2

Romance Completed 78127

" Tania Kita dah tiada pilihan,Kita kena keluar dari negara ini secepat mungkin. Tania ikut Pak Long, hidup dengan Pak Long dekat Sana!" Suara Cemas Kamil membuatkan Tania terkedu.

" Kita Tak boleh kembali kesini lagi Tania!"
Bicara Pak Long yang membuatkan Aku tersedar dalam Lena yang panjang..

Tapi.....

" Macam Mana dengan Ibu dengan Ayah Pak Long!" Pegangan tangan Tania dilepaskan dari gengaman tangan Kamil, perkuburan kedua IBU bapanya masih Merah, macam Mana dia sanggup tinggalkan mereka disini.

" Tania Tak sanggup!"
Pandangan Mata Tania dialihkan. Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang terjadi. Segalanya berlaku bagaikan mimpi dalam hidup Tania..

Belum sempat kering tanah Kubur kedua orang tuanya, sekali lagi dia diuji beberapa Kali..

" Tania..........." Segala kata - kata terkubur ditekak Tania.

" Tania Pak Long Tak Ada jalan lain,kalau Tania Tak setuju dengan cadangan Pak Long ini....... Tania terpaksa berkahwin dengan Munshi."

" Pak Long Tak mahu Tania menderita tinggal disini..Pak Long mahu Tania selamat." Kamil mengurut dada, segala yang berlaku bagaikan sekelip Mata. Belum sempat untuk Tania menghembus nafas lega.  Sekali lagi Anak sedaranya diuji.

"Tania Dengar cakap Pak Long.."

Mata Tania tepat memandang kearah Kamil.
" Munshi? Bukan perkahwinan kami Pak Long dah batalkan sebelum ini?" Itu yang dimaklumkan pada Tania sebaik sahaja wasiat dibacakan kepadanya. Sebaik mereka meninggalkan perkarangan Syarikat peguam yang menguruskan amanat itu. Kamil telah berjanji akan menyelesaikan masalah itu..

Tapi sebaliknya...

Jelas pada pandangan Mata Tania, Pak Long Kamil mengelengkan kepala.

" Apa jalan lain Tania perlu buat Pak Long? Tania cuma nak hidup Tania sendiri, Tania boleh jaga diri sendiri."

"Tapi untuk tinggalkan sini.. Tania Tak sanggup?" Dalam resah fikiran Tania memikirkan apa yang berlaku nanti.

" Bincang dengan Munshi, itu jalan terakhir Tania."

***

( Syarikat Munshi )

" Tuan Ada seseorang nak jumpa?" Tiara PA Munshi memulakan panggilan

" Siapa?" Munshi membalas namun semua itu tidak dihiraukan, dia masih sibuk dengan beberapa pekerjaan yang perlukan perhatian penuh dirinya.

" Seorang gadis, dia Tak pernah muncul dekat sini. Macamana Tuan?" Tiara mula meninjau kearah gadis mulus yang dihadapannya.

" Benarkan dia masuk." Ringkas jawapan Munshi.

Setelah mendapat jawapan  Dan panggilan dimatikan, Tiara mendapat Gadis mulus dihadapannya.

Melihatkan susuk tubuh gadis yang kurus Dan ketinggian kurang darinya, Tiara kesian dalam hati." Entah apa dia buat dekat sini?" Bicara Tiara dalam hati..

Tanpa berlengah...
" Adik, Tuan Munshi benarkan adik jumpa dia. Adik jalan lurus, bilik Tuan sebelah Kanan." Tiara menunjukkan arah kepada Tania sambil memberikan senyuman ikhlas. Bila dilihat gadis kecil itu telah melangkah ke destinasi yang ditunjukkan barulah Tiara menyambung kembali kerja yang tertangguh.

Tok!Tok!..

Terdengar ketukan pintu ditelinga Munshi, selepas tiga Kali ketukan, barulah Munshi bersuara membenarkan tetamu untuk masuk ke biliknya.

Pandangan Mata Munshi tidak terarah kearah pintu sebaliknya masih mengahadap komputer di mejanya.. dia masih Ada tugasan yang perlu diselesaikan.

Ehem! Terdengar suara berdehem yang membuatkan Munshi tersedar dengan tetamu yang telah berada dihadapannya.

Pada pandangan pertama, Munshi hulurkan senyum sinis yang tiba - tiba muncul dibibirnya kepada gadis bersama kerutan dikening. Dia telah tahu siapa yang hadir disitu namun dia hanya ingin menguji..

Serta merta segala peristiwa dulu muncul dalam fikiran Munshi..
Membuatkan tubuh Dan darahnya mendidih dalam diri, bila wajah dihadapan matanya muncul.. segalanya berlaku didepan Mata.Drama yang dia selalu pendam dalam diri Munshi.

Sebaliknya Munshi Cuba mengawal kemarahan dalam diri dengan Cuba bertenang untuk dia tidak melakukan sesuatu yang buruk disitu...

" Ada apa?" Suara Husky Munshi yang dikawal memulakan bicara.

Kelihatan Tania hanya memandang sekeliling bilik Munshi dalam pandangan Mata yang tidak memandang kearahnya.. sambil tangan Tania bermain - main dengan bajunya. Itu semua jelas dalam pandangan Mata Munshi.

Budak...! Dalam hati Munshi telah menyumpah seranah, dia tidak Suka mengutarakan soalan beberapa Kali,walaupun untuk kedua.

"Errrrrr.......Saya Tania!" Akhirnya Tania dapat mengutarakan beberapa bicara walaupun seluruh Tubuhnya Gugup berhadapan dengan lelaki asing dihadapan matanya..

" Tania? Jadi...? Saya Tak berminat untuk sesi suai kenal atau temuduga waktu ini. Saya sibuk Dan awak boleh keluar!" Munshi mengubah pandangan dapat dirasakan pandangan matanya melihat kearah sesuatu yang jijik berada dihadapannya, namun belum sempat dia untuk berpusing....

" Saya datang sini bukan untuk temuduga! Saya nak bincangkan Hal perkahwinan Kita." Dalam satu nafas semua ungkapan yang tersimpan dalam fikiran Tania berjaya diluahkan. Kini dia perlu berhadapan dengan lelaki yang Baru pertama Kali dikenali sebagai  Munshi.

Serta merta senyuman sinis terukir dibibir Munshi bersama kerusi yang dipusingkan kembali bagi mengahadap Tania..

" Jadi ? Engkau yang akan jadi isteri Aku?" Tubuh Munshi berdiri Dan melangkah mengarah kearah Tania yang sedang berdiri dihadapan mejanya..

Setiap langkah Munshi Dan pandangan lelaki itu buatkan perasaan dalaman Tania tidak tenang.. dia dapat rasakan pandangan Munshi kearahnya bagaikan sesuatu.

Tangan Munshi terarah kepintu pejabat biliknya. Dengan satu gerakan, pintu bilik itu dikunci dari dalam untuk tidak membenarkan perbincangan itu diganggu.

Langkah Munshi terarah kearah Tania bersama jelingan Mata yang hanya terarah kearah Tania.. sehinggalah..

Mereka berdua berhadapan dalam jarak seinci..yang membuatkan hati Tania berdegup kencang.

Lebih membuatkan Munshi lucu dalam hati, wajah takut Tania Dan pandangan Mata yang tidak beralih pada pintu.

Semua itu buatkan Munshi berasa menang dalam hati..

" Jadi isteri apa yang perlu Kita bincangkan Hari ini?" Tubuh Tania yang kecil sengaja dihumbankan Munshi kearah  dinding dibelakang Tania.

" Ouchbhhh!"Huh...

Belum sempat Tania untuk berbuat apa - apa, Tubuhnya dihimpit dengan kasar, Dan pergelangan tangannnya dipegang untuk tidak meronta.

" Saya nak batalkan perkahwinan ini? Saya serahkan semua harta Saya pada awak,janji lepaskan Saya!" Dalam mengigil Tania berterus terang dengan tujuan dirinya kesitu. Jika harta yang jadi pertaruhan bagi kebebasan hidupnya, dia rela.

Biarlah dia miskin di masa akan datang,janji hidupnya tidak terikat dengan mereka - mereka yang dia tidak kenal.. lebih - lebih lagi dengan usia muda seusianya,bagaimana dia perlu jalankan tanggungjawab dengan berkahwin.

" Huh!" Munshi ketawa kecil.. " jadi selama ini engkau ingat aku nak berkahwin dengan engkau sebab harta?" Pergelangan tangan Tania dilepaskan, sambil Munshi melangkah Dan menyandarkan Tubuhnya ke meja. Dia sungguh Tak percaya..

" Saya masih bersekolah, macam Mana Saya nak berkahwin? Benda itu semua mengarut!" Pergelangan tangan Tania terasa sakit, namun dia tidak hiraukan paling penting bagi Tania dia perlu dapatkan jawapan Hari ini.Dia tiada pilihan, hanya Munshi jalan keluarnya sekarang.

Dia tahu Pak Long Kamil telah mendapatkan khidmat nasihat peguam yang handal bagi membantunya, namun masih tiada seorang peguam pun yang mampu melawan kes itu. Semua jawapan adalah sama, mengikut perundangan segala syarat - syarat itu adalah berasas Dan tiada peluang untuk kes itu menang bagi pihak mereka.

Satu - satunya jalan keluar adalah hanya dengan mendapatkan persetujuan Munshi untuk majlis itu terbatal. Itu harapan terakhir Tania.

" Berapa umur engkau?" Munshi masih belum berganjak dari tempat sandarnya.

" 16 tahun" Tania mengerutkan kening, dia mahu Cari kaitan dengan tajuk yang mereka sedang bincangkan.

" Bersiap sedia lagi dua minggu majlis perkahwinan Kita akan dilangsungkan." Munshi beralih langkah ingin kembali kearah mejanya..

Tapi..." Kita Tak boleh Kahwin, Saya masih bawah umur? Macam Mana Kita nak teruskan.?"

" Lebih bagus engkau teruskan semua plan itu, jangan hancurkan satu dari plan yang dirancang untuk Kita, atau.....Engkau akan menyesal sepanjang hidup engkau.! " Tanda amaran Munshi bersama tubuh yang dipalingkan dari Tania.

" AWAK TAK BOLEH PAKSA SAYA." Tania masih berkeras, dapat dirasakan semua itu tidak berasas, " awak 10 tahun lebih tua dari Saya Macam Mana Kita nak berpandangan dengan perkahwinan?" Tania memberontak, dalam usianya semua Yang berlaku adalah persoalan.

" Soalan yang bagus, tapi engkau nak tahu sesuatu?" Sekali lagi langkah Munshi merapat kearah Tania, namun Kali ini Tania melangkah kearah belakang bila Munshi setapak langkah kearahnya.

" Perkahwinan Kita terjadi sebab Aku benci engkau Tania, Dan itu Point kuat untuk Kita bersama."

" Saya takkan berkahwin dengan awak! Takkan pernah terjadi..lagipun awak benci Saya seumur hidup awakkan!"

Tania Cuba meloloskan diri dari cengkaman tubuh Badan Munshi yang sedang merapat kejap kearah Tubuhnya, " Renungan tajam Munshi tepat kearah Tania bersama matanya yang meliar melihat kearah pandangan Mata bakal isterinya yang dibenci sepenuh hati.

" Kita tetap akan berkahwin Dan aku akan pastikan hidup engkau lepas ini dalam gengaman aku. Selamat Datang ke Neraka Tania." Suara Munshi lembut dalam intonasi yang tersendiri, namun bicara halus ditelinganya mampu membuatkan segala getaran ditubuh Tania meresap jauh kedalam saluran darahnya.

Dia menahan perasaan agar air matanya  tidak gugur. Dia perlu kuat di hadapan lelaki itu, dia tidak mahu kalah.Dia tidak mahu dibuli sepanjang hidupnya.

" Apa Saya dapat dari perkahwinan ini.......? ayat Tania tergantung tanpa dia sempat mengutarakan selanjutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience