62

Romance Completed 78127

Dua tahun Berlalu... Dunia Tania semakin tenang dengan kehadiran orang - orang sekeliling yang banyak membantu..

" Tania ! Tania Aku dapat berita gembira. Rina nak balik ke sini esok. Esok Kita berdua jemput dia yerr...

" Rina balik.." bertambah gembira perasaan  Tania dengan kehadiran Rina yang melengkapkan persahabatan mereka dulu.

Segala yang terjadi dulu telah dibuang jauh oleh Tania.. Dia telah membuka buku baru dalam hidup. Telah sampai Masa untuk dia mengecapi kebahagian sendiri tanpa Ada orang - orang yang bagi Tania, tidak membantu dalam kebahagian hidupnya, termasuk Johan.

Ya , Kita jemput dia esok. Aku pun Tak sabar nak jumpa dia Jila, lama sangat Kita dah terpisah dengan dia. Harap dia Tak lupakan Aku."

" Kenapa plak dia nak lupakan engkau. Kita bertiga Kan sahabat, jadi takkan lah dia nak lupakan Kita. Rina bukan Macam itu."
.,aku harap dia masih Rina yang sama yang Kita kenal..

Setibanya Rina..

" Tania Dah lamanya aku Tak jumpa engkau. Engkau tahu Aku rindukan engkaukan! Mana engkau menghilang?" Rina Dan Tania saling berpelukan. Masing -  masing melepaskan rindu yang telah lama terpadam..

Masing - masing membuang segala salah faham yang lalu untuk perhubungan persahabatan yang àkan datang...

Melihatkan diri yang dilupakan..Jila mencelah..
" Oiii! Oiii korang berdua jer lah yang merindu, habis tu Aku ini Macam Mana?"

Mereka berdua terlupakan Jila bila masing - masing melepaskan rindu di hati.

Tentulah kami Tak lupa" ketiga - tiga sahabat saling berpelukan..

Hubungan baik mereka sebagai sahabat kembali terjalin bersama...

Suatu hari mereka bertiga telah berjumpa berjanji temu di sebuah restoran ..

Tania Dan Jila masih tinggal sekali, manakala Rina memilih tinggal bersama  Keluarga.

" Lama ker engkau balik sini Rina, ya lah dah terbiasa engkau dah kerja dekat luar negara.. Aku ingatkan engkau akan balik tahun depan, tup- tup engkau dah muncul dekat sini..Kira doa Tania termakbul lah engkau balik awal."Jila memulakan perbualan bersama, pandangan Mata Tania Dan Rina bertaut..

" Aku pun Tak sangka Aku dapat balik kesini awal..Kalau ikutkan kerja aku yang Tak sudah dekat sana, tiga tahun tu pun Aku Rasa Tak cukup lagi..kebetulan kerja Aku berpindah kesini!'

" Maksud engkau Rina?" Jila menambah persoalan..

" Aku dipindahkan kesini, aku ikut arahan orang atasan.!"

" Bagusnya..tapi sampai bila Rina, selamanya?' Jila menunjukkan reaksi gembira. Kini tiada lagi yang dapat menghalang mereka bersama.

" Kena tunggu kerja Aku selesailah dekat sini, lepas itu kena tunggu bos Syarikat Aku putuskan sampai bila. Tapi kalau selama - lamanya pun Tak per. Gila engkau kalau Aku Tak rindu Malaysia, semua yang Ada Kat Malaysia Aku rindu.

Dengan korang apa lagi.. bertambah - tambah rindu Aku!" ..

" Engkau Tania kenapa tiba - tiba balik kesini?" Rina bertanyakan soalan kepada Tania setelah Tania hanya menjadi pemerhati mereka dalam perbualan.

" Aku dah jemu tinggal dekat sana. Lagipun dah lama Aku tinggalkan sini, pusara Ibu dengan Ayah aku dah Tak terjaga. Tak patut rasanya kalau aku tinggalkan semua itu selamanya." Tania mencari alasan untuk alasan sebenar kenapa dia meninggalkan luar negara..

" Pak Long engkau ? Dia tahu engkau dah balik ke sini?" Soalan yang sebelum ini Jila Tak pernah tanyakan.. Bila mendapat peluang, dia Tak lepaskan.

" Pak Long aku tahu!" Tania acuh Tak acuh menjawab soalan, pandangan Mata telah dibawa ke arah menu.

Melihatkan reaksi Tania kedua - duanya Mula melakukan perkara yang sama melihat kearah menu sambil memikirkan makanan yang àkan memenuhi tekak Dan perut mereka nanti.

" Korang pesanlah nak makan apa, Aku belanja Kali ini. Tiga bulan Aku Tak jumpa korang. Maaflah Aku sibuk uruskan kerja Aku dekat sini!" Menu dijatuhkan oleh Rina, tersenyum memandang ke arah Tania Dan Jila.

Kedua - duanya tersenyum dengan pelawaan dari Rina.." rezeki jangan ditolak Tania.."

" Betul tu!" Tania menambah..

" Engkau kerja apa dekat Restoran tempat engkau kerja tu Tania?" Rina menyuapkan makanan dimulut bila makanan yang terhidang benar - benar menyelerakan tekaknya..

" Chef!.Jila menjawab soalan.." Ouchh!" Sempat Tania menyiku Jila.

" Aku kerja pelayan dekat sini. Itu jer kerja yang  Aku layak dekat sini."

" Ouchhh! Rina tergamam! " Bukan engkau study overseas ke sebelum ini? Kenapa Tak mintak kerja lain?"

" Dia Tak suka pakai Kasut tumit tinggi! Itu alasan Tania!" Jila menambah perencah dalam perbualan.

Kedengaran ketawa kuat Rina dengan kelakuan Jila...

" Engkau kerja dengan akulah Tania, Aku pun Tak cukup kakitangan dekat Syarikat itu, Aku peguam Syarikat itu, tapi Aku yang uruskan semua pasal Syarikat! Setakat engkau Aku boleh tolong!" Rina mempelawa..

" Apa lagi Tania, Rina dah bagi peluang tu, lagipun engkau boleh jauh dari gangguan itu!' Jila memandang Tania dengan penuh makna.

" Gangguan? Dari siapa?" Rina ingin tahu.

Sempat lagi siku Tania menyiku lengan Jila." Tak Ada sesiapa?" Tania memberikan isyarat agar tidak terlepas laku menyebut tentang Shah.

" Hmmm, korang berdua ini. Kalau macam itu Tania, minggu depan engkau datang Syarikat tempat Aku kerja nanti. Nanti Aku kenalkan dengan pemilik Syarikat itu."

" Aku kena temuduga juga ker? Engkau nak aku kerja sebagai apa dekat Syarikat itu?"

" Akauntan! Engkau memang Suka matematik Kan zaman Sekolah dulu. Jadi Aku nak rekomenkan jawatan itu. Banyak lagi jawatan yang kosong dekat Syarikat itu, engkau boleh pilih nanti. Kerja engkau tetap dapat lagipun Aku yang intiview engkau nanti.'

" Engkau seorang ker atau Ada orang lain Rina?" Tania dapat rasakan ini peluang baik bagi mengelak dari Shah. Dia sungguh sukakan suasana bekerja di restoran itu. Tapi disebabkan Ada gangguan, dia terpaksa buat pilihan.

Untuk diganggu sepanjang hidupnya, atau keluar dari situasi itu.. nampaknya dengan kehadiran Rina, dia memilih untuk keluar.

Tania melangkah kearah alamat yang Baru dihantar oleh Rina semalam. Melihatkan Bangunan pencakar langit di depan Mata, Dan pemanduan dari teksi yang dinaiki oleh Tania. Rasanya tempat kakinya berpijak tidak tersalah alamat.

Syarikat tempat Rina bekerja bukan calang - calang Syarikat korporat. Itu pengalaman Tania, Dan dia tahu sepanjang dia bersama dengan Munshi, Dan Johan..dia terpalit sama dalam dunia itu.

Disebabkan Hal itu, dia cuba mengelak dari Masuk dalam dunia bekerja di Syarikat korporat, dia takut satu Hari nanti dia akan terserempak dengan mereka - mereka dari zaman silamnya.

Namun Tania tiada pilihan, jawatan yang diberikan Rina kepadanya sebagai Akauntan, cukup dirasakan selamat oleh Tania, sekurang - kurangnya dia àkan bekerja di belakang tadbir, tanpa sesiapa mengenali.. tentu sahaja di Syarikat Besar itu akan Ada ketua yang memantau Akauntan - Akauntan yang bekerja di bawahnya.

Hal itu cukup melegakan Tania, Dan dia telah berfikir panjang Hal itu.

" Semuanya pasti selamat Tania, mulakan perkejaan Baru!" Tania mengambil nafas yang panjang untuk memberikan sedikit Rasa selamat dalam diri.

Tania masuk ke dalam sebuah bilik, disana  sebuah borang diberikan kepadanya  untuk diisi. Prosedur biasa bagi Tania.

Setelah borang dikembalikan kepada kerani, Tania menunggu dengan penuh sabar. Sebelum memasuki Bangunan itu dia telah menghantar mesej kepada Rina untuk memaklumkan.

" Cik Tania, silakan masuk!" Seorang lagi kerani Syarikat memanggil Tania untuk Masuk ke sebuah bilik. Bilik yang dipercayai Tania sebagai sesi temuduga bermula..

" Saya!" Dengan tenang Tania melangkah kearah Bilik, setelah mengetuk pintu dan mendapat jawapan dari orang yang berada di dalam untuk masuk barulah Tania memberanikan diri untuk masuk..

" Masuk"

Tania melangkah tenang kerana dia tahu Rina adalah salah seorang yang akan menemuduganya.. namun sebaik Mata Tania melihat lelaki disebelah Rina, fail yang berada di tangannya terlepas dari tangannya Dan jatuh ke lantai.

Tania terkejut dalam Masa yang sama tergamam melihat lelaki yang merenung kearahnya sambil mengerutkan dahi memandangnya..

Segala ketenangan tadi hilang sebaik sahaja wajah lelaki itu dihadapan berada di depan Mata Tania..

Rina hanya sempat menjegilkan Mata kearah Tania untuk mengambil tindakan sewajarnya...dia juga terkejut sama dengan apa yang terjadi Dan Berharap Tania cepat sedar... Namun dapat dilihat Rina, Tania kaku.

" Cik Tania!"  Rina Cuba bersikap professional dihadapan lelaki disebelah nya, Dan Berharap Tania sedar dengan perbuatannya Dan meneruskan segalanya seperti yang dirancang..

" Tania tersedar, namun lelaki yang didepannya membuatkan perasaan Dan jantung Tania berdegup laju.." kenapa dia disini?"

Tania Cuba untuk melangkah pergi sebaik sahaja wajah itu dilihat, tetapi memandangkan Rina yang berada dalam bilik yang sama. Tania tidak mampu untuk berganjak, Tania perlu berpura - Pura tenang untuk dia memikirkan jalan untuk segera keluar dari situasi itu..

Lelaki yang akan menemuduga dirinya Dan duduk disebelah Rina, adalah...

Johan!

Perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran Tania.." Johan disini?"

" Ini ker pekerja yang awak nak perkenalkan pada Saya Rina?" Sempat Johan berbisik Dan melihat kearah Tania yang disebutkan Rina selama ini.

" Yes!" Pendek Rina menjawab, Baru sebentar tadi Tania malukan dirinya dihadapan Johan.

Setelah keadaan kembali tenang..Johan memulakan sesi temuduga buat Tania..

" Cik Tania kami berdua akan berikan ujian kepada awak untuk awak jawab soalan kami. Status awak diterima bekerja disini atau tidak bergantung pada jawapan yang diterima?" Tenang Johan bicara, Dan setiap pandangan Mata Johan seperti tidak mengendahkannya..

" Pandai Johan berlakon!" Tania menahan diri dengan geram..Jika bukan disebabkan Rina disitu. Mungkin Johan àkan disembur dengan kata - kata kesat Dan perbuatan ketidakwarasan Tania..

" Cik Tania! Cik Tania..awak faham maksud kami?" Dapat dilihat Rina, Tania termenung panjang tidak berkelip melihat kearah Johan.

" Faham!" Pandangan Mata Tania dialihkan kepada Rina sambil dia memberikan senyuman yang tawar.

Johan dapat melihat dengan jelas calon pekerja Baru Tania,  memandang kearahnya tidak berkelip, namun amaran dari seseorang yang telah memaklumkan kepadanya awal tentang perangai sebenar gadis itu, buatkan dia membiarkan sahaja perkara itu untuk Hari itu.

Jika untuk Hari lain, Johan telah pasang strategi untuk mengajar pekerja - pekerja seperti Tania.

Semua keputusan temuduga Hari itu terletak pada Rina..

Dia faham dengan wanita yang selalu mengejar lelaki kaya.. Dan Tania adalah seorang darinya.. Johan tidak menyangka, Hari pertama temuduga gadis itu telah memainkan peranan dengan Menarik perhatiannya.. " licik"  bagi Johan ....Dan Johan àkan melihat sejauh Mana permainan seorang Tania..

Temuduga diteruskan...

" Okay Cik Tania Ada apa - apa awak nak cakapkan lagi?" Johan bertanyakan soalan akhir sebelum sesi temuduga itu ditamatkan..

Tania amat berharap keputusan dari temuduga itu, tidak berpihak kepadanya dengan dia tidak  diterima bekerja di Syarikat yang sama Johan berada. Semuanya kerana semua soalan yang diberikan kepada Tania, telah dijawab dengan jawapan yang Salah  olehnya.

Johan memerhati dan dalam Masa yang sama terasa lucu dengan Cara Tania membawa diri...Cuba Menarik perhatian,sengaja menjawab soalan dengan jawapan Salah..dia sebenarnya cuba menampakkan sesuatu...apa lagi selepas ini yang gadis itu àkan buat." Soalan yang membuatkan Johan tertarik..

Lebih mengejutkan Johan, Tania menjawab semua soalan hanya menggunakan Masa 5 minit, sedangkan Akauntan sebelum ini yang ditemuduga oleh Johan mengambil Masa selama 1 jam.

Melihatkan permainan Tania di sesi temuduga itu, buatkan Johan semakin ingin mengetahui niat sebenar Tania..Dengan itu dia telah membuat keputusan..

" Saya tiada permintaan yang lain, Saya  nak keluar dari sini sekarang. Jika temuduga itu telah selesai. Boleh Saya dapatkan keputusan?" Dengan tenang Tania bercakap dengan tegas, bagi Tania apa sahaja keputusan dari temuduga itu dia tidak ambil peduli, gagal atau diterima..dia perlu keluar dari situ untuk bernafas dengan Aman. Melihatkan wajah Johan Tania Rasa nak mati. Dia lemas dengan kepura - puraan Johan yang tidak mengenali dia.

Perkara penting dalam fikiran Tania, dia hanya teringat tentang Matthew.

" Tahniah! Awak diterima!" Johan menutup fail peribadi Tania dan dengan tenang tersenyum.

" Keputusan merepek! Saya diterima? Bukan semua soalan itu Saya salah jawapan?" Tania mempertikaikan keputusan Johan untuk dia diterima bekerja di Syarikat itu.

" Jadi awak tahulah jawapan sebenar soalan itu?" Kening Johan dijengkitkan.

Tania terperangkap dengan kemarahan dalam diri dan Masuk dalam perangkap Johan memalukan dirinya.

Melihatkan Tania yang hanya terdiam tiada jawapan..

" Saya percayakan Rina, dan Saya anggap pilihan dia untuk awak bekerja disini adalah tepat! Jadi Saya tiada masalah tentang Hal itu. Awak diterima bekerja disini Dan awak boleh Mula bekerja esok!"

Tanpa menunggu jawapan dari Tania, Johan meninggalkan Tania Dan Rina bersendiri..

" Tania engkau okay Tak ini? Engkau buat apa tadi?" Lembut suara Rina Cuba mengetahui apa yang terjadi pada Tania yang dilihat gelisah sepanjang temuduga..

" Aku...aku Tak Rasa Aku boleh kerja dekat sini Rina..Aku minta maaf!"

" Tapi kenapa Tania? Sebab Johan, sebab wajah kacak dia engkau dah jatuh hati atau sebab lain?"

" Bukan sebab itu? Kenapa engkau fikir Aku sampai macam itu Rina!" Tania tidak sedap hati, Rina Tak tahu apa yang terjadi tentang hubungan dia Dan Johan. Status mereka berdua.

" Aku dah tolong engkau dapatkan kerja tu. Engkau pun tahu Johan dah berikan sepenuh Kepercayaan pada Aku pilih engkau. Kalau engkau ambil keputusan Macam ini.apa aku nak jawab dengan dia?"

" Itu bukan sebab sebenarnya Rina, Aku dah ambil keputusan!" Tania cuba melangkah meninggalkan Rina..

" Aku nampak engkau tergamam Masa Masuk sini Tania! Engkau terpegun dengan wajah kacak Johan. Dia dah Ada seseorang dalam hati dia, engkau jangan risau."

" Siapa?" Tania semakin takut jika rahsia dia Dan Johan àkan atau  telah terbongkar.

" Aku, kami sedang dilamun cinta Dan akan mengikat Tali pertunangan Tak lama lagi..!" Rina senyum puas, Kali ini Johan adalah miliknya. Dia berbangga menunjukkan hubungan bersama Johan pada Tania.

" Tahniah!" Tania ucap kepada Rina.

" Jadi Tania..kalau bukan berkenaan perasaan pada Johan. Tiada sebab untuk tawaran bekerja itu ditolakkan, atau alasan itu disebabkan Johan?!"

Tania faham maksud Rina disebalik kata - kata itu..Tania tidak sangka, namun jika ditolak tawaran itu, Rina àkan mengesyaki semua yang dikatakan adalah benar..Tania terselit dalam buat keputusan..

" Kita jumpa esok!" Tania tiada pilihan lain. Dia mengelakkan diri dari Shah, tanpa disangka dia terperangkap dengan Johan. Lebih sakitkan hati Tania kepura - puraan Johan Dan dia akan sebumbung dengan lelaki yang dibenci.

" Aku bukan Cinta dia Rina, tapi dia lelaki yang Aku benci seumur hidup aku!"bicara yang hanya terpaksa disimpan dalam hati. Sakit bila Hanya mampu disimpan sendiri..

" Matthew! Apa awak buat disini?" Tania Cuba bernafas sebaik mungkin Dan dalam Masa yang sama dia tidak dapat menghalang kemarahan dalam diri .

" Apa Saya buat? Jumpa awak Tania?" Matthew tidak dapat  menangkap maksud Tania..

" Johan! Johan Matthew apa dia buat dekat sini?" Sekali lagi kemarahan Tania meruap bila nama itu disebut dimulutnya..

" Johan....." Matthew terkejut! " Kenapa dengan Johan? Awak  jumpa dia Tania?" Nada suara Matthew berubah..

" Macam Mana dia boleh uruskan Syarikat disini! Kenapa dia disini, awak tahu Saya bencikan dia Matthew, kenapa dia?" Tania menjerit meluahkan isi hati yang masih bengang dengan perjumpaan semula bersama Johan.

" Macam Mana awak jumpa dia?" Matthew mahukan kepastian..

" Soalan merepek apa dari awak ini. Saya Rasa Saya nak  bunuh dia Matthew, kenapa dia Tak pergi sahaja jauh dari hidup Saya. Awak tahu saya bencikan dia, tapi kenapa dia disini?"

" Tania, bertenang..awak kena jelaskan Saya satu persatu. Di Mana awak jumpa dia?"

" Saya temuduga dengan dia hari ini, Dan lebih teruknya Saya Tak boleh lari. Dia buat Saya dalam situasi terperangkap disini?" Tania memicitkan dahi yang mulai terasa pening..

" Apa dia cakap pada awak Tania?" Matthew perlahankan suara, untuk mengetahui situasi sebenar tentang pertemuan Johan Dan Tania..

" Dia pura - pura tidak mengenali Saya Matthew, dia buatkan Saya rasa, Saya seorang yang teruk berada di depan dia. Dia tahu dia dapat kemenangan dengan melihat diri Saya sendiri datang pada dia. Dia seorang lelaki yang teruk. Saya benci dia!' Tania meluahkan segala perasaan hati bila terpandang wajah Johan tadi.

" Dia Tak ingat awak Tania!"

" Awak nak suruh Saya lupakan apa yang dia pernah buat pada Saya Matthew? Itu yang awak nak jelaskan. Saya takkan lupa sampai mati!"

" Dia Tak ingatkan awak Tania, benar. Johan hilang ingatan, dia lupa semua perkara!" Matthew berterus terang bila dilihat Tania semakin tidak dapat mengawal diri..

" Apa?Hilang ingatan? Johan? Awak bergurau Matthew?"Tania mengigit bibir, terasa tangannya mengeletar kuat..kedengaran dari riak suara Matthew, lelaki itu tidak bermain - main.

" Tania!"...

" Aaaaaaaapa yang jadi?"Tania mengigil dengan berita yang diterima.. Segala kemarahan hilang, yang dirasakan Tania kini, ketakutan..

" Awak dimana Tania, Saya pergi jumpa awak sekarang. Saya jelaskan semuanya pasal Johan!"Matthew tiada pilihan, dia tidak menyangka Johan Dan Tania àkan berjumpa dalam Masa yang singkat. Dia belum buat persediaan tentang Hal itu, namun tanggungjawab yang diberikan amanah kepada  dia dalam hal itu membuatkan Matthew tiada pilihan. Tania perlu tahu segalanya tentang Johan.

Bersambung....????

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-04-19 13:10:09 

update lg please...makin menarik..x sabar...please²...


NovelPlus Premium

The best ads free experience