97

Romance Completed 78127

Matthew bergegas ke sebuah bilik...Dia Baru mendapat panggilan dari Jonathan...dalam Masa yang sama sebuah Jet telah dihantar untuk mengambilnya...

Kini dia telah tiba...
Di sebuah bilik putih yang Matthew tahu disitu telah berada tubuh Johan yang masih belum tersedar...
Disebabkan itu, dia dibawa dengan segera kesini...

Kelihatan, Doktor yang berjubah putih telah berada disisi Johan..Namun Johan masih tidak menunjukkan sebarang tanda...

Jonathan dilihat Matthew telah bertenang di tepi...tidak seminit pun tubuh tua itu berganjak dari menemani Johan...Seluruh harapan tuanya hanya kepada cucunya..

" Bagaimana dengan Johan?" Matthew bertanyakan kepada Doktor yang merawat Johan sebelumnya...Matthew hanya Berharap perkara yang dirisaukan sebelum ini tidak akan terjadi...sesuatu yang buruk..

" Tiada perkembangan terkini tentang pesakit setelah dia tidak sedarkan diri..Pesakit ..kami telah jalankan kajian.Terdapat satu bahagian yang di dalam sarafnya, gagal berfungsi..kini pesakit dalam keadaan koma!"

" Koma?"
Matthew mengeluh terkejut, sesuatu yang ditakutkan dulu kembali terjadi...dulu Johan mengambil Masa beberapa bulan untuk dia dikejutkan kembali..Kini Johan koma Kali kedua, mengikut sejarah pengalaman Matthew..Jika seseorang yang mengalami koma Kali kedua, ingatan dalam memorinya untuk pulih adalah Hanya 0.2 % peratus sahaja..Yang selebihnya mengalami hilang ingatan secara kekal..

Mendengarkan Doktor hebat seperti Matthew juga terkejut...kerisauan di wajah Jonathan tidak dapat disorokkan..Dia adalah yang menjadi punca Johan koma kembali...
Jonathan menyalahkan dirinya...Segera tubuh tua itu mendapatkan Matthew..Dia mahukan segala usaha untuk membawa Johan kembali..

" Apa Kita perlu lakukan Matthew? Jika Johan sekali lagi hilang ingatan, bukan dia àkan hilang semua memori!" Jonathan berjaya meluah kata dengan perlahan , dia masih ingat segala kata - kata dari Matthew...semua itu jelas....

Matthew melihat Jonathan dengan dengan tajam..." Jonathan Kita cuma Ada tempoh Hanya Seminggu..Kita perlu buat Johan bangun sendiri dengan usaha dia..Dari penerangan Doktor yang sebelum ini, Dan Saya dah perhatikan Pola penyakit Johan melalui x-ray di kepalanya..Semuanya tiada masalah, cuma apa yang Saya takutkan......" Matthew mengigit bibir, apa yang Paling ditakuti oleh para Doktor, gagal menyembuhkan pesakit yang dirawat seperti sediakala...

" Apa yang awak takutkan Matthew, beritahu Saya?" Jonathan tidak tahan menunggu, dia mahu Johan sedar semula...dengan itu Johan àkan keluar dari Zon bahaya..

" Nampaknya Jonathan, Kali ini Johan yang tidak mahu membantu Tubuhnya untuk sedar kembali..dia yang memilih untuk tidur dari terjaga..."

" Johan?"
Mendengarkan itu Jonathan semakin terkejut...Jika itu bukan masalah perubatan, jadi itu masaalah dari dalaman perasaan Dan tubuh Johan..Johan yang memilih untuk hidup didunianya sendiri...Dan usaha untuk membangunkan Johan hanya perlu dari dirinya sendiri...Itu lebih sukar...

" Matthew Macam Mana Kita nak Bantu Johan..Apa yang Kita perlu buat?" Jonathan semakin hilang upaya..Tempat bergantung harapnya memilih untuk tidur buat selama - lamanya..siapa lagi yang dia boleh harapkan..

" Dimana Johan buat kali terakhir sebelum dia pengsan..Apa yang mengakibatkan keadaan dia jadi begini?"
Matthew tahu semua masalah yang  datang disebabkan punca...Jika mereka tahu apa punca Johan memilih untuk lenyapkan hidupnya, itu adalah punca yang sama untuk Johan sedar kembali..

" Pusara itu Mathhew...Anak Johan!" Disana Johan pengsan..Jonathan berterus terang, walaupun dia tahu Matthew telah beberapa Kali memberikan amaran kepadanya untuk isu tidak dibangkitkan lagi sebelum Johan benar - benar pulih..
Tapi disebabkan perkara yang dibincangkan sebelum ini bersama Matthew, Dan dengan keadaan diri Tania...

Jonathan tiada pilihan yang lain...Jonathan terpaksa membawa Johan pergi dari majlis perkahwinannya yang tidak sepatutnya diadakan.... disebabkan Johan masih suami kepada Tania, Dan dia lelaki yang hilang ingatan...masih tidak cukup syarat untuk Johan bernikah dengan perempuan lain, sedangkan dia masih tidak mengenal siapa dirinya yang sebenar...

" Dia kembali ke pusara itu? Lalu apa yang terjadi?" Matthew mahukan kepastian, perkara sebenar menimpa Johan...

" Johan masih Tak ingat apa - apa waktu Aku bawakan dia kesitu...tapi yang jelas Johan hanya mengalirkan air mata walau dia Tak tahu apa tujuan dia dibawa kesitu..Setelah diterangkan satu persatu kepada Johan....nampaknya Johan macam tersedar, dia meratapi pusara itu, menunduk sambil memegang pusara Dan akhirnya........Johan rebah..Selepas itu Johan terus dibawa kesini!"
Jonathan menerangkan apa yang berlaku sebenarnya dari apa yang telah terjadi kepada Johan..

Johan masih baik sewaktu dibawa pergi oleh Jonathan dari perkahwinan , Dan Johan masih sihat sewaktu mereka berdua dengan menaiki Jet Peribadi milik  Jonathan yang Baru tiba di negara tempat tinggal mereka....jauh dari Johari Dan Aminah...

Sebaik tiba, mereka dijemput dengan tiga kenderaan Mewah yang lain dan terus dibawa ke perjalanan menuju ke pusara Anak Johan....disana semuanya terjadi...

" Hello Daddy, apa yang terjadi?" Suara Johari Cemas setelah menerima panggilan dari Jonathan....matanya tidak dapat dialihkan kepada Aminah... Ini adalah Kali ketiga Jonathan menelefon dirinya dalam seumur hidup.....Setiap Kali panggilan dibuat kepada Johari, semua perkara yang dimaklumkan adalah perkara yang tersangat penting...

Kali ini bila nama lelaki yang merupakan bapa mentuanya Naik dalam panggilan, perasaan Johari menjadi tidak menentu....Kuat dalam hatinya memberikan firasat Ada sesuatu yang buruk telah terjadi....kehilangan Johan di majlis membuatkan Johari kecut perut...dia takut kehilangan Johan disebabkan kerana Jonathan muncul di Majlis...Dan kedatangan Jonathan tadi masih dia tidak syak disebabkan apa...

" Johan.....Johan Johari, dia .......koma kembali!"
Suara Jonathan lemah, dia Cuba kuatkan diri untuk bertenang..Jika dulu perkara seperti ini adalah mudah bagi Jonathan membuat keputusan terbaik ...Namun kini, disebabkan faktor umurnya  yang semakin lanjut...dia dengan mudah mendapatkan risau...risau yang membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan waras...perkara apa yang dia perlu buat untuk Johan segera pulih..

" Apa? ...jadi Daddy yang kesini Dan membawa pergi Johan?"
Segalanya menjadi jawapan kepada tanda Tanya dia Dan Aminah sebentar tadi...kemana Johan menghilang dari Majlis...

Kelihatan di depan Johari, Aminah telah menjeling tajam ke arah Johari....Aminah telah mendengar segalanya dari perbualan  Johari bersama bapanya, Jonathan...Segala penerangan Jonathan membuatkan Aminah semakin menyampah dengan bapanya....disebabkan Jonathan perkahwinan Johan Dan Rina musnah...
Lalu apa sebab Jonathan menghubungi Johari...Mungkinkah semuanya disebabkan Johan? Aminah bermain teka - teki sendiri...

Segala perbualan Johari Dan Jonathan Cuba difahami sendiri oleh Aminah....Dan dia tidak sabar untuk Johari menamatkan panggilan...untuk Aminah mendapat jawapan dari perkara apa yang sedang dibincangkan berdua, lelaki dalam hidupnya..

" Apa yang Jonathan nak Johari...Tak sangka dia Rupa - Rupanya yang muncul di Majlis Johan tadi, kehilangan Johan disebabkan Jonathan ? Orang tua tu dah hilang akal!"
Dalam kemarahan Aminah melepaskan segalanya yang terbuku di dalam hati...Masih Tak berubah perangai Jonathan..Masih mahu merosakkan perancangan Masa depan yang dibuat kepada anaknya, Johan..

Tanpa memberikan jawapan kepada Aminah, Johari berlalu pergi...dia Tak mahu melayan lagi Sifat diva Aminah disitu....setiap perkara tidak menyenangkan Aminah..Ada sahaja tidak kena....Mendapatkan keadaan terkini kesihatan Johan membuatkan Johari lemah...Johan koma kembali Dan Kali ini sangat berbahaya...Itu yang masih terngiang - ngiang di telinga Johari..*

"Johari?

" Johari...!

" Hei....Johari! Awak pekak ker?" Langkah kaki Aminah laju mengekori dari belakang ....dia tidak peduli jika Johari mendengar kutukannya darinya ..Janji apa yang dilakukannya  adalah dia puas..Puas menunjukkan ketidak puasan hatinya..

" Awak boleh jangan cakap apa - apa Tak sekarang...jangan merungut semua perkara....buang perangai Diva awak tu!"
Kemarahan Johari memuncak,dia tidak dapat berfikir secara waras....Johan sedang sakit dan gagal untuk kembali, koma! Dari penceritaan Johari, Johan yang memilih untuk berada dalam situasi itu....Peluang untuk Johan pulih masih jauh untuk dia sedar kembali...Hanya keinginan Johan yang kuat akan membuatkan dia kembali tersedar... Namun untuk mencari sesuatu yang kuat untuk Johan kembali, bukan sesuatu yang mudah...

Kaki Aminah terhenti dari mengekori langkah Johari dia sakit hati dengan kelakuan Johari melayannya disitu..

" Awak marahkan Saya Johari! Apa yang Saya buat...?bukan Saya yang menculik Johan..tapi Jonathan! Kenapa awak letakkan kesalahan itu pada Saya?" Aminah masih tidak berpuas hati...Dari tadi dia bersabar, berdiam Dan Cuba melembutkan hati melihat segalanya tadi...semua dibuat disebabkan Johan...Dia membuatkan dirinya selesa sedangkan keadaan tadi benar-benar boleh membunuh Aminah dengan Cuaca yang panas Dan perbualan yang tegang bersama  bakal menantunya tadi....tapi semuanya Cuba dikawal sehabis baik....Jadi apa sebab Johari memarahnya..Sepatutnya dialah yang menunjukkkan prostes dengan segala yang jadi...

" Johan koma! Puas Hati." Tanpa berpaling Johari mempercepatkan perjalanan kaki.... seseorang perlu dicari...itu arahan Jonathan tadi....Namun disini...dimana perlu dia mencari Tania?....

Aminah mengejar....perkara tadi hanya dia mendengar nipis, namun segalanya memeranjatkan...Jika Johan koma? Kemana Dan Apa yang dibuat Jonathan pada Johan....jadi semuanya bepunca dari Daddy?" Aminah senyum sinis...Ada perkara kesalahan yang àkan diletakkan dibahu Jonathan...

" Awak nak kemana Johari? Awak nak tinggalkan Saya dekat sini?Aminah meradang bila dilihat Johari tidak lagi mempedulikan dirinya..lebih menyakitkan hati Aminah, dalam kepanasan begini mereka berdua terpaksa berjalan jauh ke tempat kereta diletakkan...Sakit di kaki Aminah yang melecet tidak dihiraukan, dia lebih sakit hati dengan sikap Johari...

Melihatkan Aminah yang telah tertinggal jauh Johari memberhentikan langkah dan dengan penuh sabar Menunggu...

Aminah telah tercungap- cungap menahan keletihan...langkah jauh mengejar Johari benar - benar melemahkan Aminah...dia kepenatan Dan kehausan dalam Cuaca yang panas..

Setelah sampai di tempat Johari menunggu barulah Aminah melepaskan lelah sambil mata Aminah sempat menjeling kerana masih tidak berpuas hati dengan sikap Johari yang meninggalkan dia tadi...

" Kenapa awak tinggalkan Saya tadi Johari...Penat Saya kena kejar awak!" Aminah menunjukkan segala tidak puas hatinya tadi....dengan wajah yang cemberut kemerahan dia melepaskan nafas..

" Kita kena cepat, Saya kena usahakan sesuatu dekat sini...Jika lebih lama Saya takut Johan àkan lebih dalam keadaan bahaya!"  Wajah Johari serius, melayankan karenah Aminah disitu lebih memenatkan dari perkara yang akan dia Cari nanti..

" Awak kata Johan dalam bahaya?"

" Hmmmmm...Kita kena Cari Tania?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience