65

Romance Completed 78127

" Apa yang Saya pernah buat pada awak Tania? Awak kenal Saya?" Johan mencengkam lengan Tania dengan kuat, dia mahukan jawapan, siapa dulu Tania pada  dia!

Sssàyà...Saya....! Tania mengigil bersama ketakutan kerana tersalah laku pada Johan.. wajah Johan yang tajam melihat kearahnya buatkan Tania kecut perut.

" Awak kenal Saya?" Sekali lagi suara Johan kuat menengking ke arah Tania.

" Sssàyà Tak kenal awak!" Suara Tania putus - putus. Namun di saat akhir dia dapat rasakan Semangat tiba - tiba muncul  pada tubuh Tania. " Johan masih belum ingat dia siapa!" Itu kelebihan dirasakan Tania.

Bila pegangan tangan Johan dirasakan semakin longgar..Tania melepaskan diri. " Kita tiada hubungan, Saya tak kenal awak sebelum ini." Tania Cuba menutup segala ketelanjuran dia sebentar tadi pada Johan.

" Tadi....! Johan masih tergamam, di telinga Johan masih terngiang - ngiang bicara Tania. Dia tersalah Dengar atau sememangnya dia Dan Tania tidak mengenali..

Dia cuma Berharap, dia boleh ingat kembali memori silamnya Dan orang - orang yang sebelum ini berada di dalam hidupnya..Namun yang berada dalam fikiran Johan hanya kosong..

Hanya Johari, Jonathan Dan Matthew dalam ingatan Johan...Selebihnya yang berada dalam hidupnya adalah orang - orang Baru..

Tania telah pergi jauh dari Johan.. langkah Tania yang laju meninggalkan nya dengan persoalan...Hanya diekori oleh Mata Johan yang melihat kearahnya sehingga bayangan Tania hilang dari pandangan..

Tania mengigit bibir dengan kuat..Dia gelisah, Dan dalam Masa yang sama telah selamat keluar dari Syarikat.. Jalannnya masih tidak tetap..tadi sebaik keluar dari Pintu, Ada Mata - Mata yang melihatnya , semua perkerja Syarikat Johan yang membuat kawalan di sekeliling bangunan.

Tania khuatir jika esok gosip tentang dirinya masih beradadi situ walaupun telah lewat Malam akan tersebar, lebih - lebih lagi, Rina...Tania risaukan perasaan Rina..
Rina tidak tahu hubungan sebenar dia dengan Johan.

Tania menapak laju..Satu perkara yang dirasakan Tania kini adalah penting, Matthew.. Dia perlu mendapat penjelasan lagi tentang Johan pada Matthew..

Telefon dikeluarkan Tania dari tas tangan. Perasaannya dalam Masa yang sama gelisah, Hari telah lewat Malam. Dia tersangkut di Syarikat..tanpa kenderaan awam..Dan Jila..jika Tania hubungi Jila waktu Jam begini, apa Tanggapan Jila pada diri dia nanti..

Perasaan gelisah Tania bercampur dengan berdebar.." please Matthew angkat telefon!" Tania bicara Berharap Matthew mendengar permintaanya.

" Hello!" Suara serak Matthew yang Tania tahu lelaki itu telah terlena. Matthew melihat kearah skrin telefon siapa yang menganggunya, " Tania?" Dia ingatkan Johan yang menganggu..

" Matthew, Saya! Matthew Saya nak Tanya Pasal Johan!" Tania gelisah dalam Masa yang sama dia semakin takut dengan perasaannya sendiri. Kejadian yang berlaku tadi benar - benar buatkan Tania tidak boleh bernafas.. Pandangan Mata tajam Johan. Tania tidak sesekali boleh lupa.

" Tania! awak telefon Saya Malam. - Malam Macam ini. Johan memang Tak boleh harap. Awak sepatutnya kena berehat!" Matthew risaukan keadaan Tania, jika Tania boleh hubunginya dia, jadi tentu Johan tiada disisinya..

Hubungan mereka berdua sedang dalam masalah.. Itu Matthew sangat pasti.

" Matthew Saya Tak main - main. Setakat Mana ingatan Johan lupakan Saya?" Semakin difikirkan Hal itu, semakin Tania gelisah.

" Apa maksud awak Tania. Johan Ada lakukan sesuatu?" Matthew yang mendengar telah celik dari mengantuk.

" Saya ...Saya terlepas cakap tadi Matthew. Saya Tak sengaja. Saya terlalu marah pada dia!" Kali ini gengaman tangan Tania dicengkam kuat. Fikiran Dan perasaan Tania bercekeramuk..

" Apa awak beritahu pada Johan?" Matthew takut jika ingatan Johan dipaksa untuk berfikir. Dia takut Johan àkan hilang kawalan Dan pertimbangan.

" Saya dengan dia Ada hubungan sebelum ini...tapi perkara itu Saya Tak mengaku, Saya Rasa dia belum syak apa - apa!"

" Reaksi Johan?"

" Dia ....dia, macam terpinga - pinga! Saya Tak boleh nak fikiran apa Matthew, Saya terlalu marah pada dia pasal kurung Saya dalam bilik itu. Kami hanya berdua!" Tania hilang pertimbangan.

" Tania..Tania bertenang. Saya yang suruh Johan jaga awak tadi. Awak pengsan, dia hubungi Saya untuk awak!' Matthew menerangkan perkara sebenar.

" Jadi awak tahu Saya dengan Johan tadi? Awak tahu Saya benci Johan..Kenapa awak Tak bawa Saya bersama awak Matthew. Atau awak bersama kami.Saya lebih rela dengan awak dari dia!" Tania tidak dapat menahan kemarahan. Jika Matthew Ada bersama tadi, tentu sahaja Tania tidak bertindak segila itu.

" Tania dia masih suami awak. Bukan Saya tinggalkan awak dengan lelaki asing. Dia lebih layak dalam diri awak dari Saya!"
Kata - kata Matthew membuatkan Tania terdiam. Matthew cukup pandai bermain dengan kata - kata Dan memerangkap Tania dalam situasi seperti ini.

" Awak tahu Saya bencikan dia, Matthew!" Tania tidak mahu mengalah. Namun kemarahan Dan kewarasan Tania dapat dikurangkan dengan kata - kata Matthew.

" Saya tahu awak bencikan dia tapi apa yang Saya buat...tiada yang salah Tania." Lembut Matthew bicara seakan memujuk Tania.

" Keberangkalian Johan akan ingat Saya? Berapa peratus dia àkan pulih?" Perkara itu yang Paling Tania takut. Jika Johan ingat kembali siapa dia Dan hubungan mereka berdua.

" Saya Tak tipu awak Tania, ingatan dia hanya 20 peratus telah kembali. Dia masih perlukan Masa. Tentang awak Pula Tania, jangan sekali - sekali timbulkan isu lama dengan dia. Jika bayangan Masa silam dia muncul disbebakan awak. Ingatan pasal awak berdua, Dan apa yang jadi sebelum ini...àkan kembali!" Matthew memberikan amaran.

" Awak jangan khuatir Matthew, Saya àkan  jauhkan diri dari Johan. Tiada sebab untuk Saya dekat dengan dia! Saya pergi dulu." Rasanya Tania sudah dapat jawapan yang penuh dari Matthew berkenaan Johan.

Perkara utama yang perlu dilakukan Tania, adalah Menjauhi Johan sejauh - jauhnya. Jika tiada urusan penting, dia perlu mengelak dari berjumpa, bercakap mahupun berselisih. Itu perkara utama.

Panggilan telefon ditamatkan oleh Tania.
Baru kaki Tania ingin melangkah untuk menuruni Tangga, Ada sebuah kereta yang sengaja diparkirkan di hadapannya.

Johan, bersama kereta Mewah sedang menurunkan Cermin disebelah bahagian penumpang..

Tania buat -buat tidak peduli, dia Baru berjanji pada diri untuk menjauhi Johan. Namun sekali lagi, takdirnya berada di samping Johan kembali.

" Masuk!" Reaksi Johan bila Tania Mula memalingkan wajah bila bertentang Mata dengan dia.

Tania serba salah. Jika dia mengelak, nampak sangat dia sengaja menghindari atau melarikan diri dari Johan.. Tapi Jika terima pelawaan, masalah mereka berdua akan bertambah. Tania kematian langkah.

" Saya hantar awak, Tania!' suara Johan lembut, tiada menunjukkan sebarang reaksi marah seperti kejadian tadi.. dari reaksi Tania,dia tahu gadis itu Cuba mengelak.

Tanpa berfikir dengan panjang..Tania membuka pintu penumpang Dan Masuk ke dalam kereta bersama dengan Johan. Dia terpaksa mungkiri janji. Untuk Malam itu kerana Keselamatan diri Tania sendiri, janji yang dibuatnya tidak àkan dikira.

" Saya hantar awak kembali dengan selamat, itu tanggungjawab Saya. Awak pekerja Saya!" Tanpa menunggu penjelasan dari Tania, Johan menyatakan sebab.

Tania hanya mendiamkan diri, Berharap tiada lagi soalan dari Johan sepanjang perjalanan.. namun sangkaan Tania melesat..

" Tadi awak pengsan dekat pejabat Saya, Saya Tak tahu awak gadis selemah itu, pengsan disebabkan lapar. Apa awak Tak makan dari pagi?" Johan memulakan perbualan. Perbualan yang dirasakan Tania menganggu..

" Saya bukan Doktor Tuan Johan, Saya manusia biasa, lapar, sakit.. gembira semua Saya Rasa..Saya Tak tahu yang Saya àkan pengsan Hari ini, maaf sebab susahkan awak!" Tania menjawab acuh Tak acuh..

" Itu sebab awak Degil? Awak boleh makan tengahari tadi.. tapi awak berkeras dengan Saya. Rina? Sepatutnya awak kena Jaga perasan kawan awak tu, dia beria-ria nak awak ikut sekali. Dia nak raikan awak!"

" Saya Tak tahu pasal Hal itu!" Tania menjadi serba salah. Apa yang dikatakan Johan Ada Kebenaran..tadi dia Tak fikir langsung...

Rina? Tak patut dia tunjukkan sikap seperti itu tadi ..usaha Rina patut dihargai untuk raikan dia,tapi sesuatu yang Johan Tak tahu, dia sebenarnya bencikan Johan...Segala dibuat adalah disebabkan Johan.

" Jadi awak mengaku salah awak?" Johan Cuba berbual.

" Rina! Ya Saya patut minta maaf pada dia? Semua Salah Saya?"

Jawapan Tania butkan Johan Tak puas hati. Kenapa susah sangat Tania nak mengaku, apa yang jadi semua salah dia. Sepatutnya dia minta maaf pada dia Dan Rina sekali.

" Macam Mana dengan Saya Tania? Awak Tak rasa Saya pun turut Bantu awak, sama - sama raikan awak? " Johan Cuba memulihkan perhubungan yang Salah faham antara dia Dan Tania..

" Saya àkan berterima kasih pada awak Johan kalau awak hantar Saya Malam ini dengan selamat!" Tania tegas dengan pendirian, dia Tak perlu ucapkan semua penghargaan pada Johan..

ingatan Johan yang  hilang tidak termasuk dalam kamus hidup Tania. Johan layak dilayan sebegitu. Dulu dia sudah cukup baik dengan Johan..sedangkan usaha baik Tania sebelum ini, Johan Tak pernah hargai..

Semua fikiran Tania tentang hidupnya dulu buatkan Tania semakin bersedih..

" Kita pernah kenal sebelum ini?" Sikap Tania semakin membuatkan Johan semakin tertanya - Tanya. Dengan tenang, pemanduan diteruskan Johan tanpa memandang Tania.

" Saya Tak kenal awak!" Cepat Tania menjawab..

" Hmmmmm..Matthew? Awak kenal dia?Dia kenal awak, Saya Tak perlu kenalkan awak tadi." Johan beralih soalan sambil menunggu jawapan dari Tania.

Tania serba salah, memang benar Matthew rawat dia tadi, dia Baru hubungi Matthew..kalau dia tersalah jawab, Johan àkan syak sesuatu..kegelisahan Tania buatkan dia gigitkan bibir.. " Apa Matthew kata tadi Johan?"

" Dia kenal awak Dan dia yang suruh Saya Jaga awak sampai awak sedar. Tentang makanan itu, idea Matthew?" Johan berterus terang. " Jadi awak kenal dia?"

" Saya kenal, dia Kan Doktor?" Tania lambat - lambat menjawab sambil kening dikerutkan.

" Berapa lama awak kenal Matthew Tania? Dia seorang Doktor yang berpewatakan Menarik, ramai gadis yang terpikat dengan dia?" Johan mengalihkan soalan.

" Beberapa tahun sebelum ini, maksud Saya dalam 3 atau empat tahun! Saya dapatkan rawatan dengan dia, sebab itu Saya kenal Matthew!" Tania tidak mampu menipu, jika dia menipu tentang Matthew, dia takut Johan àkan menghidu.

" Rawatan apa awak dapat dengan Matthew? Patutlah tadi dia terus kenal awak. Saya pun terperanjat dia boleh kenal pekerja Baru Saya. Tak sangka awak pun dia kenal?"

" Rawatan harian Johan, sakit, demam..diakan Doktor.tentulah Saya jumpa dia disebabkan  itu!" Budak kecik pun tahu jawapan itu dirasakan Tania.

" Hmmm ..saya Tak tahu Pula yang Matthew Ada buka Klinik, sebab setahu Saya dia bekerja dengan keluarga Saya selama  5 tahun." Jawapan Tania semakin buatkan Johan bertambah curiga.. Tania dilihat Johan telah pucat mendiamkam diri..

Kereta diberhentikan Johan disisi Jalan..

"Beritahu Saya perkara sebenarnya Tania?"

" Apa yang awak nak tahu?" Mata Tania beralih memandang Johan dengan Tajam..

" Semua?Macam Mana awak kenal saya dan dalam Masa yang sama, Matthew?" Wajah Tania yang pucat tadi kembali tenang..

" Matthew kekasih Saya, Macam yang awak fikirkan selama ini. Siapa Saya? Saya anggap awak dah tahu siapa Saya Johan, Saya bukan perempuan yang baik.. Dan jika bukan disebabkan Rina, awak mungkin mangsa Saya seterusnya.." Tania Cuba menggoda Johan dengan memegang wajahnya, namun ditepis kasar oleh Johan..

" Saya hantar awak balik!" Johan Mula menunjukkan reaksi bengis dengan kelakuan Tania.

Selepas menghantar Tania, Johan memecutkan kereta tanpa berpaling.. Jawapan yang Baru dia dapat tadi, membuatkan kesakitan yang parah dalam hati..

Dia sangkakan Tania Ada kaitan dari zaman silamnya..tapi dia tidak menyangka, Tania adalah kisah silam Matthew..

" Engkau balik jam berapa semalam Tania?" Jila bertanya sebaik sahaja mereka bersarapan berdua.

" Lewat..mungkin pagi. Ada kerja dengan pejabat!" Wajah Tania serius..

" Bukan semalam Baru Hari pertama kerja? Engkau kena buli ker?" Jelas dilihat diwajah Tania, sahabatnya tidak seceria selalu.

" Aku Tak seronok kerja disitu. Bukan jiwa Aku! Aku dah salah buat keputusan Jila." Air minuman diteguk lagi oleh Tania.

" Bukan engkau dah fikir masak - masakkan Tania. Siapa buli engkau? Kenapa Tak beritahu Rina?"

" Aku Tak nak ganggu.. dia pun Ada kerja dia sendiri."Tania mengeluh, Berharap Hari ini Johan Tak ganggu dia lagi..

Tania tiba ke Syarikat. Walaupun keletihan dia terpaksa. Itu adalah Hari kedua dia bekerja disitu. Berkenaan Hal semalam dia harap Johan tidak lagi menganggu..

Baru Jam 9.00 pagi, Johan telah muncul di depannya..

" Plak" pintu dibuka Johan kasar.
Namun sesuatu membuatkan Langkah Johan terhenti..

Kedua - Dua Mata mereka saling berpandangan..

" Nice! Ini pun salah satu Cara awak nak goda lelaki? Cubaan awak tu takkan berjaya?" Sinis senyuman Johan bersama pandangan terarah pada Tania..

Tania tidak faham maksud Johan. Setiap Hari selepas subuh dia telah berdoa pada tuhan, Mohon dijauhkan daripada Johan. Namun doanya masih belum kesampaian.

" Awak cakap apa pagi - pagi ini?" Mood bekerja Tania terus hilang, bila pagi - pagi Johan menyerang kebiliknya. Tahulah dia bos Syarikat tu tapi apa Salah dia?

" Wangian itu? Itu wangian yang sama dengan Rina, awak sengaja pakai wangian itu untuk tarik perhatian Saya?" Johan menebak, dengan segala penjelasan Malam tadi, Johan tahu Tania Ada motif.

" Wangian?Huh.. Okay macam ini Tuan Johan, Saya cukup dengan Matthew, kekasih Saya..Saya Tak perlukan Tuan dalam hidup Saya. Bukan kekasih Rina. Clear?"

Macamanalah Johan dapat idea pasal wangian itu, padahal dah berzaman Tania pakai wangian sama. Kebetulan dia Dan Rina, Mempunyai citarasa dalam wangian yang sama. Perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu..

" Jangan gunakan strategi itu pada Saya. Saya dah masak dengan spesies Macam awak ini?"

"Okay! Tuan Johan, awak berhak nak cakap apa pun. Terpulang, berbalik pada kerja, apa Tuan nak dari Saya?"

" Pasal laporan semalam, awak kena siapkan Hari ini!" Beberapa fail diserahkan pada Tania untuk diselesaikan.

" Okay! Tania malas untuk melayan Johan, jadi dia teruskan kerja hingga Johan keluar sendiri..Setelah Johan keluar dari biliknya,. Barulah Tania bernafas lega.

Tidak lama Johan keluar dari biliknya, giliran Rina Pula Masuk ke dalam biliknya..Cuba mendapatkan jawapan dari Tania, kemana dia menghilang semalam.

" Rina engkau pun datang sini? Nak ajak Aku lunch ker?" Tania memberhentikan kerja mendapatkan Rina..

" Jam pukul berapa, pagi lagikan. Nanti Kita lunch sekali lah." Rina ajak - ajak Ayam.

" Kalau Kita berdua aku okay, tapi bertiga aku Tak selesa nak kacau korang berdua!" Tania cuba menyembunyikan perasaan hati.

" Aku dengan Johan Tania tengahari ini!" Rina memberikan jawapan pantas.

" Kalau macam itu aku lunch sorang - sorang!" Tania mengalah.

" Semalam engkau pergi Mana. Aku Cari petang semalam engkau Tak Ada!" Rina memulakan maksud sebenar tujuan dia bertemu dengan Tania.

" Maybe aku ke Tandas Masa engkau Cari aku. Aku balik lewat semalam, banyak kerja perlu Aku siapkan." Tania memberikan alasan, kebetulan Fail - fail semalam Johan Batu hantar ke mejanya. Jadi bertumbun Fail di atas meja Tania. Menguatkan jawapan Tania.

" Kebetulan Johan pun balik lewat semalam. Engkau Tak jumpa dia?" Rina melihat reaksi Tania jika terdapat perubahan di wajah gadis itu.

" Ada, tentulah Ada. Dah kami berdua kerja lewat Malam. Tapi dia dalam pejabat dia, Aku dekat sini. Kami bertembung sewaktu pulang! Engkau boleh Tanya Johan!" Tania menguatkan alasan.

" Hmmm, Rina tersenyum tawar," Aku pergi dulu Tania,engkau pun sibuk dengan kerja. Jumpa petang nanti."

" Okay!" Melihatkan Rina juga keluar dari biliknya. Tania Menarik nafas lega untuk Kali kedua..Hari yang memenatkan bagi Tania dengan alasan.

Rina masih tidak berpuas hati, dia telah mendapat jawapan dari Tania. Kini dia mahu mendengar dari mulut Johan.. apa yang terjadi semalam.. perasaan tidak sedap hati Rina semakin bercambah. Dia dapat rasakan Ada sesuatu yang tidak kena..

" Johan!" Dengan suara lunak Rina terus masuk ke dalam bilik pejabat Johan. Tangan dirangkulkan ke leher Johan untuk menunjukkan kerinduan.

Tangan Rina ditolak secara lembut oleh Johan.. dia juga rindukan Rina, namun perkara yang dilakukan Rina adalah sesuatu yang tidak manis dari sudut  pandangan Johan..dia jadi  tidak selesa.

" Kenapa?" Rina merajuk dengan tolakan dari Johan.

" Kita dipejabat, Tak manis kalau orang terlihat!" Johan memberikan alasan.

" Mereka perlu mengetuk dulu Johan, sebelum dibenarkan masuk dalam ini. Jadi takkan Ada sesiapa yang tahu!" Rina memberikan alasan.

" Masih Tak manis, jadi kenapa kesini?" Johan memberhentikan segala kerja bagi melayan karenah Rina.

" Semalam balik jam berapa? Awak perlu Jaga kesihatan Johan.. majlis Kita Tak lama lagi!" Rina mengingatkan Johan..

" Saya Tak lupa tentang itu Rina, semua itu àkan selesai dengan meriah, semua ikut perancangan awak!" Johan memberikan sepenuhnya Kepercayaan kepada Rina untuk majlis persiapan pertunangan mereka berdua.

Saya busy dengan pertunangan Dan awak masih sibuk dengan kerja. Kita dah lama Tak keluar bersama." Rina merajuk dengan Johan. Menunjukkan segala perasaan hati yang terbuku.

" Bukan semalam Kita keluar bersama tengahari. Awak pun tahu Saya sibuk dengan urusan kerja. Banyak perkara  yang Saya dah tinggalkan dulu."

" Saya tahu tapi Masa untuk saya pun awak perlu luangkan, Johan. Saya pun perlukan perhatian dari awak! Semalam Kita Tak keluar bersama, Kita bertiga dengan Tania!" Rina mengingatkan perkara semalam untuk Johan.

" Still Kita keluar berdua Tania, tiada beza pun Tania Ada atau tiada. Hati Saya cuma untuk awak!" Johan memujuk, dari perbualan sebelum ini Johan diingatkan beberapa Kali tentang seorang Tania. Dia Tak lupa..

" Semalam awak Ada jumpa Tania?" Rina dilihat Johan Mula menampakkan perasaan cemburu. Semakin dia Tak faham.

" Kenapa Saya nak jumpa dia?" Soalan Itu yang terbaik dirasakan Johan, bila soalan Rina dirasakan ingin memerangkapnya.

" Tania pun kerja lewat semalam? Awak Tak Ada jumpa dia?"

" Awak Rasakan Rina,  dengan Syarikat Saya sebesar ini awak Rasa Saya akan jumpa dia?" Sekali lagi soalan tanpa jawapan Johan beri..

" Tapi .. Tania kata terserempak dengan awak di lift Masa awak dengan dia keluar dari sini!"

" Mungkin! Saya sendiri Tak pasti, lagipun bukan seorang pekerja disini yang saya nak ingat muka. Awak pun tahu Saya seorang yang sibuk. Saya Tak dapat ingat semua perkerja Saya. Mungkin dia ingat Saya, tapi bukan saya!" Johan memberikan alasan, dia tidak mahu Hal semalam berlanjutan Dan dapat dihidu oleh Rina.

" Awak syak Saya denganTania?" Bila Rina senyap, dia tahu sesuatu telah bermain di fikiran wanita dihadapannya.

" Saya Tak ragui awak Johan, tapi Tania. Saya dah ceritakan semua sikap dia dulu Dan perangai buruk dia pada awak, Saya harap awak takkan terpedaya.!"

" Kenapa Tak keluarkan dia pada Syarikat awal- awal, kalau awak dah tahu perangai sebenar dia. Kenapa terima dia sebelum ini bekerja disini?" Perkara yang Johan masih Tak faham tentang tindakan Rina mengambil Tania bekerja bersama disitu.

Dari perkenalan pertama, Johan tidak sukakan dengan perangai Tania. Mungkin disebabkan cerita buruk yang didengarinya sebelum ini..

" Dia tetap kawan Saya Johan, dia rayu Saya untuk kerja sekali dengan saya. Walaupun perangai dia seburuk itu, Saya Tak sampai hati untuk dia hidup susah. Dia perlukan kerja ini untuk dia tidak terjerumus dalam dunia gelap dia sebelum ini. Saya Tak mahu dia musnahkan hidup dia lagi.."

" Dia sedang musnahkan hidup dia Rina, Saya Rasa orang Macam itu takkan berubah , walaupun awak tolong dia?"

" Apa maksud awak Johan? Apa yang awak tahu tentang Tania?"

Dia dengan Matthew Ada hubungan yang serius. Hubungan gelap dia Dan Matthew masih belum berkahir. Mereka masih berhubungan.. itu rakan yang awak nak selamatkan?"

" Serius!" Rina menjegilkan Mata kearah Johan.. perkara yang dia tidak tahu selama ini. Dia juga kenal Matthew sebagai kenalan Dan Doktor Johan..Tapi Tak sangka Tania...???

Bersambung....????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience