77

Romance Completed 78127

Ting Ting! Ting Ting.......

Tania baru selesai menunaikan solat, kedengaran bunyi loceng kuat diluar..Tania heran, Setahunya dia, tiada sesiapa yang tahu dia disitu, Dan dia tiada memesan apa - apa di bawah tadi..

***

" Berapa Malam Puan nak menginap disini?" Pembantu Kaunter dalam suara yang lembut bertanyakan kepadanya.

Tania berfikir sebentar...tempoh dia bersama Johan Ada lebih kurang Seminggu  sebelum dia kembali...Nampaknya  Tania tiada lebih Masa untuk bersendiri..

" Saya Tak tentukan lagi.. !" Tania memberikan jawapan bersama senyuman. Satu Kad dihulur kearah pembantu, dia tiada jalan lain. Kali kedua kad itu digunakan kerana dia Tak banyak pilihan..

Dia masih belum menerima gaji sepanjang bekerja bersama Johan..Simpanan Tania telah digunakan sewaktu dia hidup sendiri..Kali ini terjadi sesuatu yang Tak disangka..

" Okay Puan, sesuatu dimasukkan ke dalam sistem Dan dalam beberapa saat sesuatu diletakkan diatas meja.
" Ini kad Puan Dan ini Kad ke bilik Puan! Selamat Datang!"

" Terima kasih," tidak menunggu lama Tania menaiki lift menuju kearah bilik!"

" Tania!" Lamunan Tania dikejutkan oleh seseorang di luar..

" Tania!, Buka pintu ini." Suara lelaki.

Telekung di wajah dibuka dan dia melangkah kearah pintu. Dia Rasa dia kenal suara siapa.

Dan semestinya..

Plak! Pintu dibuka..

Terpampang tubuh seseorang di depan Tania seperti dijangka.
" Johan awak intip Saya?" Senyuman Tania sinis memandang sesuatu yang Tak dijangka muncul dalam waktu ini..

" Awak Tak terperanjat Lihat Saya, awak Tak benarkan Saya masuk!" Tanpa tunggu Tania, Pintu hotel ditolak Besar oleh Johan untuk dia melangkah Masuk ke dalam..

" Apa awak nak Johan? Awak dah lupa perjanjian Kita?" Malas Tania mahu melayan, masalah dia dengan Jila Dan Rina belum selesai, timbul Pula masalah Johan...bila dia mahu dia sepenuhnya bertenang...tadi sewaktu solat dia tenang sepenuhnya..

Johan mengintai ke dalam bilik, timbunan telekung masih tidak dilipat, menandakan Tania baru habis solat.. itu alasan yang Johan dapat kenapa Tania lambat membuka pintu tadi..Rasa nak patah tangannya tadi memicit loceng..

Dia ingatkan tadi, Tania sorokkan sesuatu tadi..mungkin lelaki difikiran Johan..entah kenapa sejak dia tahu Tania isteri dia...dia jadi kuat cemburu...

" Saya datang nak lihat awak dekat sini..rindu?"

" Jangan nak main - main. Awak intip Saya kalau Tak awak takkan tahu Saya dekat sini?" Tania menunjukkan wajah Tak puas hati..

" Okay, Saya nak awak ikut Saya. Kita balik rumah ..Tak perlu awak tinggal dekat sini!" Johan terus ke topik utama kenapa dia kesitu...

" Awak ingat lagi tempoh itu..awak Tak hilang ingatan tentang tu Kan?" Tania memerli Johan..

" Saya hantar awak rumah Jila bukan Hotel, jadi perjanjian itu batal." Berwajah tenang tanpa kusutkan kepala..alasan telah Johan fikirkan sebelum ke situ..

" Saya perlukan Masa..!"

" Berapa lama awak nak jauh lagi dari Saya Tania..tak cukup lagi 3 tahun awak tinggalkan saya!" Alasan mudah yang dirasakan Johan àkan berjaya..

" Johan....sssàyà......

" Awak ikut Saya..disini awak takkan selamat!" Tanpa menunggu jawapan Tania , Johan telah kearah bilik Tania dan beg di atas lantai diambil untuk dia segera mengemas barangan Tania..

" Johan beri Saya sehingga Malam ini..esok Saya ikut awak !" Tania merayu, dia terlalu penat sebenarnya dengan urusan dunia..dia mahu rehatkan sepenuhnya diri dia disitu..

Seminggu dihospital benar - benar memenatkan bagi Tania ..dengan karenah Johan, yang setiap Masa mahunya disisi tidak membantu sepenuhnya untuk Tania..

" Tak boleh..awak kena ikut Saya."

"Huh!"

Seorang lelaki yang sangat  dikenali mengarah ke arah Tania.. dari riak wajah lelaki itu Tania dapat rasakan lelaki itu semakin matang..Jujur Tania Rasa perasaan takut pada lelaki itu masih Ada.Namun pertemuan Kali ini tidak dapat dihalang lagi..Dia perlu perjelaskan semua kepada Munshi, Dan dia mahukan Kebenaran tentang Jila, apa sebenarnya yang berlaku..

Munshi terhenti langkah  melihat kearah Tania..Wajah yang masih Cantik memukau membuatkan hatinya tidak keruan..Bukan lagi Tania dulu yang keanakan - anakan ..Tania sekarang yang didepan matanya telah matang...

Semua terbukti dengan pandangan Mata Munshi Dan Tania tidak berkelip..Bagaimana mereka berdua telah berada di dalam dunia mereka berdua..

Bila dilihat Munshi masih terpegun merenung kearahnya, Tania memberikan senyuman..menandakan pertemuan mereka berdua waktu ini adalah pertemuan yang bukan disebabkan dendam...

Tiada perasaan dendam di dalam hati buat Munshi..perasaan benci itu telah dibuang jauh..Tania mahu jernihkan keadaan Dan mahu hidup dia bersama Johan Aman..

Jadi dia perlu berdiri sendiri menyelesaikan semua kemelut yang melanda hidupnya..

" Apa khabar Tania?" Daripada banyak - banyak perkataan yang berada di dalam fikiran Munshi..hanya ifu perkataan yang dapat dikeluarkan dari mulutnya..

Semua yang ingin diucap pada Tania menghilang bila wajah perempuan yang dia sangat rindu kini berada di depannya..lebih melegakan Munshi, Tania tidak setakut dulu..Tania sekarang lebih bertenang..

" Duduk dulu Munshi, Ada perkara yang Saya ingin bincangkan Dan Saya harap perkara ini selesai!"

" Ya!" Munshi menundukkan wajah, Tak sangka dia terlebih laku Kali ini..Dia Tak dapat bertenang, lebih - lebih lagi bila berdepan di hadapan Tania..

Kerusi dikeluarkan Munshi sambil dia mengambil tempat di hadapan Tania..

" Saya sihat!" Jawapan Tania pada soalan Munshi tadi....

" Saya memang tunggu peluang ini..saya Tak sangka Saya dapat jumpa awak lagi Tania..saya amat harap awak hubungi Saya selama ini!" Terlalu payah dirasakan Munshi untuk menyebut setiap patah perkataan..setiap Renungan Mata Tania, membuatkan dia hilang keupayaan dalam diri..

Bagi melancarkan perkataan, Munshi terpaksa menunduk agar Mata Dan wajah nya tidak memandang kearah Tania di depan Mata..

Segala kelakuan Munshi dirasakan seakan lelaki itu menganggapnya menyimpan sesuatu dari kisah mereka berdua dulu..

" Munshi...Saya Tak berdendam dengan awak lagi..Saya kesini jumpa awak berkenaan Jila..

Sebaris nama itu buatkan Munshi kerutkan kening memandang Tania..
" Kenapa dengan dia?"

" Saya Tak Rasa perkara ini penting pada awak..tapi Jila kawan Saya dan Saya Tak tahu apa awak dah buat pada dia..pertemuan awak Hari itu..sekarang dia salah faham pada Saya..Jadi...Apa awak buat Munshi, pada Jila?"

" Saya buat apa?" Reaksi dari wajah Munshi dia seakan pelik..

" Apa yang awak cakap pada Jila hingga dia Salah faham pada Saya. Awak cerita tentang hubungan Kita dulu?"

" Tania, awak kenal Saya! ....Saya Tak buat apa - apa pada Jila. Dan Saya Tak janjikan apa - apa pada dia..Saya ajak dia keluar sebab Saya nak tahu pasal awak!"

" Apa awak tanyakan pada Jila?" Semakin Tak senang duduk Tania, entah apa perbualan Munshi Dan Jila waktu tu tentang dia.

" Saya nak awak balik pada Saya! Jadi Saya nak tahu pasal awak!"

" Munshi! Awak Dah  Gila? Sesuatu yang awak dah buang dulu..awak takkan balik ..Dan benda itu takkan ubah sampai bila - bila."

