan senyuman dari Tania. Sebaik pemberian itu dibuka, terdapat sebuah Gelang Silver di dalam bekas itu.

" Shah harap Tania boleh simpan benda itu. Walaupun Tak berharga, tapi Ada nilai untuk hubungan Kita."

Tania masih Malu - Malu dalam situasi itu.
" Apa maksud Shah?"

" Shah harap,  Shah yang pertama dalam hidup Tania tiada yang kedua dalam hati Tania..Macam maksud Gelang ini.."

Tania faham maksud yang disampaikan lelaki itu. Walaupun tiada istilah perasaan dia faham.. Namun kehilangan Shah tanpa berita menyulitkan lagi hidup mereka berdua.. yang tinggal hanya kenangan mereka berdua.

Bila tersedar dari Masa lalu, terdapat Dua Gelang tangan telah berada dihadapan Tania.. Satu telah berada di pergelangan tangannya Dan satu lagi berada di tangannya kirinya..

Gelang pemberian Shah dijaga baik Tania selama ini Dan hanya dipakai untuk Masa - Masa tertentu..

" yang pertama dalam hati Aku, Shah akan selamanya yang pertama dalam hati Tania, Tania akan ingat sampai bila - bila.."

Tapi macam mana kalau Shah tahu Hal Aku dengan Munshi.. Mengingatkan Hal itu hati Tania kembali tidak tenang.

***

( Deli )

" Nampaknya Kali ini engkau kalah lagilah Deli. Tengoklah lelaki yang datang ambil Tania tadi, Hensem,kacak dah tentu - tentulah kaya. Tengokkan kereta dia pun dah tahu." Ika Dan Belinda sengaja menyakat Deli yang telah berubah wajah.

" Korang boleh senyap Tak. Hal Tania itu Tak Ada kena mengena dalam hidup Aku lah." Deli bingit mendengar bebelan Rakannya yang sengaja menyakitkan hati yang sebelum ini dah sakit.

" Siapa kata Tak Ada kena mengena. Dulu Tania rampas Shah dari engkaukan. Engkau juga yang cakap macam itu dulu?"

" Itu cerita Shah. Ini kes Mamat Hensem tadi, apa kena mengena dengan Aku?" Deli menunjukkan reaksi menyampah.

" Engkau balaslah balik. Dia pernah rampas Shah dulu engkau rampas lelaki itu Pula Deli dari Tania." Hasutan dari rakan Deli membuatkan dirinya tersedar.. tapi Ada sesuatu yang dia rahsiakan dari pengetahuan Rakannya.. Tentang hubungan sebenar dia dengan Shah..

Dia yang sebenarnya meminati Shah, sedangkan Shah meminati Tania. Habis segala usaha telah dilakukan Deli untuk mereka berdua menjauh. Tapi satu usaha pun tidak berjaya.. sampailah Shah tukar Sekolah Dan gagal dihubungi..

" Macam Mana Deli, kalau engkau sanggup kami akan Bantu!" Belinda menyatakan kesudian membantunya.

" Aku pun sanggup!' giliran Ika Pula menyokong.

" Aku Mana kenal dengan Mamat tu? Macam Mana Kita nak siasat tentang dia?"

" Alah banyak cara lah engkau nak kenakan dia. Nanti Kita fikirkanlah caranya. Janji engkau setuju." Giliran Ika Pula menghasut.

Deli yang melihat Semangat Rakannya dalam Hal itu mula muncul Semangat  berkobar - kobar dalam diri.. " Aku akan fikirkan plan.."

" Beres..!" Ketawa mereka bergema di setiap sudut ruang. Menandakan Hari pembalasan untuk Tania akan sampai..

Bersambung...

Luv PB....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience