88

Romance Completed 78993

" Mana awak dapat nombor Saya Munshi? Apa awak nak lagi?"
Tania julingkan Mata lepas satu persatu lelaki masih menganggunya...Masalah dia bersama Johan masih belum selesai Dan belum diperjelaskan sepenuhnya...Kini datang Pula Munshi menganggu...bila dirasakan Tania hidupnya tidak Aman..

Lebih memeranjatkan Tania, Munshi boleh hubungi dia secara terus sekarang sedangkan Tania telah menamatkan nombor telefon dia sebelum ini Dan dia kini menggunakan private nombor untuk dia tidak diganggu..

Jika Johan tidak mahu dia menganggu dalam hidup lelaki itu lagi, itu yang akan dibuat oleh Tania...dia akan menjauhi Johan sejauh - jauhnya...tidak àkan muncul lagi di Mata Dan hidup lelaki itu...dia telah tekad...
hidup bersendirian dengan status sekarang, adalah perkara yang akan membahagiakan Tania nanti...
Biarpun akan mengambil Masa untuk melupakan semua yang terjadi..itu jalan yang dia pilih..Biarpun sukar, namun àkan Ada sinar bahagia untuk Tania..

" Ehemmm! Lamunan Tania membuatkan Munshi berdehem bila Munshi telah memberikan jawapan, namun dalam panggilan Tania telah berdiam...
" Tania awak masih Ada dalam panggilan?"

" Huh!" Tania tersedar dalam dunia realiti..Dia masih lagi memikirkan tentang Johan...sedangkan dirinya mungkin Sudah dilupakan...Johan sedang mencari kebahagian yang Baru...

" Awak cakap apa tadi Munshi!" Tania mengigit bibir, dalam perbualan telefon pun dia boleh termenung Jauh...seseorang yang tidak perlukan dia lagi...Biarpun menyakitkan tapi semua yang terjadi dia perlu terima...

" Awak Tak perlu Saya perjelaskan Tania tentang perkara itu...awak tahu siapa Saya sebelum ini!" Munshi tegas Dan dia tahu dia Tak perlu berikan jawapan details untuk Tania faham akan maksudnya..

Dan Tania cukup faham tentang Munshi..sekali lagi dia julingkan Mata dengan segala reaksi Munshi...

" Jadi apa yang awak nak Munshi?" Tania teruskan kepada tajuk utama kenapa Munshi mencarinya...

" Masih benda yang sama Tania.Saya mahukan awak kembali dalam hidup Saya!" Jelas Dan terang Munshi nyatakan maksud sebenar...

Berkenaan niat Munshi, Tania dah lama tahu...

" Awak dah tahu jawapan saya Munshi, Dan kalau awak nak main - main Saya Tak Ada Masa nak layan awak. Perbualan Kita perlu dihentikan....

" Tunggu.....! Suara kuat Munshi menghalang agar perbualan itu tidak diamatikan oleh Tania..

Tania yang Baru mencuba mengambil tindakan seperti yang difikirkan Munshi...terdiam, kuat hati Tania mahu tahu sebab utama Munshi memanggilnya Hari ini...

" Apa lagi?" Tania memberikan peluang..dia masih menunggu dengan sabar...Dia masih lemah dalam mengawal perasaan ketika ini..Tapi kepada siapa dia nak luahkan kesedihan dalam hatinya..dia Ada sahabat, tapi kedua - duanya menjauh dari hidup dia kini...Jadi dia tiada pilihan lain...segala deritanya disimpan sendiri..

" Saya nak bincangkan sesuatu...Saya nak kembalikan sesuatu yang menjadi milik awak Tania...Itu hak awak selama ini, Dan Saya tunggu awak....Kita perlu bincangkan Hal ini?"

" Apa perkara itu Munshi?"

" Awak tentukan tempat dimana Tania, Saya akan jumpa awak sekarang..Perkara ini dah lama Saya simpan?" Suara Munshi kelihatan serius...Dan semua yang kedengaran membuatkan Tania serba salah...Dia Tak pernah memberikan peluang kepada Munshi untuk berterus terang, dia selalu mengelak dari bersemuka....dia selalu lari...

" Saya pergi Syarikat awak Munshi. Kita jumpa disana !" Akhirnya Tania membuat keputusan... Segalanya perlu diperjelaskan dengan Munshi Dan segala yang berlaku selama ini perlu diselesaikan...

Tania tenang berbaju kurung menapak ke dalam Syarikat Munshi....Masih Bangunan yang sama, namun suasaan di dalam Syarikat itu yang jauh berbeza...

Setiap satu persatu pemandangan di situ mengingatkan Tania tentang dirinya dulu...Segala kenangan disitu terpamer membuatkan Tania tersenyum kecil...

Telah lama kenangan itu ditinggalkan, namun segalanya masih jelas..dia akui Ada sebahagian dari kenangan bersama Munshi adalah bahagia, namun selebihnya adalah memori pahit dalam hidupnya...Tania buang kenangan pahit untuk luaran wajah masih boleh tersenyum, sedangkan hati dalaman Tania telah parah...

Tidak tersedar dengan waktu..Tania telah berada di dalam pejabat Munshi...Pejabat yang masih mengekalkan suasana dan susunan perabot yang masih tidak berubah...Tania terpaku melihat kearah ruangan bilik Munshi satu persatu..

Dan Munshi melihat kelakuan Tania, dia melihat wajah wanita yang dia rindu...Dan wanita itu berada di depan matanya sekarang..Wanita yang dia pernah sia - siakan dulu...setelah kehilangan barulah dia sedar, nilai sebenar Tania dalam hidupnya...

Namun sesuatu yang membuatkan hati Munshi sakit, perubahan fizikal Tania...yang membuatkan Munshi mengesyaki sesuatu..wajah Tania menunjukkan segalanya..
" Semuanya baik - baik Tania?" Munshi mematikan lamunan Tania, dan wajah Tania yang sugul diperhati mendalam..dia harapkan semuanya okay dengan hidup Tania, namun kesan yang jelas terpamer di wajah Tania..

" Saya baik Munshi, terima kasih bertanyakan tentang Saya!" Tania yang terhenti dari lamunan mendapatkan kembali perhatiannya kepada Munshi...Jauh agaknya dia termenung..

" Awak masih tidak berubah...awak masih sukakan suasana tempat ini.Saya Tak ubah apa - apa Tania disini, masih seperti dulu..Saya Tak mahu bila awak kesini pandangan itu berubah!"

Mendengarkan penjelasan Munshi membuatkan hati Tania menjadi sayu...Jika bukan kerana tindakan Munshi dulu buat keputusan terburu - buru...Semua ini tidak àkan terjadi...lelaki di depannya kini adalah seorang yang asing dalam hidup Tania...
" Tak perlu fikirkan Hal belakang Munshi, lagipun Kita dah Ada kehidupan masing - masing.Kita Tak boleh berpatah balik untuk perkara yang lepas.."
Tania berterus terang, segala yang tersimpul itu adalah takdir mereka berdua..Munshi kena terima kenyataan..

" Macam Mana kalau semua itu berubah Tania..? Awak àkan terima Saya kembali?" Munshi serius Dan setiap tutur kata yang keluar dia pasti..

" Tiada apa yang boleh diubah Munshi, Saya masih isteri Johan." Dengan kenyataan itu Tania sepatutnya berbangga, namun yang terkesan di dalam hati Tania, dia rasakan kesakitan yang dalam..

" Walaupun awak Tak bahagia?"
Kenyataan Munshi mengejutkan Tania..

" Saya bahagia.......!" Tania Cuba kuatkan hati mengutarakan perkara yang disimpan dihati didepan Munshi..Munshi Tak perlu tahu apa yang jadi...

" Wajah awak takkan boleh tipu Saya.Saya cuma harapkan awak bahagia Tania walau dengan siapa awak pilih, tapi kalau awak terseksa..Saya takkan berdiam diri!"
Kata - kata Munshi membuatkan Tania tergamam...Dia tahu betapa Gila Munshi..

" Kalau awak lebih mengarut, buang Masa Saya kesini Munshi..semua keputusan itu awak takkan boleh ubah...awak bukan sesiapa yang boleh ubah hidup Saya ikut semua telunjuk awak?"

" Saya tahu Saya bukan baik Dan Saya pernah buat salah pada awak..tapi Saya takkan buat awak lebih merana..Saya tahu apa yang Johan lakukan pada awak sekarang?"

" Apa maksud awak Munshi?" Tania juga terkejut, apa yang Munshi tahu berkenaan hubungan dia dengan Johan...

" Jila hubungi Saya untuk Bantu dia Cari awak? Perhubungan awak Dan Johan dalam masalah...apa yang awak tunggu dari Johan Tania? Kenapa awak tak minta dia lepaskan awak untuk awak lebih bahagia!"

" Awak tah tahu apa - apa?" Suara Tania semakin tegang..Tak sepatutnya Munshi soalan itu kepada dia..Munshi Tak boleh Masuk campur...Apa Hal dia?"

" Beritahu Saya apa yang Saya Tak tahu Dan apa sebab sebenarnya awak masih pilih Johan sedangkan dia Tak bahagia dengan awak Tania?"
Suara Munshi yang tegang membalas membuatkan Tania hilang kawalan...Dia terlalu sakit untuk lalui semua ini sekali lagi...

" Semua ini sebab awak Munshi? Semua yang jadi disebabkan awak!...awak yang buat Saya menderita tanpa Saya Ada apa - apa...Awak lafazkan cerai sedangkan Saya Tak tahu apa - apa...

Kalau Saya tahu apa tindakan yang àkan awak buat pada Saya dulu, selepas harta Saya diserahkan pada awak semua...Saya akan lakukan perkara yang sama, apa yang Saya lakukan sebelum ini pada Johan..

Saya akan hentikan awak Munshi dari lafazkan perkataan cerai itu...Tapi sayang Saya Tak sempat Dan Saya Tak mampu..Saya masih belum matang Dan Tak tahu apa - apa bila perkataan itu dilafazkan membuta tuli pada Saya..saya Hanya sebatang Kara, Dan awak tergamak Munshi..." Entah bila sengsaranya akan berkahir.....

" Jjjohan lakukan perkara yang sama?" Munshi Tak sangka....hubungan Tania Dan Johan sekeruh itu...

" Ya kalau itu yang awak nak tahu? Tapi Saya Tak salahkan Johan, dia masih Tak ingat siapa saya....tapi awak Munshi, Saya masih Tak percaya awak sanggup lafazkan perkataan itu pada Saya Munshi...ya Saya tahu awak Tak bahagia dengan saya, kejam pada Saya...tapi Saya tetap isteri awak, wanita yang awak perlu Jaga, awak lindungi...tapi awak buang Saya macam Saya Tak pernah Ada dalam hidup Saya...

Saya takkan buat Dan ulang perkara sama dengan apa yang jadi pada Kita dulu dengan hubungan Saya dengan Johan....Dan Saya sempat!"
Setelah meluahkan segala yang terbuku Dan disimpan lama dalam diri Tania, akhirnya dia merasakan lega....

Munshi telah tergamam....kesan pada Tania dulu, dia Tak sangka sebesar ini.." maafkan Saya Tania, kalau Saya boleh ulang semua kesilapan dulu....akhirnya Munshi sedar yang dia telah terlambat dalam segalanya.!"
Akhirnya air mata lelaki Munshi gugur di depan Tania....segala tindakan kejam dia dulu terbayang Dan derita Tania....

" Awak tahu yang Saya dah maafkan awak Munshi dengan segala yang terjadi..biarkan hidup Saya dengan tenang, jangan ungkit lagi perkara ini." Tania kembali tenang bila dilihat Munshi dalam dunia kesedihan dirinya..Mungkin Munshi telah menyesal Dan memaafkan adalah jalan yang terbaik...

Setelah keadaan kembali tenang Sesuatu dikeluarkan Munshi dalam Laci..." Saya serahkan kembali semua yang sememangnya hak awak Tania, Saya Tak sepatutnya rampas benda ini dari awak dulu!"

Tania menyemak satu persatu benda yang diserahkan kembali kepadanya...dengan pemberian dari Munshi, buatkan Tania tidak percaya, dia seakan bermimpi...sekali lagi air mata Tania gugur, namun bukan disebabkan kerana kegagalan dalam hidup tapi kerana kegembiraann kecil jelas didepan mata...

" Awak Tak main - mainkan Saya Munshi tentang perkara ini..." Suara Tania tersekat - sekat..dia Tak sangka Munshi akan menyerahkan kembali semua yang pernah menjadi miliknya....ternyata fikirannya terhadap Munshi selama ini tersilap..

" Itu hak awak Tania, dah lama Saya nak serahkan pada awak...tapi Masa untuk itu...Saya masih belum Ada peluang..Saya serahkan pada awak hari ini...Saya takkan paksa awak lagi, tapi jangan halang Saya dari terus cintakan awak Tania...."

Tania terkaku seribu Bahasa...permintaan dari Munshi bukan mudah, namun dia takkan berjanji sesuatu yang belum pasti....

Bersambung........???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience