27

Romance Completed 78127

" Hai" senyuman Tania terukir menyambut kepulangan kedatangan Johan Malam itu..

" Macam yang dijanjikan Saya datang..walaupun sedikit lambat Saya masih disinikan..jadi awak Tak nak benarkan saya masuk!" Kepenatan Johan menghilang sebaik melihat wajah Tania menyambutnya..Suatu suasana Baru yang dirasakan Johan..mengetahui Ada seseorang yang menunggunya di muka pintu buatkan hidup Johan lebih bahagia..

Johan dapat rasakan bauan Dan suasana  rumah yang dia rindukan dulu..Keluarga.

" Maaf, Saya terlupa..Jom Saya masakkan awak sesuatu tapi awak duduk dulu Johan Saya akan hidangkan.."

Pintu rumah dibukakan oleh Tania..di situ dia seakan tidak selesa..Disebabkan rumah yang didudukinya merupakan rumah Syarikat..jadi dia lebih berwaspada untuk orang sekitar tidak tersalah anggap..lebih - lebih lagi diri Tania yang mengekalkan tudung menutup auratnya.. hanya Johan yang beberapa Kali terserempak Tania dengan rambutnya berikutan Kepulangan Johan dulu secara mengejut..

Bila berkeadaan begitu...masing - masing yang terperanjat membuatkan Tania tidak boleh berbuat apa..

" Kenapa buka pintu tu?" Johan menunjukkan wajah pelik..

"Lebih baik Macam ini, Saya Tak nak orang lain syak Saya dengan lelaki...tapi Saya berhijab..maksud Saya memang itu Hal privacy tapi saya Tak nak orang tersalah anggap pasal Saya...."

Johan melangkah kepintu dan menutup kembali..." Jangan risau orang - orang disini buat Hal masing - masing.Tak perlu takut dengan pandangan mereka..Johan kembali duduk di sofa.. Johan terpaksa mencipta alasan, jika pekerja lain atau penghuni ifu terserempak dengannya disitu,lebih menimbulkan masalah pada dirinya..

Siapa tidak kenal Sir John disitu..
Dia antara nama - nama yang dikenali..sebarang kemungkinan tentang dirinya perlu ditutup untuk Tania tidak mengesyaki sesuatu..

Tania berlalu kedapur menyiapkan hidangkan di meja untuk dia Dan Johan makan malam.. Bila Tania kembali ke sofa terlihat dengkuran kecil Johan yang menandakan dirinya kepenatan..

Tania tidak sampai hati untuk mengejutkan Johan...untuk menunggu  dia hanya  duduk disitu Dan menonton TV dengan suara diperlahankan untuk tidak menganggu Johan..

Setengah Jam berlalu Johan membukakan Mata..bila tersedar cepat - cepat Johan bangun dari pembaringan sambil mengosokkan Mata yang masih kepenatan.. " apa yang Saya terlepas.." wajah Johan menunjukkan dia serba salah..Baru sebentar tadi dia terlelap..

" Awak terlelap..awak nak tidur di dalam..Tania serba salah melihatkan kepenatan Johan Dan menyuruhnya ke rumahnya tadi Membuatkan Tania tiada pilihan...tapi dia amat harap Johan menolak pelawaannya..

' Macam Mana dengan masakan awak tadi..Maaf Saya terlelap..kedudukan duduknya dibetulkan...

" Pasal makanan itu Saya akan panaskan untuk esok...Tania memberikan cadangan..

" Jangan Kita makan sekarang..Tak elok membazir.. Johan bangun dari kedudukan duduk berjalan kearah meja..Dia tidak mahu hampakan Tania..dia tahu Tania telah berusaha menyiapkan masakan, jadi dia tiada sebab untuk menolak walaupun diri masih kepenatan..

" Saya Tak kisah Johan..awak penat...

" Duduk Tania..Kita jamu selera dulu..Saya lapar..Johan duduk di kerusi menunggu Tania menghidangkan makanan untuknya..

" Okay!" Walaupun serba salah, tapi melihatkan Johan berselera makan dengan masakannya buatkan Tania kembali tersenyum dalam diri..entah kenapa setiap Kali Tania memasak untuk Johan, lelaki itu akan berselera..menghabiskan makanan semuanya..

" Adakah disebabkan masakannya sedap..?

" Memenuhi selera Johan...?"

Atau... sebenarnya Johan belum makan?"

" Awak Tak makan Tania?" Sedikit makanan di pinggan Tania mencuri tumpuan Johan.

" Dah...Saya makan cuma....Johan awak belum makan lagi?"

" Belum Saya terus kesini!" Makanan kembali disuapkan ke mulutnya..

" Oh!...patutlah...Mereka berdua menikmati hidangan sehingga selesai..

Nah! Sorry Saya belum sediakan keperluan dalam bilik ini. Satu toto diserahkan Tania kepada Johan untuk dijadikan alas tilam bagi Johan..

" Okay!"

Tania tergelak dengan reaksi Johan..Lelaki yang paling senang untuk dilayan..Johan tidak banyak karenah..Semua benda hanya okay dimata Johan..

" Apa..? Kening Johan berkerut melihat reaksi tiba - tiba Tania yang ketawa kearahnya..

" Okay! Awak lelaki yang paling Tak banyak karenah Johan.Semua okay bagi awak sejak Saya kenal awak dulu..Sama seperti dulu awak Tak banyak berubah....

" Saya berubah..setiap orang berubah!" Johan membentangkan Toto di atas lantai." Tania apa kata kalau Saya berpindah kesini...

Membulat Mata Tania..Tidak boleh Johan!. Maksud Saya...dekat sini Tak boleh.." Tania serba salah..

" Sebelum ini..?" Johan sengaja menyakat Tania..

" Saya dah beritahu awak dulukan sebelum kesini....atau awak nak Saya ulanggg!' serba salah semakin Besar dalam hati Tania..sebolehnya dia mahu mengelak.Walaupun dia berada di negara asing, Tak manis dia tinggal berdua - duaan dengan lelaki yang tiada ikatan dengannya.

Memang mereka tiada ikatan antara satu sama lain..Dan tiada pernah terjadi sesuatu tapi perkara itu perlu dielak..

"Sebab rumah ini rumah Syarikat..?" Johan sekadar menguji walaupun dia tahu jawapan..

" Cuma Malam ini Johan..Sebenarnya Tak elok Kita berdua tinggal sekali..Tak elok untuk Saya dengan awak, Saya harap awak faham maksud Saya!"

" Okay!"

" Good Boy!" Tania tersenyum..sekejap lagi Saya datang kembali.awak perlukan Tuala Dan selimut tebal Malam ini..Saya carikan dulu..

Johan hanya mendiamkan diri merebahkan diri akibat kepenatan..

Sebaik Masuk kepejabat tanpa membuang Masa lap top di mejanya dibuka..Satu butang ditekan Johan untuk memulakan mesyuarat pagi tu...lepas satu - satu kakitangannya yang merupakan ketua cawangan mulai muncul diskrin Johan...jumlah semakin meningkat..namun masih Ada yang belum dalam talian..

Johan hanya menunggu dengan jari digerakkan diatas meja...menunggu keseluruhan Ahli berada dalam talian dengannya untuk memulakan perbincangan dalam mesyuarat talian....

" Lagi 5 minit sebelum Kita mulakan! Bagi yang tiada sila ambil tindakan." Arahan Johan kepada PA nya yang juga telah berada dalam talian, Susan.

Semua Ahli dalam talian itu kecut perut dengan ketegasan Johan..Bagi Tania dia seseorang yang mudah, senang untuk ditangani...namun bila melibatkan Syarikat dia adalah seorang lelaki yang sempurna, yang tidak mahu Ada kesilapan biarpun sebesar kuman..

" Sir..Tania muncul dihadapan Scott seperti biasa pagi itu. Kelihatan Scott berada di talian..bila dilihat kehadiran Tania pagi itu cepat- cepat Scott menutup separuh lap topnya..

" Ada apa Tania?" Scott memberikan perhatian pada Tania dalam sama dia resah kerana Sir John berada dalam talian bersamanya Dan mendengar...

" Johan yang melihat sepintas lalu wajah Tania tadi..Mula membesarkan skrin di wajah Scott untuk mendengar perbualan antara Tania Dan Scott.

" Hal berkaitan kiraan semalam, Saya rasa Saya dah dapat selesaikan.Saya harap Sir Scott tidak terlambat buat pembentangan.." Tania menghulurkan satu fail yang merupakan laporan yang telah dikemaskini..

" Saya sedang Mesyuarat talian..Terima kasih Tania. Tanpa awak entah berapa lama lagi rekod ini akan disiapkan..Awak pun tahu otak Saya dalam kiraan tidak secergas dulu.." Scott tersenyum bangga dengan Tania..tidak sia - sia wanita itu bekerja disini. Walaupun dia tidak tahu apa hubungan Tania dengan orang atasannya..Wanita itu sememangnya layak dengan kemampuan sendiri..

" Saya pergi dulu Sir..jika Ada apa - apa arahan Baru..Sir boleh harapkan Saya." Tania tersenyum sambil memberikan reaksi positif sebelum pergi..

" Tania, pastikan tiada siapa menganggu Saya pagi ini. Saya sedang Mesyuarat Talian bersama wakil cawangan lain bersama Sir John. kami Tak mahu diganggu.

" Okay..Tania mengundurkan keluar dari bilik Scott.

Johan kembali mulakan sambungan Mesyuarat Dan wakil yang akan menbentangkan laporan selepas ini..Scott..

" Scotty be ready!"

" Yes Sir!" Peluh memercik di dahi Scott sambil menunggu pembentangan wakil sebelumnya berakhir..

Seorang lelaki menghentakkan tangannya kasar keatas meja..sekali lagi dia hilang arah dalam mencari sesuatu..

" Bos! Lelaki hadapannya pucat..

" Takkan dia hilang Macam itu? Restoran, kawasan sekitar,Universiti..semua korang dah Cari?" Tangan Munshi mengengam erat kolar Pegawai penyiasat yang diupahnya untuk menjejak Tania.

" Mmmmmasih tiada maklumat..!" Tergagap - gagap penyiasat memberikan jawapan...

" Dia dalam negara ini?" Munshi mahukan kepastian..

" Masih! Rekod keluar dia dari negara ini masih belum Ada." Penemuan bersama Pegawai kenalan Imigresen masih belum menampakkan yang Tania keluar dari negara ini.suatu  masalah berat bagi Penyiasat itu menjejak Tania yang seakan hilang..

Negara yang ditinggal oleh Tania bukan negara yang kecil..dia perlukan Masa untuk menyiasat lebih terperinci..

" Macam Mana engkau boleh hilang jejak dia? Sebelum ini apa yang aku arahkan Tak pernah engkau Tak selesaikan." Munshi mengamuk geram..lebih - lebih kepada Tania.Gadis itu menghilang tanpa jejak.Jika di negaranya dia akan menggunakan segala Sumber untuk menjejaki Tania..

Tapi disini...dengan jarak yang meluas antara negeri..perkara itu sukar tapi akan Ada hasil jika dia berusaha..

" Bos macam Mana...pencarian itu Kita hentikan. Lelaki itu memberikan cadangan, skop pencarian yang terlalu luas amat menyukarkan dalam pencarian. Dia telah berusaha, namun tiada hasil..

Memandangkan kehadiran Munshi juga tidak lama lagi disitu..dia merasakan tidak salah dia memberikan cadangan..Lelaki dihadapannya juga merupakann seorang yang sibuk.

" Hmmmmm..Cari Sumber yang boleh Bantu dalam pencarian itu. Jika Ada maklumat Baru segera inform Aku." Bahu lelaki itu Munshi pegang, dia mengharapkan pencarian Tania akan berhasil satu Hari nanti.. dia cuba kembali dalam hidup Tania,cuba melupakan kesilapan diri dulu..tapi setiap Kali bertemu dia dapat rasakan Aura ingin menguasai Tania semakin membara dalam diri...

Dia tidak tahu Cara untuk mengawal perasaannya..apa yang pasti dia mahukan Tania menjadi miliknya..miliknya seorang..

" Kenapa nak jumpa Saya?" Aiskrim dimasukkan kedalam mulut Tania..

" Just nak inform Saya takkan Ada disini buat sementara waktu.." wajah Johan tenang..

" Kalau Saya Tanya awak pergi Mana...jadi masalah Tak?" Tania takut soalan nya menganggu privasi hidup Johan..

Johan tersenyum.." Boleh. Sekurang - kurangnya Ada orang ambil berat diri Saya?" Pandangan Johan penuh bermakna..

Tania segera mengalihkan pandangan bila melihat kearah perubahan diri Johan..dia tidak mahu terikat dengan perasaan dalam hubungan mereka.

" Awak nak tahu ker atau awak diam Macam itu dekat sini..sekejap lagi Saya akan beredar.." dari tepi bibir Johan, jelas pada pandangan Tania Johan senyum..

" Awak bergurau dengan Saya?" Lengan Johan Tania cubit kecil..

" Ouchbhhh!" Johan tersenyum kecil..lagak mereka bagaikan orang bercinta..tapi mereka berhubungan tanpa perasaan. Itu pendapat Tania..dia tidak mahu hadirkan harapan dalam hati..

Walaupun dia selamat dengan Johan..tapi itu Baru permulaan dalam hidupnya..

" Jadi berbalik soalan awak tadi,awak masih berminat untuk tahu saya kemana sekejap lagi?" Soalan sebelumnya Johan Tanya pada Tania, dia tidak mahu Tania lupa tentang pertanyaan itu..

" Kemana ?" Semangat Tania kembali..

" Paris! Disana Saya tinggal selama 3 minggu..

" Kebetulan..Scott dengan Sir John pun kesana Kan Johan...Jadi awak berurusan dengan mereka!" Tania teruja.Good Luck, bersama senyuman dengan jawapan dari Johan..

" Anthony! Mana dia?" Suara Joanna memecahkan kesunyian dalam syarikat..Semua Mata memandang kearahnya..

" Sir....Mrs. Jo..

" Jangan sesekali sebut nama tu.Dia tiada ikatan dengan Saya. Joanna, awak boleh panggil dia Joanna" Johan memberikan amaran sambil memberikan pandangan tajam seperti mahu membunuh..

" Maaf...Mrs..Jo.Joanna tunggu di luar.." Susan PA kepada Johan terketar - ketar..kemarahan telah melanda Johan Dan dia sehabis baik tidak mahu melakukakan kesalahan..Jika tidak habis dia.

" Panggilkan dia masuk." Sesuatu dari CCTV dilihat oleh Johan..Joanna, Johan memberikan senyuman Smirk, sambil melihat wanita dengan tubuh langsing super duper seksi dalam monitor..

Sebaik Joanna masuk Johan memberikan sepenuh tumpuan.." Love kenapa sampai kesini? You miss me!" Johan sengaja permainkan Joanna..

" Explain This Anthony..Apa ini?" Satu sampul Surat diletakkan di atas meja Johan..

" Divorce! Awak Tak setuju dengan benda ini." Johan bertenang sambil tubuh disandarkan selesa.. bukan mudah untuk hadapi Joanna..Walaupun mereka hebat diranjang tapi hubungan mereka berdua tiada Spark..

" Honey! Joanna memperlahankan suaranya Dan melangkah kearah Johan..dia Cuba menggoda Johan. Dia telah kehabisan idea..Aminah telah digunakan bagi membantu, tapi masih belum berhasil..

Betty yang menjadi Mata - matanya disitu telah dipecat Johan. Dia perlu fikirkan jalan lain..memandangkan mereka telah lama tidak bersama dia mencuba menggoda menggunakan strategi itu..

" Yes!" Johan masih dalam keadaan tenang..

" Apa yang jadi dalam hubungan Kita..Kenapa Kita perlu bercerai...? Joanna Cuba memujuk, bagaikan dia tidak tahu disebabkan apa hubungan mereka ditamatkan..

" Rude, awak melepasi sempadan Joanna dan ini jalan terbaik. Awak boleh tandatangani perjanjian itu tanpa awak rugi apa - apa atau awak mahukan pengadilan di mahkamah!' Johan tegas, tiada siapa boleh halang keputusanya kini..Dulu dia terlebih ikut kata Aminah, perasaannya yang terpendam..dia hanya membiarkan Joanna buat sesuka hati..Kini tidak lagi.

" Sempadan apa? Apa salah Saya?' Joanna menunjukkan wajah kasihan..

" Deal or leave Joanna..pilihan awak!"

" But"..saya takkan setuju dengan jumlah amaun ini.. Saya mahukan separuh dari kekayaan ini." Joanna pasti, jika Johan mahukan penceraian, dia akan ikut nilai yang dirinya mahukan..

" Really.." Johan senyum sinis..Masih Tak cukup dengan amaun 3 juta tu sebagai pampasan..Hmmmm, berapa ?" tapi pastikan jumlah itu berbaloi.. Lirikan Mata Johan memandang serius kearah Joannna...Johan Tak sangka dia berpasangan dengan seorang pembelit selama ini.."Bitch!"

" Separuh dari harta kekayaan awak, Baru Saya setuju Hal penceraian!" Joanna dapat rasakan kemenangan berpihak kepada dirinya.

" Separuh! Kita jumpa di mahkamah Luv..but cuma nak ingatkan, jangan salahkan Saya nanti kalau keputusan tidak seperti yang awak harapkan..awak akan rugi semuanya termasuk Faedah.." senyuman Johan sinis terukir pada wajahnya..

Perbuatan Johan menakutkan Joanna.." apa maksud awak?" Tiba tubuh Joanna mengigil..dia dapat rasakan, dari reaksi Johan lelaki itu tidak main - main..

" Saya tahu segalanya Joanna..kalau awak nak teruskan..Go.!saya Tak akan halang.. Smirk...

Bersambung....

Share this novel

awer
2022-11-03 12:34:31 

suke suke suke citer ni..slalu baca..sbb ske jln criter..kt d pun baca bnda sma..eiii. gerammm ngan jihan n tiara..nk cubit2...tq author


NovelPlus Premium

The best ads free experience