59

Romance Completed 78127

Datuk Jonathan memandang kearah Johan tanpa berkelip..Dia masih tidak percaya Johan belum pulih sepenuhnya..Sebentar tadi rahsia Johan sakit telah sampai pada pengetahuan Aminah..

" Tentu sahaja Ada orang - orang Aminah yang memerhati setiap tindakannya..

Jonathan terpaksa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Johan. Untuk Johan pulih sepenuhnya Dan sepanjang pemulihan itu..Jonathan tidak mahu Johan diganggu. Lebih - lebih lagi seseorang yang bermasalah seperti Aminah..

Datuk Jonathan membuat satu panggilan penting.. pertama Kali dalam hidupnya, dia membuat panggilan kepada orang tersebut.. Itu semua dia buat untuk Keselamatan Johan..

" Johari! Aku Jonathan!" Datuk Jonathan memperkenalkan diri kepada menantu yang pernah tidak disukai dulu..

" Ayah?" Dari riak reaksi Suara Johari, dia sangat terkejut menerima panggilan dari lelaki yang pernah membenci dirinya dulu. " Kenapa Ayah telefon Johari, Ada apa - apa ayah nak.....!" Johari kehilangan kata - kata. Dia masih tidak tahu tujuan lelaki itu menghubunginya. Jika lelaki itu perlukan bantuan, Johari pasti lelaki itu mempunyai cukup kuasa Dan tidak perlukan bantuannya.. Jadi Johari semakin  keliru..

" Aku perlukan bantuan engkau Johari, pasal Johan!" Nada suara Jonathan kedengaran serius di pendengaran Johari.. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Johari, dia hanya mendengar dengan penuh perhatian..

Datuk Jonathan yang memahami tentang sikap Johari yang taat Dan sentiasa menghormatinya, memuji dalam diri sikap menantunya walaupun sebelum ini, lelaki itu tidak disukai..

" Semua pasal Johan. Dia sedang bawah jagaan aku. Dia sakit tenat sekarang ini. Ingatan Johan belum pulih seperti sebelum ini. Dia perlukan Masa untuk ingat balik siapa dia Dan dalam tempoh pemulihan Johan..aku Tak mahu Ada sesiapa yang menganggu.."

" Saya faham, Jonathan. Apa perlu Saya buat." Johari faham gangguan yang dimaksudkan oleh Datuk Jonathan adalah Aminah, Anak Jonathan Dan isterinya.

" Johan perlu ke tempat yang selamat Dan jauh dari Aminah. Rasanya apa yang berlaku pada Johan, engkau pun dah tahu siapa yang terlibat Johari. Kalau bukan dia Anak Aku, dah lama dia...

" Saya faham Jonathan. Johan àkan selamat di tempat itu. Ayah Tak perlu risau, Aminah takkan tahu pasal Hal ini Dan dia takkan tahu dimana Johan berada selama pemulihan diri Johan.

"Bagus, itu yang aku harapkan.. Johan kena keluar segera dari sini. Dr. Matthew akan ikut dia. Kamu uruskan semua itu Johari." Dalam kebencian Jonathan pada Johari, dia tahu lelaki itu yang boleh diharapkan.. Jonathan sendiri tidak pasti tentang perasaannya sendiri, sama Ada dia  masih bencikan Johari atau sebaliknya, cuma yang pasti, dia takut Dan malu dengan perbuatan dirinya sendiri..

Pap! Telefon ditangan Jonathan diletakkan.. " Aminah engkau takkan lagi jumpa Johan. Johan àkan pulih seperti sebelumnya, tapi itu cuma menanti Masa. Dia akan tahu apa yang engkau pernah buat pada dia."

" Engkau àkan menyesal Aminah!" Disebalik kebencian Jonathan pada Aminah, masih tersimpan Sayang kepada anaknya. Itulah satu - satu anaknya. Tiada yang lain, buruk Dan baik Aminah, dia terpaksa terima.

" Saya àkan kembali ke Malaysia Aminah, Kali ini mungkin mengambil Masa Dua minggu. Awak Tak mahu ikut Saya, jumpa Keluarga Saya di sana.?" Johari memaklumkan Aminah tentang ketiadaan dirinya kerana akan pulang ke kampung halamannya.

" Awak balik seorang, Kita dah bincangkan  Hal ini Johari.. Keluarga awak Tak suka Saya. Jadi Tak perlu mulakan permusuhan,  dengan Cara begini, itu jalan yang lebih baik." Aminah menunjukkan wajah tidak selesa dengan pelawaan dari Johari.

" Perkara itu dah lama terjadi. Apa salahnya kalau awak jumpa Keluarga Saya,  ambil hati mereka.. Macam Saya buat pada Jonathan?"

" Jonathan? Ayah saya..pernah dia anggap awak macam menantu? Semua itu buang Masa Johari, lebih baik Kita hidup macam sekarang ini. Saya dengan Hal Saya Dan awak jalani hidup macam biasa. Saya takkan halang awak jumpa Keluarga awak." Aminah mengundurkan diri tidak mahu Hal itu dibincangkan lagi.

" Aminah, awak nak kemana? Saya akan berangkat Malam ini." Johari mengharapkan perhatian dari Aminah kepadanya..Tapi seperti selalu, Aminah tidak pernah ambil peduli.

" Johan.. Saya perlu mencari Johan, Johari.." Ada perkara yang perlu dirahsiakan daripada Johari, perkara itu dia perlu segera laksanakan.

" Jangan tunggu Saya, Saya Tak pasti jam berapa Saya kembali. Tapi hati - hati, Saya pergi dulu."

Seperti situasi yang sama Aminah meninggalkan Johari sendirian untuk pulang menemui keluarga Johari sendirian.. namun Kali ini tanpa Aminah sedari, kepulangan Johari kali ini adalah bersama - sama dengan Johan.

Fly......

" Mathhew..Dr. Matthew..." Seorang lelaki yang berpewatakan biasa memperkenalkan diri kepada Johari sebaik diperkenalkan oleh Jonathan.

" Johari!" Tangan dihulurkan untuk menyambut salam dari Dr
Matthew.

Johan masih terbaring di katil, masih belum sedarkan diri. Pandangan Mata Johari sedih melihat keadaan anak lelakinya..

" Macamana Johan boleh tercedera sampai jadi Macam ini?" Johari tidak tahu menahu tentang diri Johan yang kemalangan. Dia ingatkan ketiadaan Johan disebabkan lelaki itu ingin rehatkan diri.. namun ternyata yang pasti dari semua yang berlaku, Ada sesuatu yang terlepas dari pandangan Johari.

" Dia kemalangan kereta. Sengaja Aku rahsiakan Hal ini dari dari kamu berdua..Sebab Aku syak, Johan sebenarnya  mahu berjumpa Aminah sebelum dia kemalangan ." Jonathan berterus terang..

" Kenapa Johan nak bertemu Aminah? Kenapa Aminah Tak pernah beritahu Saya apa - apa." Johari teringatkan sesuatu.." Bila Johan kemalangan?" Perasaan Johari resah.

" 18, selepas pembukaan cawangan Baru Syarikat kamu." Datuk Jonathan dapat melihat Ada sesuatu yang tidak kena dengan Johari.

Akhirnya Johari terduduk dalam Masa yang sama mengucap panjang pada Jonathan.. " Aminah tahu pasal Hal ini? Dalam waktu yang sama, Aminah hilang Masa majlis pelancaran. Dia Ada kaitan dengan semua yang jadi?' kening Johari berkerut dengan segala yang jadi.

Patutlah Jonathan mahu Johan sejauh - jauhnya pergi dari Aminah. Dan  Tempat yang Paling difikirkan selamat oleh Jonathan adalah tempat yang Aminah takkan jejak. Rumaj Keluarga Johari.

" Jadi ayah pilih sini sebab tempat ini Paling selamat untuk Johan, jauh dari Aminah?" Johari mahukan kepastian .

" Kamu dah tahu jawapan aku Johari.. Dia dibawah jagaan kamu aku lega, Aku takkan susah hati."

" Dia Anak Saya Ayah..Saya àkan Jaga dia. Saya takkan benarkan benda buruk terjadi pada Dia." Johari mengusap dahi Johan dengan sepenuh perasaan Sayang seorang Ayah.

Datuk Jonathan menganggukkan kepala bersetuju Dan menepuk bahu Johari menandakan dia berbangga dengan menantunya.. Biarpun perkara itu tidak diucap, mereka berdua memahami.

Jonathan mengundurkan diri Setelah semuanya mengikut perancangan..

Matthew mengeliat kecil bila mereka sampai ke destinasi dimana menjadi  tempat pemulihan Johan. Kelihatan tersergam rumah banglo mewah milk Johari dihadapan mereka berdua.

" Ini rumah keluarga awak En. Johari?"

Johari tersenyum kecil.." Iya disinilah rumah Saya, maaflah rumah Saya ini Tak seberapa, Tak Macam rumah Jonathan." Johari berkias..

" Rumah awak ini, empat Kali ganda jauh lebih Masa dari rumah Saya Johari, sini tenang Dan nyaman. Harap Johan dapat pulih sepenuhnya..!"

" Bila dia akan tersedar?" Johari mahu semuanya selamat Dan Johan boleh menjalani hidup seperti sebelum ini.

Tapi Ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam fikoran Johari.." Mana Tania? Kenapa Jonathan Tak pernah sebutkan apa - apa pasal Tania" .

" Matthew, sejak dari Johan dibawa jumpa Saya.. Kenapa Saya Tak pernah nampak Tania, Mana dia pergi?" Johari pasti Jonathan pasti Ada sebab tersendiri mengapa Tania tidak dimasukkan dalam perancangan..

" Matthew Mana Tania, isteri Johan?"

Lollipop yang berada di mulut Matthew dikeluarkan." Saya Tak tahu pasal Tania." Rahsia dimana Tania perlu disimpan sebelum Masa sebenar sampai.

" Jadi Mana Tania?" Semakin pelik Johari..Angin ribut pun Tak Ada, tapi Mana hilang nya Tania?

Bersambung......

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-04-17 01:24:38 

makin jauh tania lari...makin dekat pulak johan ngn tania...adakah kunci tania ad pada johan...bagaimana dgn muhsi???


NovelPlus Premium

The best ads free experience