" Kenapa Tak boleh ubah...Saya tahu Dan Rasa awak masih harapkan Saya Tania, Cari awak..Dan awak dengan Johan, Tak bahagia!"

" Mengarut! Mana awak dapat cerita semua ini?"

" Jila? Awak dengan Jila tinggal bersama dalam beberapa tahun ini..Mana Johan? Lelaki ifu pun sama keluar dengan wanita lain yang bukan awak Tania! Dia bukan lelaki Setia."

" Huh!" Awak dah lupa Munshi, waktu perkahwinan Kita yang mengarut dulu, awak pun bukan Setia dengan Saya...depan Mata Saya awak dengan perempuan itu...Jadi Saya tegaskan disini, awak Tak perlu campur urusan Saya dengan Johan, sebab walaupun sikap Johan Macam itu, dia masih Tak tinggalkan Saya...

Dan dia tidak tinggalkan Saya macam bekas suami Saya buat dulu dimana Saya ditinggalkan selepas dia rampas semua harta Saya...awak tinggalkan Saya Muflis Munshi...Saya takkan lupa!"

" Saya minta maaf, Saya boleh pulangkan balik semua milik awak Tania..Saya terlalu ikutkan dendam saya..Saya menyesal, Saya  perlukan awak...Saya Tak boleh hidup tanpa awak, Tania.."

" Belajar untuk hidup Munshi...Saya dah maafkan awak waktu awak ceraikan Saya dulu...mungkin awak bukan jodoh Saya..awak Cari hidup awak sendiri."
Tania semakin Tak selesa, lain yang diharapkan lain yang terjadi..

" Tania...

" Saya kena pergi Munshi..mungkin ini yang terakhir jangan Cari Saya lagi..."

Tanpa menunggu perkara menjadi lebih rumit, Munshi ditinggalkan tanpa Tania berpaling...Tania tidak dapat jawapan dari Munshi, peluang terakhir Tania adalah apabila mereka bertemu bertiga nanti..

" Kenapa engkau panggil kami kesini? Rina menjeling bersama wajah dipalingkan dari melihat kearah Tania..

Jila hanya memerhati namun riak tidak selesa dulu tidak lagi dipamerkan. Mungkin telah 2 minggu berlalu, kemarahan kepada Tania semakin kurang..

" Pasal Hal Kita bertiga..Munshi Dan Johan, Ada benda Tania nak terangkan disini..Apa yang jadi sebelum ini, semua Salah faham."

"Salah faham , engkau Tak malu panggil kami ke  sini Dan nak perbetulkan yang Aku Salah pasal Johan..Engkau rampas dia dari Aku Dan engkau nak kata Aku yang perampas? Engkau memang Tak berubah kan Tania? Dari dulu sampai sekarang tetap sama?"

" Rina kalau pasal Shah engkau marahkan aku,  waktu Aku kembali dulu, aku dah Tak boleh buat apa - apa..Aku Tak salahkan engkau Rina pikat Shah, sebab engkau Bantu aku!"

" Aku Bantu? Apa maksud engkau Tania!"

" Aku waktu tu.....Aku dah berkahwin!"

" Huh!"

" Apa engkau mengarut ini Tania, Kita waktu itu Baru 16 tahun..apa engkau merepek?' Jila Pula tidak percaya..

" Jila Aku kahwin dengan Munshi!"

" Huh... Munshi maksud engkau....?" Jila tidak lagi mampu bercakap...Dan Rina masih termangu bagaikan tidak tahu apa - apa....

" Siapa Munshi?" Soalan yang dituju kepada Jila..

" Rina, Johan suami Aku!" Akhirnya perkara sebenar diluah, tidak seperti reaksi Jila...Rina hanya terpukau dan Badan disandarkan kebelakang, berfikir...

" Aku Tak percaya!" Tanpa menunggu penjelasan lanjut dari Tania, Rina telah tinggalkan mereka berdua..

Rina!" Aku jelaskan!" Namun bayangan Rina telah hilang dari pandangan mereka berdua..

Jila merenung Tania tidak berkelip..." Tania kalau Perkahwinan engkau dengan Munshi, Macam Mana Johan suami engkau?"

" Banyak aku kena jelaskan Jila Dan aku harap engkau Ada Masa hari ini!"

Bersambung.....???

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-05-01 00:55:34 

update lg ....x sbar....nk thu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience